24|The Second Couple!
PAGI. Jam baru saja menunjukkan pukul 7.30 pagi. Kafe masih belum buka lagi. Farhan sibuk mengelap perkakas dapurnya.
Kemudian meja dilap. Ya, Farhan lebih gemar buat kerja ni sendiri walaupun dia ada upah pekerja lain.
Tiba-tiba pintu kafe itu berdenting, menandakan ada orang masuk ke dalam. Farhan langsung tak peduli dengan kehadiran manusia itu.
Dia tahu siapa yang datang walaupun dia sedang berdiri membelakangi pintu.
"Farhan!" Panggil suara itu, begitu ceria.
Lelaki itu senyap. Langsung tak membalas. Sikit pun dia tak layan empunya suara.
"Sampai hati awak, Farhan. Rara ni pelanggan awak tau!" Rajuk gadis itu. Bibirnya memuncung panjang. Gadis itu berjalan keliling kafe itu.
"Rania, kafe aku buka pukul 8 pagi. Sekarang masih pukul 7. 45. Jadi buat apa aku nak layan kau?" Sindir Farhan. Dia rimas sungguh dengan perangai tergedik-gedik Rania yang baru saja berusia 19 tahun.
"Ala, Farhan ni tak supporting tau! Rara cuma datang nak lawat je. Suka sindir Rara macam tu. Teruk sangat ke Rara ni?" Ayat sentap dah keluar. Memang Rania amat sensitif orangnya. Mungkin sebab dia anak tunggal dalam keluarga.
Semua datuk nenek manjakan dia. Tu sampai boleh naik lemak ni. Farhan malas nak melayan. Dengusan halus terbit di bibirnya.
"Mana dia?" Soal Farhan, menukar topik. Kalau tak, dia yang kena pujuk Rania. Tak ada masa!
Berkerut-kerut dahi gadis itu. "Dia? Siapa?"
"Zameer lah. Bodyguard kau tu. Sekarang ni kita dua je kat sini. Nanti tak manis kalau orang nampak!" Balas Farhan.
Ya, Rania Amirah anak orang kaya. Ayahnya bergelar Tan Sri. Tak hairanlah kalau anak gadisnya manja terlebih dos.
"Apa Farhan cakap ni? Abang Mer ada je kat dalam ni." jawab Rania.
Farhan pantas menoleh ke keliling kafe. Kelihatan seorang lelaki bert-shirt hitam sedang duduk di meja. Farhan mengeluh.
Ni lagi seorang hamba Allah buat dia pening. Lelaki tu macam iguana! Sukar dijejak. Tahu-tahu je dah ada. Tengok-tengok je dah hilang.
Pendiam tahap petala 14 sungguh!
"Hehehe. Rara tahu Abang Mer Rara hebatkan? Farhan pun tak dapat kesan dia masuk tadikan?" usik Rara, tersengih bangga dengan pengawal peribadinya.
"Haah. Abang Mer kau tu pakai kaki semut agaknya!" ujar Farhan. Zameer yang kelihatan tenang itu dijeling. Dalam diam, dia agak risau juga dengan lelaki itu.
Pekerja-pekerja Farhan mula datang. Mereka hanya perlu datang 10 minit sebelum pukul 8 pagi. Sebab Farhan dah kemas kafe tu jadi tiada apa lagi yang nak dibersihkan.
Rania duduk bersama Zameer. Sempat dia memesan jus mangga dan cheese cake, pesanan kegemarannya setiap kali datang sini.
Dagu Rania ditopang dengan tangan. Matanya memandang kecewa pada Zameer yang beriak biasa saja.
"Hmm... Abang Mer perasan tak? Farhan macam benci dekat Rara lah. Rara ada buat salah ke?" soal Rania lalu mengeluh perlahan.
Dah dua tahun dia mengenali Farhan dan banyak kali juga dia bagi hint pada lelaki itu yang dia sukakan Farhan. Tapi lelaki itu buat tak peduli saja. Sakit hatinya usah ditanya. Selama ni, orang selalu mengikut perintahnya, memanjakannya tapi tak bagi Farhan.
Susahnya Rara nak takluk hati Farhan tu, getus hatinya.
Zameer diam saja. Malas dia mahu menjawab. Takut yang keluar dari mulut bukan apa yang dia mahu.
"Rara suka dekat Farhan. Tapi Farhan tak suka dekat Rara. Abang Mer, macam mana Rara nak buat Farhan suka dekat Rara? Rara tak cukup comel ke? Rara nak dia," ucap Rania agak sedih. Kepalanya kini tunduk memandang meja kayu itu.
Tanpa disedari Rania, hati lelaki di hadapannya sedang terbakar mendengar kata-katanya. Telinga pula rasa panas mendengar bait bicara itu. Bibir diketap rapat. Cemburu punya pasal!
"Abang Mer tahu tak macam mana nak buat seorang lelaki ni suka kat kita? Abang Mer kan dah besar!"
Rania meminta cadangan daripada Zameer pula.
Lelaki itu mendengus keras. "Dia takkan suka pun dekat Cik Amirah." balas Zameer, perlahan.
Namun cukup untuk telinga Rania mendengarnya. Cukup untuk mengguriskan hatinya malah lebih daripada cukup untuk membuatkan air matanya keluar.
"Kenapa? Sebab Rara ni mengada ke? Sebab tu Farhan tak suka dekat Rara? Kalau Farhan nak Rara berubah, Rara sanggup." luah gadis itu. Air mata dibiarkan mengalir.
Zameer tergamam. Dia tak sangka kata-katanya melukakan hati Rania. Rasa bersalah menyerbu masuk dalam hatinya.
"Cik Amirah, I'm sorry. That's not what I mean." ucap Zameer. Ingin saja dia menyeka air mata itu dari mengalir lagi tapi dia sedar, Rania bukan mahramnya.
"Abang Mer pun mesti rasa Rara ni manja, lepas tu tergedik-gedik pula dengan lelaki. Rara tahu, ramai yang benci Rara sebab sikap Rara ni." adunya sambil tersedu-sedan.
Hati lelaki Zameer tersentap. Ya, dia mengakui, semasa tiga bulan pertama bertemu Rara, dia agak menyampah dengan gadis itu. Namun setelah satu kejadian, dia mula menaruh simpati pada Rania dan lama-lama ia menjadi cinta.
"Rara tahu Rara terukkan? Sebab tu ramai orang termasuklah Farhan benci dekat Rara,"
"Cik Amirah, please dont say that. Walaupun ramai benci Cik Amirah, papa awak sentiasa sayangkan awak. Awak hanya perlu jadi diri sendiri. Please stop crying." pujuk Zameer, bersungguh-sungguh menenangkan Rania.
Tolong jangan menangis. It hurts me. Bisik hatinya, sayu. Hati lelakinya terasa sakit melihat air mata itu mengalir. Siapa saja nak orang yang kita sayang sedihkan?
Sedang mereka senyap beberapa saat melayan perasaan, Farhan meletak kuat dulang yang berisi pesanan Rania tadi membuatkan mereka berdua tersentak.
Pantas Rania menundukkan kepalanya. Dia tak mahu Farhan tahu dia sedang menangis kerana lelaki itu.
Dengan tenang, Farhan meletakkan cheese cake dan jus mangga di depan Rania. Kopi berperisa hazelnut diberikan kepada Zameer.
Kening Zameer bertaut rapat. Rasanya dia tiada order apa-apa pun.
Dulang coklat di tangan diketuk perlahan di kepala gadis itu membuatkan kepalanya yang berambut panjang paras bahu itu mendongak ke arah Farhan.
"Aku bukan benci kau, Rania. Tapi aku tak cintakan kau. Aku anggap kau hanya sebagai adik je."
Kata-kata itu membuatkan mata Rania kembali berkaca-kaca. Pantas matanya dialihkan dari memandang Farhan. Sampai bila dia harus menahan rasa kecewa?
Lelaki itu memandang Zameer yang asyik melihat Rania lalu tersenyum senget. "Lagipun, Rania. Bukan ke dah ada orang yang nakkan kau? Kau je yang tak perasankan?"
Zameer tersentak. Wajahnya memerah. Buat pertama kalinya, mata hitam pekat itu menjeling tajam Farhan yang sedang tersengih.
"Siapa?" soal Rania, laju.
"Find it yourself, my sister. Soon, you will know it." balas Farhan kemudian berlalu pergi.
Zameer mengeluh lega apabila Farhan tak memberitahu perkara sebenar. Dia masih belum bersedia. Dia takut akan ditolak mentah-mentah oleh Rania.
Rania pula terkebil-kebil melihat Farhan. Dahinya berkerut. Apa maksud Farhan? Hatinya tertanya-tanya sendiri.
"Abang Mer tahu ke siapa?"
"Hah? Tak. Tak tahu. Farhan merepek je tu. Dahlah, nak makan tak? Lepas nikan Cik Amirah ada kelas." dalih Zameer, pantas.
Bibir merah Rania tersengih. Matanya dikerdip-kerdipkan pada Zameer.
"Abang Hensem, Rara nak ponteng.... Boleh? Bolehlah... Sekali ni je! Please! Abang Hensem baik. Abang Hensem comel. Abang Hensem sayang Rarakan?" Hasut Rania sambil buat muka seposen.
Alahai, ni Zameer lemah. Lagi-lagi bila dah keluar gelaran Abang Hensem tu, ketar lutut, berat mulut nak kata tidak. Tapi nikan tanggungjawab dia!
Keluhan terbit di mulut Zameer. Rania yang masih dengan wajah comelnya dipandang geram. Kalaulah Rania tu isteri dia, dah lama dia cubit-cubit pipi gebu tu.
"No, Cik Amirah. Ni bukan sekali tapi dah lebih lima kali. Cik Amirah jangan nak kelentong saya." Tegas Zameer. Sedaya upaya muka tak ada simpati dia buat supaya Rania tak memujuk lagi. Takut dipujuk kali kedua dia akan kalah.
Mulut itu termuncung panjang. Zameer hanya tahan gelak. Kelakar!
"Tapi yang Rara ponteng tu kelas menjahit dan kelas memasak. Tapi ni kuliah tak pernah lagi ponteng." Alasan paling bernas pada perkiraan Rania diberi. Dia berharap Zameer mengikut kata-katanya.
"Kalau macam tu kekalkanlah kehadiran tu." bidas Zameer lalu menghirup kopi. Sempat bibirnya tersenyum melihat wajah masam Rania, gadis pujaan dalam diam.
Rania Amirah, itulah gadis yang berjaya buat dia gila bayang. Cik Amirah, diri awak lebih berharga dari yang awak sangkakan, getus hati Zameer.
Yes, this is the second couple. RaraxZameer. Tuan puteri yg manja dgn bodyguardnya yg jenis tenang. Huh, brjaya ke author cipta chemistry antara dorg ni? Aduhhh... Pening!
Vote n comment!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com