Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Misi Mencari Bermula

PUKUL 1.30 tengah hari. Lekas-lekas barang-barang yang bersepah di atas meja disusun ala kadar. Aku perlu cepat sekarang. Sebuah fail yang tebal seinci itu dipeluk rapat ke dada. Masa yang berlalu begitu berharga. Kunci kereta diambil lalu bergegas aku menuju ke pintu lif.

Punat turun ditekan. Sempat aku berbalas senyum dengan pekerja-pekerja yang ingin turun untuk makan tengah hari. Sementara menunggu pintu terbuka, fail biru tua di tangan diselak ke helaian pertama.

Terpapar gambar kecil Farhan di tengah-tengah kertas dengan butiran peribadi lelaki itu. Farhan Qaidhar bin Datuk Haidil, bekerja sebagai seorang usahawan dan mempunyai kafe sendiri walaupun mempunyai masa depan yang lebih cerah di syarikat ayahnya, Datuk Haidil.

Dia merupakan orang dalam PDRM dan bekerjasama dengan Inspektor Aiman Nafis dalam bidang penyiasatan. Selain mengambil jurusan keusahawanan, Farhan ada juga terlibat dengan jurusan perkomputeran.

Ah, baru aku ingat! Farhan memang pandai dalam bidang IT. Dulu pun dia pernah tolong aku betulkan laptop yang dah rosak tu. Jadi, kemungkinan dia ialah 426 pun tinggi! Argh, kenapalah dua-dua orang lelaki ni mesti sama sikapnya seperti 426?!

Mana satu sebenarnya?

Lagi... lagi!

Helaian fail diselak secara rambang.

Sekarang Farhan tinggal di rumah sendiri. Aku lihat alamatnya. Ah, dekat dengan tempat tinggal akulah! Macam mana aku boleh lupa ya? Hmm... maklumat ni tak berapa membantu. Apa yang boleh memberikan klu kepada aku bahawa Farhan ialah 426 atau bukan?

Kepala yang bertudung digaru-garu perlahan.

Dahiku turut berkerut-kerut memikirkan segala kemungkinan yang ada. Helaian itu diselak-selak lagi hingga sampai ke muka surat yang terakhir.

Farhan hanya membantu polis dalam penyiasatan kes-kes yang sukar saja. Biasanya, kes-kes yang senang ni, pihak polis yang selesaikan sendiri. Jadi, maknanya... Farhan ni taklah sibuk sangat macam yang aku sangka?

Pantas kepala tergeleng-geleng. Boleh jadi dia sibuk juga kerana perlu uruskan kafe diakan? Argh, tapi apa kaitan semua ni dengan 426?!

Tiba-tiba aku terasa beg tanganku ditarik dari hadapan. Aku tersentak. Eh, Haries. Sedar-sedar saja, pintu lif dah terbuka luas. Semua orang di dalam lif tersengih-sengih melihat aku yang terpinga-pinga. Cepat-cepat aku masuk ke dalam lif.

Dah lama ke aku berdiri je depan lif tadi? Mukaku terasa membahang. Pekerja-pekerja di dalam lif ada yang sedang tahan ketawa melihat aku. Malunya!

"Haries, dah lama ke saya berdiri depan lif?" Soalku dengan nada berbisik memandangkan dia di sebelah aku.

"Dalam tiga minit jugalah awak duk belek fail tu." Beritahu Haries, perlahan.

"Hah? Kenapa tak panggil?" Tanyaku, agak tak puas hati.

"Saya baru sampai tadi. Nampak awak khusyuk sangat, terus saya tarik awak masuk lif." Jelas Haries lalu tergelak kecil.

"Maaflah, Cik Shafira. Dah banyak kali kami panggil cik, tapi Cik Shafira macam tak dengar." Celah seorang wanita di sebelahku. Mendengarkan itu, aku termalu sendiri. Aduh, mesti mereka semua dengar.

"Sori, semua." Ucapku sambil tersengih bersalah. Alahai, ini 426 punya pasal! Habis 426 yang tak bersalah disalahkan oleh aku gara-gara malu dan tak puas hati.

"Tapi, saya patut berterima kasih juga sebab kalau bukan awak, mesti saya tak sempat masuk lif." Ujar Haries lalu ketawa. Gelaknya diiringi tawa pekerja-pekerjaku di dalam lif.

Mataku mencerlung tajam kepadanya. Perli nampak!

#####

SETELAH memesan sepotong kek dan minuman, fail biru dikeluarkan lalu diletak atas meja. Seperti biasa, aku mengambil tempat di meja panjang(?) sambil berbual-bual dengan Farhan. Tapi hari ini, dia langsung tak tegur aku dan tangannya juga lincah membuat kerja.

"Farhan!" Panggilku.

Dia yang sedang membelakangkan aku menjawab perlahan, "Hmm,"

"Awak janganlah hmm je. Saya ada banyak benda nak tanya awak ni." Rungutku. Ya, pelbagai soalan yang ingin aku tanya dan banyak juga jawapan yang ingin aku mahukan.

"Then jangan tanya. Aku malas nak layan." Balasnya, tanpa nada.

Sampai hati Farhan tak nak layan aku. Mood swing ke? Ke sebab dia dah tahu soalan yang aku nak tanya? Aku merenung tajam belakang Farhan yang masih tak memandang aku. Dia takut nak berhadapan dengan aku ke?

"Farhan, dengarlah kejap." Desakku. Aku tahu, lelaki tak suka dipaksa, tapi aku peduli apa. Kalau Farhan berkeras dengan aku, aku akan main kasar dengan dia. Shafira Addina takkan berlembut lagi.

"Hmm, cakap jelah." Tuturnya sambil kakinya berjalan ke sini ke mari. Sikit pun tak lihat aku.

"Awak 426 ke?" Soalku, sambil menayang wajah serius.

Dia gelak lalu memandangku. "Kalau semudah tu kau boleh tahu siapa dia, tak mencabarlahkan?" Dia senyum senget ke arah aku. Aku terkedu sebentar.

"Jadi betul ke awak 426? Ayat awak tu macam..." Tak sempat aku ingin menghabiskan ayatku, Farhan memotong, "Keluarga akukan keluarga korporat dan aku pula partnership dengan Aiman, so mestilah aku kenal Hacker 426. Nama dia cukup terkenal untuk aku tahu."

Terus aku mati kata. Logik juga. Farhan ialah orang dalam PDRM, jadi mestilah dia tahu serba sedikit tentang 426 memandangkan Hacker 426 begitu terkenal dalam kalangan tokoh usahawan, polis dan dunia gelap.

Tapi aku takkan mudah mengalah. Aku pasti 426 adalah salah seorang daripada mereka. Jika Farhan bukan 426, dia mesti kenal identiti sebenar hacker itu.

"Tapi itu tak bermakna awak bukan 426 kan?" Aku menjegilkan mata merenung mata kelabu gelapnya. Ikut mata siapalah dia ni? Tak silap aku datuk dan datin tak ada mata kelabu.

"Kau tak..."

"Dan itu tak bermaksud awak tak kenal siapa 426 kan?" Cantasku, laju. Kali ni, biar dia pula kalah dengan kata-kata aku.

"Sebab telinga saya tak salah dengar, salah seorang daripada awak dan Haries ialah 426. Lagipun, awak dan Haries begitu banyak misteri yang saya tak tahu. Siapa awak, Farhan? Siapa Haries? Sebenarnya, siapa... awak berdua?" Tanyaku bertalu-talu tanpa sempat Farhan mahu berkata apa-apa.

Mata kami masih saling bertentangan. Aku mahukan jawapan. Aku pasti mata itu pun takkan dapat menipu. Tiba-tiba, bibir Farhan mengukir senyum. Keningku bertaut kerana hairan. Kenapa dia senyum pula? Bukan dia patut menggelabah ke?

"Okay, you want to know about us? Then, search it. Who are us? Find it. I wait for the day you come with the answers." Balas Farhan lalu menyambung kerjanya kembali.

Mataku membulat. Ini satu klu! "Jadi, maksud awak, maksud awak... awak dan Haries masing-masing ada benda yang dirahsiakan?" Soalku, berkobar-kobar. Aku agak bersemangat mendengar kata-kata Farhan.

Kerana Farhan baru saja mengiakan, ada sesuatu tentang mereka berdua.

"Baiklah. Saya akan cari 426. Sampai dapat!"

"Itu pun kalau kau mampulahkan? Bukan mudah awak akan kenal dia." Ujar Farhan lalu meletakkan pesananku di atas meja.

"Farhan, awak pernah dengar orang tua-tua kata? Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Sepandai-pandai 426 menyorok, saya pasti... saya akan jumpa dia juga!" Beritahuku, yakin.

"Boleh aku tanya satu soalan?" Pinta Farhan, tiba-tiba. Aku angguk, membenarkan. Tak pernah-pernah pula Farhan begini.

"Lepas dah jumpa 426, kau nak buat apa?"

Aku tersenyap. Yalah, lepas dah jumpa dia, apa yang aku akan buat selepas itu? Luahkan perasaan. Aku tergeleng-geleng laju. Ingat ni drama ke? Gilalah pemikiran kau ni, Shafira! Kemudian, aku tersenyum. Aku tahu!

"Saya nak beritahu dia depan-depan yang dia sangat penting dalam hidup saya." Jawabku, jujur.

"Just that?" Soalnya lalu mencebik kecil. Mukanya nampak bosan dengan jawapan aku. Mungkin dia fikirkan sesuatu yang lebih besar?

"Saya nak luangkan masa dengan dia. Saya nak bawa dia pergi jumpa arwah keluarga saya. Saya nak tunjukkan semuanya pada dia! Saya nak dia sentiasa kat sebelah saya. Saya nak dia tengok sendiri yang saya akan jadi lebih kuat." Jelasku, panjang.

Banyak perkara yang ingin aku lakukan bersama 426. Kalau aku tak dapat menjadi teman hidup dia pun, cukuplah sekadar bersama-sama sebagai sahabat pun.

"Then?" Soalnya lagi sambil menopang dagu memandang meja yang berkilat.

"And then, I let him go. By myself." Nadaku bertukar sayu.

"Why?" Farhan masih tiada reaksi yang jelas. Dia tetap dengan kedudukannya membuatkan aku sukar membaca air mukanya.

Aku tersenyum. "Sebab, kalau pembunuh tu dapat tahu saya rapat dengan dia, mesti dia bunuh 426 pula. Saya tak nak hilang dia." Mataku berair mengenangkan jika itu yang terjadi. Cukuplah aku hilang insan tersayang lagi.

Farhan ketawa. Kemudian dia tersenyum senget sambil memandang aku. "Oh, come on, Shafira. He's 426. What do you expect?"

Sekali lagi, suaraku bagaikan tak terkeluar. Bungkam dengan kata-katanya.

"Yes, memang tupai yang pandai melompat pun akan terjatuh. Tapi selagi dia berada di pihak yang betul, bukan ke selagi tu Tuhan akan lindung dia? Kalau 426 mati pun, its not your fault. Memang takdir jadi macam tu." Katanya, sambil menyilangkan tangannya memandang aku yang terkebil-kebil mendengar bicara Farhan.

Tanpa sedar, bibirku mencoret senyum.

Kata-kata dia melegakan hati aku. Terima kasih, Farhan.

Agak2, byk x klu yg korg dpt kt sini? Klu x dpt, teruslah bersama Fira dalam mncari identiti 426 pda chap strusnya. Hehe. Vote n comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com