Qiqi
"Thank you abang Fang sebab belanja Rizu!"
"Hmm... sama-sama" Fang tersenyum sahaja sambil melihat Rizu makan ice cream chocolate "Kawan-kawan abang tengah tunggu kita dekat kedai Tok Aba"
"Abang ada rancangan apa-apa dengan dia orang ke?"
"Hmm.. macam tiada aje" kata Fang
Mereka teruskan berjalan tetapi Fang rasa tidak senang dengan sesuatu. Lalu dia berhenti dan pusing kebelakang. Ada seorang budak kecil sedang mengekori mereka dari kedai ice cream sehingga sekarang. Budak itu hanya tersenyum sahaja ke arah Fang
"Siapa tu abang Fang?" soal Rizu
"Entah" Lalu Fang berjalan menuju ke arah budak itu. Lalu dia berkata kepada budak kecil itu "Err.. kamu sesat ke?"
"UNCLE PANG PANG!"
Tanpa amaran, budak kecil itu terus memeluk tubuh badan Fang. Sang remaja itu terkejut dengan pelukan itu. Ice cream Rizu hampir terlepas dari tangannya
"Uncle Pang Pang?" bisik Rizu "Abang Fang, siapa tu? Salah seorang ahli keluarga abang Fang ke?" muncul Rizu di sebelah Fang
"Err.. tak tahu" Fang tolak budak kecil itu sedikit "Adik salah orang ni.. hehehe.. saya bukan uncle Pang Pang"
"Qiqi tak salah!" Dia seperti hendak menangis "UNCLE PANG PANG, UNCLE QIQI! UWAAAAAAA!"
"Ok ok.. jangan menangis ok tapi... saya tak pernah tengok adik sebelum ni" Fang mula tersengih sambil garu-garu kepalanya "Mungkin Faye tahu kot siapa dia ni"
"Aunty Faye pun ada dekat sini?" Budak itu terus berhenti menangis "Aunty Faye baik! Selalu belanja Qiqi makan lolipop tapi dia cakap, jangan beritahu ayah. Takut ayah marah nanti"
"Ohh.. jom abang bawa-"
"UNCLE! Bukan abang!" Dia menghentak kaki sebelah dan lalu bermasam muka
"Ok ok.. maaf, aa-uncle silap.. hehehe" Fang bertenang sekejap dan lalu berkata lagi "Nama Qiqi, memang Qiqi ke?"
"Taklah, tu nama nickname Qiqi" kata dia sambil tersenyum comel "Nama Qiqi yang sebenar ialah RIFQI!"
"COMELNYA RIFQI NI!" Rizu ketawa kecil "Hehehe.. nama Qiqi tu pun comel. Nama abang pula-"
"UNCLE RIZU!" Rifqi seperti teruja melihat Rizu ketika itu
"ERK?!" Terkejut Fang "Macam mana dia tahu nama Rizu? Bukan biasa-biasa budak ni. Jom jom, kita pergi ke kedai Tok Aba"
"Qiqi nak ice cream chocolate dekat kedai Tok Aba!"
"Hmm.. bolehlah" jawab Fang
Tiba-tiba tangan Fang digenggam oleh seseorang. Fang menoleh kepalanya ke tepi. Dia melihat tangannya dipegang oleh Rifqi. Dia masih lagi keliru. Siapa budak kecil bernama Rifqi? Kenapa sebelum ini dia tidak pernah lihat? Mungkin Faye ada jawapannya, fikir Fang
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mata Lily bersinar-sinar melihat si comel Rifqi. Dia cubit pipi budak itu kerana dia terlampau geram sangat. Lalu dia suap di kecil dengan ice cream chocolatenya. Selepas itu dia tangkap gambar Rifqi bersama dengan Faye
"Anak siapa kau pergi culik ni?" soal Bella sambil minum air chocolate panasnya
"Woi! Aku tak culik dia lah" marah Fang "Faye, kau kenal tak budak ni siapa?"
"Budak ni?" Faye melihat Rifqi dan lalu dia memandang Fang "Maaf Fang, aku tak kenal dia. Kenapa?"
"Kau tak kenal?" Faye gelengkan kepalanya. Lalu Fang rebahkan punggungnya di atas bangku kedai "Adeh, siapalah budak ni" Dia seperti rasa pening sedikit
Tok Aba rasa kasihan melihat Fang. Sang alien remaja itu nampak seperti seseorang dalam kekeliruan. Tok Aba dengan begitu baiknya, dia berikan air kosong kepada Fang
"Terima kasih atuk" ucap Fang
"Uncle Pang Pang ok ke?"
"UNCLE PANG PANG?!" Lily terkejut besar. Mata dia terus bersinar-sinar lagi "UNCLE PANG PANG! MIAHAHAHAHAHAHA! Siapalah si budak comel ni! Hehehe.. rasa macam nak bawak balik aje"
"Dey" Muncul Gopal "Apasal dia panggil kau macam nak lempang kau aje"
"Manalah aku tahu!" marah Fang
"Tapi.." Yaya meneliti wajah Rifqi sepenuhnya "Kau tak perasan ke Fang"
"Perasan apa?" Fang mula hilang sabar
"Dia panggil kau Pang bukan Fang. Setahu akulah kan, abang kau seorang sahaja yang suka panggil kau dengan nama Pang tu"
Semua yang berada di kedai itu, semua memandang ke arah Fang dengan mata bulat besar. Fang pula, mula fikirkan yang bukan-bukan. Adakah ini cara terbaru dari abang dia untuk kenakan dia? fikir Fang
"ABANG AKU NI KAN! SUKA SANGAT NAK KENAKAN AKU!" Mata Fang terus merenung si budak kecil itu "Abang aku bayar kau berapa untuk kenakan aku?"
"Ma-mana! Ayah tak bayar apa-apa dekat Qiqi untuk kenakan uncle Pang Pang" Tiba-tiba mata Rifqi mula berkaca "Qiqi cu-cuma.. nak.. nak.. jumpa.. uncle Pang Pang aje. Kalau boleh.. nak jumpa ayah dan ibu juga.. UWAAA!"
"Fang! Kenapa kau buat dia menangis?" Tok Aba gelengkan kepalanya "Baik kau pujuk dia sebelum atuk kepala kamu dengan sudip ni"
Mata Lily terus bersinar-sinar sambil bayangkan Tok Aba ketuk kepala Fang dengan sudip. Bella dan Faye tergelak kecil. Yaya bersilang tangan sambil berikan renungan maut ke arah Fang. Tangisan Rifqi semakin lama semakin kuat. Boboiboy dan Ying cuba memujuk Rifqi dengan memberikan beberapa chocolate dan gula-gula kepadanya. Akan tetapi, Rifqi tidak mahu itu semua
"Dey, cepatlah pujuk dia!" kata Gopal
"Aku mana reti pujuk budak ni" jawab Fang. Lagi kuat tangisan Rifqi "Adeh... Rizu! Tolong abang pujuk dia"
"Abang Fang belanjalah dia ice cream" kata Rizu "Bukan ke abang Fang nak belikan dia ice cream tadi"
Rifqi angguk kepala sambil mengesat air matanya. Fang mengeluh. Dia pandang Tok Aba dan lalu dia memesan ice cream chocolate yang ada chocolate syrup, chocolate chips dan juga biskut chocolate chip cookies. Ianya adalah ice cream chocolate paling mahal dan paling besar di dalam menu kedai Tok Aba
"YAHOOO! SAYANG UNCLE PANG PANG!"
"Hehehe.. happy betul budak ni" kata Boboiboy "Tapi aku perasan, mata dia macam mata abang kau. Senyuman dia macam senyuman kak Lynna"
Masing-masing pandang satu sama lain dan terus memandang Rifqi. Mata mereka membulat besar dan senyuman nakal mula terukir di wajah mereka kecuali Fang. Badan dia mula bergetar-getar seperti ada sesuatu di dalam badannya. Dia seperti teruja ataupun hendak pengsan disitu juga
"Anak abang aku ke ni?" Fang masih ragu-ragu
"KAPTEN ITIK HOT DAH ADA ANAK ITIK?! BILA? BAGAIMANA? KENAPA? TELL ME WHYYYY!"
"Lily, bawa bertendang Lily" kata Bella "Kalau nak tendang pun, tendang si landak potato tu"
"Hehehe.. aunty Bella suka buli uncle Pang Pang" Mulut Rifqi penuh dengan ice cream chocolate
"Terima kasih Qiqi" Bella tepuk-tepuk kepala Rifqi secara lembut dan manja "Qiqi, betul ke Qiqi ni anak abang Kaizo dan kak Lynna?"
"Atau sebenarnya Qiqi anak orang lain?" soal Boboiboy "Maaf jikalau kami tersalah teka.. hehehe" Dia tersengih sedikit "Kalau kami tersalah, ceritalah dekat kami yang sebenarnya
Rifqi lap mulut comotnya dengan lengan bajunya. Lalu dia bercerita
"Sebenarnya, ayah Qiqi ialah Kapten Kaizo dan ibu Qiqi ialah Lynna" jelas Rifqi. Dia suap dirinya dengan ice cream lagi. Lalu dia berkata lagi "Qiqi datang dari masa depan! Aunty Emmy yang bantu Qiqi"
"Jadi, Qiqi ke sini untuk berjumpa dengan ibu dan ayah Qiqi ke?" soal Ying pula
"Ha ah tapi.. Qiqi tak jumpa dia orang pula" Nada dia berubah menjadi sedih sedikit "Qiqi pergi rumah ayah yang lama tapi ayah takde pula. Lepas tu Qiqi nampak uncle Pang Pang dan uncle Rizu. Jadi Qiqi ikut ajelah dia orang"
"Hehehe.. pandai Qiqi"
Rifqi rasa bangga dengan pujian dari Rizu tadi. Dia tersenyum besar sambil suapkan ice cream di dalam mulut Rizu
"Wuuuu... kapten itik hot dan kak Lynna ada anak comel tapi ini mesti abang Kaizo yang ajar anak dia panggil uncle Pang Pang!" Lily terlebih seronok pula "MIAHAHAHAHAHAHA! UNCLE PANG PANG MACAM NAK KENA LEMPANG!"
"Ayah dan ibu Qiqi ada dekat stesen TAPOPS" jelas Fang "Kalau nak tunggu dia orang balik, boleh aje tunggu dekat sini atau dekat rumah"
"Stesen TAPOPS tu apa?" Mata Rifqi terkebil-kebil melihat Fang
Fang melihat Rifqi, selepas itu dia pandang kawan-kawannya. Tanpa perlu berkata apa-apa, mereka seperti sudah faham apa yang ingin diperkatakan. Boboiboy angguk kepalanya dan senyap sahaja. Fang tidak tahu kenapa Kaizo dan Lynna tidak memberitahu Rifqi perkara yang sebenarnya. Itu semuanya berlaku di masa hadapan dan mungkin hanya mereka berdua sahaja tahu sebabnya
"Stesen TAPOPS tu.." Fang tidak tahu bagaimana hendak jelaskan kepada Rifqi "Dia.."
"Itu kedai makanan sahaja" Tiba-tiba Yaya mencelah "Dia orang pergi kedai makanan stesen TAPOPS. Kedai makanan tu macam duduk dalam kapal angkasa"
"Ha ah! Makanan dia orang macam makanan alien" tambah si Gopal
"Ohh.. tapi Qiqi tak boleh tunggu lama" Suara dia kembali menjadi sedih "Sebab aunty Emmy bagi Qiqi 30 minit sahaja. Itu pun Qiqi habiskan masa ikut uncle Pang Pang dari kedai ice cream, terus ke sini"
"Takpa maa.. Qiqi boleh main-main dengan kita orang" pujuk Ying "Qiqi berborak dengan kita orang sahaja tapi kita orang janji tidak akan beritahu ibu bapa Qiqi tentang kamu"
"Terima kasih" Rifqi terus peluk Ying dengan tangannya yang comot itu "Sebenarnya kalau Qiqi dapat jumpa dia orang pun, Qiqi tak kan beritahu perkara yang sebenarnya"
Rifqi sebenarnya rasa sedih hendak tinggalkan mereka tetapi dia tahu, dia akan jumpa mereka lagi selepas sahaja dia kembali pada masa hadapan nanti. Mujurlah Kaizo dan Lynna tidak tahu bahawa anak mereka merentas masa. Kalau tidak, mesti Rifqi kena marah teruk nanti
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Maaf kalau tak best T_T
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com