Chapter 2
"AYAH! IBU! AYAH! IBU!" Rifiq meloncat-loncat di atas katil sambil menjerit-jerit nama ibu bapanya "AYAH! IBU! AYAH! IBU!" Kaizo dan Lynna terus terjaga dari tidur mereka. Hari masih gelap lagi tetapi Rifqi sudah melompat gembira
"Qiqi, awalnya kamu bangun" Lynna memeriksa jam yang ada di sebelah dia, baru pukul 6 pagi "Pagi-pagi lagi budak ni dah hyper.. heheee..." Lynna terus peluk Rifqi supaya tidak melompat lagi
"Si Pang ada bagi Rifqi makan ice cream ke?" tanya Kaizo kepada anaknya
"Tak, uncle Pang Pang takde bagi apa-apa dekat Qiqi cuma..." Rifqi teringat lagi kata-kata budak perempuan malam tadi. Nama budak itu adalah Alice dan dia beritahu Rifqi bahawa dia adalah kawan kepada ibu Rifqi iaitu Lynna. Sepanjang malam Rifqi berada di dunia fantasy Lynna bersama Alice. Mereka bermain di situ sepanjang malam. Pagi itu, baru Rifqi pulang ke dunia asal dia tetapi dia tidak begitu mengantuk sangat. Tenaga dia masih ada lagi. Sebelum dia pulang, Alice suruh Rifqi simpan tentang rahsia mereka berdua dan Rifqi setuju sahaja
"Qiqi, jom kita pergi mandi. Lepas tu kita sarapan pagi ok"
"Baik ibu!" Lalu Kaizo mengambil Rifqi dari pelukan Lynna "Ayah! heheheee... lepaskanlah Qiqi.. heheheee"
"Ayah nak bermanja dengan kau, sebelum kau mandi" Kaizo geletek di tepi-tepi badan Rifqi "Anak ayah ni bau busuk!"
"Siapa suruh cium bau Qiqi.. hehee" Rifqi terus cium pipi ayah dia "Sayang ayah. Nanti kita main lagi, Qiqi nak wangi dulu!" Kaizo tersenyum melihat Rifqi didukung oleh Lynna. Agaknya, beginilah kehidupan mempunyai seorang anak yang terlampau banyak sangat tenaga. Masa dia kecil dulu, dia seorang yang sangat nakal. Suka kacau ibu dia sedang buat kerja tetapi selepas sahaja adik dia sudah dilahirkan ke dunia, Kaizo terus berubah. Dia tidak lagi menjadi nakal tetapi menjadi seorang abang yang baik kepada adiknya. Dia sentiasa menjaga adiknya sepanjang masa. Kaizo amat menyayangi adik dia sehingga sekarang. Dia terus keluar dari katilnya dan terpandang sekeping gambar yang tergantung di dinding bilik. Gambar itu menunjukkan dia, Lynna dan juga anak mereka yang comel
"Adakah kau akan ikut seperti aku juga? Ikut aku sebagai kapten atau ikut ibu kamu yang lemah lembut itu?"
"Mestilah dia nak ikut abang" muncul Fang di muka pintu sambil bersilang tangan. Kaizo menoleh kebelakang "Abang, nanti adik nak kena balik ke university dah. Kejap lagi adik nak pergi ke supermarket. Nak beli makanan untuk di bawa ke dorm nanti. Abang nak apa-apa tak?"
"Takde apa. Nanti kau bawak Rifqi sekali"
"Ala, adik baru nak pergi beli dengan kawan adik si Boboiboy tu"
"Kau bawak ajelah Rifqi, bukan susah pun" kata Kaizo dengan nada tegas dia "Sudah, jangan nak merungut lagi"
"Yelah abang" Fang keluar dari bilik sambil menghantar mesej kepada Boboiboy. Dia tidak jadi untuk pergi beli makanan bersama. Mereka berdua memang tidak dapat dipisahkan dari dulu sampailah sekarang. Masuk university pun tempat yang sama dan dorm mereka pun sama. Mereka akan pulang ke university bersama
"YEAH YEAH! QIQI DAPAT KELUAR DENGAN UNCLE PANG PANG LAGI SEKALI!" Fang dengar jeritan anak buah dia dari bilik air. Dia juga terdengar gelakan dari Rifqi dan Lynna. Mereka berdua sedang berseronok di dalam bilik air sehingga basah baju Lynna
-----------------------------------------
Fang dan Rifqi sudah sampai di sebuah pasaraya ada di bandar Pulau Rintis. Dia mengambil sebuah trolli dan anak buah yang berusia 4 tahun, hanya berjalan di sebelah Fang. Dia melihat makanan mana yang patut dia akan bawa nanti. Lynna ada juga menyuruh Fang belikan sedikit barang dapur. Mereka lalu di bahagian biskut. Mata Rifqi bersinar-sinar melihat pelbagai biskut yang ada di situ. Tangan dia mengambil satu tin biskut. Fang biarkan sahaja dia mengambil biskut itu kerana kalau dia halang, mungkin Rifqi akan menangis berguling-guling di atas lantai pasaraya
"Qiqi, ambik satu sahaja" kata Fang
"Ok uncle Pang Pang" Fang terus melihat biskut mana yang dia patut bawa ke university nanti. Lalu dia mengambil beberapa kotak biskut. Dia pusingkan badan dia dan terus dia terkejut kerana trolli dia penuh dengan ice cream
"Hehehee... Qiqi nak ice cream!"
"QIQI! Ibu kan pesan tadi, mana boleh beli ice cream"
"Tapi Qiqi nak ice cream"
"Fang mana ada duit banyak-banyak nak bayar semua ice cream ni" kata Fang sambil mencekak pinggang "Tapi macam mana Qiqi boleh ambik ice cream semua ni dengan cepat?"
"Hehehee... senang aje!" Rifqi terus mengangkat kedua belah tangannya. Satu per satu ice cream itu bergerak dan terbang ke tempat asal mereka. Fang terkejut dengan kebolehan Rifqi tadi. Muka Rifqi seperti rasa seronok sangat menggunakan kuasa terbaru dia iaitu telekinesis
"Qiqi! Mana Qiqi belajar menggunakan kuasa ni?" Fang menjadi cemas. Orang ramai yang menyaksikan kebolehan Rifqi, semuanya rasa teruja. Ada yang berikan tepukan kepada Rifqi
"Heheee.. terima kasih semua!" Rifqi suka dengan perhatian daripada orang ramai di situ tetapi Fang terpaksa mengheret Rifqi keluar dari pasaraya tersebut. Dia keluar dari situ dengan tangan kosong "Abang Fang, kita nak pergi mana?"
"Balik rumah" jawab Fang "Qiqi, mana Qiqi belajar tu? Setahu Fang, ibu Qiqi mana pernah ajar Qiqi menggunakan kuasa tu. Fang cuma tahu Qiqi hanya ada satu kuasa sahaja"
"Uncle Pang Pang tahu Qiqi ada kuasa lain?"
"Yea Qiqi. Mana Qiqi belajar kuasa tu?"
"RAHSIA!" kata Rifqi dengan nada ceria dia "Tapi kalau uncle Pang Pang nak tahu jugak. Uncle Pang Pang jangan bagitahu ibu dan ayah Qiqi sebab nanti orang tu akan marah Qiqi"
"Orang tu?" Fang terus mengheret Rifqi ke sebuah kedai ice cream. Dia ingin menyiasat, siapa yang tahu tentang anak buah dia? Siapa yang mengajar anak buah dia tentang kuasa. Dia perlu tahu dan beritahu kepada abang dia dan juga kak Lynna, fikir Fang. Mereka berdua masuk ke dalam kedai ice cream. Rifqi meloncat-loncat kegembiraan. Mata dia berliar-liar memandang kesemua perisa ice cream yang ada di dalam peti itu
"QIQI NAK SEMUA BOLEH?" Rifqi berikan senyuman comelnya kepada pak cik dia
"Errr... Fang belanja Qiqi ice cream sundae boleh?"
"Tapi Qiqi nak makan semua ice cream ada dekat situ" Lalu Rifqi menangis di dalam kedai ice cream itu. Beberapa pelanggan di situ pandang ke arah mereka berdua. Fang tersengih melihat mereka
"Ok ok, 3 ice cream sahaja ok?" pujuk Fang "Kita ambik 6 scoops of ice cream. Dua scoop ice cream chocolate, dua scoop ice cream cookies and cream dan dua scoop ice cream-"
"GREEN TEA ICE CREAM!" Rifqi menjerit kegembiraan. Dia dan Kaizo mempunyai minat yang sama iaitu teh hijau. Rifqi tidak begitu minat sangat dengan kacang merah. Setiap kali dia mendapat pau kacang merah, dia akan berikan kepada ibu dia
"Kau dengan ayah kau, sama aje" bisik Fang. Lalu dia pergi memesan ice cream untuk Rifqi. Selepas itu, dia pergi mencari tempat jauh sedikit daripada orang lain supaya perbualan mereka tidak boleh didengari oleh sesiapa pun "Qiqi, cuba cerita dekat Fang. Macam mana Qiqi dapat kuasa tu?"
"Sebenarnya Qiqi dapat kawan baru. Nama dia Alice. Dia cakap Qiqi ni special sebab mempunyai kuasa yang sangat special! Tapi dia cakap, jangan beritahu ibu dan ayah tentang diri dia. Jadi Qiqi kenalah rahsiakan daripada ibu dan ayah Qiqi. Uncle Pang Pang jangan beritahu ibu dan ayah Qiqi ok"
"Tapi Qiqi, orang tu mesti hanya mahukan kuasa Qiqi sahaja. Qiqi tak bolehlah ikut dia sesuka hati sahaja. Nanti ibu dan ayah risaukan Qiqi"
"Jangan risaulah uncle Pang Pang. Dia cakap dia kenal ibu. Dia cakap bila Qiqi dah besar nanti, Qiqi boleh memerintah dunia fantasy ibu Qiqi! Dan Qiqi akan menjadi orang paling kuat sekali macam ibu dan ayah" Fang melihat muka anak buah dia yang ceria sahaja "Uncle Pang Pang pun boleh jadi pahlawan dekat dunia fantasy ibu nanti. Lepas tu kita tinggal dekat sama-sama ok. Alice kata kalau Qiqi belajar setiap hari menggunakan kuasa Qiqi, nanti Qiqi akan jadi kuat tapi Qiqi kena belajar secara sembunyi-sembunyi. Dia cakap takut ibu tak bagi Qiqi main dengan Alice lagi. Qiqi suka main dengan Alice sebab dia baik"
"Qiqi, bagaimana kalau Alice tu jahat?" Sebelum sempat Rifqi hendak menjawab, pelayan telah pun tiba dengan ice cream yang dia pesan tadi. Pelayan itu meletakkan ice cream tersebut di hadapan muka Rifqi. Air liur Rifqi meleleh keluar, mata dia bersinar-sinar dan senyuman lebar dia terus terukir. Dia berasa seronok sangat melihat ice cream yang besar itu bagaikan gunung. Tanpa membuang masa, Rifqi terus menyuap dirinya dengan ice cream tersebut
"Uncle Pang Pang jangan risau, Alice tu tak jahat. Kalau dia jahat, dia mesti akan bawak lari Qiqi"
"Tapi Qiqi hati-hati tau. Fang takut dia akan culik Qiqi aje nanti"
"Baik uncle Pang Pang!" Rifqi terus suap Fang satu sudu ice cream cookies and cream "Hehehee... Qiqi sayang uncle Pang Pang!"
"Qiqi jangan nakal-nakal masa Fang takde nanti" Fang mengusap-usap kepala anak buahnya "Kalau ada masalah, bagitahu ibu dan ayah tau. Jangan nak simpan rahsia. Fang tak nak ibu dan ayah risaukan tentang Qiqi nanti sebab dia orang sayangkan Qiqi"
"Ok, Qiqi dengar cakap uncle Pang Pang tapi nanti Qiqi rindukan uncle Pang Pang"
"Kalau Qiqi rindukan Fang, Qiqi peluklah anak patung landak dalam bilik Fang tu tapi jangan bagi kesan air liur pulak" Rifqi terus tersenyum lebar dengan mulutnya comot, penuh dengan ice cream. Mereka berdua gelak ketawa di dalam kedai ice cream itu. Pelanggan-pelanggan yang ada di situ, rasa senang hati melihat Fang dan Rifqi gelak ketawa sambil makan ice cream bersama. Tapi lain pula cerita di dalam hati Fang. Dia perlu beritahu abang dia dan juga kak Lynna. Mereka perlu tahu tentang kuasa Rifqi tapi dia juga tidak mahu Rifqi dimarahi oleh ibubapanya. Mesti Rifqi akan kecewa dengan tindakan Fang nanti tapi dia terpaksa. Ini semua kebaikan Rifqi juga, bisik dihati Fang
--------------------------------------
Pada malam itu, semasa Rifqi tidur di dalam bilik ibu bapanya, Fang mula buka cerita tentang kejadian siang tadi. Lynna dan Kaizo terkejut dengan berita itu. Muka Lynna kelihatan pucat dan dia amat bimbang sekali dengan anaknya, Rifqi
"Kak Lynna, apa kita perlu buat?"
"Adik tak perlu risau. Biar abang dan kakak sahaja yang uruskan dia tapi.. kalau apa-apa berlaku dekat Qiqi, akak akan beritahu adik dengan segera" kata Lynna dengan nada yang agak perlahan. Dia bersandar di kerusi sofa sambil dipeluk oleh Kaizo "Nampaknya, kita perlu sorokkan semua cermin yang ada dekat dalam rumah ni"
"Nanti esok aku dan Pang akan uruskan. Sementara tu, aku akan simpan semua cermin di dalam bilik bawah. Kau pergi masuk bilik dan jaga Rifqi" Kaizo cium kepala Lynna sedikit "Jangan risau, aku akan pastikan Rifqi selamat dari musuh kita"
"Aku tahu, tapi aku takut musuh aku akan buat apa sahaja untuk dapatkan Rifqi seperti dulu. Ingat tak lagi kapten Chaos tu. Dia hantar orang dia masuk ke dalam dunia fantasy aku. Aku rasa dekat mana-mana aku pergi, Qiqi tak kan selamat"
"Kak Lynna, janganlah risau. Adik yakin kak Lynna dapat menentang musuh kak Lynna. Adik ingat lagi dulu, macam mana kak Lynna berlawan dengan musuh-musuh kak Lynna. Masa tu kak Lynna kuat, berani, terlalu yakin dan tidak pernah putus harapan" Lynna tersenyum sedikit "Kak Lynna tak kan biarkan Qiqi di bawa lari lagi"
"Betul tu Fang" Lynna membalas balik senyuman Fang tadi "Kaizo, aku pergi tengok Qiqi" Lynna bangun dari sofa itu. Kaizo melihat isterinya sudah kelihatan tenang. Lynna menaiki tangga rumah dan terus ke bilik dia dan Kaizo
"Pang, esok kau dan aku akan buang semua cermin yang ada di dalam rumah ini. Tak kisahlah kecik ke besar ke, kita kena buang"
"Baik abang. Adik akan buat apa sahaja untuk pastikan Qiqi tidak dibawa lari lagi. Adik sayangkan Qiqi seperti mana abang dan kak Lynna sayangkan dia tapi adik takut nanti adik tak dapat nak melindungi Qiqi lagi sebab lepas ni adik sudah kena balik ke university"
"Itu kau tidak perlu risau. Abang dan Lynna akan melindungi dia" kata Kaizo dengan nada serius dia "Abang tak kan benarkan sesiapa mengambil Rifqi dari Lynna lagi. Adik pergi tidur, abang ada kerja nak buat"
"Bukan ke abang nak adik tolong simpankan cermin-cermin dekat rumah ni?"
"Takpe, abang boleh buat sendiri. Kau pergi tidur dulu" Fang tidak membantah. Dia tidak mahu bergaduh dengan abang dia kerana Rifqi ada di dalam rumah. Dia dan abang dia sudah jarang bergaduh semenjak Rifqi ada. Mereka tidak mahu Rifqi nampak pergaduhan dua beradik itu kerana ianya akan memberikan kesan buruk terhadap Rifqi nanti. Mereka mahu Rifqi membesar di dalam sebuah keluarga yang bahagia walaupun kadang-kadang Fang selalu juga kena buli dengan abang dia. Fang bangun dan terus ke bilik dia. Kaizo pula, dia pergi masuk ke dalam semua bilik yang ada di dalam rumah tersebut. Rumah itu mempunyai banyak bilik, kesemuanya ada 6 bilik, 3 di bawah dan 3 di atas. Kaizo mengumpul kesemua cermin yang ada dan selepas itu di simpan di dalam bilik basement. Dia kunci bilik itu supaya tiada siapa dapat memasuki atau masuk ke dalam bilik tersebut
Selepas sahaja selesai, Kaizo terus ke biliknya. Dia berdiri di pintu bilik sambil melihat Lynna dan Rifqi sedang tidur dengan begitu nyenyak. Rifqi memeluk ibunya, jari jemari dia memegang erat jari ibunya. Kaizo masuk ke dalam bilik dan menyelimutkan mereka berdua
"Selamat malam" Kaizo terus ke kerusi single yang ada di dalam bilik itu. Dia akan tidur di situ sahaja untuk pastikan tiada siapa yang dapat masuk ke dalam bilik mereka nanti. Lama kelamaan dia tertidur di situ dan tanpa disedari oleh Kaizo dan juga Lynna. Alice berjaya menembusi pintu basement yang sudah dikunci, dia naik ke atas dan masuk ke dalam bilik. Dia tersenyum sinis melihat Kaizo dan Lynna tidur dengan nyenyaknya. Lalu dia menghempuskan sesuatu supaya mereka berdua tidak sedar dengan kemunculan dia di dalam bilik tersebut
"Begitu mudah sekali" kata Alice. Dia berjalan ke tepi katil. Dia melihat Lynna tidur dengan begitu tenang sekali "Amat mudah sekali kalau aku berjaya hapuskan kau di sini juga tapi aku mahu melihat hati kau hancur, Lynna. Aku mahu kau tengok diri kau terseksa apabila kau melihat apa yang aku akan buat terhadap anak kau. Dia akan menjadi seseorang yang kuat dan hanya akan fikirkan tentang kuasa.. hehehehee" Alice melihat Rifqi sedang bergerak-gerak dan lalu dia bangun. Rifqi mengosok-gosok mata sebelahnya dan lalu dia membuka matanya secara perlahan
"Kakak Alice? Kakak Alice nak main dengan Qiqi ke?" Rifqi menguap besar di situ
"Ha ah Qiqi" Alice menghulurkan tangannya kepada Rifqi "Jom Qiqi, ada banyak benda lagi akak nak tunjuk dekat Qiqi" Rifqi tersenyum sedikit. Dia merangkak keluar dari katil itu. Sebelum dia pergi bermain, dia cium pipi ibunya
"Jom kakak Alice!" Rifqi dan Alice keluar dari bilik tersebut dan terus ke bilik basement. Alice tersenyum sinis melihat Rifqi yang begitu senang sekali membawa dia pergi. Dia akan hitamkan hati Rifqi sedikit demi sedikit
Di dalam bilik Kaizo dan Lynna...
Lynna dapat mimpi buruk, dia asyik memanggil-manggil nama anaknya tetapi malangnya, Kaizo tidak sedar dari tidurnya dan Lynna terseksa di dalam mimpi ngeri dia
"QIQI! JANGAN BEGITU QIQI!"
"Ibu tipu Rifqi...IBU SIMPAN RAHSIA DARIPADA RIFQI!"
"Ibu rahsiakan sebab ibu nak Qiqi mempunyai kehidupan yang normal. Ibu tak nak Qiqi terjebak dengan dunia ibu dan ayah kamu. Ibu hanya mahu melindungi Qiqi"
"Hmmm... sebenarnya ibu takut kalau Rifqi dapat menguasai semua kuasa yang dekat dunia ni. Ibu takut kalau Rifqi membesar dengan kuasa ini. Kuasa yang dapat mengubah segala-galanya tentang diri Rifqi. Anak ibu si Qiqi sudah tiada ibu, sekarang tinggal hanya Rifqi. Budak comel si Qiqi sudah tiada lagi di dalam diri Rifqi. Maafkan Rifqi kerana musnahkan budak itu"
"Qiqi.. ibu yakin, Qiqi yang dulu masih lagi ada dalam badan Qiqi" Lynna memeluk anaknya yang sudah belasan tahun itu tetapi Rifqi menolak ibunya. Lynna rebah di atas lantai yang gelap "Qiqi! Kenapa Qiqi tolak ibu?"
"Sebab ibu bukanlah ibu Rifqi.." Rifqi terus pusingkan badannya dan meninggalkan Lynna kesunyian di situ. Lynna menangis sambil memanggil nama anaknya tetapi Rifqi tidak menoleh kebelakang. Dia biarkan sahaja ibunya menangis di situ
"Lynna... Lynna.. bangun" Kaizo kejutkan Lynna yang sedang mimpi buruk itu "Lynna.." Hari sudah pun siang, matahari menyinari bilik tidur Kaizo dan Lynna. Rifqi sudah kembali ke dunia asal dia. Kini dia berada di sebelah ibunya dengan perasaan risau dia
"Ibu.. bangun ibu.. Qiqi dan ayah ada dekat sini" Lynna terus membuka matanya. Kaizo dan Rifqi melihat dirinya yang sedang menangis itu. Rifqi mengesat air mata ibunya dan lalu Lynna memeluk Rifqi begitu erat sekali
"Qiqi, janji dengan ibu. Qiqi tak kan tinggalkan ibu"
"Qiqi janji ibu" bisik Rifqi. Tanpa di sedari oleh sesiapa pun, mahupun Rifqi sendiri, mata dia tiba-tiba berubah menjadi hitam dan terus kembali normal. Hati dia telah diselubungi dengan kegelapan, cuma menunggu masa untuk Rifqi bertindak ganas
To be continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com