BC•1
ALAT kawalan jauh di meja bulat diambil. Punat merah ditekan lalu skrin TV plasma 32 inci yang tadinya gelap berubah cerah. Shafira mencapai pula balang biskut coklat sebelum biskut manis berlemak itu disuap ke mulut.
"Hmm, sedapnya!" ujar Shafira dengan mulut yang penuh. Dia mencapai lagi sekeping lalu disumbat ke dalam mulutnya yang tak berapa besar itu.
Farhan yang baru turun dari bilik memandang ke arah Shafira saat telinganya mendengar suara gadis itu.
"Fira, awak ni asyik makan je. Biskut coklat pula tu. Banyak kolestrol tahu tak? Selama ni tak ada pula suka biskut ni." Farhan dengan lembut mengambil balang itu dari Shafira.
Risau melihatkan gadis itu kejap-kejap makan. Benda sama pula tu. Biskut coklat. Kalau bukan biskut coklat, susu coklat. Kalau tak dapat, mesti mengamuk. Pening kepala dia. Nasiblah aku sayang, bisik hati Farhan.
"Ala... awak. Janganlah. Saya bosanlah. Biskut coklat ni je yang selalu sudi nak temankan saya," rengek gadis yang masih berbaju pajama itu. Dahinya berkerut tak puas hati. Dah ada tanda-tanda nak marah.
Farhan menggeleng perlahan. Tak mandi tak apa, terus duduk depan TV. Lepas tu, melantak. Pipi Shafira yang kembung dengan biskut ditarik.
"Dah, tak payah. Pipi awak ni dah tembam sebab selalu sangat makan benda tak berkhasiat." Farhan tidak mahu berkompromi. Wajah tegang ditayangkan. Nada suaranya pula sengaja ditegaskan.
Shafira menghela nafas panjang. Tak mahu melawan meskipun hatinya rasa panas je bila Farhan ambil balang biskut dia.
"Tak apalah. Biar saya mati je kalau macam tu," omel Shafira. Kepalanya dialihkan memandang ke arah lain. Sakit hati pula nak pandang muka Farhan sekarang ni.
Masalahnya, kenapa ambil biskut coklat dia?
Farhan yang mendengar mengucap panjang. Pelik pun ada dengan sikap Shafira yang terlebih dos manja sejak belakangan ni. Macam ada tak kena je. Tak dapat biskut coklat pun boleh mati?
"Fira," panggil lelaki itu, ingin menarik perhatian si isteri supaya memandangnya.
Namun Shafira buat-buat pekak je. Badannya sekarang ni terasa bahangnya. Bengang dengan tindakan Farhan yang dirasakan sangat tak wajar.
"Shafira." Farhan memanggil lagi. Rambut lurus gadis itu ditarik lembut dengan hujung jari, memaksa kepala itu berpaling ke arahnya. Namun sia-sia.
"Ada yang kena tarik rambut sampai botak ni," gerutu Farhan.
"Sampai hati awak nak botakkan saya. Rambut ni anugerah Allah dekat saya tau! Penat-penat saya simpam bagi cantik macam ni. Awak nak botakkan? Biar saya pula tarik rambut awak sampai botak. Nak?" ugut Shafira dengan bibir yang terketap geram.
Tak, semuanya sebab Farhan ambil biskut coklat aku! Hati Shafira membentak. Dia benar-benar kecewa biskut kegemarannya diambil begitu saja.
Apa salah dia? Teruk sangat ke biskut tu? Farhan tak faham! Farhan tak faham betapa sedapnya biskut tu. Shafira mengamuk lagi dalam hati. Berbuku-buku rasa geramnya dengan Farhan.
Dengan wajah yang sudah kemerah-merahan, dia mencerlung tajam ke arah Farhan. Ada sisa air mata di tubir mata gadis itu.
Farhan mengeluh perlahan. Sabar, Han. Mesti dia tengah period. Teruk juga PMS dia, hati kecil Farhan bersuara memujuk.
Kepala gadis itu diusap lembut. "Fira, kenapa ni? Awak period ke? Atau awak ada masalah? Ada apa-apa jadi kat tempat kerja ke?" soal Farhan, lembut.
Tapi mengikut pemerhatiannya melalui CCTV dari pejabat Shafira, tiada apa pun yang terjadi. Semuanya dalam keadaan normal saja.
"Bila saya mengamuk sikit, awak kata saya period. Saya dah sebulan tak period. Pulangkanlah biskut saya. Lepas ni saya janji takkan beli biskut tu pakai duit awak. Apa salah biskut saya? Kenapa awak nak ambil dia?"
Farhan yang mendengar terasa ingin mengucap panjang. Keningnya diurut dengan jari.
"Fira, saya bukan..." Tak sempat Farhan mahu menyambung kata-katanya, Shafira mencelah,
"Waktu awak sibuk dengan kerja awak, dialah peneman saya. Waktu saya stres, dialah juga yang tenangkan saya. Bila saya nak tidur pun, awak tak ada. Dia yang selalu ada. Kenapa awak ambil dia? Biarlah saya makan." Suara Shafira berubah nada. Mata bundar itu dah merah dan berair, menahan sebu di dada kerana kecewa.
Shafira mengesat air matanya. Dia benci sebab dia menangis hanya kerana ini. Tapi dia tak mampu nak kawal perasaan. Dia benci kerana dia bersikap seperti seorang perempuan mengada-ngada yang tak faham akan kesibukan suaminya.
Shafira nak jadi isteri terbaik untuk lelaki itu. Seorang wanita yang takkan pernah mengeluh meskipun jiwanya sunyi tanpa belaian kasih suami. Dia tak nak buat Farhan lebih tertekan kerana perangainya.
Namun Shafira tak mengerti. Meskipun akalnya menolak untuk berkelakuan begitu, hatinya cepat saja ingin melakukan sebaliknya.
Farhan terkedu. Terdiam. Bicara yang ingin dilontar sebentar tadi hilang ditelan oleh kata-kata Shafira.
Tak tunggu lama, Farhan terus menarik Shafira dalam pelukannya. Dia tahu dia terlalu leka dengan kerjanya sebagai seorang 426 sehinggakan dia lupa dengan tugasnya sebagai suami penghibur isteri.
Gadis itu dah terlalu banyak mengalah dengannya."Shafira, I'm sorry." Hanya itu kata pujukan dari Farhan.
Farhan dapat merasakan Shafira meronta halus, minta dilepaskan. Kali ni, gadis itu benar-benar sakit hati dengannya.
Apa dia mahu buat?
Dia tak pandai mahu mengatur ayat indah-indah macam si pujangga dalam drama cinta orang lain.
"Awak selalu tinggalkan saya. Awak tak pernah ada masa untuk saya. Awak lagi sayang 426 dari Shafira! Saya perempuan yang pentingkan diri. Awak tak payah pujuk saya. Saya kena faham awak. Awak 426 kan? Awak hukumlah saya sebab saya bukan isteri yang baik."
"Saya tak cukup faham dengan minat dan kerjaya awak. Patutnya saya jadi perempuan yang memahami bukan mengamuk tak tentu pasal. Saya salah. Saya yang kena minta maaf," luah Shafira bersama juraian air mata di pipinya. Badan sasa Farhan ditolak sehabis baik.
Dia bukan heroin yang baik. Bukan ke dia yang nakkan 426 selama ni? Jadi dia perlu faham dengan kerjaya lelaki itu yang sering tiada masa dengannya. Shafira perlu bertahan walaupun hatinya terasa sunyi. Dia perlu tahan semua itu. Dia nak jadi seorang isteri yang baik untuk Farhan Qaidhar.
Farhan mengemaskan pelukan. Sebak? Tipulah kalau hati lelakinya tak tersentuh dengan luahan hati Shafira. Mendengarkan ngongoian Shafira dan melihat Shafira ingin menolaknya jauh, buat hatinya diserbu rasa sakit.
Aku yang selalu abaikan dia. Suara hatinya bergema. Saat itu, Farhan benar-benar sedar akan semua itu.
Gadis itu juga sering saja sibuk namun tak pernah Shafira jadikan alasan untuk tidak luangkan masa dengan Farhan.
Dan saat tiba hujung minggu pun, Shafira akan sentiasa cari peluang dan ruang untuk bermanja tapi dia akan menolak. Kerana apa?
Kerana Hacker 426. Komitmen Farhan pada kerjayanya yang satu itu buat dia terlupa yang ada seseorang sedang menunggunya. Yang setia dari dulu lagi.
Tangan kecil Shafira cuba menolak tubuh Farhan supaya melepaskannya. Namun Farhan mengeraskan diri. Kepalanya disembamkan ke bahu gadis itu.
"Aku minta maaf, Shafira. Tolong maafkan aku. Jangan tolak aku untuk jauh dari kau. Hati aku sakit bila kau cuba nak nak jauh. Maafkan aku," ucap Farhan. Suara garaunya kini bertukar serak. Tangannya semakin kemas di pinggang si isteri.
Shafira terkaku mendengar bicara Farhan. Paling mengejutkan saat bahunya yang menjadi tempat Farhan meletakkan kepalanya terasa basah.
Farhan menangis?
"Kau tak salah. Aku yang selalu abaikan kau. Kau dah cukup faham. Aku yang tak faham masalah kau."
Sungguh, jantung Farhan terasa seperti disiat-siat halus apabila Shafira sedaya upaya menolaknya. Dia merasakan seolah-olah Shafira dah tak mahukan dia dalam hidup gadis itu lagi.
Dia terlalu sayangkan gadis manis itu. Gadis manja yang cengeng. Hati mana yang tak jatuh cinta apabila dia sendiri melihat seorang Shafira bangkit dari mimpi ngerinya?
Gadis itu berdiri dengan kakinya sendiri dan hingga kini, gadis itu masih gagah tersenyum biarpun kehilangan keluarga dengan cara yang paling kejam sekali.
"Jangan pernah putus asa dengan aku, Shafira Addina."
"Aw... awak." Badan Farhan yang kelihatan menggigil itu dipeluk.
"Saya minta maaf. Saya tak patut ungkit semua tu." Shafira diserbu rasa serba salah.
Dia terlalu beremosi hinggakan lelaki itu menumpahkan air mata jantannya untuk Shafira.
Allahu, berdosanya aku. Bisik hati Shafira, sesal dengan apa yang telah dia katakan.
"Dahlah, awak janganlah nangis. Saya takkan pernah putus asa dengan awak. Saya minta maaf sebab buat awak menangis macam ni." Rambut lebat lelaki itu diusap lembut, seperti sedang memujuk anak kecil yang menangis kerana ais krimnya jatuh dilanggar orang.
Dan mereka berdua terus di situ, bermusahabah kembali dengan segala salah silap mereka sepanjang perkahwinan yang terjalin.
Mereka bukan hero dan heroin yang sempurna. Mereka juga seringkali tersilap kata dan tersalah langkah dalam setiap perjalanan hidup mereka.
Namun mereka kelihatan sempurna dengan adanya dua jiwa yang saling melengkapi dan rahmah Al Rahman sebagai penyempurna masjid mereka.
Assalamualaikum dan hai. Huhu... Dah lama tak jumpakan? Rindu tak diaorang berdua ni? Maaflah kalau scene bonus chapter ni cringey gila ke.
Ataupun sebab pergaduhan mereka ni macam kebudak-budakan sangat ke. Sebab cerita ni memang tak ada orang ketiga, jadi konflik yang muncul pun memang antara dorang je. Heheheh. Dan maaflah chapter panjang sangat. Takut bosan pula. Sori ya.
Apa-apa pun, terima kasih sudi baca. Oh ya, akan ada bonus chapter kedua pula nanti. In syaa Allah. Terima kasih semua.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com