Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Kisah Maya

Maya POV

KERUSI beroda dipusing-pusingkan dengan kaki. Tangan pula menopang dagu sambil mata aku memandang keadaan bilik. Mewah tapi aku rasa kosong.

Sunyi.

Tiba-tiba saja bayangan Datuk Aminuddin dan isterinya, Kak Fiqa, Fina dan Shafira bermain di mata batin.

Bergelak tawa bersama, menangis bersama. Mereka dah macam keluarga aku.

Argh!! Apa aku fikir ni?

Dengusan kasar terbit di bibirku.
"Maya Karmeela! Wake up, please! Kau tak ingat ke apa yang Datuk Aminuddin dah buat pada kau? Kau tak ingat?!" Tengking aku pada diri sendiri.

Rambut hitamku yang terjatuh ke dahi ditolak kasar dengan tanganku.

Tak mungkin sesenang itu aku akan lupakan! Mustahil sesenang itu untuk aku maafkan jantan tua tu!!

Hatiku terasa sakit. Sebak mengenangkan ayah kandungku yang mati kerana Datuk Aminuddin.

Derita, kepiluan dan kesedihan yang aku rasa selama ni takkan ada siapa faham!

Lantas mindaku mula kembali pada kenangan saat umurku baru saja mencecah 13 tahun. Pada saat segalanya bermula.

Pintu bilikku diketuk dari luar sebelum terjengul kepala papa di celahan pintu yang terbuka.

Aku yang sedang baring di katil membaca buku novel hanya memandang sekilas sebelum menyambung pembacaan.

"Yes, pa. Anything?"

Papa masuk ke dalam bilik lalu duduk di birai katilku.

"Maya tengah buat apa?"

Dahiku berkerut. La... Takkan tak nampak aku tengah baca buku ni? Ke papa saja nak buat sengal hari ni?

Aku senyum manis dekat papa.

"Maya tengah cuci tandas ni. Almaklumlah, tandas ni dah bertahun tak cuci. Jadi, anak dara papa yang cun melecun ni terpaksalah turun padang berperang dengan berus tandas. Baguskan anak papa yang comel ni?" Jawabku, panjang.

Saja nak perli papa. Papa berdecit perlahan sebelum kepalaku disekeh kasar.

Habis serabai rambut aku!

"Eee... Papa! Orang perempuan ni pantang tau main rambut!"

Bibir papa hanya mencebik. Selepas tu, tiba-tiba saja papa buat muka serius.

"Maya, kalau suatu hari nanti papa tak ada, Maya boleh tak hidup seorang?" Soalnya.

Aku tersentak. Buku novel pantas diletakkan di tepi.

"Apa papa cakap ni?"

Mataku tajam menikam sepasang matanya yang kehijauan itu. Orang Britain kan?

Aku tak sanggup mahu hilang papa selepas mama meninggal dunia. Aku tak sanggup!

"Yalah. Maya tahukan kehidupan papa macam mana. Bahaya! Papa ni... Penjenayah! Ramai musuh. Bila-bila masa saja papa boleh mati. Mama pun mati di tangan musuh."

Air mataku mula bertakung. Wajah papa nampak kabur kerana air mataku yang memenuhi kornea mata.

Ya, aku tahu. Papa ialah ketua mafia yang digeruni dan dikehendaki pihak polis. Ramai musuh mahupun polis memburunya.

Malah mama yang tiada kaitan dengan dunia gelap papa pun terkorban sekali.

"Papa, jangan cakap macam tu. Maya... Maya tak sanggup lagi hilang orang yang tersayang. Kalau papa... Takde, macam mana... Maya nak hidup?" Suaraku bagaikan tertahan-tahan.

Air mataku tumpah jatuh di atas katilku.

Pipiku diusap perlahan. "Janganlah menangis. I'm just asking. It's not mean I'll die soon."

Pantas peha papa ditepuk kuat. "Lain kali, jangan tanya lagi. Maya tak suka! Maya benci!" Marahku, garang lalu memeluknya erat.

Terasa dagu papa di kepalaku. Tangannya turut mengusap lembut belakang badanku.

"Yes, little princess. I'll not."

Setelah itu, papa keluar dari biliknya. Terdengar suara papa mengarahkan anak-anak buahnya supaya menjaga aku.

Akhirnya, malam itu, aku tak dapat tidur kerana teringatkan bicara papa. Aku rasa tak sedap hati.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi siren polis. Lantas aku bangun dari perbaringan lalu turun dari katil.

Langsir tingkap diselak sedikit. Berpuluh-puluh buah kereta polis mengepung rumahku.

Dadaku berdebar. Peluh sudah laju turun di dahi. Apa patut aku buat? Aku kena keluar dan lari! Aku pasti tak selamat di sini.

Papa!

Badan dipusingkan ke belakang untuk menuju ke pintu. Tapi malangnya ia berkunci rapat.

Tanganku menumbuk-numbuk pintu dengan kuat sambil suara lantang memanggil,

"Papa! Papa!! Papa!!!"

Namun yang kedengaran hanya bunyi tumbukan dan tembakan diselangi jeritan kesakitan.

Aku mula menangis teresak-esak.
"Keluarkan aku!! Keluarkan aku!!!" Arahku kepada orang yang berada di luar tapi sia-sia.

Kali ni pintu ditendang sekuat hati. Ditolak-tolak dengan badan genitku dan berharap pintu akan terbuka.

"Papa!!! Keluarkan Maya!!"

Usahaku langsung tak membuahkan hasil.

Aku tak mengalah. Mesti ada jalan. Tiba-tiba mulutku ditekup dari belakang dengan tangan.

Mataku membulat dengan jantung laju mengepam darah. Dengan ilmu yang ada, perut manusia itu disiku kuat.

"Argh, sakit bodoh! Kau apa hal?" Marahnya lalu menggosok perutnya yang senak sambil membongkokkan badan.

Sekali lagi, aku tergamam.

"Jack!"

Dia meletakkan jari telunjuk di bibirnya mengarah aku diam.

"Kita kena keluar dari sini."

"Macam mana?"

Aku dah tak nampak jalan keluar lain. Kejap, dari mana Si Jack ni seludup masuk bilik aku ni?

Dia tak menjawab soalanku sebaliknya menarik tangan aku menuju ke sebuah almari yang terbuka pintunya.

Di dalamnya ada pintu kecil. Pintu itu dibuka lalu dia mengarahkan aku merangkak masuk. Aku akur saja.

Tak terfikir akan ada lorong rahsia ni. Aku merangkak perlahan-lahan. Sempat kepala menoleh ke belakang.

Jack berada jauh tiga meter dari aku. Nampaknya, dia sedang memastikan supaya tiada orang perasan kami.

Aku pun meneruskan perjalanan tapi fikiranku asyik melayang teringatkan papa. Macam mana dengan papa?

Papa, tolong selamat!

Hampir sepuluh minit merangkak, aku terlihat sebuah pintu besi yang tertutup rapat di situ.

Selak dibuka lalu aku cuba menolaknya. Beratnya! Berkali-kali kucuba namun gagal.

Terdengar keluhan keras Jack dari belakang.

"Baring," arahnya. Aku akur.

Dia datang mendekat dan kini berada setengah meter di atas daripadaku.

Aku dah cuak. Jack ni nak buat apa? Dahlah hanya kami berdua di sini.

Rupanya, dia nak tolak pintu besi tu supaya terbuka dan caranya dengan berada di atasku kerana ruang di laluan ni sempit.

"Cepatlah sikit. Sesaklah duduk lama-lama dalam ni," bebelku, geram. Rasa panas saja. Dahlah aku takut kalau Jack nak apa-apakan aku.

Sebelum dia mengalihkan badannya, mata hitamnya memandangku.

Kami senyap dan saling berpandangan sebentar.

"Kau kenapa? Nak suruh aku kiss kau kat sini?" Usiknya lalu tersengih miang.

Mataku membulat. Kurang ajar! Terus aku tumbuk perutnya. Kening Jack bertaut menahan sakit. Perut dipegang.

Aku bangun dari baring lalu menolaknya jauh-jauh. Pantas aku keluar dari laluan sempit itu.
Dan bila aku keluar saja, kawasan hutan tebal menjadi tatapan mataku.

Aku terpaku. Jack turut keluar dari situ lalu seluar di bahagian lututnya ditepuk-tepuk untuk membersihkan debu.

"Kita kat mana?"

"Hell my dear!"

Mataku mencerlung memandangnya. Nak sangat aku hantar dia masuk nerakalah tu. Aku bunuh kejap lagi lelaki ni.

Dia pun bukannya tua sangat daripada aku. Lima tahun saja beza kami.

Jack melangkah untuk masuk ke dalam kawasan hutan itu. Aku jadi resah. Nak pergi begitu saja?
"Papa mana? Tak tunggu dia ke?"
Langkah Jack terhenti. Dia menoleh memandang aku dengan pandangan yang kosong.

"Aku tanya ni! Papa mana?" Suaraku naik satu oktaf. Takkanlah aku nak lari tanpa papa. Tidak!

Tiba-tiba aku terdengar ada suara garau memanggilku.

"Maya!!"

Kelihatan papa berlari mendekatiku. Riakku berubah gembira. Baru aku ingin mendapatkannya, tiba-tiba satu tembakan dilepaskan ke arah papa.

Jantungku berdetak kuat. Membulat mataku. Bibirku bergetar melihat papa yang perlahan-lahan rebah ke bumi dalam samar-samar cahaya bulan.

"Papa!!!!"

Darah pekat mula mengalir membasahi tanah.

Aku dapat lihat seorang lelaki berpakaian jaket kulit hitam berdiri dengan pistol di tangan.

Wajah lelaki itu sangat jelas di mataku kerana dia duduk betul-betul di bawah lampu jalan.

Lenganku dicengkam kuat lalu aku ditarik masuk ke dalam hutan yang gelap.

"Hoi, jangan lari!!"

Kami terus berlari. Aku cuba menepis tangan Jack namun genggamannya pada tanganku begitu kuat.

"Jack, lepas! Lepas! Papa... Papa! Aku kena tengok papa!"

Air mataku mengalir di pipi. Makin lama makin laju. Aku masih dapat lihat papa yang mengangkat sedikit kepalanya memandang aku.

Matanya berkaca-kaca merenung aku. Bibirnya seperti menggumam sesuatu namun tak dapat kudengar.

"Papa!! Papa!!!" Panggilku sambil tangan yang masih tak dipegang oleh Jack terawang-awang ingin menggapai papa tapi langkah yang semakin jauh membataskan pergerakan aku.

Jasad papa yang terbaring mula hilang dari pandangan.

"Papaaaa!!!" Jeritku kuat.

Aku terus menangis dan menangis. Papa dah tak ada! Papa dah tinggalkan aku! Papa... Papa... Semua sebab lelaki tu! Semuanya kerana lelaki yang tembak papa!

Lelaki tak guna!

Hampir sejam kami berlari tanpa henti. Kerana terlalu penat, aku terjatuh ke tanah.

Tumitku rasa melecet kerana berlari tanpa selipar. Betisku juga terasa pedih kerana dicucuk duri.

Tapi pedih lagi hati ni. Sakit lagi rasa ni!

Jack mengeluh melihat aku. Mungkin dia pening kerana karenah manja aku sekarang ni.

"Maya," Serunya, perlahan tapi tegas.

"Papa dah mati! Papa aku dah mati! Kau nak suruh aku lari mana lagi?" Marahku lalu duduk memeluk lutut.

"Maya, kita..."

Katanya aku potong laju.

"Aku dah tak ada sesiapa. Sekarang ni aku seorang saja. Kenapa papa tinggalkan aku?"

"Maya, dengar..."

"Kau tak faham! Kau tak faham apa yang aku rasa sekarang ni!"

"Maya!! Listen, aku tahu kau sedih. Tapi kau kena ingat! Papa kau tu ketua mafia. Memang nasib orang macam kita akan mati atau derita! No happy ending for us, Maya!" Jerit Jack. Aku pandang dia. Urat-urat hijau mula timbul di dahinya. Rahangnya juga bergerak-gerak menahan rasa.

"Papa aku dah mati," Suaraku rendah dan bernada pasrah.

Tanah digenggam erat.

"Dan tu ialah hakikat!"

Jack menghulurkan tangannya ke arahku. Aku pandang lama tangan itu sebelum menyambutnya.

Sebelum berlalu pergi, sempat kepala menoleh ke belakang.

"Papa,"

Aku tersentak apabila perasan wajah Jack hanya lima inci saja daripadaku.

"Hah! Baru sedar! Jauh termenung." Tegur Jack selamba. Kepalanya dijarakkan.

Aku mendengus perlahan. "Aku cuma teringatkan... Papa." Kataku.

Sebak mula menyusup masuk ke dalam hatiku. Ya, Datuk Aminuddin ialah lelaki tak guna yang menembak papa.

"Accept it, deer." Balas Jack tanpa nada lalu menghempas punggung ke sofa.

"Kejap, kau panggil aku dear ke deer?"
Jack gelak. "Eh, macam mana kau tahu aku panggil kau rusa ni? Tapi baguslah kalau kau sedar diri."

Dan Jack terus ketawa. Dia ingat lawak ke?

Pantas, pen di meja dibaling ke arahnya namun sempat dielak. Bibirnya tersenyum sinis.

"Hek eleh, pen je?"

Kening Jack terangkat-angkat seperti berlagak.

Oh, berlagak ya! Nanti kau!

Tanganku mencapai pasu kaca kecil di tepi meja. Terus Jack angkat kedua-dua tangannya, mengalah.

"Okay, you win!"

Dan aku senyum puas hati. Padan muka!

Inilh sbbnye Maya brdendam ngan Fira. Klu dh namenye dendam, org x slh pun akn trkene skalikan? So jgn brdendam k? X elok tuk kesihatan. Ececeh. Vote n comment.




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com