Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 11

HARIES memarkirkan kereta Honda Accordnya di kotak parkir yang disediakan. Sebelum keluar, Haries menyarung baju hoodie hitam dan topi hitamnya. Dia akhirnya melangkah keluar dari perut kereta dan berjalan menuju ke pusat membeli belah MidValley.

Lelaki itu mengerling jam di pergelangan tangannya. Tepat pukul 2.00 petang. Pantas langkahan dilajukan dan kafe Starbucks dituju.

Haries mengambil tempat yang agak tersorok dari pandangan orang ramai. Dia memesan secawan kopi sebagai hidangannya sementara menunggu kedatangan gadis itu.

Sekali lagi, Haries melihat jam tangan berjenama yang terlilit kemas di tangannya . Pukul 2.15 petang. Mungkin lebih kurang 10 minit lagi, gadis itu akan memunculkan dirinya di kafe kopi terkenal itu.

Benar sangkaan Haries, seorang gadis berbaju merah dengan kardigan hitam datang mengambil tempat di salah satu meja di kafe itu selepas beberapa minit Haries menanti.

Mata Haries terus memerhati gerak geri si gadis. Nampaknya, gadis itu kelihatan resah seorang diri.

Apabila jam menunjukkan angka 2.30 petang, gadis itu mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg silang mininya.

Beberapa saat kemudian, telefon pintar Haries bergetar. Haries yang dapat mengagak si penghantar mesej itu melihat skrin gajetnya.

Assalamualaikum, Haries. Saya dah sampai. Awak dekat mana?

Haries menghembus nafas lemah lalu tangannya laju menaip di atas skrin telefonnya, ingin membalas mesej daripada gadis yang kini tertunggu-tunggu sendiri.

Waalaikumussalam. Tunggu sajalah!

Raihanah melihat jawapan balas Haries sebelum turut sama mengeluh kecil.

Baik. Saya tunggu.

Rasa bersalah Haries semakin menebal melihatkan mesej ringkas Raihanah. Tapi suka atau tidak, Haries perlu jayakan juga rancangannya. Dia akan muncul di hadapan gadis itu sejam lewat.

Lelaki itu sedar dia bertanggungjawab atas seorang perempuan yang telah diajaknya keluar bersama. Maka, dia membuat keputusan untuk datang lebih awal dan memerhati Raihanah dari jauh saja. Mungkin dengan cara itu, dapatlah dia menjaga gadis itu meskipun hanya dari jarak yang jauh.

Haries mencicip kopi di cawannya. Gajet yang menjadi medium perhubungan manusia itu dimain-mainkan dengan tangannya. Matanya merenung telefon hitamnya itu dengan pandangan yang kosong.

Fikirannya yang tiba-tiba menjadi kosong itu membawanya mengingati perbualannya dengan Shafira minggu lepas. Kata-kata gadis itu ternyata berjaya menempah tempat di satu sudut kotak memorinya.

"... Kalau Raihanah boleh terima awak selepas apa yang awak dah buat pada dia, jangan sesekali lepaskan dia."

Pap!

Telefon yang bermain dalam tangannya tak semena-mena terjatuh ke lantai. Lamunan Haries hilang dibawa bunyi hentakan telefon pintarnya dengan lantai kafe terkenal itu.

Lelaki itu menghembuskan nafas lemah. Entah kenapa, dia rasa berat hati. Berat hati untuk membuatkan gadis bernama Raihanah itu membencinya.

Telefon di lantai dicapai lalu diletakkan kembali atas meja. Gajet itu dibiarkan saja kaku di situ, tak mahu disentuh lagi.

Kali ini, Haries menopang wajahnya dengan tangan. Kepalanya terarah pada susuk tubuh yang masih setia menunggu di situ. Raihanah masih di tempatnya, termangu-mangu sendiri sambil memandang sekeliling.

Matanya dikecilkan untuk melihat wajah lembut itu. Raut yang jarang-jarang sekali dipandang. Bukan kerana benci tapi kerana tak sampai hati.

Wajah itu ditilik dari dahi hingga ke dagu. Nasiblah dari jauh, kalau tidak, dengan bibir merah itu sekali menjadi tatapan matanya.

"Percayalah, perempuan macam dialah yang akan sokong awak susah dan senang."

Haries beristighfar perlahan sebelum cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah lain. Takut-takut pandangan matanya nanti menjadi pandangan bernafsu.

Lelaki itu menyandarkan tubuhnya di kerusi. Kepala terdongak memandang lampu gantung yang bercorak ranting kayu. Mata dipejam serapatnya.

Untuk kesekian kalinya, dia cuba untuk membuka luas-luas minda dan hatinya. Kenapa tidak dia menerima saja Raihanah? Gadis itu merupakan pilihan mamanya. Haries kenal Puan Sri Naina.

Wanita separuh abad itu sangat pandai menilai perwatakan orang lain. Sekali pandang, sudah tahu yang mana jantan, yang mana betina. Sekali lalu, sudah wanita itu tahu yang mana baik dan mana yang sebaliknya.

Dari pemerhatiannya selama ini, Raihanah seorang gadis yang baik-baik. Gadis itu sangat sabar melayannya. Tak pernah pun dia dengar suara itu naik kerana tak puas hati. Raihanah juga tak pernah melawannya.

Argh, tapi kerana Raihanah seorang gadis yang baiklah, dia tak sampai hati untuk memperisterikan gadis itu. Haries seperti Farhan. Dia sangat mementingkan kerjanyanya berbanding perkara lain. Lagi-lagi pula, Raihanah bukanlah wanita yang dia cinta. Bagaimana dia nak utamakan gadis itu lebih dari kerjanya?

Susah, tahu tak? Susah!

Dan kalau benar pun Raihanah boleh menjadi isteri yang susah senang bersamanya, mampu ke gadis itu menerima yang dia merupakan seorang anggota polis rahsia yang menyimpan seorang gadis dan empat orang gangster di bilik bawah tanah?

Ding!

Haries melihat skrin telefonnya yang bercahaya. Mesej dari Raihanah.

Awak dekat mana? Dah setengah jam ni. Tak jadi ke?

Haries gigit bibir. Lambat-lambat dia membalas penuh ringkas.

Jammed.

Oh, okey.

"Aduh, Raihanah. Kenapa kau tak boleh jadi degil sekali sekala?" getus Haries lalu menjeling susuk tubuh gadis itu yang masih setia di tempatnya meskipun sudah setengah jam berlalu.

"Kalau kau degil, mungkin aku boleh muncul lebih awal,"

Akhirnya, Haries hanya menanti di situ, memerhati dan menjaga Raihanah dari jauh selama hampir setangah jam lagi.

Namun seringkali kepalanya melayang teringatkan perkara lain.

Ya Allah, bilalah masalah kahwin ni nak selesai? Semaklah! Gerutu hati kecil lelaki itu.

▶️▶️▶️

SETELAH sejam lebih Raihanah menunggu, Haries akhirnya memunculkan diri di hadapan gadis itu. Itupun sengaja wajah cemberut ditayangkan di hadapan Raihanah.

Sesampai saja Haries, Raihanah terus saja menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada lelaki itu. Walaupun lelaki itu baru saja membuatnya menunggu lebih dari sejam. Seorang diri!

"Kau jangan nak membebel, nak marah aku ke apa ya? Jalan jammed, kau faham-faham sendiri saja. Dah, jom!" Sempat Haries menyelitkan amaran sebelum mengajak Raihanah keluar dari kafe Starbucks itu.

Gadis itu pula hanya menganggukkan kepalanya bersama senyuman nipis. "Awak sudi nak ajak keluar lagi pun sebenarnya dah cukup baik untuk saya. Sekurang-kurangnya, awak sanggup nak pelawa saya yang tak ada apa ni berjalan sebelah awak,"

Ayat Raihanah yang seolah-olah ingin memancing simpati Haries membuatkan lelaki itu pantas memandang si gadis manis bertudung itu. Riak gadis itu seperti tak terkesan langsung, terus tersenyum, seakan-akan bahagia dengan semua ini sedangkan Haries mahukan sebaliknya.

Mulutnya hampir saja ingin terbuka, ingin menafikan kenyataan dari mulut Raihanah. Haries tak pernah anggap Raihanah seorang gadis yang tiada apa. Tapi Haries cepat beringat.

Dalam hati, terdetik sesuatu, mungkinkah Raihanah selama ini tak pernah terasa dengan setiap tindakannya kerana gadis itu menganggap...

Dirinya layak diperlaku kejam sebegitu?

Baru Haries teringatkan sesuatu. Dia tak pernah tahu apa-apa pun tentang latar belakang Raihanah Jazmin.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com