Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

» SAYANG «

[ RABU - 23.9.2020 ]

【﷽】

Bila down, yeaa faham.

Kita akan menjauhkan diri...
Duduk berkurung dalam bilik.
Yeah, biasalah hidup tak sentiasa indah.

Klise, tapi untuk yang tengah

!! stress,
!! down,
!! depress,
!! murung,

- dan sebagainya sifat yang negatif.

Kau kena tahu... yang kau kuat.
Kau memang kuat.
Aku beruntung dapat berkenalan dengan orang seperti kau.

Setiap orang berbeza. Setiap orang memiliki emosi yang berbeza, ketahanan mental yang berbeza, kehidupan yang berbeza and yeah. Setiap orang tak sama.

Dan, jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Kerana apa? Sebab diri setiap orang berbeza. Mungkin kita kurang dekat sini, tapi kita lebih dekat situ.

Kita masing-masing ada keunikan diri dan kelebihan. Mungkin kita rasa tidak, tapi sebenarnya ada. Jadi, sayang diri sendiri okay?

JANGAN PEJAMKAN MATA,
JANGAN TUNDUK.

Tapi, cuba kau angkat muka and lihat sekeliling.

Ramai.
Ramai yang sayangkan kau.
____________________________________

Nak tahu sesuatu tak❔

▪️
▪️Words can't explain the truth.▪️

▪️

Tak semua orang kena kata sayang baru dikatakan dia betul-betul sayang.

Kata-kata boleh jadi ikhlas atau tak.

Ada yang...
Dia sayangkan kau, dalam diam.
Kau takkan nampak.
Biar allah saja yang tahu.

Cara dia❔

Mungkin dia selitkan nama kau dalam doa dia. Beruntung kalau ada yang begitu dan semestinya ada. Trust me, ada yang selalu mendoakan kita dalam diam. Tanpa sedar, tanpa tahu.

Tetapi ,

Dalam keadaan apa pun,
Cuba sayang diri kau dulu.
Jangan benci diri kau.
Lagipun, ini ketentuan takdir.
Bukan kau yang minta begini.
Tapi, haaa see?

Kalau kau rasa tiada yang sayang kau. Tengok.

» Allah uji kau.
» Allah uji sebab ape??
» Sebab allah sayang.

So, kau tak keseorangan.

Kau ada allah.
Allah tak pernah tinggalkan kau.
Kau je yang tinggalkan allah.

Tengok juga macam mana hubungan kau dengan allah. Allah uji sebab nak kasi kau ingat balik dekat allah. Kembali balik.

Jadi, jangan sedih-sedih tau❔

.

.

.

Untuk yang tengah baca ni, andai kata kita tak pernah kenal... Tak pernah bertegur... Tak pernah tahu apa-apa pun tentang diri masing-masing.. Juga untuk kawan dan kenalan saya,

[ JUMAAT - 6.11.2020 ]

Pesanan dari saya,

Jangan putus asa tau, perjalanan awak masih jauh. Saya tak pernah tahu apa masalah awak, tapi awak kena tahu yang setiap ujian yang allah bagi dekat awak tu adalah untuk menjadikan awak lebih baik dan memberi awak pengajaran juga menguatkan diri.
Berat... Perit... Susah... Tapi itulah kehidupan.

[ SABTU - 7.11.2020 ]

Kalau
Struggle kerja..
Stress belajar..
Down bila kena ejek..
Dihina..
Dipalau..
Tertekan bila ada family problem..
Tertekan dengan toxic people..
Murung..
atau
lain-lain lagi..

Sabar sajalah.

Doa banyak-banyak.
Takkan awak tahu erti
kehidupan tu jika tak diuji.

Ingat..
Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Allah, tak akan beri sesuatu ujian tu jika kita tak mampu. Ingat tu.

Semua orang ada masalah.
Samada besar atau tak je.
Serius atau tak je.

Nak kata normal..
Sebenarnya tak ada kehidupan orang yang normal. Tak ada masalah.
Nak kata mental sihat?
Semua orang ada sakit mental,
Semua orang ada masalah mental,
Semua orang ada masalah jiwa..
Cuma teruk atau tak je.
Pandai kawal atau tak je.

Jadi, kita kenalah pandai kawal emosi.

Biar kita yang kawal emosi
bukan emosi yang kawal kita.

Jangan murung-murung.
Jangan sedih-sedih.
Jangan berputus asa untuk hidup.

Ujian ni memang perit, tapi..
Trust me that one day you will be
the happiest person in this world.
Akan hadirnya pelangi selepas hujan.
Pengalaman memberi pengajaran.

Bagi yang ada dalam kalangan kita yang jenis suka downkan kita, cari masa susah je bila dah senang lupakan.. Ambil kesempatan.. Mempergunakan kita, suka merendahkan kita.. Tak jaga hati kita.

Biar sajalah dia.
Anggap apa yang dia kata tu macam angin je.
Jangan simpan.
Perkara tu tak penting.
Jangan disebabkan itu awak jadi down.

Sebab itu perlunya kita kecilkan circle kita.
Berkawan dengan orang yang
betul-betul nak berkawan.
So then everything is gonna be alright.

Untuk sambungan yang atas tadi tu,

Doakan saja yang baik-baik untuk dia.
Moga dia berubah.
Andai kata awak tegur dia and dia still sama, yeah doa sajalah..
»Maafkan saja walau dia tak minta maaf pun.
Nak hati tenang, kan❔

▪️Jangan simpan dendam.
▪️Jauhi penyakit hati.

🥀 Moga awak terus diberi kesabaran.
🥀 Diam, cari jalan terbaik dan berfikiran matanglah untuk selesaikan sesuatu masalah yang hadir dalam hidup awak tu..

Ramai sayang awak tau.
Tapi awak kenalah sayang diri awak duluan =/

// snurzafirahk- //

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com