Maya & Jack
GADIS yang memakai selendang hitam dan berbaju kurung kapas keluar dari teksi dengan sebuah beg rotan di tangannya. Kakinya melangkah perlahan-lahan ke arah kubur yang terletak di hujung kawasan.
"As... Assalamualaikum... Uncle, Aunty. Kak Fiqa, Fina." Ucapnya dengan teragak-agak. Setelah setahun, barulah dia menghancurkan segala keegoan dan kebenciannya untuk pergi melawat kubur mereka yang sudah menganggap dirinya sebagai keluarga itu.
Maya membentang tikar kecil yang hanya mampu memuatkan dirinya seorang di kawasan tanah yang agak rata. Suasana sunyi seketika. Maya hanya merenung empat buah kubur di hadapannya. Sebak kian menusuk jiwa.
Cecair jernih mula bertakung di tubir mata. Bibir merahnya bergetar kecil. Perlahan-lahan, setitis air jernih itu turun di pipi lalu jatuh ke selendang hitamnya.
"Am... Ampunkan... Maya," Gadis itu menundukkan kepalanya sambil tanah kering kubur Datuk Aminuddin digenggam erat. Biarlah kotor pun tangannya kerana sekarang yang paling kotor ialah hatinya. Dendam lama telah membuatkan hatinya menjadi busuk dan saat dia sedar segala kesalahannya, semuanya dah terlambat. Tatkala dia sedar, dia terasa dirinya sangat jijik.
Benar kata Shafira tiga bulan lalu. Dia bodoh! Dia buta sehinggakan dia tak nampak keluarga, kebahagiaan dan kehidupan yang diimpikan selama ini sebenarnya telah ada di hadapan matanya, namun dia sendiri yang menghancurkan semuanya hingga berkecai.
Tangisan Maya kedengaran. Pipinya basah dengan air mata. "Uncle, maafkan Maya. Aunty, ampunkan Maya. Kak Fiqa, Fina... Tolong maafkan Maya. Maya salah, Maya bodoh! Maya berdosa! Bila Maya sedar semuanya, tak ada apa yang dapat dikembalikan. Maya yang bunuh kebahagiaan sendiri."
Hatinya ditusuk penyesalan, dihiris kekecewaan. Dendamnya akhirnya memakan diri. Penamatnya, tiada keuntungan yang dia dapat selain penyesalan yang tiada kesudahan.
"Maya punca kebakaran rumah tu. Maya yang bunuh semua orang. Kenapa Maya bodoh sangat waktu tu?" Luahnya dengan suara yang sudah serak.
"Maya tipu diri sendiri. Maya tipu Shafira! Maya kata, semua saat kami bersama hanya palsu tapi sebenarnya, senyuman dan gembira yang Maya rasa selama ni betul. Maya sayang Uncle, Aunty, Kak Fiqa, Fina dan Shafira tapi kenapa Maya boleh jadi terlalu bodoh?" Maya hampir ingin menempik saat berbicara.
Kini, Tuhan memberikannya peluang ketiga untuk merasa bahagia dan Maya takkan sesekali mensia-siakannya untuk kali ketiga. Cukuplah dengan apa yang dia buat.
Tiga bulan lalu, Jack telah meminta 426 membawanya pergi dari ditangkap pihak polis. Dia telah dihantar jauh ke Pahang untuk hidup bersama-sama dengan nenek kawan baik Jack. Mulanya, dia memberontak namun kesabaran yang tinggi oleh Nek Hasnah ternyata berjaya melembutkan sekeping hatinya yang keras dulu.
Maya dididik dengan agama, diajar dengan penuh sabar. Akhirnya, Maya mula sedar dan bersungguh-sungguh ingin menebus semula semua kesalahannya. Namun dapatkah dia menebus segalanya? Dosanya tidak terhitung banyaknya. Mungkin lebih besar dari gunung, lebih luas dari lautan dan lebih banyak daripada pasir di pantai.
Dia mendapat khabar berita bahawa Jack telah menyerah diri pada pihak polis dengan mengaku dirinya Red King. Apabila pihak polis mendapat tahu LBP dan 426 muncul di tempat kejadian sebelum pihak polis, mereka berdua disiasat namun LBP dan 426 masing-masing mengaku tidak melihat apa-apa pun melainkan di situ sekadar untuk menyelamatkan Shafira saja.
Ya, itu strategi 426, LBP dan Jack. Mereka memang tidak melihat tapi mereka tahu semuanya yang terjadi. Namun nasib mereka baik kerana tiada seorang polis pun meragui keterangan mereka berdua mahupun bertanya lebih-lebih.
"Uncle, Aunty... Kalau Maya minta maaf dengan Shafira, nak ke dia maafkan Maya?" Soalnya, perlahan dengan rasa risau.
Dia tahu perangai Shafira yang baik hati dan bukan jenis pendendam dengan orang, namun setelah menyaksikan sendiri perubahan ketara Shafira pada malam tiga bulan lalu dan segala kesalahan yang dilakukannya, dia tak yakin Shafira akan memaafkannya.
Ah, jangankan ingin pergi meminta maaf, bertemu muka pun Maya terasa tak mampu.
"Jack pun, apa jadi dengan dia?" Tanyanya sendiri. Dia baru tiga hari di Kuala Lumpur jadi banyak perkembangan terkini dia tidak tahu. Maya berharap sangat Tuhan memberikannya peluang untuk berjumpa dengan lelaki itu.
Setelah sejam di tanah perkuburan dan menghadiahkan surah Yasin untuk mereka berempat, Maya bangun untuk membawa diri dengan semangat yang baru. Dia akan memulakan segalanya daripada kosong!
####
DIRI diberanikan, jiwa dikentalkan, nekad dibulatkan sebelum Maya melangkah masuk ke Penjara Kuala Lumpur itu. Jantungnya berdegup kencang saat tiba di kaunter depan.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Anggota polis itu tersenyum.
"Saya nak jumpa dengan Encik Jack Raymond." Beritahu Maya bersama sebuah segaris senyum nipis. Wajah anggota polia itu berubah pucat.
"Maaf, apa hubungan cik dengan banduan ya? Dia bekas ketua mafia yang berbahaya. Jika cik bukan ahli keluarga, saya harap cik batalkan saja hasrat cik." Kerana prihatin, anggota polis itu berpesan.
"Saya pernah jadi adik angkat dia. Kami pernah tinggal sebumbung dulu." Bohong Maya. Hanya kenyataan tinggal sebumbung itu saja yang benar.
Setelah mendapat kebenaran, dia dibawa ke sebuah tempat untuk berjumpa dengan para graduan. Kelihatan orang tidak begitu ramai. Hanya ada dua tiga orang saja yang datang melawat.
Beberapa minit menunggu, susuk tubuh Jack muncul. Maya yang melihat segera duduk di tempat yang kosong. Jack kelihatan terkejut melihat Maya yang datang melawatnya.
Masing-masing senyap seketika sebelum gagang telefon dicapai dan dibawa ke telinga.
"Aku ingatkan adik manalah tadi. Anak-anak ayam adalah!" Seloroh Jack lalu ketawa kecil. Maya turut tergelak.
"So how are you, Jack? Seronok kena sumbat dalam sana?" Usik Maya dengan senyuman hambar. Sekali lagi, Jack ketawa geli hati, macam tiada apa-apa.
Kemudian, Jack menjawab, "Well, boleh tahan." Kedua-dua bahunya diangkat dengan bibir dicebik.
Maya senyap. Dia merasakan Jack menipunya. Mana mungkin seronok duduk dalam penjara, lebih-lebih lagi Jack membawa status bekas ketua mafia yang dikehendaki pihak polis. Jack melakukannya semua demi dia. Orang macam dia tak patut diselamatkan. Dia teruk, dia keji!
Air matanya kembali bertakung. Kepala sudah tertunduk memandang tangan.
"Hey, already cried? Is this really you, Maya Karmeela?" Soal Jack, agak tak percaya dengan nada mengusik. Sengaja ingin menceriakan suasana.
"Aku... Aku minta maaf. I'm selfish! Selama aku tinggal dengan kau, aku hanya pentingkan ego dan perasaan aku. Sepatutnya yang berada di dalam sana ialah aku dan bukan kau." Ucap Maya lalu dinding kaca yang menjadi penghadang mereka berdua disentuh.
"Aku dah kecewakan arwah papa." Maya menangis. Sebaknya sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi.
Jack terpana. Dia tidak menyangka dalam masa tiga bulan saja, Maya daoat berubah sebegini drastik. Aoa yang sudah jadi di Pahang sana agaknya?
"Nek Hasnah ada jampi kau ke sampai jadi macam ni?"
"Ya, dia jampi aku dengan agama. Dia ajar aku untuk memaafkan dan aku belajar dari pengalaman yang..."
"Dendam membawa kepada penyesalan."
Mereka berdua berkata serentak. Maya terkejut sebelum mengangguk mengiakan. Ya, dendam itu penyakit jiwa! Dan Maya sudah pulih sepenuhnya daripada penyakit itu.
"Kau sedar juga. Sejak dulu lagi aku nak kau berhenti berdendam tapi aku tak mampu nak jalankan tanggungjawab aku dengan betul." Jack tersenyum tawar.
Jika ditanya tentang kematian majikan yang disayanginya itu dulu, pastilah dia sedih dan marah namun sejak awal melibatkan diri dalam dunia gelap ini, dia sudah set dalam minda bahawa mereka ialah penjenayah. Dan penjenayah pengakhirannya sentiasa di hujung peluru polis ataupun di penjara.
Tapi berbeza pula dengan Maya. Sewaktu papanya tiada, mindanya masih belum matang. Marah yang membara akhirnya bertukar menjadi api dendam yang marak.
"Maafkan aku. Aku janji aku akan tunggu sampai kau keluar. Aku nak cari kerja dekat KL dan cuba survive hidup sendiri. Aku nak tebus semua dosa-dosa aku pada Shafira dan keluarga dia. Aku dah serik, Jack."
Jack ketawa. "Baguslah macam tu. Tapi kalau kau tak tunggu aku pun tak apa. Lama tu." Balas lelaki itu selamba seolah-olah tak kisah dengan apa pun keputusan Maya.
"Tak boleh! Biarlah lama pun. Aku akan tetap tunggu dan sambut kau bila kau keluar nanti." Maya bertegas. Sekadar tunggu itu tidak menjadi beban buat dirinya.
"Aku tak rasa aku nak jumpa kau dah." Kata Jack lalu mata dilarikan dari terus memandang mata Maya yang nampak lebih 'hidup' berbanding sebelum ini.
Maya tergamam. "Ke... Kenapa?"
"Ala, bila fikir-fikir balik, kita dah tak ada hubungan apa-apa pun. Kau bukan RedK dan aku bukan RedJ lagi." Jawab Jack lalu ketawa lagi. Tapi dia dapat merasakan gelaknya kaku, tiada rasa.
"Jadi, lepas ni, aku bukan siapa-siapa lagi pada kau ke?" Soal Maya dengan suara yang bergetar. Dia ingatkan selama ini hubungan mereka berdua lebih daripada majikan dengan pekerja. Maya selalu menyangka Jack memganggapnya kawan baik tapi mungkin itu hanya perasaannya saja?
"Kita ada hubungan apa-apa lagi ke selain boss and employer relationship?" Duga Jack sambil mengukir senyum senget.
"Tapi aku fikir kita lebih daripada tu." Akui Maya, bersungguh-sungguh. Jelas dirinya yang kecewa apabila mendengarkan kenyataan yang keluar daripada mulut Jack.
"Eh?!" Suara Jack naik seoktaf. Riak wajah Jack jelas menunjukkan dia terkejut.
"Kenapa kau terkejut sangat? Kitakan kawan baik, dah macam adik beradik. Takkan kau hanya anggap aku bos je selama bertahun-tahun hidup dengan aku?" Wajah Maya menyinga tiba-tiba, geram dengan Jack yang seperti tiada perasaan langsung.
Walhal, mereka pun ada kenangan manis saat bersama. Tapi kenapa Jack tak menganggap mereka seperti sahabat?
"Ah, kawan baik," gumam Jack dengan dahi berkerut. Helaan nafas kecewanya turut kedengaran. Lelaki itu memalingkan mukanya lalu pipi digaru-garu. Telinganya kelihatan merah-merah seperti digoreng dengan minyak panas.
Maya yang perasan perubahan warna telinga Jack mula rasa bersalah. "Aku minta maaf sebab buat kau marah. Aku tak patut marah kau kalau kau tak anggap aku macam kawan baik."
Maya mengetap bibir mengenangkan kebodohan diri. Tak sedar diri betul kau ni, Maya! Gerutu hatinya.
Jack memandang Maya dengan kerutan di dahi. "Kenapa kau cakap aku tengah marah pula?"
"Tu, telinga kau merah tu. Bukan ke kalau kau marah, darah kau naik sampai telinga?" Beritahu Maya lalu jari dituding ke arah telinga Jack. Cepat-cepat Jack memegang telinganya. Panas!
Pantas Jack mematikan talian. "Shit!! Is it too obvious. Oh, Jack! Shameful!" Kutuk Jack pada diri sendiri. Jack kelam-kabut pergi namun apabila teringatkan Maya, dia menoleh.
'See you.'
Menggunakan pergerakan mulutnya tanpa bunyi. Melihatkan itu, Maya tersenyum lebar. Tangan dilambai-lambaikan ke arah Jack hingga membuatkan lelaki itu tergelak melihat perubahan sikap Maya yang menjadi semakin...
"That's cute, my girl. You really made me crazy." Bisiknya pada diri sendiri.
Hahaha... Maya&Jack Shipperz, hepy tak author wat scene diaorang ni? Sukalah tu. Jack ade perasaan x pade Maya? Ikut suka ati korglah nk pikir apa. Vote n comment.
Eh, dah pukul 2 lahhh!!!😅 Sory dgn typo brlambak.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com