Persoalan Misteri
Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 petang. Aku yang masih duduk di meja kerja terdongak-dongak memandang ke luar pejabat bagi memastikan Haries benar-benar dah keluar dari pejabatnya.
"Kalau dia dah keluar, bolehlah aku masuk." Omelku seraya fail di hadapanku ditutup. Perlahan-lahan, aku bangun dari kerusiku.
Tiba-tiba pintu pejabatku dibuka. Aku yang terkejut, cepat-cepat kembali melabuhkan punggung dan kelam-kabut membuka fail yang baru saja aku tutup tadi.
"Fira buat apa tadi?" Soal Kak Nurin di muka pintu dengan wajah pelik.
"Eh, tak ada apa. Kaki gatal, ada semut gigit." Jawabku, tenang sambil tersengih. Kak Nurin hanya menggeleng perlahan.
"Hah, akak nak keluar lunch ni. Nak join tak?" Pelawa Kak Nurin. Kepalaku bergerak ke kanan dan ke kiri tanda tak mahu.
Aku menolak ajakan wanita itu dengan lembut, "Tak apalah. Fira ada banyak lagi kerja nak buat ni. Akak tapaukan nasi goreng jelah, boleh?"
Cis, banyak kerja konon! Bukan lepas ni, kau nak skodeng bilik Haries ke? Pandai kau sekarang ni ya, Shafira.
"Hmm... Okeylah. Kalau macam tu, akak keluar dulu ya?" Pinta Kak Nurin lalu tangannya memegang tombol, ingin menutup pintu. Aku hanya terseyum saja. Setelah Kak Nurin keluar, aku melepaskan keluhan lega. Kak Nurin buat aku terperanjat saja. Dada diusap perlahan.
Setelah memastikan keadaan baik-baik saja, aku berjalan ke bilik pejabat Haries dengan gaya terjingkit-jingkit. Betul-betul macam perompak di siang hari!
Pintu pejabat Haries ditolak perlahan-lahan. Badan dibawa masuk ke dalam bilik mewah itu. Tangan dicekak ke pinggang lalu mataku meliar memandang sekeliling bersama senyum puas.
"Apa patut aku selongkar dulu ya?"
Mataku tertancap pada komputer di atas meja kerja Haries. Pantas aku mengambil tempat di kerusi hitam milik lelaki itu lalu tetikus digerak-gerakkan.
Skrin yang gelap berubah terang. Aku menghantuk kepala ke meja. Geram dengan diri sendiri sebenarnya.
"Shafira, kenapa dungu sangat? Mestilah komputer dia ada password. Alahai, aku tak tahu apa-apa pasal Haries, macam mana aku nak teka kata laluan dia?" Keluhku.
Dahi yang sakit diusap-usap lembut. Tiba-tiba, mataku terpandangkan sebuah bingkai gambar yang berdiri tegak di hujung meja Haries.
Tanganku mencapai foto itu. Gambar sebuah keluarga yang terdiri dari tiga orang beradik, dua orang lelaki dan seorang perempuan, seorang wanita dan lelaki yang berusia kira-kira 60-an. Mereka berpakaian baju tradisional orang Melayu sambil tersenyum memandang kamera.
"Ini gambar keluarga Haries waktu raya ke?"
Bibirku mengukir senyum. Senyum pahit. Mereka berlima nampak bahagia. Hatiku jadi sakit apabila melihat foto di dalam bingkai gambar itu. Sejujurnya, aku cemburu sangat.
Kepala disandarkan ke kerusi. "Ah, dahlah!" Pipi ditampar perlahan sebelum gambar itu ditangkap oleh lensa telefon bimbitku apabila memikirkan ia boleh menjadi bahan bukti.
"Tapikan... Kenapa aku macam pernah nampak je muka ayah Haries ni? Dekat mana ya?" Soalku sendiri sambil mata mengecil memandang seorang lelaki tua yang tersenyum bahagia di dalam foto itu.
Aku memejam mata, cuba mencari-cari wajah ayah kepada Haries itu dalam kotak memoriku. Apa nama ayah dia ni?
"Oh, ingatan!!!" Jeritku, geram sebelum tiba-tiba saja aku teringatkan sesuatu. Sesuatu tentang ayah Haries ni.
"Yes, I remember! Masa Haries datang temu duga, dia kata, dia datang kerana janjinya dengan ayahnya."
Selepas tu, tak silap aku, nama ayah dia... Muhammad Hazman. Hmm... Aku pernah dengar ke nama ni? Gambar itu ditatap until kesekian kalinya. Sedaya upaya aku mengerah otak untuk cuba mengingati ayah Si Haries ni.
Lima saat.
Sepuluh saat.
Lima belas saat.
Badanku menegak secara tiba-tiba. Wajah Encik Muhammad Hazman itu ditatap dengan mata yang membulat besar. Bukan... Bukan ENCIK Muhammad Hazman, tapi...
TAN SRI Muhammad Hazman!!!
Ya, berdasarkan gambar ni, aku pasti aku tidak silap. Dia ialah tokoh usahawan dalam bidang penghasilan minyak di Malaysia. Allahu Akbar, macam mana aku boleh terlepas pandang perkara penting ni?
Dahi ditepuk berkali-kali, penuh geram.
Tak menunggu lama, aku berjalan laju menuju kembali ke pejabat aku. Komputer dibuka lalu fail tentang maklumat klien-klien aku dua tahun lepas dibuka.
Sebelum arwah papa meninggal, dia ada mengenalkan aku dengan Tan Sri Hazman sewaktu mereka berjumpa untuk bermesyuarat tentang sesuatu projek. Aku pasti maklumat tentang Tan Sri Hazman masih ada lagi.
Setelah menjumpainya, aku melihat nombor telefon. Kelam-kabut, telefon bimbitku dicapai seraya nombor itu didail. Kemudian, gajet itu dilekapkan ke telinga yang dilitupi tudung.
Beberapa saat menunggu, panggilanku berjawab. Sempat aku membetulkan suara sebelum memulakan bicara, "Assalamualaikum, Tan Sri. Maaf mengganggu. Saya Shafira Addina, pengarah syarikat AmZa Holding."
"Waalaikumussalam. La... Kamu rupanya, Cik Shafira. Kenapa? Ada apa-apa perkara yang Cik Shafira nak minta tolong ke?" Lembut tutur kata orang di hujung talian.
"Ya. Saya nak tanya sesuatu. Anak Tan Sri, ada nama Haries Naim tak?" Soalku, tak sabar-sabar ingin tahu jawapannya.
"Ya, ya. Haries Naim tu anak saya. Takkan kamu tak tahu? Dia sekarang bekerja dengan kamukan?"
"Betullah, Tan Sri. Saya cuma nak memastikan saja. Lagi satu, saya nak tanya. Kenapa Haries kerja dekat sini kalau dia memang ada tempat dekat syarikat Tan Sri?" Aku menyoal dengan perasaan yang begitu membuak-buak.
Kedengaran tawa kecil Tan Sri Hazman. "Sebab saya yang suruh dia cari pengalaman di syarikat orang lain. Tapi saya tak sangka dia akan pilih syarikat kamu. Dia sendiri berjanji dengan saya untuk belajar dari syarikat lain sebelum menguruskan syarikat keluarga." Terang Tan Sri Hazman, panjang.
Aku terdiam. Benarlah kata-kata Haries, dia datang ke sini kerana janji yang dilafazkannya kepada ayahnya dulu. Dan Haries menunaikan janjinya dengan bekerja di sini.
Tapi syarikat aku tak ada buat temu duga pun! Macam mana dia boleh datang tiba-tiba?
Aku kena siasat sampai lubang cacing!
"Cik Shafira?" Tegur suara di hujung talian.
"Ah, ya! Seperkara lagi, Tan Sri. Masa Encik Haries nak datang temu duga di sini, dia ada cakap sesuatu tak?"
"Hmm... Saya tak pasti pasal tu. Apa yang saya tahu, Haries cakap, dia dapat tahu pasal temu duga tu dari kawan dia. Adalah kawan baik dia ni rekomenkan syarikat kamu." Terang lelaki tua itu, bersungguh-sungguh.
Sekali lagi, mulutku terkunci rapat. Keningku bertaut, memikirkan gerangan kawan baik Haries tu. Sesuatu tak kena tentang kawan Haries ni. Cepat-cepat, pen di atas meja dan sehelai kertas dicapai.
"Tan Sri tahu tak siapa kawan Encik Haries tu?" Aku bertanya lagi dengan tangan sedia memegang pen untuk menulis di atas kertas di hadapanku sekarang."
"Entahlah, Cik Shafira. Saya tak ada pula nak tanya lebih-lebih. Apa yang diberitahunya itu sajalah yang saya tahu." Tan Sri Hazman memberi jawapan.
"Oh ya ke?" Aku agak kecewa tapi nak buat macam mana lagi. Aku kena cari jalan lainlah kalau begitu.
"Kenapa, Cik Shafira? Nak saya tanyakan?" Soalku Tan Sri Hazman, prihatin. Baik sungguhlah lelaki tua ni. Patutlah dah jadi usahawan terkenal sekarang ni.
Tapi aku pantas menolak, "Eh, tak apa. Oh, Tan Sri... Boleh tak Tan Sri jangan beritahu pasal saya pada Encik Haries. Maaf sebab susahkan Tan Sri pula."
Aku berasa serba salah kerana telah mencuri masa tokoh usahawan itu. Tapi aku terpaksa. Kalau bertanya dengan tuan punya badan, sampai ke sudah takkan ada jawapan!
"Ya Allah, tak ada bendalah. In syaa Allah, saya takkan cakap apa-apa. Assalamualaikum."
Aku membalas salam lalu panggilan dimatikan. Keluhan kelegaan dilepaskan sebelum aku tersenyum. Nasib baik Tan Sri Hazman baik orangnya. Dia juga tak bertanya sebab aku menyoalnya tentang Haries.
Kalau tak, mati kutu aku nak menjawab nanti.
Jadi salah satu persoalan telah terjawab.
3) Apa tujuan dia datang temu duga? (Sebab dia dah janji dengan Tan Sri Hazman)
Tapi malangnya, satu persoalan misteri muncul.
6) Siapa kawan Haries yang beritahu pasal syarikat ni?
Aku memegang kepala yang terasa berat. Baru aku tahu, aku sebenarnya tak tahu apa-apa langsung tentang CEO aku, Haries Naim tu. Aku tak pernah kenal pun siapa kawan-kawan dia. Hmm... Nak buat macam mana ni?
Mungkin ke aku patut meminta tolong dia? Heh, Shafira! Kau masih belum boleh berdikari lagi ke? Masih nak mengharapkan dia...
426.
Ampuunnnn... Author dh lame x update. Honestly, author tlh diserang wabak malas, so mmg citer ni trgendala dgn sgt lama. Bgi yg setia menunggu, tq so much. 4 me, this story not worth to wait. Terima kasih byk2. Sorry again!!!😌😭
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com