Prolog
Wanita muda itu duduk di birai katil dengan linangan air mata. Tangannya bergetar saat memandang cincin yang bertatahkan batu permata ceylon berbentuk bujur di jari manisnya. Emosinya dicengkam terlalu kuat sehinggakan terasa seluruh tubuh gementar.
Menyesal. Terlajak perahu boleh diundur namun terlajak kata derita menanti.
Tok! Tok! Tok! Pintu biliknya diketuk perlahan. Cukup sekadar menyapa halwa telinga.
Belum sempat dia beralih posisi, daun pintu sudah terkuak sedikit. Kelihatan seseorang di balik daun pintu teragak-agak untuk masuk.
Lelaki itu kemudian terus melangkah masuk lalu berdiri di tepi jendela dan merenung ke luar. Sesekali dia mencuri pandang ke arah wanita yang sudah sah dinikahi itu. Air mata masih berjujuran turun. Malah lebih lebat daripada tadi.
Mungkin itu saja reaksi yang mampu ditunjukkan oleh wanita itu.
Tak mengapalah. Menangislah. Menangis sepuas-puas jika itu dapat melegakan. Lelaki takkan sesekali menangis. Dia telan sahaja semua itu walaupun pahit.
Ada sebab kenapa seseorang itu hadir dalam hidup. Sama ada hidup orang itu akan berubah atau dia yang bakal mengubah segalanya.
Dan...
Ketika seorang lelaki melafazkan 'saya terima nikahnya,' itu bererti dia akan pikul sepenuhnya tanggungjawab dan melindunginya.
Percayalah pada takdir yang sedang mengambil jalannya kerana hidup ini adalah sebuah perjalanan dan takdir itu adalah bahagian daripada cerita kehidupan manusia.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com