Cinta Antara Kita (Romance)
Dujun menjejak kaki ke Paris, buat kali ke-3. Dah bertahun weyh tak datang sini! Cermin mata hitam dan cap yang berwarna kelabu setia dipakai dari awal tadi.
Tiba sahaja dia di kawasan menunggu, matanya memerhati bak mata helang.
Azri... Azri...
Azri yang sedang tersenyum lebar menyapa pandangannya. Dujun turut tersenyum.
Mereka saling melangkah mendekati. Mereka bersalam. Sempat juga mereka berpelukan.
"Lama gila weyh tak jumpa. Kau, cemana? Sihat?" Azri memulakan bicara.
"Macam yang kau tengok ni lah..." Dujun buat gaya depa tangan ke bawah, gaya lelaki macho.
"Yoondu oppa!" Suara seorang perempuan menjerit, melaung namanya.
Pantas Dujun memerhati ke arah punca suara. Senyuman Dujun menguntum mekar di bibirnya bagaikan si bunga kembang pagi bertemu sinaran matahari. Wajah gadis yang menyapa terlihat bagaikan sinar yang terpancar menerangi seluruh buana.
Sejak dari dulu
Ku menyintaimu
Kau tahu begitu namun kau berpura
Ku masih teringat kau peluk diriku
Yang telah membuat ku
Menyintai mu
Raisha... adik perempuan Azri.
Mereka berdua itu ialah sepupu kepada Dujun. Ayah saudara Dujun telah memilih untuk memeluk agama Islam, lantas mengahwini seorang gadis Malaysia.
Sudah berapa lama
Diriku ini
Tak bertemu mu
Azri dilahirkan di Malaysia. Raisha pula dilahirkan di Korea kerana pada waktu itu ibubapanya sudah mula menetap di Korea bagi menjaga nenek mereka yang sudah uzur.
Walau bagaimanapun, keluarga Raisha telah berpindah dan menetap di Paris sejak 10 tahun lalu. Pada waktu itu Yoon Razia Nuraisha baru berumur 9 tahun, Yoon Dujun berusia 11 tahun manakala Yoon Azri Naufal pula 13 tahun.
Jadinya, sekarang ini Raisha ialah gadis 19 tahun, Dujun berusia 21 tahun manakala Azri berumur 23 tahun.
Mungkin ku harap jua
Kau merindu ku
Sebagaimanaku rinduimu
Dia... masih comel. Tak... tak! Dia... makin comel dibandingkan dengan dulu.
❄️
"Oppa (abang)... berapa lama oppa stay sini?" soal Raisha kepada Dujun. Tangannya ligat memasak nasi goreng udang.
Dujun yang duduk di atas para dapur, kerutkan dahinya seketika. "Hmm... dalam seminggu macam tu?" jawab Dujun.
"Wah! Lamanya! Kumpulan Beast tak ada aktiviti ke?" Raisha terkejut. Sejak bila kpop idol boleh cuti lelama?
"Hmm... sekarang kitorang dalam fasa aktiviti individu. Oppa kan baru habis syuting drama. So, oppa dah boleh cuti lelama sekarang."
Tangan Raisha terhenti dari mengacau nasi gorengnya di dalam kuali. Mukanya masam mencuka.
Dujun yang melihat Raisha tidak memberikan sebarang reaksi, jungkitkan keningnya sesaat. "Aisha... kenapa ni?" soal Dujun.
Raisha sedar dari lamunan. "Hmm... tak ada apalah..." Jawabnya pendek. Aku stress doe! Harituu aku ada tengok drama oppa berlakon. Dan... ada kissing scene! Aku tak boleh terima benda tu! Aku... marah! Aku... sedih...
"Oh... okey..." Dujun cuba menerima jawapan Raisha dari sudut positif.
"Sha... dah siap belum nasi goreng?" Azri yang baru masuk ke ruangan dapur, bertanya. Dia mendekati adiknya.
Azri menghulur tangan kirinya sedang dia berdiri di belakang si adik. Dia kemudian mencapai senduk di tangan Raisha. Raisha automatik melepaskan pegangan.
Tangan kanan Azri kemudian juga dihulur ke hadapan. Nasi disenduk sedikit ke atas tapak tangan kanannya, lalu dia mencicipi nasi goreng tersebut.
Raisha palingkan badan, ingin menghadap ke arah abangnya. Raisha kini terlihat seolah-olah berada dalam pelukan Azri.
"Sedap..." Puji Azri ringkas.
Dujun alih pandangannya dari terus melihat adik beradik tersebut. Andai saja... aku ditempat Azri sekarang... mesti aku akan jadi insan yang terbahagia.
Kedatangan Dujun ke Paris kali ini... ialah untuk bertanya pada ayah saudaranya, Yoon Ryujin. Soalan dia ialah...
❄️
"Uncle... Dujun datang sini, sebenarnya... ada sebab lain. Bukan sekadar nak datang melawat keluarga uncle je." Dujun menelan salivanya. Jantung dirasakan berdebar kencang.
Macam mana kalau uncle marah aku? Arghh... lantaklah! Dia dan Yoon Ryujin duduk sekadar berdua di bilik bacaan ayah saudaranya itu.
"Uncle... saya nak melamar Yoon Razia Nuraisha."
❄️
"No! Oppa jangan nak pandai-pandai! Oppa dengan Aisha lain. Kita lain, oppa! Sangat lain! Tak mungkin benda tu boleh terjadi. Lupakan jelah niat oppa. Aisha tak nak!" Raisha kemudian berlari... meninggalkan Dujun... di hadapan Eiffel Tower... bersendirian.
Gugur airmatanya sewaktu berlari. Oppa jahat! Kalau betul oppa nak kahwin dengan Aisha, oppa tak kan berlakon kissing scene tu semua! Oppa mesti dah fikirkan tentang hati Aisha! No! Aisha tak sanggup nak terima oppa sekarang!
Dujun tarik senyum segaris. Tawar. Senyumnya diperasakan dengan kesedihan, kesakitan.
Azri yang dari tadi menyorok di belakang pokok, mula munculkan dirinya. Sengaja dia tinggalkan adiknya dan Dujun berdua supaya Dujun boleh melamar adiknya sendirian.
Setahu Azri, adiknya Raisha... sangat sukakan Dujun. Bukan sekadar suka, malah juga sayang, cinta. Tapi... kenapa dia tolak lamaran Dujun? Bukan ini ke yang dia angan-angankan setiap hari?
Kakinya melangkah ke arah si sepupu. "Dujun... apa yang dah jadi?" Azri bertanya juga, walaupun dia sudah melihat segalanya yang berlaku tadi.
"Dia... tolak lamaran aku."
Cinta antara kita
Tiada penghalangnya
Walau akhir usia
Ku menyinta dirimu
Ku hanya menunggu mu
Menyata kau cintaku
Ku kan berjanji
Menyintamu sayang
❄️
5 tahun kemudian...
Raisha kini bekerja sebagai seorang pengacara rancangan televisyen di Malaysia.
Apa yang membuatkan dia menjadi tidak bersemangat ialah... tetamu rancangannya hari ini merupakan kumpulan Beast. Ya... dia merupakan seorang Beauty(nama fandom Beast).
Namun setelah mengingatkan bahawa dia perlu bertemu abang sepupunya, Dujun... dia menjadi resah.
Episod hidupnya di hadapan Eiffel Tower bersama Dujun 5 tahun lalu, kembali menyapa. Kisah yang berawal dengan sedikit rasa bahagia, namun berakhir dengan rasa kecewa.
❄️
"Aisha... oppa ada benda nak cakap." Dujun memulakan bicara.
Dujun, Raisha dan Azri memutuskan untuk berpiknik petang itu. Namun, Azri sudah meminta diri. Katanya ingin ke tandas. Padahal, sebenarnya sengaja nak clearkan line untuk Dujun memulakan bicara hati ke hati bersama adiknya.
"Oppa suka Aisha..."
Beautiful my girl
My beautiful my girl and I
So beautiful my girl (in the cube)
Ha ha girl
This is my confession
Drop that beat
Raisha yang mendengar, terkedu seketika. Dujun yang memakai cap hitam dan berkaca mata juga berwarna hitam, dipandangnya bersama kerut di wajah. Dia... apa yang dia cakap ni?
"Oppa sebenarnya... tak tahu macam mana nak luahkan perasaan oppa. Tapi... oppa dah lama jatuh hati dekat Aisha. Sejak kita kecil." Dujun memandang anak mata Raisha.
Raisha tidak melarikan pandangan. Sebaliknya, dia fokuskan pandangan ke anak mata Dujun secara lebih mendalam. Cuba mencari pasti, apakah abang sepupu merangkap crush hatinya itu cuba mempermainkan dia atau sebaliknya...
"Aisha tahu, Abang Azri memang suka cakap yang... Aisha sukakan oppa. Tapi... itu bukan lesen untuk oppa main-mainkan Aisha macam ni..." Terguris hati kecil Raisha.
Dia sengaja nak main-mainkan aku ke? Mentang-mentang dia tahu aku ada hati dekat dia. Asal? Dia ingat, rasa sayang yang aku pendam dekat dia selama ni... memang tersedia untuk dia persenda ke? Tak!
Oh listen to my heart
Nae mam deureobwa bwa
Eotteon mallodo neoreul
Pyohyeonhal su eobtjiman
Geunyang nae stylero
Nae mam deullyeojulge
Oh listen listen listen girl
(Oh dengarkan hatiku
Dengarkanlah hatiku
Walau tiada kata yang mampu
Ku ungkaikan tentangmu
Akan ku biar kau dengar hatiku
Melalui caraku yang tersendiri
Oh dengar dengar dengarlah)
"No... oppa tak main-main. Tak terlintas langsung dalam hati oppa nak main-mainkan kamu. Oppa ikhlas... oppa nak kahwin dengan kamu."
Raisha tersentak lagi sekali. Tadi dia cakap suka. Sekarang, ajak kahwin pula? Nak rasa takut ke, nak rasa bahagia ni? Keliru pula...
"Really? Dah tuu, kalau kita kahwin... macam mana dengan Beauty? Macam mana dengan Beast? Oppa sanggup ke tinggalkan semua tu?" soal Raisha. Sengaja dia nak tengok, kalau betul Dujun sukakannya, sebanyak mana perasaan yang dia ada.
"Oppa sanggup tinggalkan Beast. Tapi... Aisha kena bagi oppa tempoh 6 tahun. Kontrak oppa masih berbaki 6 tahun. Kalau oppa tarik diri sekarang... nanti oppa kena saman."
"Wow... so, oppa tak sayangkan Beauty lah?"
"Andai itu pengorbanan yang oppa perlu lakukan untuk miliki Aisha... oppa sanggup."
Aisha kerutkan dahinya. Dia menjangkakan Dujun akan mentah-mentah menolak pertanyaannya tadi.
Nothing better than you
Sesangeul da jwodo
You you you you
Neowa bakkujin motae
(Tiada yang lebih baik darimu
Walau ada yang tawarkan dunia padaku
Kamu kamu kamu kamu
Tak mampu aku gadaikan dirimu)
"Kenapa oppa suka Aisha?" Raisha masih belum mampu percaya apa yang Dujun katakan tadi.
"Hmm... entahlah. Apa yang oppa tahu, bila kita jauh... oppa rindu. Tapi, bukan rindu macam oppa rindukan uncle dengan aunty. Lebih dari tuu..." Dia sendiri tak pasti kenapa. Walau dah beribu gadis yang dia temui di serata dunia, tak ada yang mampu menakluk hatinya sepertimana Raisha.
"Oppa nak selalu tengok muka Aisha... senyuman Aisha. Kalau boleh, oppa nak buat macam mana Azri buat dekat Aisha pagi tadi. Peluk Aisha, puji masakan Aisha. Bagi oppa... Aisha ialah gadis yang tercantik di seluruh maya..."
Merah muka Aisha mendengar kata-kata Dujun. Ngada amat!
So beautiful my girl
Oh oh girl oh oh girl
Sigani jinado
Nuguboda naega deo deo deo
Neoreul akkyeojulge my girl
Modu da julge
Neo (U) neoege (U) eege oh oh
(Engkaulah si cantikku
Biarpun waktu berlalu
Berbanding semua yang lain di dunia
Aku akan gembirakan engkau gadisku
Akan ku beri segalanya padamu
Kamu (u) kepadamu (u) kepadamu)
"So... oppa ajak Aisha kahwin ni... tapi itu maksudnya... 6 tahun nantilah, baru kita boleh kahwin? Oppa yakin oppa tak kan jatuh hati dekat perempuan lain?"
"Kita kahwin sekarang."
Raisha terkejut. Kahwin... "Sekarang?"
"Maksud oppa, secepat mungkin dari sekarang," jelas Dujun.
"Oppa akan announce perkahwinan kita dekat public?"
Niga himdeul ttaen
Eonjena I'll be there
Amuttaena naege
Wa naui pume angyeo
Geunyang nuneul gamgo
Nae mam deureobwa bwa
Oh listen listen listen girl
(Disaat kau hadapi waktu sukar
Aku sentiasa di sini untukmu
Datang kepadaku kapanpun
Datanglah ke pelukanku
Pejamkan matamu
Dan dengar kata hatiku
Dengar dengar dengarlah)
Dujun tersentak. Announce? Umumkan? Dekat public? Dahi Dujun berkerut. "Yang itu... oppa... tak... boleh... buat." Tergagap-gagap dia menutur. "Kalau oppa buat macam tuu, nasib Beast akan ada dalam bahaya..."
"So, oppa nak Aisha... jadi isteri rahsia? Macam tu?" soal Raisha, nyaring. Nada kemarahan jelas kedengaran.
Dujun terdiam melihat raut wajah berkerut Raisha. Dia menelan saliva. "Untuk sementara waktu..."
"What do you mean sementara waktu? Aisha tak sanggup nak jadi isteri rahsia!" Kalau para Beauty tahu tentang hal ni, mesti diorang mengamuk! Knetz punya amukan mana boleh buat main! Gila-gila punya diorang punya kecam! Kpop idol siap ada yang bunuh diri sebab kecaman knetz! Ini semua, bahaya!
Dia bangun dari duduknya di atas hamparan kain itu. Kakinya mula melangkah.
Dujun turut bangun. Pergelangan tangan kanan Raisha yang bertutup baju lengan panjangnya, ditarik Dujun. "Aisha... untuk sementara waktu je kita rahsiakan. Nanti oppa akan cari jalan untuk selesaikan..."
"No! Oppa jangan nak pandai-pandai! Oppa dengan Aisha lain. Kita lain, oppa!"
Itulah pertemuan terakhir mereka berdua.
❄️
Sekarang... cemana aku nak lari erk? Buat-buat demam? Buat-buat tak sihat?
Miss Ying si producer rancangan, lalu di sebelah Raisha.
Raisha pantas bangun dari kerusi, "Miss Ying... wait a second."
Ying memalingkan tubuhnya, menghadap Raisha. "Yes?"
"Miss... boleh tak I nak cuti hari ni? I rasa macam tak sihat badanlah."
"Raisha... you jangan nak mengada eyh. Kita nak record dah kejap lagi. They are very very important guest for our rating." Ying menolak permintaan Raisha.
"Alah miss... I rasa macam tak sihatlah, serious..." Raisha kemudian pura-pura batuk.
"You... you tu MC show. Bukan pelakon. Dah-dah... pergi touch up. Beast dah nak sampai ni... faster!"
"Miss! Ganti jelah MC hari ni. Tak payahlah cancel recording."
"No is no, Raisha!"
❄️
"Hai. Bersama saya hari ini, Yoon Razia Nuraisha ialah sebuah kumpulan kpop yang sangat hot sekarang ye. Mempunyai 6 orang anggota dengan personaliti yang sangat berbeza, namun semuanya sehati sejiwa. Perkenalkan, Beast!"
Penonton di dalam studio yang majoritinya adalah perempuan, menjerit sekuat hati.
Satu persatu ahli Beast mulai masuk ke dalam studio dari sebalik jendela yang menutupi ruangan belakang studio. Dongwoon, Junhyung, Gikwang, Yoseob, Hyunseung dan Dujun munculkan diri mereka. Kesemua mereka segak berpakaian kasual berjaket.
"Hye... boleh perkenalkan diri kamu?"
"So... Beast!"
"Annyeonghaseyo! Biseuteu ibnida. Bangapseubnida..." Hai... kami ialah Beast. Gembira bertemu kamu...
"Saya Son Dongwoon..."
"Saya Yong Junhyung..."
"Saya Lee Gikwang..."
"Saya Yang Yoseob..."
"Saya Jang Hyunseung..."
"Saya Yoon Dujun..."
Jeritan dari para penonton kuat kedengaran.
"Wow wow wowww... kuatnya Beauty menjerit. Nak challenge high note Yoseobie oppa ke ni?" Raisha berseloroh dengan penonton.
"Ini ialah kali keempat ye, Beast datang ke Malaysia?"
"Iya... kali keempat..." Kesemua mereka mengakui soalan tersebut.
"Jadi... apa pendapat Beast tentang Malaysia?"
"Hmm... pertama sekali... orang-orang Malaysia. Semuanya baik-baik. Banyak senyum pula tuu. Cantik-cantik semuanya..."
Jawapan dari Dongwoon menerima jeritan kuat dan senyuman mekar dari para Beauty.
"Makanan dekat Malaysia pun... banyak. Sedap-sedap pula tu!" Gikwang menambah.
Ahli lainnya mengiyakan jawapan dari Dongwoon dan Gikwang.
"Jadi... apa perkembangan Beast yang terbaru?"
"Kami sedang promosikan lagu terbaru dari album terbaru kami yang bertajuk Good Luck." Yoseob memberitahu.
"Wahhh... ada lagu barulah! Boleh ceritakan sikit tentang lagu ini?"
"Macam biasa... Junhyung ialah pembuat lagu ini bersama dengan Taejoo hyung." Hyunseung menjawab.
"Yong PD! Yong PD! Kamsahabnida..." Beauty memeriahkan suasana.
Pipi cerah Junhyung terlihat memerah. "Kamsahabnida..." Balas Junhyung, pendek. Pemalu orangnya si Junhyung ni.
"Minta Dujun jelaskan tentang lagu. Dia takde cakap apa-apa lagi ni..." Miss Ying memberi arahan pada Raisha melalui earpiece.
Raisha menelan liur. Pandangannya dan pandangan Dujun bersatu. Raisha terkedu.
"Raisha! What are you doing?" marah Miss Ying lagi.
Raisha tersentak. "Yoon Dujun-shi... boleh ceritakan sedikit, tentang lagu Good Luck?" pinta Raisha.
Dujun tersenyum sebaris. Wajah Raisha yang memerah dirasakan lucu seketika. Tadi... dia panggil Seobie, Yoseobie oppa. Tapi dia panggil aku... Yoon Dujun-shi?(Encik) Wow... dia masih marahkan aku nampaknya.
"Hmm... selalunya... pasal lagu... Junhyung yang tolong ceritakan. Dia yang paling faham lagu dia buat, kan? Tapi... saya cubalah erk... kalau salah, jangan marah..."
"Hwaiting... hwaiting..." Beauty memberi sokongan kepada ketua kumpulan itu.
"Ceritanya pasal satu pasangan kekasih... yang mana... teman wanita lelaki ni... tinggalkan dia." Dujun bercerita sambil memandang tepat ke dalam mata Raisha. Macam kita berdua...
Raisha menelan liur. Gaya dia cakap, macam nak tujukan kata-katanya dekat aku pula, dah kenapa?
"So, lepas si teman wanita tinggalkan lelaki yang tulus, ikhlas sayangkan dia... lelaki ni pun, kecewalah. So, dia pun cakap 'good luck'. Good luck dengan hidup baru si gadis. Good luck. Dia minta si gadis pastikan hidup si gadis adalah tersangat bahagia lepas si gadis dah tinggalkan lelaki tuu... dengan perasaan yang tersangat kecewa."
Habis Dujun menutur ayat itu, barulah dia melepaskan anak mata Raisha. Dia tersenyum pada penonton, "Rasanya macam itulah ceritanya." Dujun tersenyum.
Ahli kumpulan Beast turut tersenyum.
"Perghh... tak pernah lagi Dujun pandai terangkan pasal lagu. Aneh betul..." Yoseob tak percaya dengan apa yang dia baru lihat, baru dia dengar.
"So... cemana Yong PD? Betul ke apa yang Yoon Dujun ceritakan?"
"Betullah tu... cerita pasal si lelaki yang kecewa lepas ditinggalkan teman wanitanya."
"Eyh? Eyhh? Eyhhh?" Gikwang terkejut dengan apa yang dia baru dengar dari corong earpiecenya.
"Kau dah kenapa?" Yoseob menyoal Gikwang yang duduk di sebelahnya.
"MC kita hari ni... sepupu Yoondu?" Gikwang memandang Dujun dan Raisha bersilih ganti.
Dahi Raisha berkerut. Macam mana... dia tahu?
"What?" Nyata ahli kumpulan Beast yang lain juga terkejut mendengar kata-kata Gikwang.
"Err... kita berhenti rehat seketika untuk beri laluan pada iklan komersial..." Raisha pantas bangun dari duduk lalu menghampiri barisan staff.
Rupanya, penulis skrip rancangan itu yang memberitahu Gikwang mengenai hubungan kekeluargaan antara Raisha dan Dujun. Biasalah... untuk naikkan rating rancangan.
❄️
Rakaman pada petang itu akhirnya berakhir setelah Beast selesai mempersembahkan nyanyian dan tarian lagu terbaru mereka, Good Luck.
Keluar dari panggung, Raisha minta diri dari ahli kumpulan Beast.
Namun, lengannya pantas ditarik oleh Dujun. "Oppa ada benda nak cakap dengan Aisha."
"No... kita tak ada apa-apa nak dicakapkan. Lepaslah..." Raisha menolak tangan Dujun. Dia menyambung langkahnya semula.
"Aisha... please... wait..." Dujun mengekori Raisha.
"Jangan ikut Raisha, please. Kamu tuu, selebriti hot. Tak sesuai dengan saya. Carilah orang yang lebih sesuai dengan kamu," pinta Raisha. Yang sanggup jadi isteri rahsia kamu ke... contohnya...
"Raisha!"
Pandangan Raisha dan Dujun terarah ke kejauhan sana. Seorang lelaki terlihat sedang melambai pada Raisha.
"By the way... Raisha dah ada boyfriend. Bye..."
Raisha berjalan menghampiri si jejaka.
Dujun memandang Raisha yang tersenyum gembira berbicara bersama si dia. Hatinya bagai ditumbuk bertalu-talu.
Sakit.
Setelah kau pergi
Jauh dari sisi
Tiada ku cinta selain dirimu
Ku ingin bersama
Denganmu selamanya
Walaupun sehingga ke akhir nyawa
❄️
"Aisha..." Dujun menghampiri Raisha.
Raisha sedang duduk di kafe utama berduaan bersama lelaki yang melambainya tadi.
Berkerut dahi Raisha. Apa lagi yang dia nak ni?
"Aisha... tak cukup ke? Dah lima tahun Aisha lari dari oppa. Oppa pergi Paris, Aisha lari dari rumah. Uncle balik Korea, Aisha pergi bercuti tempat lain. Tak cukup lagi ke? Dah lima tahun Aisha. Sampai bila Aisha nak siksa oppa macam ni?" Suara Dujun ternyata menarik perhatian semua manusia di kafe tersebut.
Raisha yang risau akan gosip yang mungkin menimpa mereka berdua, segera bangun dari duduk. Hujung lengan baju Dujun ditariknya.
Raisha melangkah masuk ke dalam lift. Dujun mengikut. Raisha menekan butang tingkat terakhir, paling atas. Keluar dari lift, Raisha menaiki anak tangga pula untuk ke atap bangunan (rooftop).
Kaki melangkah ke hujung bangunan. Berhadapan tembok. Raisha berpeluk tubuh. Mukanya menahan rasa marah. Angin yang bertiup, sedikit sebanyak mengurangkan amarahnya.
Dujun yang dari awal tadi mengikut Raisha, kini menyandarkan belakang badannya pada tembok bangunan... bersebelahan si gadis pujaan hati. Dia memandang wajah Raisha. Bibirnya menguntum senyum nipis. Oppa... rindu kamu, Aisha.
"Aisha..."
"Apa yang oppa nak cakapkan?"
Dujun tersenyum lagi sekali. Akhirnya, dia panggil juga aku 'oppa'.
"Oppa rindu kamu..."
"Oppa... apa yang oppa nak sebenarnya?" pintas Raisha.
"Oppa nak kamu... oppa nak kahwin dengan kamu."
Raisha tersenyum sinis. "Kenapa? Girl group dekat Korea yang cecantik, yang seseksi, tak mampu tawan hati oppa ke?"
"Macam mana diorang nak tawan hati oppa... sedangkan oppa sendiri adalah tawanan cinta Aisha?"
Terkedu. Pandai kau nak berkata-kata manis dengan aku erk? "Macam mana oppa jadi tawanan cinta Aisha... sedangkan cinta Aisha adalah untuk orang lain?"
"Siapa? Uncle? Aunty? Azri? Or Raikal?" Dujun tersenyum. Raikal... anak kepada Azri. Satu-satunya anak buah Raisha.
Aisha muncungkan bibirnya. Dia tahu ke aku tak ada boyfriend? "Asal? Oppa ingat Aisha tak laku ke? Ramai okey yang nak kan Aisha. Aisha je yang tak nak diorang."
"Sebab Aisha cuma nak kan oppa seorang je... kan?" Dujun tersenyum lebar.
"Perasan... dah lah. Bye..."
Belum sempat Raisha melangkah, Dujun pantas menarik tapak tangannya.
Pantas Aisha menolak tangan Dujun. "Oppa! Oppa jangan berani-berani nak pegang tangan Raisha! Oppa takde hak!" jerkah Raisha.
"Jadi... berikanlah hak tuu dekat oppa." Dujun bangun dari sandarnya. Dia mula melangkah mendekati Raisha.
Raisha menelan liur. Apesal... oppa macam lain? Macam... pelakon drama Korea. Err...
"Marry me..." Pinta Dujun.
"Never!" tolak Raisha. Kakinya melangkah setapak ke belakang... sedang Dujun melangkah setapak menghampiri dirinya.
"Marry me..."
"No way..."
"Marry me..."
"No!"
"Marry me..."
"Oppa jangan nak paksa Raisha!" Tubuhnya dipaling ke belakang. Dia ingin melarikan dirinya. Sama... macam dekat Paris dulu. Selamanya, aku akan larikan diri dari dia.
Belakang bajunya ditarik Dujun. Tubuhnya dipaksa berhenti. Namun, Raisha enggan lagi berhadapan lelaki itu. Hatinya sakit. Dia juga inginkan Yoon Dujun buat dirinya. Tetapi melihatkan lelaki itu tiada perancangan untuk berhenti berlakon dan belajar mengenai Islam, membuatkan hati Raisha berbelah bahagi.
Raisha merentap tubuhnya dari terus ditarik Dujun. Bunyi kain bajunya terkoyak, membulatkan mata Raisha.
Dujun turut sama terkejut. Tangannya automatik melepaskan genggaman kain baju Raisha.
Raisha memaling tubuhnya lantas memandang tepat ke wajah Dujun. "Oppa jahat! Raisha benci oppa! Raisha benci!" Air mata Raisha mula menghujani pipinya yang kini kemerahan. Shawl merah jambu yang dipakainya agak labuh di belakang, membantunya menutup belakang badannya.
Walau tersentak dengan jerkahan Raisha, Dujun cepat membuka jaket yang dipakainya. Jaket merah itu dihulur pada Raisha.
Raisha pantas menyambar huluran jaket dari Dujun. Jaket pantas disarung ke badan. Dia membetulkan kedudukan shawlnya. Lantas dia melangkah keluar dari rooftop.
Dujun sekadar memandang Raisha dengan pandangan kecewa.
Mungkin kau tak mengerti
Maksud ku dulu pada dirimu
Kini ku kan menyinta dirimu itu
Sehingga ke akhir waktu
Cinta antara kita
Walaupun Aisha tolak oppa, lagi sekali... tapi... hati oppa hanya ada satu pemiliknya... Yoon Razia Nuraisha.
TAMAT
(3285 words)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com