Hasrat Papa
"ERR... pasal projek rumah anak yatim kat Shah Alam tu... " Tiba-tiba Haries gugup sendiri apabila gadis di hadapannya, Shafira merenung tajam ke dalam anak matanya. Macam dia ada buat salah pula. Air liur diteguk.
Baru dia mahu menyambung kembali, Shafira mencantas kata-katanya, "Awak 426kan?" Tebak Shafira, melulu sambil badannya didepankan dengan kedudukan Haries. Shafira dapat tahu daripada setiausahanya, Kak Nurin bahawa mata takkan pernah menipu. Oleh sebab itu, dia nak menggunakan cara ini sebagai langkah pertama. Jika tak berjaya, dia akan menyusun strategi yang lain pula.
Sampailah semuanya terbongkar!!
Haries berdehem-dehem perlahan lalu menjauhkan badannya sedikit. Dia rasa tak selesa. Agresif betul dia nilah, getus hati kecil Haries. Seram pun ada juga! "Cik Shafira, we're in work right now. Be professional. Jangan campurkan urusan peribadi dengan kerja." Tegur Haries, tegas.
Apabila mendengarkan itu, mata Shafira semakin mengecil memandang Haries. "Alasan! Awak suka guna alasan untuk melepaskan diri!" Tuduh Shafira pula. Tak puas hati saja riaknya. Ya, dia tahu dia nampak terdesak seperti ini, tapi bukan ke dia memang dah terdesak sangat nak tahu siapa 426?
Kali ini, Haries memberanikan diri dengan menentang pandangan Shafira. "No, Miss Shafira Addina. I'm serious here." Balas Haries, berlagak tenang dan tegas.
"And I am too!" Bidas Shafira, tak mahu kalah. Meja ditepuk kecil.
Terkejut Haries dibuatnya. Ah, masalah... masalah! Kepala digaru-garu. Sungguh, dia tak sangka sebegini jadinya. Haries mengeluh panjang.
"Look, Fira. I know you really wants to know 426, but we're in the middle of work. And now, we're discussing something important. Bantu anak yatim ni bukan ke salah satu perkara terpenting yang arwah Datuk Aminuddin nak buat?" Penuh berhati-hati, Haries menyusun kata dan mencipta logik yang boleh diterima oleh gadis bertudung kuning itu.
Wajah tegang Shafira berkurangan sedikit. Namun itu pun dah cukup melegakan Haries.
"Tapi jangan ingat awak terlepas. Saya akan cari 426. Sampai. Dapat. Faham?" Ugut Shafira, garang dengan riak masam. Haries tersenyum kecil. Heisy, macam-macam betullah budak ni! Desis hatinya.
"Awak nak bincang apa?" Soal Shafira lalu membetulkan kedudukannya kembali. Ya, Shafira. Profesional! Profesional! Bisiknya sendiri. Jangan campur adukkan urusan peribadi dengan kerja. Ini adalah hasrat arwah papanya juga. Serba sedikit, Shafira termakan juga dengan kata-kata CEO syarikatnya, Haries.
"Oh, pasal rumah anak yatim kat Shah Alam tu dah siap. Baru sehari beroperasi. Awak nak pergi tengok tak?" Tanya Haries sekadar berbasa-basi.
Shafira tersenyum lebar. "Alhamdulillah. Kalau macam tu," Jam tangan dikerling sekilas. Baru pukul 9 pagi. Pukul 12 nanti dia ada temu janji dengan klien. Pandangan diarahkan pula pada wajah Haries. "Pukul 10 nanti saya geraklah."
Haries menyilangkan tangannya sambil mengangkat kening sebelah. "Just you?" Soal lelaki itu dengan dahi berkerut. Shafira menganggukkan kepalanya sebagai jawapan. "Yalah, saya jelah. Oh, kejap. Saya ingat nak bawa Kak Nurin sekalilah. Mesti dia teruja nak ikutkan?" Ujar Shafira lalu mengukir senyum tika teringatkan wajah manis setiausahanya itu.
"Tak, tak! Bukan ke KITA yang kena pergi sana?"
Kening Shafira bertaut rapat. "Hah? Kita? Awak nak ikut sekali ke?"
"Yalah. Takkanlah saya tak boleh ikut?" Soalan berbalas dengan soalan.
Shafira berfikir sejenak kemudian bersuara, "Jadual awak tak pack ke hari ni? Saya rasa, pergi sana bukannya perkara yang penting untuk awakkan? Ah, saya tahu! Awak nak slack off eh?" Duga Shafira lalu mata dijegilkan memandang Haries.
Haries menopang dagu di atas meja kerja Shafira sambil memasamkan wajahnya. "Hei, suka tuduh-tuduh. Saya memang nak pergi sanalah, cik kak! Lagipun, inikan hasrat arwah datuk dan datin, bermakna ia adalah impian syarikat ni juga. Dan sekarang, saya adalah CEO syarikat ni, so why not I come with you too?" Jelas Haries panjang.
Shafira terkedu. Dalam diam, dia agak terharu mendengar penjelesan Haries itu. Tak sia-sia dia pilih Haries sebagai Chief Excutive Officer AmiZa Holding.
"Kenapa diam? Kalau awak tak nak saya ikut, tak kisah." Tutur Haries, selamba saja.
"Tak adalah. Saya cuma terharu. Terima kasih." Ucap Shafira, ikhlas.
Haries hanya sengih. "You're most welcome."
Mungkinkah Haries... 426? But something. Yes, something off somehow. Desis hati Shafira.
#####
SETELAH hampir sejam perjalanan, kami tiba di rumah anak yatim yang terletak berdekatan dengan kawasan pergunungan. Jadi, tak banyak binaan di sini. Alam sekitar pun terjaga. Sememangnya, ia memang tempat yang tenang. Sesuai dengan kehendak arwah papa.
"Kanak-kanak macam ni perlu dekatkan diri dengan Tuhan, bukan dengan kemewahan. Suatu hari nanti, Fira akan faham apa yang papa nak sampaikan."
Itulah ucapan papa sewaktu aku berusia 16 tahun. Walaupun sudah bergelar remaja, aku masih kosong dengan dunia luar. Lagipula, aku tak duduk di asrama seperti kakak sulung aku. Aku memang tak boleh berenggang dengan keluarga.
Tapi akhirnya, bila nak masuk universiti, aku dapat tawaran belajar di United Kingdom. Mahu tak mahu, suka atau tak, aku pergi juga untuk menimba ilmu. Dan kini, aku faham apa makna ucapan papa 10 tahun lalu.
Anak-anak yatim mesti sentiasa dekat dengan alam sekitar untuk mengenal Tuhan tapi bukan dengan disogokkan dengan harta. Oleh kerana itu arwah papa mahu semua rumah anak yatim yang bakal ditubuhkannya tersorok dari bandar.
Aku keluar dari dalam perut kereta lalu udara segar dihirup dalam. Sangat seronok rupanya hidup dengan alam hijau ni. Hanya bising dengan bunyi unggas dan burung-burung saja. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipiku.
Terlihat di depan muka pintu, seorang wanita berusia 44 tahun berdiri menunggu kedatanganku. Aku melorekkan senyum lebar lalu tangan itu dikucup lembut.
"Assalamualaikum, Ibu Ida."
"Waalaikumussalam, Fira. Allah, lamanya tak jumpa." Balas Puan Shahida atau lebih dikenali sebagai Ibu Ida. Wanita ini merupakan sahabat arwah mama dan seorang janda beranak tiga. Anak-anaknya comel semua. Dan sememangnya, Ibu Ida muda 4 tahun daripada mama tapi umur bukan penghalang untuk mereka rapat.
Kami berpelukan sebentar sebelum Ibu Ida memeluk pula Kak Nurin. Kemudian, pandangannya teralih pada wajah Haries. Beberapa saat selepas itu, dia memandang aku pula sambil tersenyum-senyum mengusik.
"Oh, ini boifren kamulah ya, Fira? Tahniah! Bilanya nak nikah?"
Membulat mataku mendengarkan pertanyaa selamba oleh Ibu Ida. Wah, pandai betul Ibu Ida buat spekulasi macam-macam. Manakala Kak Nurin tergelak kecil dan Haries tersengih saja.
"Hish, apa ni... Ibu Ida. Dia kawan sekerjalah. CEO baru. Kenalkan, Haries Naim." Nafiku lalu cepat-cepat memperkenalkan Haries kepada Ibu Ida.
"Haries, ni penjaga rumah ni, Puan Shahida. Panggil Ibu Ida saja." Sambungku. Haries hanya mengangguk dan menghulur senyum sopan.
"Oh, maaflah. Ibu ingatkan siapalah tadi."
Aku hanya tergelak. Aku? Dengan Haries? Kalau dia 426, mungkin aku akan terima dia.
Ibu Ida mengajak kami masuk ke dalam untuk menjamu sedikit makanan. Rumah ni baru beroperasi jadi bilangan anak-anak di sini tak ramai sangat. Baru dalam enam orang termasuk anak-anak Ibu Ida.
Sedang kami sibuk berbual-bual, tiba-tiba terdengar bunyi kaca pecah di dapur. Perbualan kami terganggu dengan bunyi itu. Bergegas Ibu Ida meminta diri ke dapur untuk melihat apa yang terjadi. Aku yang tak mahu ketinggalan, cepat-cepat mengekori langkah wanita itu.
"Ya Allah, Hamzah! Kenapa ni?" Marah Ibu Ida apabila melihat pinggan kaca yang berderai di lantai. Di situ, berdirinya seorang kanak-kanak lelaki dengan wajah masam mencuka. Terdetik di hatiku sesuatu tentang budak lelaki itu.
Comelnya dia!!! Ya, tak dapat aku nafikan lagi. Dia sangat comel! Anak siapalah ni?
Bila mataku bertentang dengan anak matanya, dia hanya menjeling tajam lalu pergi dari situ melalui pintu belakang tanpa berkata apa-apa.
"Maaflah, Fira. Hamzah tu memang macam tu. Dia baru saja hilang mak dan ayah dia dalam kemalangan kereta. Jadi, dia cepat mengamuk. Sebab tu, mak long dan pak long dia hantar sini sebab tak tahan dengan sikap dia." Cerita Ibu Ida dengan nada serba salah sambil tangannya lincah mengutip serpihan kaca untuk dibuang ke tempat yang selamat.
Aku hanya diam. Cerita Ibu Ida begitu menyentakkan hati kecilku. Apa taknya, situasi kami memang lebih kurang sama. Kehilangan tempat pergantungan secara tiba-tiba dan tanpa diduga. Tapi sekurang-kurangnya, aku dah besar. Dan dia?
Mungkin dalam lingkungan 10 tahun.
"Apa nama penuh dia, Ibu Ida?" Soalku sambil tanganku turut membantu mengutip kaca-kaca kecil yang bersepah.
"Hamzah Asad." Jawab Ibu Ida.
Hamzah Asad. Nama yang baik dan mendalam maknanya. Namanya benar-benar mengingatkan aku tentang seorang pejuang Islam yang syahid di medan perang Uhud yang digelar dengan Asadullah iaitu Singa Allah, Hamzah bin Abdul Mutalib, bapa saudara kesayangan Nabi Muhammad.
Keberaniannya menakutkan musuh dan ketangkasannya dalam berperang tak boleh dinafikan lagi. Dia amat disegani kerana kekuatannya malah Nabi Muhammad juga menyanjungi pahlawan berketurunan Quraisy itu.
Aku tersenyum tanpa sedar. "Hamzah."
"Hebatnya nama dia, Ibu Ida."
Ibu Ida mengangguk, tanda mengiakan. "Arwah ibu dan ayah Hamzah betul-betul meletakkan harapan yang tinggi pada dia untuk menjadi seperti Hamzah Abdul Mutalib." Balas Ibu Ida. Rupanya, Ibu Ida sama pendapatnya seperti aku.
"Saya nak pergi jumpa dia kejaplah, ibu." Pintaku lalu aku menuju ke jalan yang dilalui oleh Hamzah tadi.
Saat itu, aku terpaku sebentar. Subhanallah! Cantiknya halaman belakang ni. Selama ni, aku tak perasan pula. Banyak pasu-pasu bunga bersusun menghiasi halaman belakang. Disebabkan cuaca yang agak sejuk di sini, banyak bunga yang boleh tumbuh dengan subur di sini.
Pasti Ibu Ida yang tanam. Wanita itu memang sangat sukakan bunga-bungaan.
Di satu sudut, aku terlihat Hamzah sedang memeluk lutut di atas buaian gantung yang disediakan. Terdengar esak kecil budak lelaki itu. Sayu hatiku mendengarkannya. Aku tahu. Sakit dan pedih apabila ditinggalkan oleh insan yang paling disayangi tak tertanggung rasanya. Tapi Hamzah lebih teruk. Dia kehilangan tempat berkasih sayang pada usia yang sangat muda.
"Hamzah." Panggilku, lembut.
Dia agak tersentak. Pantas kepalanya terdongak memandang aku. Dapat aku lihat pipi putih Hamzah basah dengan air mata. Di sudut kelopak matanya, terdapat sisa air mata. Hidung separa mancungnya bertukar merah. Malah rambut hitam berkilatnya kusut-masai.
Lantas aku tergelak. Kelakar melihat wajah terkejut Hamzah tika melihat aku. Hamzah yang perasan aku ketawakannya, mengesat hingus yang meleleh dan menyeka kasar air matanya. Pantas wajah garang ditayang di hadapan mataku.
"Gelaklah! Gelak lagi! Saya tahu muka saya dah buruk sebab menangis." Marah Hamzah, keras. Dia pantas memalingkan wajahnya ke arah lain. Aku terkelu. Aku tak sangka dia terasa hati dengan perbuatan aku. Alamak, macam mana ni?
Aku resah sendiri.
Tiba-tiba aku terdengar Hamzah menangis kecil. Mula-mula, hanya perlahan tapi lama-kelamaan ia bertukar nyaring. Kelam-kabut aku jadinya apabila Hamzah menangis sebegitu sekali. Kepala digaru-garu.
"Macam mana nak pujuk ni?" Soalku pada diri sendiri.
"Hamzah, akak minta maaf. Akak tak sengaja. Sorilah, Hamzah." Pujukku lalu cuba mendekatinya. Bahunya disentuh tetapi ditepis kasar oleh kanak-kanak lelaki itu. Jelas kelihatan badan Hamzah terhenggut-henggut kerana menangis.
Melihatkan dia, aku teringatkan diri sendiri. Beginilah aku kira-kira setahun lepas. Menangis dan menangis. Tanpa henti! Hinggalah 426 hadir dalam hidup aku. Dia salah satu insan terpenting yang kembali menyerikan hidupku. Dia adalah perantaraan Tuhan untuk menghilangkan rasa duka aku.
426, orang yang banyak memahami aku.
Kali ni, giliran aku pula untuk melakukan hal yang sama terhadap Hamzah.
"Siapa nama ibu dan ayah Hamzah?" Soalku, lembut. Aku duduk mencangkung di hadapan Hamzah yang sedang duduk di buaian.
Beberapa ketika, hanya bunyi unggas yang bernyanyi-nyanyi. Tiba-tiba, Hamzah menjawab dengan suara serak, "Nama ibu, Sumayyah dan ayah, Syamsuddin."
Aku tersenyum. Bagusnya, dia jawab. Aduhai, kenapalah budak ni comel sangat? Rasa macam nak gigit saja pipi putih dia tu. Alis matanya yang panjang dan tebal itu nampak basah dengan air jernih dari matanya.
Oh, Tuhan yang Menciptakan, cantiknya!!
"Hmm... biar akak teka, mesti ibu dan ayah Hamzah hebatkan?" Dugaku sambil mengurut dagu bagaikan seorang detektif.
Mata Hamzah teralih ke arahku dengan mata membulat besar. Ya Allah, dik! Jangan tunjuk sangat mata hazel tu. Nanti akak jatuh cinta, jerit hatiku. Sudahlah mata Hamzah memang sudah sedia bundar. Makin comel bila dia buat begitu.
"Macam mana akak tahu?" Soal Hamzah, terkejut.
"Hah, akak tahulah! Hamzah tahu tak... nama ibu Hamzah diambil sempena nama seorang tokoh wanita yang hebat dan sangat berani! Sumayyah adalah wanita pertama yang shahid. Sumayyah seorang yang kuat juga tau! Jadi kalau nama ibu Hamzah ialah Sumayyah, mesti dia hebat jugakan?" Pancingku sambil tersenyum manis.
Hamzah melopong mendengar ceritaku. Mungkin dia tak faham sangat. Tapi tak apa, aku akan teruskan sampailah Hamzah menjadi kawan aku. Aku yakin, Hamzah cuma sunyi dan dia perlukan teman.
"Lagi?"
Sengihan terhias di bibirku. Aku bangun lalu bercekak pinggang. Sepasang mata hazel itu asyik memerhati tingkah laku aku.
"Hah, Hamzah tak tahu... ayah Hamzah ialah matahari agama. Dengar bunyinya pun hebatkan? Kalau Hamzah nak tahu, matahari adalah sejenis bintang yang besar. Dialah yang bagi cahaya dan tenaga dekat makhluk Tuhan."
Wajah Hamzah bertukar ceria. "Wah, hebatnya! Jadi, Hamzah pula? Apa maksud nama Hamzah? Kenapa ayah dan ibu namakan saya Hamzah?" Soal budak kecil itu bertalu-talu. Aku semakin bersemangat untuk membuka cerita tentang nama Hamzah Asad pula.
Aku mundar-mandir di hadapan Hamzah lagak seperti seorang guru yang sedang mengajar murid-muridnya.
"Hamzah ialah nama seorang sahabat Nabi Muhammad. Asad pula bermaksud Singa. Saidina Hamzah merupakan seorang pahlawan Islam yang sangat dihormati dan disegani. Dia berani! Dia kuat! Dia tak takut mati! Dan paling hebat, dia antara sahabat Nabi Muhammad yang masuk syurga!" Ceritaku, agak lantang. Aku lihat kepala Hamzah terangguk membuatkan aku tersenyum simpul.
Entah faham ke tidak budak ni.
"Akak... akak! Jadi, Hamzah pun boleh masuk syurgalah? Sebab nama Hamzah sama dengan dia?" Soal Hamzah. Bagusnya, dia dah bahasakan diri dia sebagai Hamzah.
"Hmm... boleh. Tapi kenalah buat banyak pahala. Kalau asyik buat dosa, nerakalah jadinya." Jawabku. Aku tak mahu terus kata dia akan menjadi ahli syurga. Seperti kaum Yahudi Zionis yang yakin bangsanya begitu hebat sehingga meninggi diri dan mengatakan bangsa mereka pasti masuk syurga.
"Oh, jadi Asad pula?"
"Asad ialah singa. Hamzah boleh bayangkan singa? Dia garang dan hebat. Berani! Dia pun kuatkan?"
Kepala Hamzah terangguk-angguk laju. "Hamzah takut singa. Tapi Hamzah tak sangka Hamzah sendiri singa tu." Tiba-tiba Hamzah tergelak-gelak geli hati.
Aku senyum puas. Aku melabuhkan punggung di buaian gantung itu, di sebelah Hamzah. "Jadi, Hamzah pun kenalah kuat! Macam Saidina Hamzah. Mesti ibu dan ayah Hamzah nak Hamzah jadi orang yang berjaya kat dunia dan akhirat."
Bibir merah Hamzah tersenyum lebar. "Akak, mesti ayah dan mak akak pun hebatkan?"
Aku ketawa. "Kenapa pula Hamzah cakap macam tu?" Tanyaku. Tiru ayat aku nampak!
"Sebab akak pun hebat!" Jawapan yang polos dari mulut kanak-kanak yang kehilangan ibu dan ayah itu membuatkan aku terharu sendiri.
"Mak dan ayah akak memang hebat. Tapi akak taklah sehebat diorang." Balasku lalu kami sama-sama memandang langit yang biru.
Ya, aku bukannya hebat dan kuat sangat pun.
Hakikatnya.
Enjoy reading. Author update banyak SIKIT sbb author cuti sekolah hari ni. Haha. Untungnya. Vote n comment. And sorry klu my english so wrong. Haha.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com