Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 6

"Macam mana keadaan kak Lynna?"

"Hmmm.. abang aku dah tenangkan dia, Boboiboy. Jadi dia tengah ok sekarang ni" Fang bermain-main dengan bubur nasi dia "Malam tadi, aku nampak hati kak Lynna hancur. Qiqi yang aku kenal dulu pun, sudah tiada lagi. Dia bukan budak kecik yang hyper lagi tetapi seorang dewasa yang dahagakan dengan kuasa"

Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Lily sedang berkumpul di dalam dapur rumah istana pada pagi itu. Mereka sedang mengisi perut mereka walaupun masing-masing tidak begitu selera kerana terkejut dengan kejadian pada malam semalam

"Kasihan kak Lynna" Yaya turut berasa simpati dengan keadaan Lynna dan Kaizo. Mereka berdua sangat sayangkan Rifqi tetapi sekarang, Rifqi sudah hilang kasih sayangnya terhadap ibu bapa dia "Tapi aku percaya, dengan kasih sayang daripada kak Lynna dan abang Kaizo.. ianya dapat membantu Rifqi mengingati kembali sewaktu mereka bertiga bersama"

"Tapi.. aku tak sangka pula Qiqi kena buli dekat sekolah tadika dia"

"Samalah dengan aku, Boboiboy.. tapi aku pelik, kenapa dia tak beritahu ibu bapa dia sendiri? Ataupun sekurang-kurangnya aku.. kenapa dia cuba sembunyikan?"

"Mesti dia tak nak ibu bapa dia risau" balas Bella "Ataupun timbulkan lagi satu masalah"

"Samalah macam aku kena buli dulu.. aku tak beritahu abang aku tapi lama-lama, abang aku tahu juga" Fang melihat bubur dia yang begitu sedap baunya tetapi selera dia, semakin lama semakin berkurangan. Agak sedih kalau dia tidak makan bubur itu, lalu dia menyuap dirinya walaupun sedikit sahaja

"Tapi dia selalu ceria aje aku tengok. Tak pernah dia balik dari tadika, menangis-nangis"

"Betul juga cakap Ying.. aku pernah ambik dia dari tadika sekali. Dia sedikit pun tak tunjuk yang dia kena buli" Yaya cuba ingatkan balik pada ketika itu "Tapi aku ingat lagi, dia takde lambai-lambai dekat kawan-kawan dia. Aku pula.. tak perasan sebab dia ceria aje, dia siap ajak aku nyanyi sekali"

"Entahlah Yaya.. tapi apa-apa pun, sekarang kita sudah tahu apa sebab puncanya" Fang menggenggam sudunya "Si Dark Fairy mengambil kesempatan terhadap anak buah aku. Memang tidak boleh maafkan langsung" Dia menghentak meja makan itu dengan genggaman tangannya

"Sabar Fang.. sekarang kita tidak boleh bertindak secara emosi" kata Yaya

"Ha ah, kau ada kita orang.. kita semua boleh bantu kau, kakak kau dan juga abang kau untuk dapatkan Qiqi balik tapi kita kena jaga kak Lynna dan abang Kaizo sepanjang perjalanan. Jangan bagi mereka berdua di tangkap oleh askar-askar jahat si Dark Fairy itu"

"Terima kasih Boboiboy" Fang tenangkan diri dia balik "Terima kasih kawan-kawan. Koranglah sahabat baik aku dari dulu sampai sekarang"

"Sama-sama landak!" Lily berikan senyuman ikhlas dia kepada Fang "Saya sebagai Lily, ketua rombongan keceriaan. Lily akan pastikan rombongan abang Kaizo dan kak Lynna akan sentiasa ceria! Lily juga bertanggungjawab untuk kita semua tidak kesedihan kerana kalau kita sedih, emosi kita akan mengawal diri kita dan fikiran kita akan bercelaru dan kita nak berlawan pun, tak rasa begitu semangat. Siapa lagi yang mahukan hati kita ceria walaupun dalam situasi yang amat menyedihkan tetapi tidaklah begitu sedih sangat kerana kami-" Lalu ada seseorang menepuk kepala Lily "Adeh, siapa pulak tukang ketuk kepala Lily yang sedang berpidato ni?" Lily menoleh kebelakang dan terus dia tersengih

"Pagi-pagi lagi kau sudah membebel dekat meja makan ni"

"Selamat pagi abang Kaizo" Lily terus makan buburnya secara senyap

"Selamat pagi semua" kata Lynna yang ada di sebelah Kaizo "Maaf jika akak buat kamu risau tentang malam semalam"

"Takpe kak Lynna.. kami yakin kak Lynna tabah dalam situasi ini"

"Terima kasih Yaya" Lynna duduk menarik kerusinya dan lalu dia duduk di sebelah Fang. Dia melihat bubur mereka seperti tidak terusik. Dia tahu yang mereka tidak begitu selera "Makanlah semua. Nanti macam mana nak teruskan perjalanan kita kalau kamu semua dalam kelaparan. Lebih-lebih lagi kalau musuh kita serang dan tenaga kita tiada"

"Betul cakap kak Lynna.. tengok macam aku" Gopal terus makan bubur itu. Mereka tergelak melihat gelagat Gopal yang sebenarnya tiada selera tetapi seperti orang ada selera "Kenapa korang pandang aku?"

"Takde apalah Gopal" Boboiboy suapkan dirinya dengan bubur itu. Selera dia sudah naik sedikit. Kaizo duduk di sebelah Boboiboy "Abang Kaizo makanlah sekali"

"Yea, aku akan makan sekali" Kaizo secara senyap mengambil satu senduk bubur "Kita kena bertolak awal pada hari ini tapi kamu semua harus makan cepat dan jangan nak membazir bubur tu, FAHAM!"

"FAHAM ABANG KAIZO!" Selera masing-masing sudah meloncat naik kerana kegarangan Kaizo. Gopal siap tambah sampai 2 3 kali tetapi sebenarnya dia lapar. Fang melihat Lynna hanya makan bubur sedikit sahaja

"Kak Lynna, makanlah lagi"

"Akak tak rasa nak makan banyak" Lynna tersenyum sedikit "Adik makanlah. Jangan risau tentang akak"

"Tapi kau perlu makan. Kalau kau sakit, macam mana nak selamatkan Rifqi nanti" Kaizo letak satu senduk bubur di dalam mangkuk Lynna "Makan dan jangan nak bagi alasan"

"Baiklah Kaizo" Lynna menyuap dirinya dengan bubur itu. Dia makan secara perlahan kerana tidak begitu selera hendak makan tetapi dia memaksa dirinya makan "Kamu semua dapat tidur dengan selesa?"

"Tak" jawab Boboiboy dan Fang secara serentak

"Aik, kenapa tak?" tanya Yaya

"Sebab si Gopal ni.. berdengkur kuat sangat. Macam mana aku nak tidur dengan tenang" Fang terus berikan renungan maut dia kepada Gopal "Lain kali, aku tak nak tidur sama bilik dengan kau. Baik aku tidur dekat bilik aku sendiri daripada berkongsi dengan kau" Gopal terus tersengih sambil garu-garu pipi dia

"Sudahlah Fang, jangan nak marah-marah" Boboiboy cuba memujuk Fang "Baik kita habiskan bubur kita ni sebelum abang Kaizo marah-marah pula"

"Tahu pun kau" Mata Kaizo pandang seorang demi seorang. Dia mahu pastikan mereka semua makan dan tidak membazirkan bubur mereka "Lepas ni, kita bergerak terus. Jangan nak main-main"

"Baik abang Kaizo" kata mereka dengan nada yang agak perlahan. Suasana terus menjadi tenang dengan tiada bunyi bising daripada mereka

------------------------------------------------------------------------------------------

"Permaisuri, betul ke kamu tak nak bantuan daripada saya?"

"Takpe Ratu Draconia, saya sudah mempunyai ramai bantuan.. kamu jagalah perkampungan ini dengan baik dan kalau ada masa lagi, saya akan datang dan melawat kamu dan penduduk-penduduk di sini"

"Kalau begitu.." Ratu Draconia terus berikan sebuah kuda putih kepada Lynna "Terimalah kuda ni. Kuda kamu semalam masih lagi dirawat dan dia perlukan masa untuk pulih"

"Terima kasih" Lynna berikan sentuhan sedikit kepada kuda putih itu "Terima kasih juga kerana memberikan tempat untuk kami berehat"

"Sepatutnya tuan permaisuri berterima kasih kepada kawan permaisuri" Ratu Draconia berikan tunduk hormat sedikit

"Hehehe.. maaf" Lynna menoleh kebelakang untuk melihat Sarah yang sedang berikan makanan kepada kudanya "Nanti saya akan ucapkan terima kasih kepada dia"

"Kau sudah bersedia?" Muncul Kaizo dengan pakaian dia yang sudah bertukar. Dia telah diberikan pakaian yang lebih selesa. Di pinggangnya ada tali pinggang yang mempunyai poket untuk sebilah pisau atau lebih dikenali sebagai dagger. Jaket birunya sudah di lipat dan di masukkan ke dalam beg. Kaizo hanya memakai baju tanpa lengan. Dia dan adiknya mempunyai minat yang sama cuma Kaizo lebih garang dan Fang pula, panas baran yang teramat

"Sudah Kaizo" Lynna tersenyum melihat Kaizo kelihatan begitu kacak dengan pakaian ala-ala orang zaman dulu "Kau nampak lain"

"Lain?"

"Ha ah, abang nampak bukan macam abang" Fang menyibuk di situ. Dia tidak menukar pakaiannya. Jaket dia telah diikat di pinggang seperti biasa "Tapi nak cakap abang kacak, takdelah pulak. Nampak biasa aje"

"Kau mestilah nampak biasa tapi di mata kak Lynna.. mestilah nampak raja Kaizo seperti tuan puteranya dihati kak Lynna"

"Isk, sibuk aje kau ni Gopal" Fang bermasam muka dan Gopal pula, tersengih sahaja

"Seronoknya kamu berdua" Ratu Draconia ketawa kecil melihat gelagat Fang dan Gopal "Saya sudah menyuruh tukang masak untuk sediakan bekalan untuk kamu semua" Dia berikan sebuah bakul besar kepada Fang

"Ratu Draconia berikan kami makanan apa?" tanya Fang

"Didalam bakul ini ada roti makanan kegemaran kami di sini. Jangan risau, ini bukan roti biasa kerana di dalam roti itu ada inti seperti blueberry, kacang merah, chocolate, jagung dan ada juga inti kentang. Ada juga beberapa buah apple di dalam bakul itu. Makanlah apabila kamu lapar nanti"

"Terima kasih Ratu Draconia" balas Fang dan Gopal serentak

"Kau jangan nak makan sampai habis pula" Kaizo memberikan amaran dia kepada Gopal "Pang, kau suruh salah seorang kawan perempuan kau untuk jaga bakul itu tetapi jangan berikan kepada Lily ataupun Faye"

"ERK! Kenapa Lily tak boleh tolong jagakan makanan tu?" Wajah Lily berubah menjadi sedih. Dia buat muka comel tengah kesedihan kepada Kaizo tetapi dia telah di abaikan oleh Kaizo "Adeh, abang Kaizo memang tak percayakan Lily tapi apa boleh buat. Lily dulu-dulu sampailah sekarang, suka sangat buat hal dekat abang Kaizo... oh hati ku, janganlah begitu sedih sangat kerana MY BBB-CHAN ADA DEKAT SINI!" Lily berlari-lari mencari Boboiboy dia

"Haiyaa... pagi-pagi sudah menjerit si Lily ni"

"Biarkan ajelah dia tu, Ying tapi mana Boboiboy? Tak nampak pun dia lepas habis makan" Yaya mencari-cari kawan dia di dalam kesibukan itu. Kawan-kawan dia yang sudah ada di situ cuma Boboiboy sahaja yang tiada. Dia melihat Bella sedang bermanja dengan kudanya, Faye sudah pun menunggang kudanya dan Fang telah pergi balik ke kudanya dengan muka masam "Pagi-pagi lagi si Fang dah bermasam muka"

"Hehehee.. apa-apa aje si Fang tu.. apasal dia datang ke sini pula?" Ying melihat Fang datang ke arah dia dan Yaya. Di tangannya ada sebuah bakul besar "Itu bakul apa?"

"Entahlah" Yaya melihat Fang sudah berdiri di depan dia "Kenapa Fang?"

"Abang aku suruh salah satu daripada korang jaga bakul ni tapi jangan bagi dekat Gopal, Lily ataupun Faye sebab dia takut makanan dekat dalam ni nanti habis"

"Kalau begitu, biar aku yang jagakan" Yaya ambil bakul itu dari tangan Fang "Fang.. kau ada nampak Boboiboy tak?"

"Takde pulak.. aku tak nampak dia lepas kita orang sudah habis makan. Dia pergi merayaplah tu. Nak kena marah dengan abang aku lah tu" Fang terus pergi ke kuda dia "Hah! Itu pun dia" Yaya dan Ying menoleh sedikit. Boboiboy sedang berlari-lari sambil memegang sesuatu. Di belakang dia ada Lily sedang berlari juga

"Lari daripada kekasih dia tu ke?" tanya Gopal. Mulut dia sedang kunyah apple dia gigit tadi "Jangan cakap dia nak nyanyi dan joget dalam cerita hindustan tu"

"Haiyaa.. macam itu pulak kau fikirkan" marah Ying

"Kau pergi mana Boboiboy" tanya Yaya

"Aku tertinggal topi aku dekat dalam bilik tadi. Sorry semua" Boboiboy tersengih "Korang dah bersedia nak bertolak ke?"

"Ha ah, kami tunggu kau sahaja maaa..." kata Ying. Lalu dia naik ke atas kuda hitamnya "Sebelum abang Kaizo bising, baik kita semua naik dulu"

"Ok.. aku pergi letak barang aku sekejap" Boboiboy terus lari ke arah kudanya yang bersebelahan dengan kuda Lily. Dia simpan barang-barang yang dia bawa ke dalam beg yang ada di sisi kuda itu. Lalu dia memanjat naik ke atas kudanya "Lily, kenapa kau tak naik kuda kau lagi?"

"Ermm.. kejap.." Lily pergi kearah seorang budak perempuan. Dia bisik sesuatu dan lalu budak itu bagi sebakul buah strawberry kepada Lily "TERIMA KASIH!" Dia menepuk-nepuk sedikit kepala budak perempuan itu. Lalu dia berlari kearah kudanya dengan bakul strawberry itu

"KAU INGAT KITA NI NAK PERGI BERKELAH KE?" Lily terkejut dengan suara garang Kaizo "KAU AMBIK BUAH TU UNTUK APA?" Dia takut hendak melihat wajah garang Kaizo yang sangat mengerikan

"Lily... Lily... UWAAAAA! LILY MINTA STRAWBERRY NI SEBAB TEKAK LILY TERASA NAK MAKAN BUAH STRAWBERRY! UWAAAA! SALAH KE LILY MINTAK? KALAU SALAH, LILY PULANGKAN SAHAJA.. UWAAAAA!" Kuasa super sonic Lily menyebabkan getaran di sekeliling dia. Barang-barang yang ada di atas meja, semuanya bergegar dan ada yang sudah jatuh di atas tanah. Lynna cepat pergi selamatkan keadaan sebelum semuanya menjadi teruk

"Lily.. Lily.. berhenti menjerit sayang" Lynna pegang tangan Lily

"Tapi.. Lily cuma nak makan buah strawberry ni.. tapi... abang Kaizo marah pulak" Lily tunduk sedikit "Lily pulangkan strawberry ni balik"

"Tak perlu" Lynna ambil bakul strawberry itu "Lily pergi naik kuda Lily dan strawberry ini.. akak yang pegangkan. Kita akan makan bersama nanti" Lynna berikan senyuman kecil kepada Lily

"Terima kasih kak Lynna.. apalah yang akan terjadi kalau akak tak kahwin dengan itik garang tu"

"ITIK GARANG KAU PANGGIL AKU?!" Kaizo boleh dengar percakapan Lynna dan Lily tadi "AKU SURUH KAU BALIK RUMAH SENDIRI, BARU KAU TAHU! TAK PAYAH NAK IKUT PENGEMBARAAN INI" Lily tersengih dan terus larikan diri ke kuda dia dan yang lain, hanya mampu gelengkan kepala sahaja

"Abang aku ni..." Fang menepuk dahinya sendiri "bertambah garang bila si pelik ni ada"

---------------------------------------------------------------------------------------

"Kemana kau pergi malam tadi?" tanya Dark Fairy kepada Rifqi yang sedang duduk di kerusi meja makannya. Rifqi telah dihidangkan pelbagai jenis makanan yang telah disediakan oleh para tukang masak yang telah berjaya ditangkap oleh askar-askar Rifqi

"Kenapa kau perlu tahu? Kau bukannya ibu aku"

"Tapi aku kawan kau.. akulah yang bantu kau selama ini, akulah yang ajar kau untuk mengawal kuasa kau dan aku juga yang telah dewasakan diri kau. Jadi aku berhak untuk tahu juga" Rifqi boleh dengar nada marah dari suara Dark Fairy

"Hmm.. kalau kau nak tahu juga.. aku pergi jumpa ibu bapa aku" Rifqi suap dirinya dengan sebiji tomato kecil "Mereka memang terkejut dengan perubahan diri aku tapi... kuasa healer aku.." Dia angkat tangan kanannya dan lalu memerhatikan tangan dia yang ada sedikit kesan tomato tadi "Memang amat lemah tapi aku perlukan kuasa itu... kuasa kasih sayang.. aku tidak percayakan lagi dengan kasih sayang kerana mereka sendiri rahsiakan tentang diri aku dan juga tentang mereka"

"Mereka hanya pentingkan diri mereka sahaja.. ibu bapa kau tidak mahu kau menjadi lebih kuasa daripada mereka sebab itu mereka sembunyikan identiti mereka daripada kau" Dark Fairy menghasut Rifqi lagi. Dia tersenyum sinis dan lalu berkata-kata lagi "Jika kau tahu lebih awal, sudah tentu kau akan gunakan kuasa untuk ajar pembuli-pembuli kau tetapi mereka hanya rahsiakan sahaja. Mereka butakan hati dan mata mereka. Ibu dan ayah kau tidak sedar tentang kesengsaraan kau alami selama ini. Kau hanya senyum sahaja setiap kali bersama mereka tapi kau sangat beruntung kerana dapat berkawan dengan aku"

"Betul tu, tanpa kau.. tak mungkin aku sampai ke tahap ini. Kau sahaja yang memahami isi hati aku"

"Yea Rifqi.. aku seorang sahaja yang memahami kau" Dark Fairy tersenyum sinis di situ. Dia sentuh bahu Rifqi "Kau jangan risau, kau dan aku dapat menguasai dunia ini. Aku juga akan bantu kau untuk mendapatkan kuasa-kuasa ibu bapa kau. Kuasa mereka akan menjadi milik kau selama-lamanya"

"Yea, kuasa itu akan menjadi milik aku" Rifqi tersenyum bangga di situ "Dark Fairy, macam mana dengan askar-askar kau? Ada apa-apa perkembangan terbaru?"

"Ada.. mereka sudah berjalan jauh. Pergerakan mereka amat pantas sekali. Jadi kau jangan terkejut kalau mereka dapat menangkap ibu bapa kau dengan begitu cepat"

"Tak, aku tak kan terkejut tapi askar-askar kau perlu berhati-hati kerana ibu bapa aku sangat kuat"

"Jangan risau Rifqi" Dark Fairy memetik sebuah anggur dan lalu dia makan "Askar aku ramai sehingga ibu bapa kau sendiri tidak mampu untuk melawan mereka. Sekarang, kau duduk dan tengok sahaja apa askar demon aku boleh buat"

Dark Fairy keluarkan crystal ball dia dan letak di tepi Rifiq. Imej di dalam crystal itu terpacar. Askar-askar Dark Fairy kini sedang menuju ke sebuah daerah yang tidak jauh daripada perkampungan naga. Muka askar-askar demon dia yang sangat ganas, ianya seperti bukan manusia tetapi seperti binatang buas. Mata mereka merah menyalah dan badan mereka, sangat besar. Lebih besar daripada manusia biasa. Tangan kanan mereka berbentuk sebilah pisau. Rifqi sangat suka dengan askar-askar itu

"Heheheee... tidak lama lagi, aku akan menguasai segala-galanya" Rifqi silangkan kakinya sambil melihat crystal ball itu dengan senyuman sinis dia. Rifqi yang dulu, sudah tiada lagi tetapi sebahagian hati Rifqi, masih lagi terdapat sisa-sisa Rifqi yang dulu. Cuma kuasa kejahatan dapat mengawal Rifqi sepenuhnya

--------------------------------------------------------------------------------------------

"Dimana dia anak abang Kaizo! Anak abang Kaizo, ada dekat istana! Chan mali chan oi oi! chan mali chan.. ketipung payung"

"Dimana dia pedang tenaga aku. Pedang tenaga aku ada dekat depan mata kau" Lily terus menelan ludah kerana muka Kaizo amat menyeramkan "Kau dari tadi asyik nyanyi sahaja. Tak boleh ke kalau kau duduk senyap selama 24 jam"

"Errrr.. maaf abang Kaizo. Lily cuma nak ceriakan hati kita yang sedang kesedihan ini. Qiqi! We're coming for you my dear!"

"Kenapa tangan aku rasa gatal sangat nak menghukum si Lily tu" Sepanjang perjalanan mereka, Kaizo memang bersabar dengan sikap Lily yang terlalu hyper sangat. Dia menahan kemarahan dia sehinggalah ke satu tahap, dia rasa hendak meletup. Kaizo terus menunggang kudanya ke depan, untuk jauhkan diri dia dan isteri dia dari Lily. Mereka kini melalui sebuah hutan yang ada pelbagai jenis bunga. Mereka seperti dengar bunga-bunga itu sedang bernyanyi bersuka ria. Lily turut bernyanyi sekali walaupun dia tidak faham bahasa bunga

"Sudah bertahun-tahun aku tak bagi dia hukuman latihan tempur" Kaizo mengenggam tangannya

"Sabar ajelah Kaizo.. lagipun dia cuma nak ceriakan kita sahaja. Niat dia baik bukan jahat" kata Lynna yang cuba tenangkan Kaizo

"Betul tu abang. Adik pun selalu kena sabar dengan si pelik tu tapi tak tahulah macam mana Boboiboy boleh tahan dengan girlfriend dia yang terlebih makan gula tu" Fang menoleh kebelakang untuk melihat kawan baik dia iaitu Boboiboy. Kawan baik dia sedang menunggang kuda bersebelahan dengan kuda Lily, mereka sedang berborak mesra dan Lily sempat berkelip-kelip mata dekat Boboiboy

"Hehehee... kau cemburu ke Fang?" tanya Bella sambil tersenyum sinis

"Aku cemburu? Buang masa sahaja.. baik aku single dan bebas!" Padahal dalam hati, Fang terasa ingin sangat luahkan perasaan dia kepada seseorang tapi dia pendam sahaja. Mata dia melirik ke arah seorang gadis yang sedang berbual dengan kawan baik perempuan dia

"Kau sebenarnya nak beritahu dia kan" Faye muncul di sebelah Fang

"Hmm... mana adalah. Sibuk aje kau ni" Fang terus bermasam muka. Seekor kupu-kupu sedang terbang di depan matanya. Kupu-kupu itu hinggap di hidung Fang "Eh..." Warna kupu-kupu itu adalah hitam. Fang cuba menghalau kupu-kupu itu tetapi ianya tidak mahu terbang pergi

"Hehehee... kupu-kupu tu suka dekat kau pulak" Faye tergelak sedikit

"Tapi kupu-kupu ni lebih suka dekat Lily" kata Boboiboy. Semua menoleh kebelakang untuk melihat Lily, lalu mereka tergelak melihat tubuh badan Lily dipenuhi dengan kupu-kupu dalam pelbagai warna kecuali hitam

"Kupu-kupu ni dapat melihat aura seseorang" kata Sarah "Kawan kamu tu ada aura pelangi, sebab itu mereka hingap di badan dia"

"Wah! Jadi kalau rama-rama hitam dekat Fang..." Bella melirik matanya ke arah Fang "Maknanya si Fang ni ada aura kegelapanlah yea.. macam kuasa bayang-bayang dia"

"Cheh, ingat aku ni nak sangat ke ada aura kehitaman"

"Sabar Fang sabar" Boboiboy cuba tenangkan kawan baik dia "Hitam ke putih ke.. kau tetap sahabat baik aku" Lalu seekor kupu-kupu berwarna putih hingap diatas topi oren Boboiboy

"Hmmm... kau pula, ada aura putih sebab kau tu terlampau suci sangat" Muka Fang bertambah masam

"Tapi.. kenapa Gopal ada kupu-kupu warna hijau?" tanya Ying

"Bukan ke hijau itu melambangkan seseorang sedang cemburu?" Gopal terus tersengih kepada Yaya "Hmm... betullah tu, kau tengah cemburu tapi kau cemburu sebab apa?"

"Errr.. itu kau tidak perlu tahu" Sebenarnya Gopal cemburu kerana satu, dia melihat Lynna sedang makan buah strawberry dan kedua, dia cemburu kerana Boboiboy memanggil Fang sebagai sahabat baik dia "Tapi apasal kau ada kupu-kupu warna pink?" Semua melihat seekor kupu-kupu berwarna pink sedang hinggap di atas bahu Yaya

"Pink tu.. maksudnya..." Belum sempat Lynna habiskan ayat dia, sebuah anak panah melintasi di hadapan dia dan terkena sebuah pokok "Siapa tu?"

"Siapa diri kau? Baik kau tunjukkan diri kau" Sarah sudah pun keluarkan senjata alat memanah dia. Mata dia melihat ke sana ke sini untuk pastikan dia dapat melihat musuh dia berada di mana

"Maafkan saya.. saya tidak sengaja" Seorang lelaki muda keluar dari tempat dia bersembunyi. Sarah terus simpan alat memanah dia "Maafkan saya Permaisuri Lynna... saya ingatkan kamu semua adalah askar malam tadi"

"Askar malam tadi?" Lynna turun dari kudanya. Kaizo turun ikut turun sekali "Kenapa dengan askar itu?"

"Mereka telah menyerang perkampungan kami" kata pemuda itu "Tapi kami berjaya menghalang mereka daripada musnahkan perkampung kami"

"Sarah, aku rasa kita patut ke perkampuangan mereka. Aku mahu melihat keadaan kampung itu"

"Baiklah Lynna. Kalau itu yang kau mahukan, kita akan ke sana" Sarah sudah mula nampak wajah kerisauan Lynna "Mari kita ke sana, kamu tunjukkan jalan"

"Baiklah" kata lelaki itu

"Apa nama kau?" tanya Kaizo dengan nada serius dia. Hati dia memang marah kepada pemuda itu tetapi dia tidak mahu tunjukkan kemarahan dia

"Nama saya Theo, saya adalah ketua pasukan melindungi perkampungan saya. Maaf tuan Raja kerana menyerang tuan Permaisuri tadi" Theo tunduk hormat sedikit kepada Kaizo "Saya akan lebih berhati-hati selepas ini"

"Jangan risau, kamu hanya jalankan tugas sahaja. Saya maafkan" kata Lynna. Theo rasa tenang sedikit kerana dia telah dimaafkan oleh Lynna "Mari kita ke perkampungan kamu"

"Baik tuan permaisuri" Lalu dia memanggil para pengikut dia yang lain. Mereka semuanya sembunyi di sebalik pokok ataupun di dalam semak. Ada setengah daripada mereka, di arahkan tinggal di situ untuk memerhatikan jikalau musuh mereka datang ke situ

Kaizo dan Lynna kembali menunggang kuda mereka. Kaizo masih marah lagi dengan pemuda itu tetapi dia tenangkan diri dia dan buat biasa sahaja. Theo hanya berjalan kaki sahaja kerana dia tidak mempunyai seekor kuda. Jadi perjalanan mereka agak perlahan sedikit. Sarah cuba hendak pelawakan menunggang kuda bersama dia tetapi Theo menolak. Sepanjang perjalanan mereka, kupu-kupu tadi masih lagi berterbangan di sekeliling mereka. Lily gelak ketawa melihat kupu-kupu masih lagi hinggap di atas badan dia. Semuanya dalam pelbagai warna. Kupu-kupu pink di bahu Yaya, masih tidak berganjat dari tadi lagi

"Kupu-kupu tu, suka pulak dengan kau, Yaya"

"Ha ah Ying.. tapi aura pink aku sama warna dengan baju pink aku.. hehehee"

"Bukan ke maksud pink itu adalah..." Bella baru hendak bercakap, terus ada kupu-kupu pink hinggap di hidung dia "Eh.. ada kupu-kupu pink dekat hidung aku.. hehehehee"

"Seronoknya kamu semua" Lynna menoleh kebelakang untuk melihat mereka semua gelak ketawa di dalam hutan yang penuh dengan kupu-kupu. Hanya Fang sahaja yang tidak gelak ketawa bersama mereka. Muka dia serius seperti abang dia "Adik, kenapa dengan adik? Ada masalah ke?"

"Takde apa-apalah kak Lynna" balas Fang

"Mari akak nyanyikan sesuatu untuk adik.." Secara tidak langsung, mereka boleh dengar seperti ada sebuah melody loceng. Kupu-kupu tadi telah mainkan melody itu di bunga-bunga loceng

I know there is a rainbow
For me to follow
To get beyond my sorrow
Thunder precedes the sunlight
So I'll be allright
If I can find that
Rainbow's end

I will be allright
If I can find that
Rainbow's
End

"Lagu tu, akak selalu nyanyi apabila akak dalam kesedihan. Bila akak nyanyi, kesedihan akak akan berkurangan sedikit dan akak percaya, kesedihan akak akan bertukar dengan kegembiraan tapi akak harus bersabar dan menanti gembiraan itu hadir di dalam hati akak. Dalam situasi begini, akak kenalah tabahkan hati. Kalau tidak, akak mungkin tidak dapat selamatkan Qiqi kalau akak lemah"

Kupu-kupu tadi terbang di sekeliling Lynna. Mereka berikan Lynna pelbagai jenis bunga untuk ceriakan hati Lynna. Mereka turut menghiasi kepala Lynna dan Kaizo dengan mahkota bunga. Ada sesetengah kupu-kupu itu terbang di celah-celah pokok bunga. Lalu mereka goyang-goyangkan bunga itu untuk mengeluarkan debu-debu bunga

"Ehh?" Bella dongak ke atas untuk melihat debu-debu bunga mula berterbangan di sekeliling mereka. Debu-debu bunga itu berwarna pink dan ianya melambangkan kasih sayang mereka kepada Rifqi

"Hehehee... tengok kepala aku.. penuh dengan debu-debu bunga" Ying tarik keluar topi kuning biru dia "Hehehe.. seronoknya berada di dalam dunia ini. Macam-macam benda yang sungguh menakjubkan dapat kita lihati"

"Ha ah Ying.. rasa tenang aje" kata Yaya. Kupu-kupu yang ada di atas bahu dia tadi, terus hinggap di tepi tudung Yaya dan bertukar menjadi bunga "Lawanya bunga ni" Yaya mengambil bunga itu dan lalu dia mencium bau harum bunga tersebut

"Segalanya, begitu indah sekali" kata Faye

"Betul tu" kata Lily sambil makan strawberry dia "Memang indah.. sampai strawberry ni pun rasa sedap.. hehehee! My BBB-Chan nak strawberry?"

"Boleh juga" Lily tersipu malu berikan sebiji strawberry kepada Boboiboy "Terima kasih Lily" Makin naik merah muka Lily apabila Boboiboy berikan senyuman manis kepada dia

"Hmm.. sukalah" bisik Gopal "Dey! Macam mana kau boleh dapat strawberry tu? Bukan ke bakul strawberry tadi dekat kak Lynna?"

"Senang sahaja ceritanya.. mula-mula bakul strawberry tu ada dengan kak Lynna, lepas tu dia bagi dekat si landak. And then landak bagi dekat Yaya. Dia macam malu-malu tapi masih lagi boleh tersenyum.." Terus muka Fang dan Yaya naik merah pula kali ini "Lepas tu Yaya bagi dekat Ying.. and then dekat Bella, lepas tu dekat Faye... Faye makan banyak.. sekarang ni tinggal..." Lily lihat dalam bakul itu dan hanya tinggal satu sahaja strawberry "Tinggal satu!"

"ERKK! Bagi aku yang terakhir tu"

"Opss..." Strawberry itu sudah pun masuk ke dalam mulut Lily. Menangis Gopal kerana tidak dapat makan buah strawberry tersebut "Maaf Gopal.. hehehe.. sedap sangat, sampai Lily tak puas nak makan strawberry campur debu-debu pink"

"Sampai hati korang tak tinggalkan sikit" Muka Gopal makin lama makin sedih "Takpe takpe.. dengan jam kuasa aku, aku akan gunakan untuk membuat semua object bertukar menjadi makanan! TU-" Kepala Gopal terkena sesuatu "Adoi! Siapa main baling batu ni?" Mata dia melihat kawan-kawan dia dan terus berhenti kepada seseorang sedang bersiul-siulan seorang diri

"Apa pandang-pandang? Kau nak kena dengan aku?" marah Fang

"Dey, yang kau ganggu aku tadi kenapa? Main baling-baling batu pula... aku tukarkan kau jadi landak batu, baru kau tahu"

"Tukarlah.. macamlah kuasa kau dapat tukarkan aku ni" kata Fang dengan nada sindiran dia "Heheheee... eh!" Fang sudah sampai di penghujung hutan. Mereka semua sudah keluar dari kawasan hutan

Sebuah padang terbentang luas di depan mata mereka. Dari jauh, mereka boleh nampak kawasan perkampungan kecil. Asap-asap putih keluar dari corong rumah dan sebuah rumah besar berdiri teguh di tengah-tengah perkampungan tersebut. Mereka teruskan menunggang kuda mereka untuk menuju ke perkampung itu. Kanan kiri mereka terdapat tanaman sayuran dan juga buah-buahan. Ada yang termusnah sedikit akibat serangan malam tadi. Sebahagian tembok perkampungan itu termusnah sedikit. Ada pengawal-pengawal kampung berdiri di atas tembok yang diperbuat daripada kayu itu. Mereka bergegas turun ke bawah untuk membuka pintu gerbang

"Permaisuri dan Raja datang?" bisik sebahagian pengawal itu

"Jangan nak bisik-bisik. Nanti permaisuri dengar" Fang mengangkat kening sebelah sambil melihat pengawal itu berbisik dengan kawan-kawan dia. Kuda mereka sudah masuk ke dalam kawasan kampung itu

"Permaisuri Lynna!"

"Terima kasih kerana mengunjungi perkampung kami" kata salah seorang penduduk. Lynna dan Kaizo terus turun dari kuda mereka "Mari.. kami akan sediakan makanan tengahari untuk kamu semua"

"Itu tidak perlu. Saya ke sini hendak melihat keadaan kampung kamu sahaja"

"Tapi Permaisuri harus makan sebelum teruskan perjalanan kamu tapi saya tahu kenapa permaisuri ke sini. Permaisuri ingin melihat kesan-kesan serangan malam tadi. Memang terkejut dengan serangan dari askar-askar Dark Fairy tapi kami berjaya menghalau mereka dari sini" Lelaki tua itu membawa Lynna dan yang lain-lain ke arah sebuah tempat "Mereka cuba musnahkan tembok perkampungan kami tetapi kami lebih pantas daripada mereka. Ada beberapa mayat askar Dark Fairy, kami sudah bakar"

Lynna terus melihat tembok yang sudah rosak separuh. Kaizo dan Lynna memandang satu sama lain. Adakah anak mereka menyuruh askar-askar itu menyerang perkampungan ini atau Dark Fairy yang sendiri memberikan arahan itu. Mereka tidak pasti tetapi mereka sudah semakin risau

"Kita perlu pergi ke istana aku dengan segera. Kalau ini betul-betul arahan dari Qiqi, aku tidak tahu macam mana hendak selamatkan diri dia. Qiqi sudah jatuh di dalam kegelapan"

"Jangan begitu Lynna, aku yakin kau dan aku dapat selamatkan dia. Kita belum terlambat lagi" kata Kaizo untuk tenangkan hati isterinya

"Jadi kamu semua hendak teruskan perjalanan?" tanya orang tua itu

"Nampaknya begitu. Saya sendiri kena hentikan kegilaan anak saya sendiri. Terima kasih kerana sudi menjemput kami makan tetapi kami terpaksa menolak. Kami sudah tiada masa lagi" Lynna terpaksa senyum sedikit walaupun hati dia sangat risau dengan keadaan ini dan dia tidak biarkan keadaan ini menjadi lebih teruk

"Lynna.. kau teruskan perjalanan kau. Biar aku sahaja yang tolong mereka"

"Takpe ke Sarah?"

"Takpe Lynna. Kau ada ramai bantuan dan mereka semua di sini perlukan bantuan. Aku boleh meminta ayah aku menghantar askar-askar Fairy ke sini. Kau teruskan perjalanan kau dan jangan risau tentang kami di sini" Sarah terus memeluk Lynna "Semoga kau dapat selamatkan kami semua dan juga anak kau"

"Terima kasih Sarah" bisik Lynna

"Sebelum kamu semua beredar, saya berikan sedikit makanan untuk mengisi perut kamu semua" orang tua itu memanggil beberapa gadis untuk mengambil sedikit makanan untuk mereka. Gopal tersenyum lebar di situ apabila dia ternampak salah seorang gadis sedang memegang sebuah bakul yang penuh dengan buah strawberry

"Sukalah kau yea"

"Mestilah suka Boboiboy sebab tadi aku langsung tak dapat nak makan strawberry. Sekarang, akhirnya ada juga pengganti" Gopal mengesat air matanya. Faye tergelak sedikit melihat gelagat Gopal

"Ambil lah bakul ini" seorang gadis menghulur sebuah bakul kecil kepada Yaya "Kamu boleh makan semasa kamu sedang berehat nanti. Ibu saya yang buat roti pisang itu. Roti itu masih panas lagi"

"Terima kasih" Yaya melihat roti itu ditutup dengan sehelai kain berwarna oren. Dia boleh bau haruman roti tersebut. Lalu dia mengangkat sedikit untuk melihat di dalamnya. Dia ternampak sebuah botol kecil dan di dalam botol itu terdapat isi strawberry jem

"Ini pula buah strawberry, tomato, lobak merah dan juga buah anggur dari hasil tanaman kami" Salah seorang gadis lain menghulur sebuah bakul besar kepada Bella. Fang terus tersenyum lebar apabila dia terdengar lobak merah

"Banyak betul makanan kita dapat hari ini" bisik Fang

"Mestilah, dia orang tak nak kita orang kelaparan!" Lily sedang kunyah sekeping roti yang diberikan dari penduduk perkampungan naga tadi "Nanti kita nak makan apa kalau takde makanan"

"Ala, aku kan ada.. aku tukarkanlah apa-apa object yang ada menjadi makanan"

"Kau nak bagi abang aku mengamuk ke?" marah Fang kepada Gopal "Sudahlah, malas aku nak melayan kau dengan topik-topik makanan kau"

"Hehehee.. abaikan ajelah sepupu aku tu Gopal" Faye berikan senyuman kecil kepada Gopal "Dia tu dari dulu sampai sekarang, asyik nak panas baran sahaja"

"Selamatlah kau ada dekat sini Faye, kalau tidak.. siapa lagi hendak menjadi sahabat makan aku. Kau seorang sahaja" Gopal berpura-pura menangis di situ. Lalu Faye berikan sehelai sapu tangan kepada dia "Terima kasih Faye walaupun aku sebenarnya tidak menangis"

"Aiyaa.. korang ni nak berdrama ke?" tegur Ying "Hal-hal makanan kita fikir bila kita sudah lapar maa.. tapi dalam situasi begini, Gopal sentiasa lapar" Muka Gopal menjadi merah kerana malu

"Kamu semua sudah habis dengan drama merapu?" tanya Kaizo secara tiba-tiba. Semua angguk kepada dia kecuali Fang. Entah kemana pemikiran dia pergi. Mungkin terlalu bad mood sampai dia tidak sedar abang dia berkata-kata tadi. Kaizo abaikan sahaja adiknya, dia terus menunggang kuda dia dan Lynna

"Selamat maju jaya semua dan hati-hati" Sarah melambai-lambai ke arah mereka. Kuda-kuda itu terus bergegas keluar dari kawasan kampung itu

--------------------------------------------------------------------------------

Hari sudah semakin gelap. Kaizo dan Lynna perlu mencari tempat untuk berehat. Mereka lalu di tepi aliran sungai dan seberang mereka adalah kawasan hutan liar. Lynna tidak begitu yakin dengan hutan tersebut. Mereka bergerak terus ke depan

"Abang, jauh lagi ke?" tanya Fang. Dia menunggang kudanya untuk berjalan di sebelah abang dan kakaknya

"Tak tahulah Pang tapi abang sedang mencari tempat untuk kita semua berehat"

"Kita berehat di situ" kata Boboiboy sambil tunjuk sebuah gua yang agak besar. Gua itu terletak di tepi sungai dan air-air sungai itu mengalir dari dalam gua

"Bagaimana Kaizo? Kita berehat di situ sahaja" tanya Lynna

"Baiklah, kita berhenti di situ" kata Kaizo. Dia menunggang kudanya dan Lynna terus ke gua itu. Guruh sudah berdentum-dentum, awan-awan hitam sudah menutupi langit gelap itu dan hujan sudah turun membasahi bumi

Mereka dengan pantasnya, menunggang kuda mereka ke dalam gua itu untuk berteduh. Sampai sahaja di dalam gua itu, masing-masing sudah turun dari kuda. Boboiboy keluarkan kuasa apinya untuk menyinari gua yang gelap itu dan pada masa yang sama, api itu boleh menghangatkan badan mereka semua yang sedang kesejukan itu. Fang sudah kumpul beberapa ranting kayu yang dia jumpa di dalam gua itu dan lalu dia membuat unggun api yang kecil. Boboiboy letak kuasa apinya di unggun itu. Mereka terus duduk sekeliling unggun api itu kecuali Kaizo dan Lynna. Mereka berdua duduk jauh sedikit daripada mereka. Kaizo berikan jaket birunya kepada Lynna supaya isterinya tidak rasa kesejukan

"Ada sesiapa nak makan?" tanya Yaya sambil hulurkan bakul kepada Ying. Dia sudah mengambil sekeping roti yang berintikan strawberry

"Bagi aku sikit.. perut aku sudah lapar" Ying terus berikan bakul itu kepada Gopal "Terima kasih Ying"

"Abang tak nak makan?" Fang menoleh untuk melihat abang dan kakak iparnya. Kaizo hanya gelengkan kepala sahaja "Makanlah abang, nanti abang lapar"

"Takpelah Pang. Kau makan ajelah, abang takde selera"

"Hmm.. kak Lynna?" Fang boleh nampak mata mereka kelihatan sedih. Lalu dia bangun dan berikan dua keping roti pisang kepada kakak iparnya "Akak makan ok, adik tak nak tengok akak jatuh sakit. Abang pun makanlah nanti. Kalau abang nak buah, adik boleh berikan" Kaizo terpaksa mengalah

"Berikan abang buah apple tu" Fang terus mengambil dua buah apple dan lalu dia berikan kepada abangnya "Terima kasih" Kaizo mengambil kedua buah itu dari tangan adiknya

Mereka semua hanya duduk senyap sambil menikmati makan mereka pada malam itu. Lama-kelamaan, seorang demi seorang sudah pun tertidur di lantai gua itu. Kini hanya tinggal Kaizo dan Lynna sahaja yang masih belum tidur lagi. Kaizo bangun untuk melihat keadaan di luar yang masih lagi hujan

"Lynna, kau pergilah tidur dulu. Biar aku jaga korang semua"

"Tapi.. kau akan penat pagi nanti. Kita bergilir-gilir, aku tidur dulu.. nanti 2 jam lepas tu, kau kejutkan aku"

"Baiklah" Kaizo menoleh kebelakang untuk melihat Lynna yang sudah terbaring di tepi dinding gua. Lalu dia duduk di atas sebuah batu besar. Dia melihat air sungai mengalir begitu deras dan kadang-kadang mata dia melihat unggun api sedang menari-nari di situ sambil mengeluarkan haba-haba panas untuk menghangatkan tubuh badan kawan-kawan adiknya dan juga sepupu dia tetapi Lynna yang baring jauh daripada situ, dia menggigil sedikit. Lalu Kaizo bangun dari tempat duduknya untuk pergi selimutkan badan Lynna dengan jaket birunya. Tiba-tiba sahaja mata dia ternampak bayang-bayang jauh daripada gua itu. Bayang-bayang itu berada di dalam hutan. Kaizo cepat-cepat matikan api itu dengan menggunakan air sungai. Lalu dia pergi ke depan dan secara tidak langsung, Kaizo hampir terkena sebilah pedang daripada askar Dark Fairy

"BANGUN SEMUA! SELAMATKAN DIRI!" Kaizo menjerit di dalam gua itu. Askar itu melibas-libas untuk menyerang Kaizo tetapi Kaizo begitu pantas sekali. Dia menghalang pergerakan pedang askar itu dengan pedang tenaga dia

"KAIZO! TUNDUK!" Kaizo terus tunduk dan Lynna melemparkan sebuah api ungu ke arah askar itu. Askar itu terus musnah tetapi mereka tidak boleh lagi duduk diam kerana askar-askar jahat sudah datang masuk ke dalam gua itu. Semuanya kelihatan mengerunkan. Gopal menggigil melihat tangan askar itu berbentuk pedang. Ianya 2 kali ganda lebih besar daripada mereka

"Tangkap mereka berdua" kata salah seorang askar itu. Mereka sudah mengenalpasti, yang mana satu mereka perlu tangkap iaitu Kaizo dan Lynna "Hapuskan yang lain"

"JANGAN HARAP! BOBOIBOY BLAZE!"

"SERANGAN BAYANG!" Fang menolak beberapa askar-askar itu keluar daripada gua "CEPAT SEMUA! LARI!"

Yaya, Ying, Gopal, Bella, Faye dan Lily berlari keluar daripada gua itu. Mereka terpaksa berlari di dalam hutan lebat itu tetapi mereka berhenti kerana di hadapan mereka, terdapat askar-askar Dark Fairy

"Alamak, makin ramailah pulak dia orang" kata Faye. Dia berundur kebelakang

"Jangan risau" Bella keluarkan bebola api. Badan dia sudah basah kuyup dan bebola api dia terpadam "Errkkk... korang gunakan kuasa korang!"

"TOLAKAN GRAVITY!"

"KUASA SLOW MO!" Askar-askar itu bergerak secara perlahan "Hehehee... sekarang giliran siapa pulak?"

"Giliran aku.. TUKARAN MAKANAN!" Tangan pedang askar-askar itu bertukar menjadi lembik "Hahaha... pedang korang dah jadi jelly" Askar-askar tadi sudah boleh berjalan dengan biasa

"Wei wei, jangan nak bangga sangat sebab.." Askar-askar itu kelihatan marah dan lalu ianya mengamuk. Ada yang mengangkat sepohon pokok dan lalu baling ke arah mereka "ALAMAK! KUASA SLOW MO!"

"JERITAN SUPER SONIC LILY! AAAAAAAAAAAA!" Habis semua askar itu meletup-letup di dalam hujan lebat itu "Yahooo! Lily adalah super Lily" Tetapi mereka tidak boleh duduk diam lagi kerana pokok tadi hampir terkena mereka. Ianya jatuh di sisi mereka tetapi ada sesuatu yang tajam terkena pipi Ying.

Di dalam gua pula, Kaizo sedang berlawan dengan ketua askar demon Dark Fairy. Mereka berdua kelihatan kuat dan Fang terpaksa menolong abangnya

Lynna melindungi mereka berdua dengan berlawan dengan menggunakan pedangnya. Kadang-kadang dia melempar beberapa bola api ke arah askar-askar demon itu. Boboiboy Blaze sama seperti Lynna, dia menggunakan kuasa apinya iaitu cakera api. Tiba-tiba mereka terdengar beberapa jeritan dari luar gua

"Pang! Pergi selamatkan kawan-kawan kau!" Fang tidak mahu pergi, dia mahu berjuang bersama abangnya

"Fang, pergi.. akak akan berlawan dengan abang kamu.. cepat!"

"Ok.." Fang terasa berat hati untuk tinggalkan mereka tetapi dia terpaksa "TOLAKAN BAYANG!" Askar demon itu melayang keluar. Fang berlari keluar. Dia melihat kawan-kawan perempuannya dan juga Gopal, telah dikepung oleh askar-askar demon. Faye menghala anak panahnya kearah askar-askar itu, aura-aura pink sudah terkeluar dari tangan Yaya, Gopal kelihatan takut tetapi dia cuba beranikan diri. Ying ada kesan luka sedikit di bahagian pipi kirinya dan Bella pula, dia mahu menolong tetapi kuasa api dia asyik terpadam sahaja akibat hujan lebat

"Yaya, gunakan kuasa kau" kata Bella

"Baik.. GRAVITY PEMBERAT!" Askar-askar demon itu tidak boleh bergerak kerana badan mereka kelihatan berat. Faye terus memanah kearah demon-demon itu. Ada yang terkena jantung mereka tetapi mereka masih lagi boleh bertahan

"Lily, gunakan super sonic kamu!" ujar Ying

"Hehehe.. ok... JERI- ACHUMMMMM!" Lily terbersin di situ "Adeh.. selesema pulak"

"Takpe.. biar aku tolong" Gopal perlu cepat kerana Yaya tidak dapat menggunakan kuasanya begitu lama. Demon-demon itu sudah mula bergerak seperti biasa "TUKARAN MAKANAN!" Kuasa Yaya terus hilang dan demon-demon itu bertukar menjadi chocolate cair

"Wuuuu! Chocolate..."

"Korang tak apa-apa ke?" tanya Fang

"Kita orang ok.. tapi abang kau, kakak kau dan Boboiboy macam mana?" tanya Bella

"Dia orang masih berlawan lagi, mari kita tolong mereka" Fang pusing untuk pergi menolong mereka tetapi ada sesuatu sedang bergerak keluar dari sungai yang deras itu. Seorang askar demon besar keluar dari situ dan lalu dia menyerang Yaya. Fang terdengar jeritan itu dan lalu dia menoleh kebelakang

"YAYA!" mereka menjerit kerana kaki Yaya ditarik oleh demon tersebut

"ISK! PENGIKAT BAYANG!" Tali bayang-bayang Fang mengikat badan Yaya "Aku akan tarik kau!" Fang menarik tali bayangnya tetapi demon itu begitu kuat sekali. Ianya tidak mahu mengalah. Fang juga tidak mahu mengalah. Faye sudah beberapa kali memanah ke arah demon itu tetapi ianya tidak berjaya untuk menjatuhkannya

"KUASA SLOW MO!" Askar demon itu mula bergerak secara perlahan "Sekarang, tarik Yaya cepat!" Fang masih cuba lagi tetapi datang satu lagi demon dari sungai itu. Askar-askar demon itu datang dari arah seberang sungai. Faye cuba mempertahankan Yaya tetapi akhirnya, demon tadi menarik Yaya sekuat hati. Fang juga tertarik dan lalu jatuh ke dalam sungai yang deras itu. Mereka berdua terus dihanyut oleh air sungai yang deras itu

"FANGG! YAYA!"

"Fang.. Yaya..." Bella terduduk di situ. Dia menangis di dalam hujan lebat itu, sementara kawan-kawan dia berjuang untuk menghapuskan askar-askar demon yang lain. Bella begitu geram sangat, dia menjerit dan beberapa bebola api keluar dari dirinya. Kesemua bebola api itu terbang kearah askar-askar itu. Semuanya meletup di depan mata mereka. Akhirnya Bella pengsan di situ

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com