Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Dalam Kegelapan {Seram}

Aku kaku melihat skrin komputer riba aku. Dengan menggunakan aplikasi BlueStacks, aku tengah mainkan aplikasi 'Slendrina' tadi.

Sekarang, kamarku kegelapan. Hanya cahaya dari lampu meja yang menemaniku.

Terdengar bunyi pintu bilikku dibuka. Bunyi ketukan demi ketukan di lantai... mulai kedengaran. "Nenek-nenek si bongkok tiga..."

Ya Allah! Dia... datang lagi? Aku menelan liurku, ketakutan.

Muncul sesusuk tubuh yang membongkok. Dia tersenyum lebar kepadaku, menampakkan barisan giginya yang kehitaman.

Ya Allah! Dugaan apa ni Ya Allah?

"Siang mengantuk malam berjaga... dah pukul 3 pagi cu. Tak tidur lagi? Nak nenek teman ya?"

Nenek itu menghampiriku. Dia akhirnya duduk dibirai katil.

Aku mencuba untuk kuatkan semangatku.

Umi pesan haritu... "Jangan takut dengan dia. Dia datang cari orang yang lemah semangat je."

Iya... betul. Keturunanku dahulu, ada yang pernah membela saka. Saka nenek kebayan. Akhirnya, yang menanggung susah, anak cucu dihari muka!

"Aku tak nak kau. Kau pergi jauh-jauh!" Aku melaung. Ya Allah... tolonglah hambamu yang lemah ini.

Nenek itu menyanyikan lagunya, tanpa henti.

Aku pula... membaca ayat Kursi. Terkadang bacaanku terganggu dek nyanyian nenek kebayan.

Setelah beberapa ketika... "Diamlah! Diam!" Nenek itu naik marah.

Aku tersentak dek jerkahannya. Namun, aku cuba untuk cekalkan hatiku. Ayat Kursi, al-Fatihah dan 3 Qul, aku baca bergilir-gilir. Tak ada mana-mana makhluk, yang lebih hebat dari Penciptanya! Aku yakin! Allah adalah sebaik-baik pelindung yang aku ada! Sentiasa!

"Diam! Cucu tak guna! Diam!" Bentaknya lagi.

Katilku bergegar kuat. Aku menggenggam tanganku, erat. Mataku juga tertutup rapat. Telinga aku cuba pekakkan dari segala nyanyian dan jeritan si makhluk durjana tersebut.

"Aku... cakap... diam!"

Tubuhku terpelanting ke belakang membuatkan belakang badanku bertemu kepala katil. Ya Allah...

"Dah kau tahu kau tak suka, blah jelah! Kau nak apa lagi? Aku dah cakap, aku... tak nak... kau! Blah!" marahku. Perasaan takut aku cuba campak jauh dari hati.

"Dasar manusia tak kenang budi! Aku yang jaga keturunanmu!"

"Bukan kau yang jaga kami. Allah yang jaga kami! Dia sehebat-hebat Pelindung!"

Nenek itu ketawa mengekek, nyaring. "Tapi... keturunan kau... datang juga cari aku."

"Itu diorang... bukan, aku. Bongok ke, tak faham bahasa?" soalku semula padanya. Ayat Kursi masih aku bacakan di dalam hati.

Aku kena kuat! Dan sungguh, aku lebih kuat dari dia! Aku manusia! Khalifah Allah! Dan dia, cuma jin yang derhaka lagi menyesatkan manusia! Allah... tolonglah aku... lindungilah aku...

"Tapi... kau keturunan dia! Kau milik aku!"

"Jangan perasan! Hidup dan mati aku, hanya untuk Allah, Pencipta sekalian makhluk, Pencipta sekalian alam. Qul huallahhu ahad. Allah yang Maha Esa!"

"Aku cakap diam!"

Lampu mejaku terpadam. Terdengar bunyi mentol lampu pecah.

Dalam kegelapan, aku meraba mencari jalan untuk mendekat ke suis lampu bilik. Jumpa! Suis lampu, aku tekan. Bilikku kini diterangi cahaya. Alhamdulillah...

Hari demi hari berlalu... tiada lagi bunyi aneh, susuk bongkok, nyanyian tua, mahupun gangguan yang aku alami.

Solat, aku cuba tunaikan di awal waktu. Solat sunat juga, aku cuba lakukan sedaya upaya. Kerana tempoh PKP sekarang, aku punya lebih waktu untuk beribadah. Alhamdulillah...

Sungguhlah... fa inna ma'al 'usri yusra... sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

#dudukrumah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com