Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Misi Shafira

BERKALI-KALI aku menghubungi 426, namun usahaku semuanya tak menjadi. 426 langsung tak mahu menjawab panggilanku.

Setelah lebih lapan kali mencuba dan gagal, aku mengeluh perlahan. Aku tak sangka pula 426 ni jenis kuat merajuk.

Ala... 426! Janganlah merajuk lagi! Sayakan nak minta maaf ni. Jerit batinku. Rasa terseksa kerana ucapan maaf yang ingin aku utarakan kepadanya tak tercapai.

Kepala diletakkan di atas meja dengan wajah sugul. Aku berharap sangat aku dapat meminta maaf kepadanya. Sungguh, aku tak mahu kehilangan orang yang sudah aku sayang. Aku tak sanggup!

"Then you want to say, you trust her more than me. Huh?"

Apabila mengingatkan kata-katanya semalam, hatiku pula yang jadi sakit. Jelas sekali 426 bengang dan agak kecewa dengan aku kerana lebih mempercayai Lyana daripadanya.

Muka dilekapkan ke meja. Kemudian, wajahku diangkat untuk melihat Farhan.

Pelik sebab tidak terdengar bunyi mesin pembuat kopi itu berbunyi mahupun bunyi dentingan sudu dan cawan yang biasa mengetuk gegendang telinga.

Rupanya, dia dah tiada di hadapanku tapi berada di sudut kaunter dengan telefon di tangannya.

Baru aku mahu menegurnya, dia dah berlalu keluar dari kafe dengan riak yang agak bengang.

Aku pun tak jadi mahu mengikut. Bagi kesekian kalinya, aku mengeluh.

Kepala diletakkan kembali ke meja. Tiba-tiba telefon bimbitku berdering perlahan.

Dengan malas-malas, telefon bimbit itu dicapai lalu butang hijau ditekan. Gajet itu dirapatkan ke lubang telinga.
"Shafira!"

Badanku semerta menegak. Kejung. Bibirku tak bergerak langsung saat mendengar suara itu.

Kelu bila yang telefon aku tu ialah...

426.

"Shafira Addina." Serunya, tegas.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Aku terdiam sebelum air mata mula bertakung di pelupuk mata. 426 telefon aku!!

Genggaman pada telefon dieratkan.

"426, saya... Saya ingatkan awak takkan maafkan saya. Saya minta maaf sebab cakap macam tu. Saya risau... Awak akan tinggalkan saya." Ujarku dengan suara yang mula serak dan bergetar.

Gembira, teruja, sedih dan serba salah. Semuanya ada sekarang ni.

Sudah tak peduli dengan pandangan orang sekeliling. Peduli apa! 426 merajuk dengan aku, bukan dengan mereka pun.

Dia mengeluh. "Okey, aku maafkan kau tapi..."

Ayatnya itu dibiarkan tergantung. Aku pula setia menanti kata-kata seterusnya.

"Tapi cuba kau tengok jam. Dan kau tahu tak? Aku ada kerja. Lepas tu laptop dan henfon aku pula tak berhenti berbunyi." Bebel 426 di hujung talian.

Macam tak puas hati pun ada.

Bebola mataku melihat waktu di skrin laptop. Semerta mataku terbuntang melihatkan waktu sekarang sudah menunjukkan pukul...

2.45 petang!

"Ahh! Dah lambat! Kenapa Haries atau Kak Nurin tak call?" Aku terjerit kecil.

Barang dikemas dengan kadar segera sambil telefon masih di telinga dengan menyepitkannya di antara bahu dan kepala.

Patutlah kafe ni tak ramai sangat orang. Waktu makan tengah hari dah lama berlalu rupanya!

Mana Haries dan Kak Nurin sampai tak telefon aku? Mereka ingat aku dah ada kat pejabat kut!

"Hish, tak tenang aku buat kerja."

Tanganku laju menutup zip beg.

"Siapa suruh tak jawab? Saya risau sebab awak marahkan saya jadi saya berusahalah untuk minta maaf." Alasan diberi atas kesalahanku itu.

Aku pun tak tenang kalau 426 marahkan aku.

"Boleh je kan minta maaf malam nanti. Oh, lupa. Kaukan dah ada minah Lyana tu, so buat apa nak call aku lagi." Perlinya.

Tanganku yang laju mengemas terhenti. Ayatnya memang menusuk hati. Aku tahu dia terasa.

Ah, kalau aku berada di tempat 426 pun aku akan kecil hati. Mungkin lebih teruk rasa kecil hatiku.

Hati perempuan dan lelaki memang berbeza tapi tak bermakna semua lelaki ni keras hati.

Luaran saja nampak kasar tapi dalam hati ada taman. Contoh paling dekat ialah papa aku dan... 426.

"426, pastikan awak jawab panggilan saya malam ni! Malam ni, saya akan pastikan awak takkan terasa lagi dengan saya." Balasku setelah lama berdiam.

"Hmm... Yalah." 

Setelah itu panggilan diputuskan begitu saja. Agak terasa juga tapi aku lupakan saja.

Telefon dirapatkan ke dada sambil badan masih terkaku di depan meja kaunter itu.

Tekad dipasang utuh. Misi aku adalah untuk memujuk 426 habis-habisan. Malam ni, aku nak dia tahu nilai 426 di mataku.

Walaupun aku tak kenal namanya.

Walaupun aku tak tahu rupa parasnya.

Walaupun latar belakangnya masih di luar pengetahuan aku.

Tapi aku mahu dia sentiasa ingat, aku sayangkan dia. Dia dah tersenarai dalam senarai teratas dalam hati aku.

Ah, peliknya cinta ni. Wujud lagi rasa macam ni walaupun hampir tiada benda yang kau tahu tentang dia.

Tak masuk dek akal sebenarnya. Tapi setelah beberapa lama, aku pasti perasaan ni lebih dari sayang. Its not lust but love.

Keluhan dilepaskan.

Dan pastinyalah, rasa yang mula bertandang dalam hatiku ini ialah dariNya. Al Khaliq.

Siapa lagi yang dapat mewujudkan rasa cinta ni melainkan Dia?

#####

TEPAT pukul 10 malam, aku duduk bersandar di kerusi dengan laptop di meja kerja. Dah bersedia nak memulakan misi.

Tangan diregangkan lalu riak serius ditayang. Hmm... Macam nak turun perang je. Padahal sekadar nak pujuk 426 yang sedang marah saja.

Eh, 426 marah dengan aku pun dah macam perang meletus tau. Hiperbola betullah.

Aku mula tersengih dengan fikiranku.

Baru aku mahu membuka laptop, terdengar ketukan di pintu. Kemudian, terjengul kepala Lyana di celahan pintu bersama wajah resah

"Fira, awak sibuk ke?"

"Err... Sibuklah juga. Kenapa ya?" Serba salah aku menjawab. Lyana sepertinya memerlukan bantuan aku.

Lyana sudah berdiri di depan pintu yang sudah terbuka separuh. Jarinya dimainkan dengan mulut diherot-herotkan seperti orang keresahan.

"Hmm... Boleh tak minta tolong awak kejap? Sekejap je!" Pinta Lyana sambil perkataan sekejap dipanjangkan.

Kedua-dua tangannya bersatu rapat antara satu sama lain dengan wajahnya meminta simpati. Akhirnya, aku kalah.

"Yalah. Nak suruh tolong apa?" Aku sudah berdiri dari duduk dan menuju ke arah Lyana.

"Boleh tak tolong halau lipas kat dapur? Saya takut lipas. Geli! Saya nak bancuh air ni. Dahaga!" Adu Lyana.

Aku gelak. Setakat menghalau serangga kecil berwarna perang itu, tiada masalah pun.

"Okey, okey. Lya duduklah dalam bilik ni. Saya pergi halau lipas tu kejap." Ujarku dan terus berlalu menuju ke dapur.

Lyana pula hanya mengangguk dengan wajah ketakutan.

Lipas di dapur dicari-cari. Bawah meja, bawah kabinet dapur, dalam laci, bawah dapur gas mahupun bahagian rak pinggan pun tiada.

Manalah pergi lipas ni?

Aku sudah bercekak pinggang selepas hampir lima minit terbongkok-bongkok sendiri mencari serangga kecil itu.

Mungkin dah keluar. Kejap, bila fikir balik, rumah aku ni ada lipas ke? Rumah ni sentiasa bersih dan lipas tu pula sukakan kekotoran.

Kepala yang tak gatal digaru-garu. Tangan kiri mencekak ke pinggang. Lelah rasanya sebab tak jumpa mahkluk comel tu.

Setelah lapan minit, usahaku gagal, aku menuju ke bilik semula. Agaknya, lipas tu dah lari dulu bila tahu Lyana nak panggil aku.

Eh, lipas takut aku rupanya!

Sempat aku buat lawak dalam hati sambil tersenyum-senyum menuju ke bilik yang pintunya terbuka separuh.

Apabila di depan pintu bilik, kelihatan Lyana sedang duduk di birai katilku sambil pandang siling dengan kaki bergerak ke depan dan belakang. Tangan diletakkan di atas katil. Senyuman lebar turut terhias di bibir merah milik Lyana.

Terjengket-jengket kakiku mendekati Lyana. Suka berangan rupanya Lyana ni! Aku dah tersengih-sengih.

Bahunya ditepuk kuat. " Lyana!!" Sergahku membuatkan bahu Lyana terhenjut. Wajahnya jelas terkejut sebelum riak tak puas hati terlakar di mukanya.

"Eee... Terkejut saya!" Rungut Lyana.

Aku pula terkekek-kekek ketawa kerana berjaya mengenakan gadis itu.

"Berangan! Ingat siapa tu? Pakwe ya?" Tebakku dengan mata memandang curiga Lyana. Sengaja mahu mengusik gadis itu.

"Haah. Teringatkan Farhan, tuan kafe tu. Eh, dia hensemkan? Saya cair tau!" Ujar Lyana  sambil senyum-senyum.

Keningku terangkat. Lyana minat Farhan rupanya!

"Hmm... Yalah. Eh, Lya tadi kata nak buat airkan? Pergilah, saya dah halau lipas tu." Kataku lalu duduk di sebelah Lyana yang masih tersenyum.

Pantas Lyana pandang aku dengan gembira. "Oh ya ke? So, saya nak pergi bancuh airlah. Kering sangat tekak ni. Bye, selamat malam!"

Lyana berlalu pergi lalu pintu bilikku ditutup rapat. Aku tergeleng-geleng kepala sebentar, sebelum duduk kembali di hadapan laptop.

Butang on ditekan. Skrin mula menyala. Tapi tiba-tiba ia terpadam. Dahiku berkerut.

Aku membukanya kembali dan gagal. Ia akan terpadam sebelum sempat on sepenuhnya.

Aku masih tak puas hati. Berkali-kali kucuba dengan belakang laptop ditepuk-tepuk. Mana tahu, dengan cara ni, laptop aku boleh baik semula. Tapi tak berhasil juga walaupun dah lenguh tangan ni menekan butang on.
"Apa pasal laptop ni? Petang tadi elok je! Hish, waktu-waktu macam nilah nak sakit!" Rungutku, geram.

Aku dah resah. Sekarang dah pukul 10.20 malam. Mana tahu 426 menunggu panggilan daripada aku.

Kalau aku tak menghubunginya malam ni, mesti berganda lagilah rasa marahnya kepada aku.

Badan tersandar lelah di kepala kerusi. Lutut didekatkan ke dada. Keluhan dilepaskan sambil mata tajam merenung laptop.

Sakit hati betul! Kalau tak disebabkan rasa sayang pada laptop ni, dah lama aku rendam benda alah ni dalam kolah.

Eee... Geram!

Dada diurut perlahan seraya kalimah istighfar meniti di bibirku.

"Tenang, Fira. Ingat, marah. Takkan. Dapat. Selesaikan. Masalah. Ingat!!" Pesanku pada diri sendiri.

Ayat ditekan satu-satu supaya ia tak melekat di kepala otak saja tapi di dalam dada untuk diamalkan.

Apa guna ilmu tapi kalau tak amal?

Setelah rasa marahku reda, aku menutup laptop. Aku terima. Mungkin ada hikmah punca komputer riba ni buat hal.

#####

APABILA telah memastikan Shafira hilang untuk bergerak ke dapur menghalau lipas, Lyana mendekati komputer riba lalu butang on ditekan.

Sementara menunggu laptop menyala, mata Lyana memandang-mandang pintu. Mana tahu Shafira akan muncul.

Tapi, tiada!

Pendrive di poket diambil lalu dicucuk di tepi laptop. Tangan laju menekan-nekan papan kekunci.

Setelah beberapa saat, tertera notifikasi virus di paparan skrin. Lyana menunggu selama dua minit untuk memindahkan virus ke laptop.

Lyana tersenyum apabila tiada tanda-tanda Shafira akan muncul dalam waktu terdekat. Buktinya, masih terdengar bunyi pintu kabinet dibuka menandakan Shafira masih mencari.

"Heh, bodoh." Sinis Lyana berkata.

Berlalu saja waktu dua minit, pendrive dicabut lalu disimpan rapi dalam poket seluar.

Kemudian, sebuah alat kecil hitam dilekatkan di bawah meja kerja Shafira. Alat pendengar itu di'on'kan.

Lyana membongkokkan sedikit badannya untuk melihat alat kecil itu. Ada titik merah yang menyala di situ.

Setelah memastikan kedudukan alat itu strategik, Lyana lekas-lekas menutup laptop lalu duduk di birai katil.

Dia cuba buat-buat termenung supaya Shafira takkan syak apa-apa kepadanya.

Seminit kemudian, terdengar derap kaki Shafira mendekat ke arahnya.

Bahu Lyana ditepuk kuat. Lyana pura-pura terkejut lalu memarahi Shafira yang sudah terkekek ketawa.

Suka dapat mengenakan Lyana walhal tanpa disedari, Shafira yang telah dikenakan oleh Lyana.

Dalam diam, bibir Lyana tersungging senyum sinis. Kemenangan berada di milik RedK.

Oh, tak! Apa ni? Kate sweet scene. Haha. Apekah? Jgn tanye coz author pun pelik dgn diri author. Saje nk tunjuk kejahatan Si Lyana ni. Vote n comment.





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com