17|Chief Excutive Officer
EMPAT hari berlalu, aku dah pulih sepenuhnya. Sepanjang ketiadaan aku, banyak kerja yang sedang menanti aku dalam pejabat.
Kepala dipegang. Serabut rasanya. Dengusan kasar terbit di bibirku. Apa taknya, dah tujuh bulan berlalu, tapi CEO syarikat masih tak dapat dicari lagi.
Kak Nurin dipanggil menggunakan interkom. Setiausaha aku masuk ke dalam lalu berdiri tegak dihadapanku.
Aku mempelawanya duduk. Wajahku muram saja.
"Kenapa? Fira rasa pening lagi ke?" soal Kak Nurin, prihatin. Pantas aku menggeleng kemudian aku angguk. Berkerut dahi wanita itu melihat pendirian aku ni.
"Macam ni, Fira nak bincang sesuatu dengan akak. Pasal jawatan kosong CEO tu, macam mana? Dah empat bulan kita cuba cari, tapi tak dapat pun?" rungutku.
Kak Nurin dipandang minta simpati. Sebenarnya, aku penat nak menguruskan syarikat ni seorang. Aku perlukan pembantu.
Wanita anggun bertudung itu terdiam. Mungkin baru terfikir tentang itu. Hanya aku saja pewaris tunggal. Tiada yang lain. Tapi takkan aku yang nak uruskan semuanya?
"Akak harap Fira sabar sekejap. Sejak belakangan ni, kerja mencari CEO tu tergendala sebab masalah syarikat. Jadi nak cari tu agak susah jugalah, Fira. Sabar ya!" pujuk Kak Nurin. Wajahnya serba salah.
Aku tersenyum kelat. Tak apa, Fira. Cuba bertahan lagi untuk sebulan ni. In Syaa Allah, boleh!
"In Syaa Allah. Tapi tolong cepat okey? Fira sakit kepala tengok kerja-kerja yang bertimbun ni. Baru cuti sebab sakit, belum cuti kahwin lagi!" balasku, sempat berseloroh.
Apa taknya, kalau cuti kahwin ambil masa sampai sebulan. Kalau masih tak jumpa juga CEO masa tu, memang muflislah syarikat AmiZa Holding ni.
#####
426 mengangkat keningnya. CEO? Perlahan bibirnya mencoret senyum. Dia ada idea yang bernas untuk membantu Shafira.
Ya, dia akan lakukan secara percuma kepada Shafira. Gadis itu tak perlu tahu apa yang dia nak buat.
#####
Lelaki itu tersenyum puas melihat penampilan dirinya. Kemas dan bergaya. Memang nampak macam seorang yang berjaya.
Kemeja dibetulkan. Pantas kakinya dilangkahkan ke lif dan butang 35 ditekan. Fail dipegang di tangan.
Apabila bertembung dengan gadis-gadis yang melirik manja padanya, dia hanya tersenyum nipis.
Setibanya di tingkat 35 itu, dia bergerak ke meja setiausaha di situ. Waktu itu wanita bertudung itu begitu leka dengan komputer di hadapannya.
"Assalamualaikum."
Mata Nurin teralih pada lelaki itu. Berkerut dahinya. Tak pernah lihat pun. Walaupun hairan, senyum tetap diberikan kepada lelaki itu.
"Waalaikumussalam. Ya, encik! Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal Nurin sopan. Dia berdiri bagi menyambut tetamu tak dikenali itu.
"Saya datang untuk temu duga jawatan CEO." jawab lelaki itu, tenang saja perwatakannya.
Makin bertambah kerutan di wajah Nurin. Pipi digaru. Sejak bila pula aku ada buat temu duga ni? Kejap, atau Fira sendiri yang buat? Getus hati kecil Nurin. Hairan jadinya.
Lelaki itu langsung tak mempedulikan kerutan di wajah Nurin. Sebaliknya jam tangan dilihat.
"Temu duga tu pukul 11 pagi. Sekarang dah pukul 10.55, bila saya boleh masuk?" soal lelaki itu.
Nurin tercengang-cengang sendiri. Namun cepat-cepat mulutnya yang ternganga dikawal.
"Kejap ya, encik! Saya nak call Cik Shafira dulu. Encik boleh tunggu di sofa sana tu." ujar Nurin lalu jari ditudingkan pada sofa baldu berwarna biru tua di sudut dinding.
Lelaki itu hanya akur. Wajah Nurin yang hairan itu dia buat tak peduli. Rancangan aku akan berjaya! Desis hatinya. Dia dah buat persediaan yang begitu rapi untuk semua ni.
Gagang telefon diangkat lalu butang interkom ditekan. Tangan Nurin menutup sedikit mulutnya supaya lelaki itu tak dengar katanya.
"Fira, kamu ada buat temu duga untuk calon CEO ke? Kenapa akak tak tahu pun?" soal Nurin dengan nada berbisik. Lelaki yang santai duduk di sofa dijeling.
Terkebil-kebil mata Shafira mendengarkan itu. "Tak adalah, kak. Dia salah tempat kut. Cuba tanya apa nama syarikat yang dia nak temu duga tu." balas Shafira.
Nurin akur. Gagang telefon dijauhkan sedikit.
"Encik, syarikat yang encik nak datang temu duga tu... Encik pasti ke sini tempatnya?" soal Nurin, menguatkan sedikit suaranya.
Lelaki itu membelek telefon bimbitnya. "Betullah. AmiZa Holdingkan? Takkan salah pula."
Gagang dirapatkan semula ke telinga. "Fira, dia cakap memang nilah tempatnya. Fira pasti ke Fira tak ada buat temu duga?" soal Nurin.
"Betul, kak. Kalau Fira nak buat pun, Fira beritahu dulu dekat akak tahu?"
Nurin terangguk-angguk mengiakan. "Jadi, lelaki tu," Ayatnya tergantung.
"Tak apa. Akak suruh je dia masuk."
Nurin patuh arahan itu. Lelaki itu dipanggil supaya melaporkan diri di hadapan Shafira.
Wanita itu mengiringi lelaki itu masuk ke dalam pejabat Shafira. Di dalam bilik, Nurin dan Shafira dah berbalas pandangan aneh.
Setelah itu, Nurin keluar dari pejabat. Lelaki itu memberikan fail itu kepada Shafira. Pantas fail-fail itu dibelek. Mulutnya terlopong kecil.
Hebatnya! Master dalam bidang seni bina. Bekas graduan dari Harvard University. Bukan calang-calang orang ni!
Tapi siapa yang buat temu duga ni? Aku ke? Atau orang lain? Mungkin manager department agaknya. Mereka mesti perlukan seorsng CEO sekarang ni. Mungkin aku dan Kak Nurin terlupa tentang temu duga ni. Monolog hati Shafira.
Lelaki itu berdehem perlahan. Setelah melihat lelaki itu masih berdiri, Shafira pantas meminta maaf dan mempelawa lelaki itu duduk.
"Err... Encik Haries Naim." panggil Shafira teragak-agak. Dia tak bersedia langsung nak buat apa.
"Yes."
"Hmm... Memandangkan keputusan akademik awak cukup bagus, saya cuma nak tahu. Kenapa awak datang temu duga ni?"
"It's my promise with my father."
"That's all?"
Haries mengangguk.
Aik, sikit tu saja? Tapi memang dia akui lelaki bernama Haries ni memang berkeyakinan. Pakaiannya pun kemas. Senyuman pula tetap di bibir.
Akademik cemerlang √
Keyakinan tinggi √
Berpenampilan √
"Baiklah, saya ada soalan untuk awak. Di antara seorang ibu dengan isteri, mana yang awak pilih?" soal Shafira, sengaja ingin menguji tahap tanggungjawab lelaki di depannya ini.
"Ibulah. Sebab ibu ialah tanggungjawab saya yang utama."
Kepala yang dilitupi tudung itu mengangguk-angguk.
Bertanggungjawab √
"Antara duit dengan duit, mana pilihan awak?"
Ya, Shafira mengaku, soalan ni agak pelik. Tapi soalan ini bagi mengetahui kejujuran Haries.
"Hah? Sorry, none of them. Duit dah terlalu banyak." balas Haries selamba saja.
Bibir merah Shafira tersenyum senget.
Amanah √
"Lagi satu soalan."
"Oh, chup! Soalan mengarut ke? Kalau mengarut, saya tak nak jawab."
Gadis itu tergelak kecil. Pantas Shafira menggeleng. " Tak apa. Soalan saya dah terjawab."
Peramah √
Haries hanya mengangkat bahu. Shafira berdiri dari duduknya bersama senyuman.
"Baiklah, encik. Esok encik boleh datang bekerja. Datang sebelum pukul 10 ya? Saya nak kenalkan CEO baru AmiZa Holding kepada warga syarikat ni." beritahu Shafira.
Haries tak dapat menahan senyum. Aku berjaya! Desis hati kecilnya. Tak sangka begitu mudah. Rezeki!
Shafira mengiringi lelaki itu keluar. Nurin pantas menerpa ke arah Shafira bagi mengetahui keputusan temu duga itu.
"Alhamdulillah, kak. Selesai satu kerja kita. Tak sangkakan? Kuasa Tuhan," ujar Shafira.
Nurin turut mengucap syukur.
"Tapi siapa yang buat temu duga ni? Takkanlah Encik Haries tu datang sendiri macan tu je?" soal Nurin.
"Entahlah, kak. Mungkin manager lah yang suruh buat tapi kita lupa. Yalah, dua tiga hari ni macam sibuk sangat."
Kepala Nurin terangguk. Mungkin juga. Tak mustahil kerana selama Shafira cuti, dia lebih keras buat kerja sampai tidur pun 4 jam sehari.
Apa-apa pun, mereka dah dapat CEO baru. Alhamdulillah.
Mcm mngarutkn? But ni je idea yg author ade. Nk wat camne. Author sbenarnya pun dh buntu mna nk cari CEO so thats it. Cer teka Haries ni watak lama ke baru? Hehehe.
Vote n comment.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com