Lelaki Bertopeng Putih
IZ merenung tajam anak-anak buah di hadapannya. Bagai nak tembus ke dinding jiran depan sehinggakan anak-anak buahnya tertunduk takut.
Masing-masing menelan liur. Pemandangan biasa. Anak-anak buah memang akan takut bila bersama majikan.
Lagi-lagi apabila majikannya bukanlah majikan biasa-biasa yang hanya tahu memecat bila tak buat kerja tapi majikan mereka ini lebih suka menarik nyawa jika kehendaknya tak dilunaskan.
Beberapa keping gambar seorang lelaki dihempaskan di atas meja oleh Iz dengan kasar. Wajahnya tetap dingin.
"Aku nak kau selesaikan orang ni. Aku nak dia hidup-hidup! Aku bagi kauorang masa sampai tiga hari je. Faham?!" Jerkah Iz. Semua mengangguk laju.
Ken mengambil gambar-gambar itu lalu menelitinya. Semerta, wajahnya berubah pucat. Bibir terketar perlahan. Iz dipandang takut-takut.
"Tapi bos, dia... Dia ni,"
"Kau nak melawan ke nak buat kerja? Hmm?" Soal Iz lalu pistol di meja diacukan tepat di dahi Ken.
"Bos, lelaki ni,"
Bang! Bang!
Ken terus rebah ke lantai dengan kepala yang memancut-mancut darah segar. Anak-anak buah yang lain segera mengelak dari terkena darah Ken yang mengalir deras itu.
Iz senyum sinis. "Inilah padahnya kalau melawan cakap aku. Kalau ada sesiapa yang nak bantah, dipersilakan. Pistol aku dah lama tak makan orang."
Keempat-empat lelaki yang ketakutan itu dipandang tajam. Apabila mereka senyap, tak mahu melawan, Iz mengambil kepingan gambar-gambar yang bertaburan di lantai lalu diberikan kepada Black.
"Apa kata aku? Selesaikan dia!" Arah Iz lalu mengarahkan mereka keluar.
Di luar bilik, Andy, Edri , Black dan Addy meneliti gambar-gambar itu lalu memandang sesama sendiri bersama keluhan berat.
"Memang kita akan mati!" Ujar Andy, tertekan. Kerutan di dahinya jelas menunjukkan dia stres.
"Sama ada mati di tangan bos, atau di tangan dia ni." Sambung Edri, pasrah dengan semua yang berlaku. Terasa tiada harapan tatkala melihat target yang Iz sasarkan.
"Dua-dua menakutkan." Celah Addy yang berbadan besar. Badannya masih menggigil ketakutan kerana kejadian tadi.
"Kita dah tak boleh lari lagi. Nak tak nak, kita mesti dapatkan lelaki ni!" Kata Black, agak yakin di pendengaran mereka walaupun sebenarnya, Black langsung tak pasti kemampuan mereka dalam mengalahkan lelaki dalam gambar itu.
Sekali lagi, mereka berempat melepaskan keluhan berat. Beberapa keping gambar itu dicampak ke meja.
Gambar seorang lelaki bersama baju dan seluar serba hitam dan berhoodie tapi bertopengkan putih sedang berdiri di tengah malam bersama sepucuk pistol di tangan.
Ya, dialah Lelaki Bertopeng Putih atau White Masked Man. Orang upahan pihak polis yang sangat handal dalam mengendalikan kumpulan-kumpulan mafia ini malah menjadi salah satu ancaman besar buat ketua-ketua mafia.
#####
DI gudang lama itu, empat pasang mata itu memandang lama sepasang mata di hadapan mereka. Masing-masing terasa gementar dengan aura menakutkan lelaki bertopeng putih itu.
Tapi Andy, Edri, Addy dan Black cuba berlagak tenang supaya tak dipandang rendah oleh pihak musuh mereka.
"Apa tujuan kau nak jumpa aku?" Soal Lelaki Bertopeng Putih (LBP)
Suara dingin itu memecah sunyi malam di gudang itu.
"Bos kami nak kau hidup-hidup! Nak tak nak, kau kena menyerah diri! Kalau tak, kau tahu sendiri nasib kau." Ugut Black, cuba berlagak selamba.
LBP tergelak lalu menggeleng-gelengkan perlahan kepalanya. Geli hatinya mendengar kata-kata lelaki berkulit sawo matang itu.
"Apsal kau gelak hah?! Kau ingat kami buat lawak?!" Tengking Andy. Keberanian dikumpulkan di dada untuk menengking LBP apabila melihatkan keselambaan Black tadi.
"Tak. Bukanlah. Sori, sori! Hmm... Aku cuma terfikir. Kalau aku nak menyerah diri, dah lamalah aku buat. Tapi kau ingat senang-senang je ke nak tewaskan aku?" Ujar LBP, lalu berjalan mundar-mandir lalu tergelak kecil.
Edri mengetap gigi melihatkan keangkuhan LBP. Jikalau mampu, ingin saja dikerjakan lelaki itu sepuas hatinya.
"Kau ingat kami tak mampu ke?!" Jerkah Addy, tiba-tiba. Wajahnya memerah kerana rasa amarah di dada apabila terasa dipermainkan. Lagi-lagi ketawa LBP itu memang sangat menyakitkan telinganya.
"Oh ya? Kalau macam tu, come join me." Balas LBP, mula serius. Dia berdiri tegak sejauh 10 meter daripada mereka berempat.
Dalam diam, LBP tersenyum. Hanya sikit aksi dan semuanya akan selesai! Dia sudah lama bersedia.
Jai yang panas baran itu tak dapat mengawal rasa marahnya. Dia meluru mendapatkan LBP yang masih tenang itu. Macam tiada tanda-tanda LBP akan mengelak.
Apabila jarak tinggal semeter saja lagi, Addy sudah bersedia dengan penumbuknya yang tembam itu. Terasa kemenangan miliknya apabila kini wajah LBP itu betul-betul di hadapannya.
Jarak yang hanya tinggal setengah meter sudah begitu cukup untuk LBP mengelak ke kiri daripada serangan lelaki berbadan besar itu.
Kelajuan, tiada. Stamina, rendah. Nilai LBP dalam hatinya sendiri.
Addy terdorong ke depan lalu jatuh mencium lantai seperti nangka busuk. Sangat kuat bunyi jatuh itu.
Berat badan, berlebihan. LBP cuba menahan tawa dengan fikirannya sendiri.
Dia melihat Addy sudah terbaring sambil tercungap-cungap kepenatan kerana berlari pecut tadi walaupun hanya 10 meter.
LBP melihat ke hadapan, sebuah penumbuk benar-benar berada di hadapannya membuatkan dia terkejut beruk.
Nasib baik LBP bertindak pantas, dia menahan penumbuk itu dengan genggaman tangannya lalu lengan lelaki itu dicengkam. Kemudian, lengan itu dipusingkan ke belakang hingga pergelangan tangan kanan Edri terseliuh.
Edri mengerang kesakitan. Tangannya yang memerah dilihat dengan mata yang berkaca. Sakit!
Kelajuan, tinggi. Kekuatan, agak rendah. Ketahanan, tiada. Fikir LBP berdasarkan pemerhatiannya tadi kepada Edri.
Kini Andy pula maju ke hadapan apabila melihat dua orang rakannya tumbang sudah walaupun tak dibelasah teruk itu.
Kelajuan, sederhana.
Bagi menilai kekuatan Andy, LBP langsung tak mengelak. Dia mahu menilai sejauh mana kuatnya Andy.
Ternyata tumbukan Andy sangat kuat sehingga perutnya terasa senak. LBP terundur ke belakang bersama senyuman.
Kekuatan, tinggi.
Tapi itu tak cukup semestinya. LBP bergerak pantas ke arah Andy lalu menumbuk pipi lelaki itu hingga berdarah bibirnya. Kaki Andy ditendang sehingga lelaki itu terduduk jatuh. Perut Andy ditendang menggunakan lututnya.
Akhirnya, Andy rebah. LBP mengeluh. Ketahanan, rendah.
Kini hanya tinggal Black saja.
"Aku tak nak serang kau macam kawan-kawan aku serang kau. Aku..."
LBP tak beri peluang. Dia mahu menguji Black pula. Dia berlari ke arah Black lalu dia berpusing 360 darjah sebelum kakinya ingin mendarat ke wajah Black.
Tapi ternyata Black mempunyai daya elakan yang tinggi. Black menunduk ke bawah bagi mengelak serangan LBP.
Lelaki itu kembali mendarat di tanah. Tumbukan dilajukan ke arah wajah Black namun Black menahannya dengan menggunakan kedua-dua lengannya sebagai pelindung.
Bibir Black terketap rapat menahan sakit. Tapi dia takkan mudah ditewaskan.
Dengan tangkas, lututnya menyerang perut LBP namun sempat mengelak oleh lelaki itu.
Ketahanan, tinggi.
Apabila melihatkan Black ingin menyerangnya lagi, pantas LBP menunduk di celah kelangkang Black dan berdiri tegak di belakang lelaki itu.
Tangan LBP yang berlengan baju panjang warna hitam menahan pergerakan Black dengan lengannya diletakkan di leher Black. Pistol di poketnya kini selamat berada di belakang badan Black.
Semerta, pergerakan Black terhenti.
"Bos kau, Iz kan?"
Black angguk.
"Kau tahu, aku benci dekat jantan bodoh tu. Dan aku pun pasti, kauorang berempat pun benci dengan jantan Iz tukan?" Tebak LBP dengan nada berbisik.
Perlahan-lahan, kepala Black mengangguk. Mereka semua bencikan Iz kerana terlalu memaksa. Tak dapat memenuhi kehendaknya, pasti akan terus dibunuh tanpa sebarang penjelasan. Ramai kawan-kawan baiknya mati di tangan Iz yang kejam.
"Good. How about we make him fall together?"
Black agak terkejut. Dia terdiam, cuba memikirkan baik buruknya tawaran itu. Dia takut LBP hanya mempermainkan mereka.
"Dont worry. Aku tak macam dia. Aku tak boleh bunuh kauorang tanpa izin pihak polis." ujar LBP.
Dia nampak potensi dalam diri empat lelaki itu. Dia pasti, jika digilap lagi, pasti hasilnya akan mengagumkan.
"So?"
"Penjara." balas Black perlahan. Dia tahu LBP di bawah polis, jadi jikalau dia menerima pelawaan itu, pasti dia dan kawan-kawan akan terhumban ke dalam penjara.
"Ya, itu pasti. Tapi... Kalau kau tolong pihak polis musnahkan Iz, hukuman kauorang boleh diringankan. Nyawa kauorang akan terselamat daripada ancaman Iz" ujar LBP yakin.
"Together, kita hancurkan Iz." sambung LBP.
"Kalau kau main-mainkan aku?"
"LBP hate traitors."
Black mengeluh. Dia mengangguk bersetuju. Disebabkan LBP berada di pihak polis, dia percayakan lelaki itu.
LBP melepaskan Black. Dia tersenyum dalam topengnya.
"Good. So, talk to your friends and meet me here tomorrow." balas LBP lalu berlalu pergi dari gudang lama itu. Dia akan pastikan Iz jatuh tersungkur setelah apa yang telah lelaki itu lakukan.
Yeay, watak baru muncul! Hehe. X delah baru sgt. Slain dari watak empat orang gangster tu, sumenya watak lama. Hihi... Mungkin? Vote n comment.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com