Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Pujuk?

TENGAH hari itu, Haries mengajak aku keluar dengannya ke suatu tempat. Kak Nurin tak ikut kerana perlu pulang ke rumah untuk melayan suaminya yang balik bagi makan tengah hari.

10 minit dalam keretanya, kami hanya berdiam diri. Aku masih dengan rasa canggung dan bersalah kerana membuatnya marah manakala dia mungkin masih menyimpan rasa marah padaku.

Bibir digigit. Suka atau tak, aku tetap kena meminta maaf. Sejujurnya, aku yang bersalah. Benar apa yang dikatakan Haries. Aku tak boleh selalunya bersedih. Nak tak nak, realiti ini harus aku tempuhi dengan berani.

Realiti yang aku adalah pengarah AmiZa Holding, syarikat pembinaan terbesar dan terkenal di Malaysia.

Mataku beralih memandangnya yang dari tadi fokus memandu.

"Haries, hmm... Saya... Saya minta maaf. Saya tahu banyak salah yang saya buat. Saya dah selalu susahkan awak. Awak pun dah banyak tertekan sebab saya. Lagipun, awak dah banyak tolong saya. I'm sorry." Ujarku, lambat-lambat.

"Tahu takpe." Ringkas. Langsung dia tak pandang aku. Nampak sangat dia masih marahkan aku.

"In Syaa Allah, kali ni... Kali ni saya akan cuba... Elakkan kesalahan dalam kerja saya." Janjiku, berharap agar dia dapat memaafkan aku.

"Baru sekarang nak cakap?" Perlinya. Aku tersentak. Kepala tertunduk perlahan. Bibir digigit.

"Saya tahu saya tak layak pegang jawatan pengarah tu. Saya teruk, tak pandai, lembap, cengeng, lemah dan bongok tak macam awak. Tapi saya betul-betul minta maaf. Jujur dari hati." Kataku lalu mataku memandangnya di sebelah. Entah kenapa, cepat sangat aku menangis hari ni.

Haries menjelingku sekilas. Dia berdehem perlahan. "Dahlah. Saya gurau je. Janganlah nangis. Lepas tu, jangan nak mengutuk diri sendiri. Tak baiklah, Shafira." Tegurnya setelah beberapa ketika mendiamkan diri.

Terkebil-kebil aku pandang dia. Tersinar harapan di hati aku untuk dia maafkan aku.

"Awak maafkan saya, Haries?" Tanyaku.

Haries mengangguk. "Ya, saya maafkan awak lama dah. Tak sangka cengeng juga ya, Cik Shafira ni?" Usiknya tiba-tiba. Dia tersengih-sengih.

Aku tercengang. Aku telah dikenakan oleh dialah tadi? Aku tertipu!

"Awak..."

"Shafira, saya tak campurkan urusan kerja dengan dunia luar. Dalam pejabat, saya memang marah, tapi kat luar, I'm okaylah. Sebelum datang temu duga, saya dah tahu risiko yang perlu saya tanggung kalau bekerja di bawah awak." Potongnya. Aku terdiam.

Aku terkena rupanya! Dia sengaja nak buat aku cuak.

Tiba-tiba dia mengambil sehelai kain sapu dari dashboard keretanya lalu diberikannya kepadaku.

"Nah, lap air mata tu. I'm sorry too because I hurt you. Saya tahu saya tak boleh terlalu keras." Tuturnya perlahan namun cukup untuk aku mendengarnya.

Kain itu disambut lalu air mata yang tersisa di pipi disapu. Aku tersenyum.

"Haries, awak ni baik juga." Pujiku, jujur. Terharu dengan pengakuannya tadi. Dia tergelak.

"Mungkin saya tegas bila bekerja, jadi saya minta maaf kalau kadang-kadang I'll make you cry, Shafira." Ucapnya dan menjeling sedikit aku.

Aku mengangguk. Alhamdulillah, kami dah berbaik semula.

Haries yang sedang fokus pada pemanduannya dipandang. Lantas senyum simpul bergayut di bibirku.

Terima kasih, Haries. Saya hargainya.

#####

RUPANYA Haries nak belanja aku makan sebagai tanda minta maaf. Inilah yang buat aku terharu berkali-kali ganda. Dia bawa aku menjamu selera di restoran yang agak mewah pada pandangan aku. Mula-mulanya, aku membantah kerana aku tak mahu dia belanja makan mahal-mahal. Lagipun, aku bukannya tak ada duit nak bayar pun kan?

Setelah memesan makanan, kami berbual-bual seperti biasa.

"Haries, saya perasankan awak baru 29 tahun tapi macam mana awak dah boleh ada banyak pengalaman dalam bidang perniagaan ya?" Soalku, hairan. Haries bukannya tua sangat. Tak silap aku, dia baru saja dalam setahun lebih menghabiskan pengajiannya.

Jadi kenapa aku rasa macam dia dah terlalu arif dalam dunia perniagaan?

"Err... kecil-kecil dulu saya selalu tolong mak meniaga. Lagipun, dah minatkan?" Jawabnya lalu pipi digaru-garu. Macam serba tak kena saja gayanya.

"Awak tipu ke?" Tebakku. Mataku mengecil memandangnya.

Terus dia tayang muka selamba dia. "For what saya nak tipu? Gaji saya akan naik ke nanti?"

Aku mencebik. Okey, sikap selambanya dah keluar. "Yalah, awak tukan tak boleh percaya sangat. Masa mula-mula datang temu duga pun, saya macam rasa awak ni menipu." Dugaku lagi. Bibirku sengaja diherotkan seperti berfikir.

Dia buat tak tahu dengan kata-kataku malah sibuk bermain dengan telefon bimbitnya. Cis, kurang asam pedas punya orang! Boleh dia buat tak peduli saja?

"Haries, saya tengah cakap nikan? Ni ke cara nak pujuk saya?" rungutku, tak puas hati.

Dia mengalihkan pandangannya dari memandang skrin telefon bimbit ke arahku. Hanya dua saat sebelum dia kembali melihat telefonnya.

"Bila masa aku kata nak pujuk kau?" Gumamnya tapi cukup untuk telinga aku mendengarnya.

"Saya dengar ya!"

Dia senyum manis sekilas ke arahku. "Baguslah!" Terus fokusnya kembali pada gajet di tangan.

Kenapa aku rasa macam aku ni seorang teman wanita yang tak dilayan oleh teman lelakinya? Terasa dipinggirkan. Tahulah henfon tu cantik. Kejap, apa benda yang khusyuk sangat ya?

Aku tersengih-sengih. Mula dapat idea nakal untuk mengenakan Haries.

"Awak tengah buat apa tu?" Soalku, sebagai mukadimah.

"Basuh tandas. Dah kotor sangat ni." Sindirnya sedas.

Sabar, Shafira! Al sobru minal iman.

"Maksud saya, awak tengah main game ke?" Soalku lagi. Tak putus asa. Nak kenakan orang, mana boleh cepat mengalah!

Dia angguk saja. Matanya tak lepas langsung pandang telefon. Tangannya laju bermain di skrin. Betullah tu, main permainan. Apalah, macam budak-budak!

"Game apa? Dah sampai level mana?" Tanyaku.

Dia mendengus keras. "Mobile Legend. Dah legend. Jangan kacaulah." rungutnya.

Aku diam. Dah tak tanya apa. Telefon bimbitku diambil lalu nombor Haries didail. Aku menunggu masa untuk menekan butang call itu. Cepatlah, cepatlah!

"Just a little bit, Ries. Just a little..."

Pantas butang call ditekan. Telefon Haries berdering kerana mendapat panggilan daripada aku. Haries pandang aku tak percaya. "Wei, Shafira. What are you doing?!" Marahnya. Telefon diletak kasar ke meja.

"Taklah, sebab awak macam malas nak layan saya, jadi saya call lah awak terus." Aku mencipta alasan tanpa rasa bersalah.

"Oh my... Shafira! I'm almost win! But you totally ruined it!" Marahnya lagi. Wajahnya yang agak putih itu memerah.

"Game je kan? Lain kali boleh menang lagi." Balasku lalu mencebik kecil.

Memang aku sengaja buat begitu kerana lelaki memang tak suka orang menganggunya bermain permainan.

"Hish, dia ni!" Rungut Haries lalu telefon bimbit di atas meja dicapai dan diketuk sekali ke kepalaku.

Dahiku berkerut kerana sakit. Kepala dipegang. Membulat mataku pandangnya yang sekarang selamba saja menyambung gamenya kembali.

Air yang kami pesan tiba. Bagi menghilangkan rasa marah, jus mangga disedut. Ah, lega rasa tekak ni.

Aku lihat selama lima minitnya, Haries langsung tak sentuh jus tembikainya. Pipi dikembungkan. Asyik dengan henfon saja. Baling masuk longkang nanti. Menangis tak berlagu, menari tak berentaklah nanti.

"Haries, awak tak nak ke jus tembikai ni?" Soalku lalu jari ditudingkan ke arah jus tembikai di hadapannya.

"Hmm," Keningku bertaut rapat. Itu maksudnya nak ke tak nak?

"Saya minumlah kalau awak tak nak." Ugutku, sengaja untuk membuat dia mengalihkan perhatian dari telefon bimbitnya.

Ternyata ugutan aku berjaya. Atau mungkin... Tidak?

Dia pandang aku lalu bibirnya mengukir sengih nakal.

"Indirect kiss?" Keningnya terangkat.

Membuntang mataku. Wajahku mula terasa membahang bila dia berkata begitu dengan selambanya.

"Kepala otak awak!" Bisikku keras. Aku takut frekuensi suara aku akan menganggu pelanggan kalau aku tak berbisik begini.

Dia tergelak. "Okay, you won. You've make me drink." Balasnya.

Setelah selesai menyedut minumannya, dia suakan gelasnya ke arah aku.

"Want a kiss?" Pelawanya selamba.

Aku tendang kakinya di bawah meja. "Tak lawak!"

"Sakitlah. Bila masa saya buat lawak? Ada saya gelak ke? Senyum pun tak." Rungut Haries.

Tangannya mengusap kakinya yang sakit. Tak lama kemudian, dia senyum senget. Suka kenakan aku.

Hish, buat malu muka aku sajalah!

Hehe. Bleh tahan sweet jugakkan dorg ni? Tpi hati author x rela Fira rpt dgn Haries or Farhan bcause Shafira is for 426!! Ok, I know ayat author pelik. Sbb 426 ialah salah seorang drpd duaorg manusia ni. Vote n comment.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com