Cempaka Sari {Seram}
"Aku dah cakap, kita buat je projek lain. Kaulah ni Karl, paksa sangat orang setuju!" marah Mya pada ketua kumpulannya, Karl.
Kumpulan mereka itu dibahagikan oleh pensyarah Subjek Perfileman mereka.
Namun, aktiviti paranormal malam ini ialah hasil daripada 'undi paksa' oleh Karl selaku ketua kumpulan.
Kumpulan mereka berjumlah 6 orang kesemuanya. Empat lelaki iaitu Karl, Zack, Ryan dan Ali. Perempuan pula cuma Mya dan Hydi.
Sekarang... mereka berada di hadapan sebuah bangunan terbengkalai. Bangunan itu dikatakan milik keturunan diraja, namun tidak berjaya disiapkan. Ada desas-desus menyatakan, ada sesuatu yang sering mengganggu pekerja binaan sewaktu proses pembinaan dahulu.
"Aduh... relakslah Mya. Bukan ada apa-apa pun. Chill..." Karl cuba tenangkan Mya.
"Banyaklah kau punya chill! Kau tak rasa ke? Kau tak rasa aura bangunan ni? Bukan biasa-biasa Karl aura tempat ni. Jomlah kita balik," pujuk Mya lagi.
Mereka yang baru tiba itu, sedang persiapkan diri masing-masing.
"Okey, guys... dengar ni. Aku nak buat pembahagian kumpulan..." Karl baru ingin memulakan taklimatnya.
"What? No! Kita stick together! Jangan berpecah!" sampuk Mya.
Semua yang lain dah kerut dahi. Penakut betul si Mya ni.
"Mya... kalau kita stick together, footage kita tak banyak. So, sekarang... kau pilih. Kau nak kita stick together, dan luangkan masa lebih lama dalam bangunan ni... atau... kau nak berpecah, dapatkan sebanyak mungkin footage ceruk bangunan ni... and kita boleh blah secepat mungkin? Kau nak yang mana?" Hydi memberi Mya pilihan. Hydi sudah sering melakukan aktiviti paranormal sebegini bersama Karl.
Setelah berfikir, Mya bersetuju untuk bergerak dalam kumpulan kecil. Asalkan dapat tinggalkan bangunan itu secepat mungkin!
"Aku pair dengan Ali and Mya, since diorang berdua ni penakut sangat. Yang lain, korang follow Hydi. Dia memang dah pro bab ni," arah Karl.
Ali, dari awal tadi sekadar diam membisu. Mukanya terlihat amat pucat. Dahlah datang group discussion pun jarang-jarang! Mya dengan Ali je asyik bantah projek paranormal ni.
"Since Thermal Camera kita ada dua biji je, so, aku dengan Hydi akan handle kamera." Karl menyerahkan satu kamera thermal pada Hydi.
"And the rest, ambil Digital Voice Rekoder seorang satu."
Arahan Karl dituruti ahli kumpulannya.
"Kau orang ambil tingkat bawah. Aku, Mya and Ali round tingkat atas. Jom... kita gerak sekarang."
"Karl... not that room. Please..." Mya merayu pada Karl.
"Mya... kau boleh relaks tak? Tak ada apa pun, kan? Asal? Kau ada nampak apa-apa ke?" soal Karl, agak marah. Bising betul minah seorang ni!
Karl memulas tombol pintu bilik itu. Satu-satunya bilik yang sudah siap dipasang pintunya. Padahal, bilik-bilik lain cuma ada gerbang pintu je. Ensel pintu pun belum terpasang!
Karl melangkah masuk.
Mya yang pada mulanya berasa ragu-ragu, mengikut jua setelah Ali mengikut jejak langkah Karl masuk ke dalam bilik tersebut. Dia enggan ditinggal bersendirian.
"Wow..." Karl memberi reaksi jujurnya.
"Guys... aku rasa, tak ada sesiapa pernah rakam and tayangkan footage bilik ni derrr. By the way... ini bilik ke, kamar guys? Terasa hamba kembali ke zaman purbakala pula." Karl berkata pada kameranya.
Mya makin mendekat ke sisi Karl.
"Karl... this is weird. Jomlah blah," pinta Mya lagi.
Isi bilik ni... ada kerusi dua biji. Dihiasi kain tirai berenda warna kuning. Kain jenis sutera, tapi dah lama, dah berdebu pun.
"Aku macam dapat satu feel, tahu? Macam... feel... duduk dalam istana." Kata Karl lagi, pastinya pada si kamera.
Tangan Mya mula menarik hujung baju Karl. Bilik ni, nampak macam dewan mengadap diraja zaman dulu. Dihujung bilik, ada bagaikan sebuah singgahsana, siap ada dua buah kerusi kuning. Kiri kanan bilik pula, terbina bangku setinggi dua kaki, memanjang dari hadapan ke belakang bilik. Macam... tempat duduk kenamaan istana.
Dan... mata Mya termati di dinding bilik itu. Dinding... yang sepatutnya menempatkan pintu bilik, yang mereka guna untuk masuk tadi.
"Karl... pi... pin... pintu..." Mya menunjuk pada dinding kosong itu. Sebelah tangannya, masih belum melepas pegangan di baju Karl.
"Pintu apa Mya?" Tergamam Karl apabila dia menyedari pintu bilik itu sudah tiada. Laju dia berjalan menghampiri dinding yang sepatutnya menempatkan pintu bilik tadi. Dinding diketuk empat lima kali, kuat.
"Sedang apa kamu?" satu suara tiba-tiba menyoal. Suara seorang perempuan.
Karl dan Mya saling berpandangan.
Mya menggeleng kepalanya, menyuruh agar Karl tidak memandang ke arah punca suara itu.
Namun, pasti sahaja, arahan itu diabaikan oleh Karl. Karl memandang jua ke arah suara tadi. Terlihat seorang perempuan cantik, berbaju kebaya labuh berwarna kuning, sedang duduk di singgahsana yang awal tadi, kosong. Cucuk sanggul berwarna emas menghiasi sanggul rambutnya.
"Siapa kamu?" Karl memberanikan dirinya untuk menyoal.
Perempuan itu tersenyum. "Siapa aku? Bukan... seharusnya... aku yang menanyakanmu soalan itu? Karna, kamu yang bertandang ke rumahku... bukannya aku yang bertandang ke rumahmu..." jawab si dia yang tak bernama. Dia tersenyum lagi.
"Gadis muda..."
Tersentak Mya. Dia, panggil aku?
"Kenapa kau tak usahakan, untuk menghentikan mereka?" soal perempuan itu kepada Mya.
"Aku... aku dah suruh mereka, jangan masuk. Tapi... mereka... abaikan aku..." Mya menjawab tanpa menoleh ke arah singgahsana. Dia masih melihat profil wajah Karl.
"Apa yang kalian mahu?" soal perempuan itu. "Mahu mencari yang tersembunyi? Tersembunyi dari mata kasarmu?" Dingin perempuan itu menyoal. Dia bangun dari singgahsananya. Dalam sekelip mata, dia tiba disamping Karl dan Mya.
Makin kuat tangan Mya menggenggam baju Karl.
Bau haruman dari perempuan itu, menusuk hidung mereka. Bau, bunga cempaka.
"Jadi... kau sudah melihatku! Mahu apa kamu sekarang?" jerkah perempuan itu.
"Kami... kami... cuma nak..." Karl cuba mencari jawapan.
"Mahu membuktikan keberanianmu?" soal perempuan itu, sinis bersama senyuman. "Jadi... kau sudah berjaya. Tahniah. Tapi... bagaimana jika kau... melihat wajah asliku?"
Mya tersentak. Tanpa sedar, dia menoleh wajahnya ke arah suara yang berada di sisi kanannya. Terlihat dia akan seorang perempuan cantik. Tapi... mana Ali?
Dua saat kemudian, cucuk sanggul emas perempuan itu terjatuh berdenting ke lantai. Kepalanya ditunduk memerhati kakinya. Rambutnya mulai berjatuhan. Rambut yang lurus dan rapi tadi, mulai kelihatan menggerbang dan kusut-masai. Terlihat, tubuh perempuan itu mulai terapung di udara.
Hendak berlari, langkah kaki terkunci. Karl dan Mya hanya mampu memerhati. Hendak menoleh, tak terdaya. Nak menutup mata, tak tahu bagaimana.
Dan di saat perempuan itu mengangkat wajahnya...
"Mak!" jerit Mya dan Karl serentak. Seraya itu, kaki mereka mula membuka langkah seribu. Takdir Allah, dibukakan pandangan mereka. Gerbang pintu kelihatan, namun tidak lagi berpintu... sekadar bergerbang cuma.
Turun sahaja ke tingkat bawah, Mya dan Karl terserempak dengan Hydi, Zack dan Ryan yang juga berlarian.
Tanpa bertegur sapa, mereka lari masuk ke dalam kereta. Enjin kereta berjaya dihidupkan, lalu kereta dipecut laju.
"Ali dah hilang weyh! Tadi, dia dengan kami. Tapi, tiba-tiba, dia hilang! Cemana ni? Nak repot polis ke?" soal Mya panik.
Tiba-tiba, telefon bimbit Mya berbunyi. Nama Prof Sara tertera di skrin. Pantas Mya menjawab. Butang 'loud-speaker' ditekan.
"Mya... you okey? I mimpi yang bukan-bukan tentang group you tadi..." Jelas Professor Sara yang tersedar dari mimpi seramnya. Dilihatnya, jam sudah pukul 2 pagi. Namun, kerana dia berasa tak sedap hati, dia cuba menghubungi ahli kumpulan Karl seorang demi seorang, namun gagal dari tadi.
"Prof... tadi kitorang pergi rakam footage untuk projek... tapi... Ali dah hilang sekarang!" jawab Mya, panik.
"Ali? Siapa Ali? Kan I dah pesan, I tak nak you guys minta bantuan orang luar. I nak tengok hasil kerja ahli kumpulan you je!" marah Professor Sara.
"Prof! Ali kan, teammate kitorang juga! Prof lupa ke?"
"Sejak bila? Korang berlima jelah! You, Karl, Hydi, Zack and Ryan! Ali bukan kumpulan you! Ali teammate Fawwaz! Sekarang ni, I yang lupa ke, you guys yang nyanyok? Kena sampuk ke?"
"Beta hantar kau ke sana untuk hentikan anak-anak itu! Apa yang dah kau lakukan, Ali?" marah Permaisuri Cempaka.
"Maafkan hamba, Permaisuri Cempaka Sari. Hamba... gagal..." pinta Ali, kepada 'permaisuri'nya.
Ali telah gagal menghentikan pelajar perfileman itu dari menjejak masuk ke dalam 'rumah' mereka... walaupun setelah dia menyamar menjadi si 'Ali', dari dunia manusia.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com