Maya Atau 426
PADA hari ini, aku hanya bermalam di hospital. Aku tak sanggup nak pulang ke rumah setelah apa yang berlaku.
Badan dibaringkan menghadap dinding wad yang coklat dan putih itu. Hatiku semakin ditimpa perasaan resah yang kemuncak.
Doktor yang merawat aku membenarkan aku bermalam di sini kerana mental aku yang masih tak stabil.
Tapi hanya sehari saja. Lepas ni, aku kena balik ke rumah. Cadar bantal digenggam erat. Dapat kurasa titik jernih di tepi mata.
Aku takut. Aku tak nak pulang ke sana. Dahlah aku tinggal seorang. Macam mana kalau pembunuh tu bertindak lebih kejam macam...
Culik aku kemudian mengurungku dalam sebuah bilik yang gelap dan tak berpenghuni? Selepas tu, aku juga takkan diberi makan dan minum. Aku akan mati kelaparan dalam bilik tu.
Ataupun mungkin juga aku akan diseksa sehingga menjadi seorang gila dan dibiarkan mati keseorangan.
Ah, atau kedua-duanya sekali?
Mata dipejam rapat.
Jadi, macam mana dengan AmiZa Holding? Aku dah berjanji dengan papa dan mama untuk meneruskan perjuangan mereka.
Lututku mula merapat ke dada membuatkan badanku terbaring mengerekot di katil wad itu.
Selimut sudah ditarik rapat menutupi separuh badanku.
Suasana yang sunyi sepi tanpa seorang manusia selain aku menambahkan lagi rasa gementarku.
Aku terasa pembunuh tu akan datang sendiri ke hospital dan menikam aku bertalu-talu. Paling teruk, hospital ni bakal diletupkan oleh pembunuh kejam tu.
Fikiranku mula membayangkan macam-macam. Jantung dah berdegup kencang macam baru lepas marathon keliling hospital ni.
Piii! Piii! Piii!
Laptopku di sofa wad berbunyi nyaring. Mataku terbuka secara tiba-tiba lalu tindakan spontan, badanku terundur ke kepala katil. Wajahku terasa tak berdarah.
Terkejut dengan bunyi yang takku sangka-sangka itu.
Mata memandang tepat ke arah laptop apple yang masih berdering-dering.
426 ke?
Lambat-lambat, kaki diluruskan lalu turun mencecah lantai bilik wad yang sejuk. Aku mendekati laptop di sofa lalu dibuka.
Skrinnya gelap. Bunyi bising tadi berhenti.
Aku mengeluh lega. Betullah ni 426.
Laptop dibawa ke katil lalu aku duduk bersila menghadap komputer riba itu.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
"Kau okey tak?" Soalnya. Dahiku berkerut.
"Aw... Awak tahu apa yang jadi ke?" Jari dimain-mainkan sebentar sebelum cadar katil pula digosok-gosok hingga berkedut seribu. Setelah itu baju hospitalku pula ditarik-tarik perlahan.
Inilah dia orang tak tentu arah. Sampai arah pun tak nampak. Tak reti duduk diam!
"Shafira, stop doing that. I can see you from CCTV. I know you nervous but... Please, try to calm yourself." Tegur 426 membuatkan jemariku yang lincah bergerak terhenti.
Perlahan-lahan, aku terangguk. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembus kuat. Aku melakukan perkara yang sama beberapa kali sehingga aku bertenang.
"Shafira, selama ni, aku diam tak buat apa sebab aku nak polis sendiri selesaikan kes kau ni. Tapi nampaknya," ayat 426 tergantung.
Aku menunggu dengan sabar ayat seterusnya yang bakal menerjah gegendang telingaku sebentar lagi.
"Tapi nampaknya, aku... Kena uruskan semua ni sendiri?" Sambung 426. Nadanya kedengaran ragu-ragu.
Kenapa? Pembunuh tu hebat sangat ke sampai 426 pun rasa susah mahu menumbangkan pembunuh itu?
"Kenapa awak macam tak yakin?"
Akhirnya, persoalan itu terbit juga di dua ulas bibirku yang tadinya soalan tu hanya bermain-main di kepala.
"Fira, kau sayang Mayakan? Sayang yang macam mana?"
Soalan itu betul-betul menghairankan aku. Keningku bertaut rapat. Tapi aku tak mahu banyak tanya. Bibirku mengoyak sebuah senyuman lebar mengenangkan sahabatku, Maya Karmeela.
"Sayang sangat. Saya sayang dia macam saya sayangkan awak. Kalau dia sedih, saya akan cuba merasai kesedihannya dan gembirakan dia. Dan kalau dia gembira, saya akan jadi orang yang buat dia bahagia. Kalau di akhirat nanti, Maya dihumban ke neraka dan masa tu saya di syurga, saya akan tarik dia bersama saya. Macam tulah sayang saya pada dia. What I can said, she's really precious!" Jawabku panjang.
Terbayang akan Maya. Dia kacukan Britain dan Melayu. Kulitnya macam orang eropah. Hidung mancung dan elok terletak. Bibirnya juga tebal dan kemerah-merahan.
Keningnya terbentuk cantik. Walaupun alis mata itu tak melentik tapi ianya tebal. Sekilas pandang, mata Maya seperti dihias celak.
Kecantikan itu diserikan lagi dengan selendang merah yang selalu terlilit di kepala.
Segala susah senang kami lalui bersama-sama. Mana mungkin aku tak sayang Maya.
426 senyap. Sekali lagi, hatiku diterpa rasa aneh.
"Kenapa awak tanya?" Soalku setelah seminit masih tiada balasan daripada lelaki itu.
Apalah yang 426 fikirkan ya?
"Shafira, antara aku dan Maya, siapa yang kau pilih?"
Aku terdiam panjang. Otakku mula ligat berfikir jawapan yang sesuai.
Siapa yang akan kupilih? Bibir digigit. Aduhai, susahnya soalan. Senang lagi soalan SPM kimia.
Hmm... Siapa ya?
Maya ialah sahabatku. Dia sangat berharga dalam hidupku. Sebagaimana manusia sangat memerlukan peneman, dialah teman aku. Sebagaimana Saidina Abu Bakar yang sentiasa di sisi Nabi Muhammad, begitulah Maya padaku.
Mungkin masih tak boleh mengalahkan cinta Abu Bakar pada Nabi Muhammad tapi cukuplah kasih sayang yang Maya berikan kepadaku.
Tapi 426. Mula-mula, aku menganggapnya sahabat, manusia yang sangat kuperlukan, tempat luahan masalah dan penting dalam hidupku.
Sampai kini, 426 tetap menjadi yang istimewa. Tapi sejak kebelakangan ini, istimewa tu dah rasa lain. Perasaan yang tak pernah aku rasakan bersama lelaki ajnabi lain.
Dada dipegang. Ya, aku mengaku. Dia bukan lagi sahabat, tapi... Cinta aku.
Tak semena-mena, wajahku berona merah macam buah tomato yang dijual dekat Family Store tu. Malu dengan fikiran sendiri!
Argh, boleh kau jatuh cinta dengan lelaki yang kau tak kenal? Tanpa sedar, keluhan terbit di bibirku.
Ini bukan cinta itu buta tapi aku yang buta!
"Shafira, where's my answer? Lamanya fikir. It's okay kalau kau nak cakap kau akan pilih Maya. I'm just..."
"Ap... Apa awak cakap ni? Saya mestilah... Akan pilih... 426." Tersekat-sekat aku memotong kata-katanya. Macam tak cukup nafas pun ada.
Huwaaa!! Malunya!!!!
"Jujur, Shafira." Nada 426 seperti tak percaya saja.
Aku gigit bibir bawah.
"Saya tak tipu," perlahan.
"Aku... I can't get you at all, Fira." 426 pasrah dengan aku.
Ya, aku tahu. Terlalu pelik kenyataan yang baru aku bagi padanya.
Luar dari fikiran seorang manusia normal. Ah, aku ni gila ke? Atau sebab ini yang dikatakan... Takdir?
#####
KERANA kejadian yang menyebabkan Shafira trauma itu membuatkan hati 426 rasa panas.
Gila! RedK sungguh dah gila! Di sebalik rupa paras yang cantik, ada wajah syaitan di situ yang kejam!
Selama ni, 426 hanya memerhati dari jauh sebab nak buat polis cari sendiri dalang di sebalik kes ni. 426 juga mengaku, dia mahu berikan ruang untuk RedK sedar dengan kesilapannya memandangkan...
RedK ialah...
Ah, jangan serabutkan dulu fikir pasal tu. Sekarang ni, 426 perlu fikirkan strategi untuk menjatuhkan RedK.
Tapi sebelum tu, 426 mahukan kepastian yang jelas.
Lantas headphone disarung ke kepala. Laptop dibuka sebelum jemari laju menari di papan kekunci.
Di paparan CCTV, 426 dapat melihat Shafira terbaring mengerekot di katil. Gaya macam kesejukan tapi hakikatnya Shafira sedang ketakutan.
Walaupun 426 tak dapat melihat dengan jelas, tapi dia pasti Shafira sedang menangis.
"Shafira," Serunya dengan suara berbisik. Dia rasa kesal, sedih dan marah untuk gadis itu.
RedK memang kejam! Shafira tak tahu apa-apa langsung! Tangannya membentuk buku lima.
Argh, 426! Please, tahan rasa marah. Marah tak dapat nak menyelesaikan masalah!
Enter ditekan. Laptop di sofa bilik wad VIP itu berbunyi. Shafira agak terkejut. Badannya bergerak ke kepala katil.
Beberapa saat selepas tu, barulah Shafira mendekati sofa dan membawa laptop itu di atas katil bersamanya.
Apabila panggilannya berjawab, 426 memberi salam. Terdengar suara lembut itu menjawab salam.
Tanpa sedar, 426 bersuara, "Kau okey tak?"
Ayat itu terbit di bibirnya kerana rasa bimbang 426 pada Shafira. Gadis itu membalas tapi tangannya tak reti duduk diam. Asyik bergerak mengusik apa yang ada di sekeliling.
426 rasa rimas. Dia tahu Shafira gementar dan takut dengan kejadian pagi tadi tapi dia tak nak Shafira terlalu memikirkan semua itu.
Bila 426 menegur Shafira, barulah gadis itu mula untuk bertenang.
"Shafira, selama ni, aku diam tak buat apa sebab aku nak polis sendiri selesaikan kes kau ni. Tapi nampaknya,"
426 diam sebentar. Betul ke apa yang dia buat ni? Dia tak nak melukakan hati Shafira, tapi jika dia memilih untuk mendiamkan diri tanpa berbuat apa-apa sama saja keadaannya. Dua-dua keputusannya tetap akan membuat Shafira terseksa dengan perasaan sendiri.
"Tapi nampaknya, aku... Kena uruskan semua ni sendiri?"
Aduh, sejak bila 426 tak yakin dengan diri sendiri? Hmm... Mungkin kali ni ia melibatkan Shafira. Sebab tu macam susah.
"Kenapa awak macam tak yakin?"
Soalan itu menyentakkan 426. Takkan dia mahu jawab,
Sebab aku tak sanggup tengok kau sedih.
Memang taklah. Lelaki. Punya ego masing-masingkan? Lagipun, dia cakap macam tu, mesti Shafira akan mula tanya macam-macam.
"Fira, kau sayang Mayakan? Sayang yang macam mana?" Soal 426. Dia mahu tahu tahap kasihnya Shafira pada Maya, sahabatnya yang selalu dikenang.
Dan tatkala mendengar jawapan panjang Shafira, 426 jadi lagi tak sampai hati. Bibir diketap perlahan.
Bagaimana dia nak buat? Argh, kalaulah orang yang sedang bercakap ni bukan Shafira, dia takkan rasa berat hati sangat.
Boleh 426 bayangkan air mata Shafira yang akan menitis ketika mengetahui tentang identiti RedK. Shafira dah banyak kali disakiti oleh RedK.
Tak kira dari segi fizikal atau mental.
"Kenapa awak tanya?" Soalan tu hanya dibiar sepi.
"Shafira, antara aku dan Maya, siapa yang kau pilih?" Tapi sebaliknya, 426 yang bertanya.
Kali ni, Shafira pula yang terdiam panjang. 426 memberi ruang pada gadis itu untuk memikirkan jawapannya.
426 nekad. Kalau Shafira memilihnya, 426 akan musnahkan RedK dan buat gadis itu melutut minta maaf pada Shafira secara berdepan.
Tapi kalau Shafira memilih yang sebaliknya, 426 tiada jalan lain kecuali merahsiakan segalanya kepada gadis itu. Shafira takkan tahu siapa RedK.
Tiba-tiba 426 mengukir senyum sinis. Ah, mestilah Shafira akan memilih Maya daripada dia.
Maya tu sahabat Shafira yang dah berbelas-belas tahun setia di sisi Shafira. Mereka sangat rapat dan mesra.
Sedangkan 426, mereka tak sampai setahun pun berkenalan. Tak, Shafira langsung tak kenal dia. Gadis itu tak pernah lihat wajahnya, mengetahui namanya apatah lagi untuk tahu perkara lain. Mustahil untuk Shafira pilih 426 kan?
Pastilah Maya jawapannya.
Lima minit suasana menjadi sepi, 426 bersuara,
"Shafira, where's my answer? Lamanya fikir. It's okay kalau kau nak cakap kau akan pilih Maya. I'm just..."
Tak sempat mahu menghabiskan kata-katanya, Shafira memotong laju dengan suara tergagap.
"Ap... Apa awak cakap ni? Saya mestilah... Akan pilih... 426."
426 terkesima namun hanya sebentar. Dia tahu itu jawapan tak nak buat 426 terasa saja. Dia nak jawapan yang jujur.
"Jujur, Shafira." Tegas.
"Saya tak tipu." Nada itu kedengaran yakin, menandakan Shafira memberitahu perkara yang benar. Dia tak berbohong. Shafira memang memilih 426.
Sekali lagi. Ya, sekali lagi, 426 terkelu. Dia sangat terkejut. Tak mungkinlah.
Jemari digenggam erat.
"Aku... I can't get you at all, Fira."
Pasrah. 426 tak faham dengan fikiran Shafira. Susah nak hadam kenyataan tadi.
Biar betul?
Kenapa? Istimewa sangat ke aku pada kau? Tapi kau tak kenal aku, bisik hati 426.
Badan tersandar di kerusi. Tangan meraup rambut. Kusut! Headphone turut ditanggalkan.
"Kenapa kau pilih aku berbanding RedK?"
Sori, chap ni mmg agak tegang. Its so tense bak kata omputih. Haha. So, dri chap ni korg dh bleh tahulah kn siapa RedK ni? Hehe. Enjoy! Vote n comment.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com