09
"Kau fikir aku kahwin dengan kau sebab aku cintakan kau ke? Puih!" ayah mendekati bonda lalu mencengkam rambut bonda dengan kuat tanpa secebis belas kasihan.
"Hei, kau dengar sini! Aku, kahwin dengan kau sebab aku taknak jaga si budak Alma tak guna tu! Dia tu tak habis-habis membebankan aku."
"Bawa mengucap bang, itu anak kandung abang."
"Kau siapa nak ajar aku soal agama ha? Kau fikir diri kau tu bagus sangat? Heh, bebal betul betina ni!"
Dahi Seyra ditunjal kuat sehingga jatuh terduduk.
PERISTIWA tempoh hari galak terpapar dalam benak fikiran bonda. Terasa sedih bertandang lalui diselimuti kekecewaan.
"Assalamualaikum bonda, Mina dah balik ni," kata Larmina seiring dengan pintu yang dibukanya. Baru sahaja dia balik dari bekerja di ladang epal berseorangan.
Bonda cepat-cepat menyeka air mata menggunakan hujung baju. Dia tidak mahu anaknya sedih melihat keadaannya begini. Cukup dia sahaja yang menderita dan bukan anak-anaknya.
"Waalaikumussalam, eh Mina dah balik?" tanya bonda bernada lembut.
"Hihi ya, bonda! Bonda dah makan ubat?" angguk Larmina sebelum bertanya, sambil mengucup tangan bondanya.
Senyuman dihadiahkan buat Larmina. "Bonda belum makan ubat lagi, ubat bonda dah habis."
"Eh habis? Kalau macamtu biar Mina pergi belikan bonda ubat ya," ucap Larmina.
"Jangan, Mina. Pekan tu jauh. Kat luar sana tu bahaya, Mina kecil lagi. Nanti kalau Mina sakit macam mana Mina nak jaga bonda?" kata bonda dan Larmina terpaksa akur.
"Mina, mai sini meh, duduk sini."
Bonda menepuk-nepuk tilam nipisnya. Mina membantu bonda untuk duduk bersandar pada dinding kayu rumah usang itu.
"Kerja tadi macam mana? Okey ke?"
"Alhamdulillah, okey je bonda." Larmina sebaliknya menjawab.
"Mina, bonda minta maaf ya? Sebab sekarang Mina terpaksa bekerja untuk sara keluarga kita. Doakan bonda cepat sembuh, supaya keadaan kembali macam dulu."
"Eh bonda janganlah minta maaf. Mina suka tau tolong bonda. Sekurang-kurangnya Mina tak adalah rasa bosan dari duduk rumah je tak buat apa-apa."
Dua pasang bola mata bonda menatap Larmina. Tatapannya syahdu, tapi layu.
'Banyaknya yang aku tak mampu beri buat anakku ini, Ya Allah. Murahkanlah rezeki keluargaku, agar kami dapat merasa sedikit kesenangan. Bukan untuk diriku, namun untuk anak-anak yang aku sangat sayangi. Bantu kami, ya Allah... bantu kami.'
Larmina mengamati wajah bening bonda. Sinar matanya dilindungi mendung. Jelas daripada riak matanya terbayang kesengsaraan dan penderitaan bagaikan tiada kesudahan.
Kata-kata juga tidak mampu untuk menghuraikan segala yang terpendam di lubuk hati terdalam.
Walaupun mulut bonda tidak mengujarkan sebarang bait kata, tetapi Larmina tahu senandikanya meronta-ronta ingin membebaskan segala luahan rasa. Sungguh, Larmina tidak sanggup melihat keadaannya begini.
Tapi, apa yang boleh Larmina buat?
Apa kanak-kanak yang baru berumur sembilan tahun mampu lakukan?
Mata Larmina dikalihkan ke tangan bonda. Tangan tua bonda digenggam kemas. Diamati tangan bonda yang uratnya jelas timbul, lalu dikucup dengan lembut.
Tangan ini... ya.
Tangan ini yang membesarkan aku. Mengusap kepalaku di kala aku menangis dan meraung. Mengelus lembut pipi dengan elusan yang penuh kasih sayang. Bonda menatang diriku dan kakak bagai minyak yang penuh.
Tangan ini yang menyeka air mataku dikala aku berteriak.
Tangan ini... ya.
Tangan ini sungguh berjasa, dan jasa itu... Tidak mampu untuk aku membalasnya.
Terima kasih bonda, atas segalanya.
Mana mungkin aku berasa bosan dan jijik untuk menjaga bonda. Mana mungkin aku berasa malu dengan dirinya yang tua, walhal bonda sendiri sanggup menahan malu sewaktu bersusah payah melahirkan diriku ini.
"Bonda, M-mina sayang bonda. Mina sayang sangat bonda. Tak ada sesiapa yang boleh ganti tempat bonda tau!" Aku menzahirkan rasa sayang aku sambil pura-pura mencebik.
Bonda yang mendengar kata-kata ikhlas dari aku tersenyum lebar, lalu bonda memegang dan mengusap kepalaku dengan penuh kasih sayang. Sepenggal senyuman mengukir di bibirku, suka akan setiap sentuhan bonda.
"Mina sayang, dengar pesan bonda ni ya," kata itu terhenti seketika dek kerana batuk yang tidak terjumlah peritnya, menghambat sekian banyak kekuatan diri tua itu. Bonda menghabiskan serpihan batuk yang masih tersisa sebelum menyambung,
"Apapun yang akan terjadi nanti, Mina kena janji dengan bonda. Janji Mina akan sentiasa buat baik dengan makhluk Allah. Mina janji juga dengan bonda, kuat demi bonda... kuat demi diri sendiri dan kuat kerana?"
Suara bonda tenggelam timbul. Penuturannya terputus-putus.
"Allah..." sambung Larmina.
Perlahan-lahan bonda menyoretkan senyuman nipis dibibir tua itu.
"Mina kena ingat ya, Mina kena kuatkan azam diri bila nak menghadapi dunia ni. Ujian dunia ni berat, sayang. Sebab nak dapatkan syurga tu tak mudah. Banyak pengorbanan yang kita kena buat, banyak perit yang kita terpaksa tanggung. Banyak darah dan keringat yang kita akan peroleh sebelum ia merelakan kejayaan diri," ujar bonda.
Dadanya sakit dipalu sebak. Kerutan kecil di dahinya menandakan dia menahan sakit yang menyinggah.
Aku memandang wajah bening bonda, meskipun aku tidak begitu memahami maksudnya tetapi aku dapat merasakan bahawa, kata-kata itu sungguh mendalam maknanya.
Cuma... keringat? Apa tu keringat?
'Keringat tu, sejenis makanan ke? Macam yang bonda masak sebelum ni, ha yang ada pisang tu.'
'Tapi, apa kaitannya?'
Aku ralit memikirkan maksud keringat itu dalam laut fikiranku. Ah, mungkin aku akan tahu maksud itu nanti. Kepalaku masih terlalu berkabus untuk berfikir jelas.
Suasana ketika itu kian sayu dan redup, seredup petang ini. Dunia kecerahan kini diliputi awan gelap. Dadaku sebak bagaikan terisi air sampai ke tenggorok. Seraya itu anggukan dariku diberi.
"Mina janji."
Aku lantas memeluk bonda erat. Entah apa, dan mengapa aku... berasa berat hati untuk pergi meninggalkan bonda.
Mungkinkah... ini adalah pelukan buat kali yang terakhir?
Ah, aku tidak mahu terlalu lebih berfikir. Aku tidak mampu membayangkan betapa hancurnya hati aku jika aku bakal kehilangan bonda. Tanpa sedar juraian air mataku mengalir lalu meleleh di lurah pipi.
Aku memperkemaskan pelukanku menjadi lebih erat. Mata pula kupejam rapat, menghayati setiap detik bersama bonda.
'Ya Allah... Mina taknak hilang bonda. Dulu Mina dah hilang abah Mina uhm. Mina sayang bonda. Mina... Mina nak bahagiakan bonda, dunia dan akhirat.'
"Mina..."
Panggilan bonda melenyapkan segala bicara khatir-khatirku, saat tenggelam dalam kemuraman suasana.
Bonda menatap muka aku, dari sinar mata redupnya terasa lembut dan mendamaikan. Aku cepat-cepat menyeka air mata, aku tidak boleh terlihat lemah di hadapan bonda.
Aku mesti kuat!
Aku mesti bertahan!
Ya, demi bonda!
"Ya, bonda?"
"Kalau bonda tak ada nanti, Mina kena jaga diri baik-baik. Mina jangan lupa doakan bonda tau? Jangan lupa untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk bonda dan abah." Kolam mata bonda sudah berkaca.
"Shh bonda... Kenapa bonda cakap macamtu? Bonda nak pergi mana? Bonda janganlah tinggalkan Mina." Mataku kembali berair.
"Bonda minta maaf sebab tak dapat bagi kesenangan dan tak dapat jadi bonda yang terbaik untuk Mina," ucap bonda.
Air mata wanita tua itu tumpah dari tasik bundar. Menyatakan sebuah kesesalan yang terbuku di dalam hati.
"Bonda..."
Bonda ingin meneruskan bicaranya namun batuknya meledak, membuat nafas bonda tersendat-sendat dan tidak dapat meneruskan kata. Dada bonda yang rapuh, bonda tekan dengan telapak tangan, meskipun tanpa daya.
'Bonda minta maaf. Mina anak yang baik, mesti arwah abah gembira dengan Mina.'
"Eh keadaan bonda makin teruk ni, izinkan Mina pergi ke pekan tau bonda. Mina nak ke farmasi beli ubat," pinta aku.
Sedangkan aku tidak mahu menangis di hadapan bonda. Aku cuba untuk tidak meladeni perasaan yang bertandang dalam kesuraman suasana ini. Aku sangat lemah, tatkala melihat air mata bonda yang mengalir keluar.
"Kejap sayang, bonda nak Mina ingat nasihat bonda. Manalah tahu, ini adalah nasihat terakhir bonda?"
Ya Allah, petanda apakah yang engkau berikan padaku kali ini ya Allah.
Aku membetulkan posisi badan lalu duduk bersila, cuba menghalau fikiran-fikiran yang tidak membangun. Aku memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang bonda mahu sampaikan.
"Mina, jika tak ada bahu untuk bersandar, masih ada lantai untuk bersujud. Ingat itu ya sayang."
'Jika tak ada bahu untuk bersandar, masih ada lantai untuk bersujud.'
Baik bonda, anak perempuan bonda ini akan ingat setiap pesanan yang bonda titipkan. Selama-lamanya.
"Insya-Allah bonda."
"Bagus anak bonda. Jaga diri, hati-hati berjalan."
Dari sinar mata bonda yang dilindungi mendung, merenung sayu bagaikan ada sesuatu yang ingin dia khabarkan.
Kerdipan mata bonda bagai membayangkan suatu ketidaksenangan bergelodak dalam kolam perasaannya.
Terkelip-kelip mataku menatap renungan bonda yang tidak berdaya ditafsirkan itu, waima aku seakan mengerti apa maksudnya.
"Bonda tunggu Mina tau! Assalamualaikum."
Aku masih meneruskan niat yang dipasang dari tadi, untuk pergi membeli ubat bonda di pekan meski langkah terasa berat.
Aku ingin menghilangkan di sudut otak ini dikerumuni oleh andaian-andaian yang rumit dan tidak menyenangkan jiwa.
Aku lantas mengambil sampel ubat bonda lalu bangun dan melangkah kearah pintu. Buat seketika aku terhenti.
Aku menoleh ke belakang, kearah bonda. Dengan renungan yang suci bonda tersenyum mesra, bagaikan ada seri cahaya yang bersinar di wajahnya.
Sungguh, tiada kasih seindah senyumannya si bonda. Tertanya juga di dalam hati, adakah ini juga bakal menjadi senyuman terakhirnya?
Pintu ditutup perlahan. Aku meneruskan langkah dan berlalu dari situ.
'Jaga diri, sayang...'
Serpihan batuk bertaburan di aspal sepi, berhempas pulas dengan tenaga yang masih berbaki dalam diri tua itu.
Sedari tadi dia cuba untuk menahan sakit. Bibirnya kering mengelupas. Semakin lama batuk itu semakin kuat, sehingga mengeluarkan darah.
'Ya Allah, selamatkanlah anakku Mina walau dimana dia berada.'
[Bersambung >> FREEDOM - 10]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com