Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[108] BERSYUKUR

【﷽

How to stop complaining ? Train your mind to see the good in every situation . Be grateful .

@lifejourneyqt

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Rasa sedih itu lumrah. Lumrah sangat.

Allah bagi kita sedih, supaya kita tak terlalu 'senang' dengan apa yang kita peroleh.

Kita usaha.
Orang lain pun usaha.

Allah bagi dia bagus.
Tapi Allah bagi kita biasa-biasa.

Jadi kita rasa down dan lemah sangat.

Ditambah lagi apabila kegembiraan yang dikongsikan oleh teman sekeliling mungkin sedikit 'berlebihan' sehingga mungkin tidak perasan di sebelahnya ada jiwa yang sedang sedih berhati rapuh menghadap dan 'menelan' takdir Tuhan.

Sahabat,

Kita mungkin terlihat sebagai seorang yang 'kalah' oleh diri sendiri.

Diri kita ni yang declare "aku tak berjaya".

Dalam fikiran, macam-macam yang datang, mungkin hati berbisik;

🥀

Macam mana aku nak apply university nanti dengan result macam ni? Habislah, peluang aku nanti sedikit tertutup. Ya Allah sedihnyaaa.

Mulalah hati berfikir bukan-bukan.
Bersangka yang bukan-bukan.

Okay, awal pemikiran sebagai seorang manusia memang macam itu, tapi jangan sampai berlanjutan sehingga putusnya bait-bait harapan.

Allah sangat faham kita ni  macam mana.

Allah faham bahawa sekarang kita sedang sedih sangat. Allah Tahu. Dan Allah tetap Perhati. Allah perhati, macam mana kita 'adapt' dengan situasi tu.

😌

Apa yang kita lakukan, perlu ada usaha.
Dan seiring usaha itu ada dititipkan pula doa.

Lalu apa?

Yang akhir keperluannya adalah tawakkal dan redha.

Apapun Allah bagi maka kita kena redha. Ikhlaskan hati untuk 'redha'.

Sakit macam mana pun kita kena telan.
Supaya hati kita terubat untuk melihat segala macam hikmah di sebalik tabir masalah.

Sebab kita kena ingat, kesedihan yang kita alami ini juga merupakan apa yang Allah takdirkan.

Apa-apa kesedihan atau ujian yang tertimpa, sudah di 'approved' oleh Allah untuk kita hadapkan.

Lalu adakah Allah ingin menghina? Tidak.

😌

Apa Allah sengaja menjatuhkan? Tidak.

Allah bagi kita rasa sakit dengan dunia dan seisinya, supaya hati kita lebih cintakan akhirat dan lebih meminta-minta kepada Allah daripada dunia.

Beruntunglah orang yang apabila ditimpa kesedihan dan malapetaka, dengan itu dirinya lebih merendah diri dan lebih bergantung kepada Tuhan.

Berkenaan dengan peluang pada masa hadapan. Kat sini kita kena yakin dan tetap yakin bahawa Allah akan tunjukkan jalan dan rezeki yang terbaik buat kita.

Orang yang berjaya tak semestinya cuma seorang doktor. Seorang jurutera. Seorang pensyarah ataupun seorang yang mempunyai kerjaya profesional yang dilihat tinggi.

🎈

Tapi orang yang berjaya adalah dia yang sentiasa melihat ke hadapan, redha atas takdir, perbaiki kesilapan, yakin akan segala pilihan yang akan menjadi pilihan, dan follow the flow of life lalu lakukan yang terbaik.

Orang yang berjaya adalah orang bersyukur dengan kegembiraan dan bersabar dengan kesedihan.

Orang yang berjaya adalah dia yang dalam jiwanya 'ada' Allah.

Di samping tetap berpegang teguh untuk tidak terus jatuh hanya asbab kepada satu 'alat' yang mungkin kita rasa itu adalah penentu masa hadapan kita.

Jika kita sedih kerana 'alat' itu langsung hilang dan tiada harapan, maka ketahuilah bukan itu yang jadi penentu.

Itu cuma secebis halangan, kerna yang akan menentukan rezeki, bukan 'alat' yang kita sangka sungguh dahsyat penangannya jikalau hilang.

Tapi yang tentukan rezeki kita adalah Allah.  Merasa cukuplah dengan yang sekarang,

InsyaAllah Allah akan tambah lebih lagi di masa hadapan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam Kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput daripada kamu dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."

(Surah Al-Hadid 57 : 22-23)

Sangat deep.

Dah dah jangan sedih.
Tenangkan diri dan have faith!

This is not the end of life.

Move on !

Allah with you.

Wallahu a'lam.

KREDIT : http://t.me/thehenshinofficial

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com