Excalibur
Pada suatu hari, Solar, Thorn, Blaze dan Taufan sedang meneropong Fang dari luar tembok pagar rumah. Mereka perhatikan si remaja alien sedang sibuk membersihkan halaman rumah. Mereka berempat sedang menjalankan misi iaitu misi membongkar misteri pedang tenaga Kapten. Ini semua idea dari sang bertopi hijau yang bernama Thorn. Dia terlalu teruja apabila Solar setuju untuk mengetuai siasatan misteri itu. Fang masih lagi tidak sedar dengan kehadiran mereka. Dia begitu sibuk menyapu daun-daun kering di halaman rumahnya. Setiap kali daun-daun kering itu berkumpul satu tempat, ianya akan kembali terbang dan Fang terpaksa menyapu balik. Blaze dan Thorn tergelak sahaja kerana Taufan telah menggunakan kuasa anginnya untuk terbangkan daun-daun kering itu. Solar hanya mampu gelengkan kepala sahaja
"Hmm... korang memang suka kenakan Fang yea"
"Betul tu Solar" kata Taufan "Lagipun dia masih tidak sedar tentang kehadiran kita orang dekat sini.. hehehe"
"Kalau aku bakar daun-daun kering tu, mesti Fang rasa pelik kan"
"Kau jangan nak gunakan kuasa api kau, Blaze" tegur Solar "Dalam hal-hal menghendap orang ni, kenalah secara senyap supaya orang itu tidak mengetahui bahawa orang itu sedang diperhatikan"
"Ohh.. jadi aku tak bolehlah tukarkan daun-daun kering tu jadi daun hijau balik"
"Yea, betul tu Thorn" kata Solar
"Ok! Upacara menghendap Fang akan dijalan secara sempurna"
"Upacara menghendap Fang?" Solar tepuk dahinya sendiri "Adeh... Thorn ni"
"Wuuuuu! Ada orang cakap tentang upacara menghendap landak ke?"
Keempat-empat remaja lelaki itu menoleh kepala mereka ke sebelah kanan. Tidak sangka pula seorang gadis yang bernama Lily, ada di situ. Solar dapat rasakan, bahawa hari ini akan menjadi lebih huru-hara. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana nasib dia untuk mengawal keempat-empat remaja itu yang suka membuat masalah
"Lily!"
"Thorn!"
Lily dan Thorn hampir nak berpelukan tetapi mereka berhenti di sekerat jalan kerana Lily ternampak renungan maut dari Solar. Lalu dia tersengih sedikit
"Thorn nak tahu tak, si landak ni sebenarnya dari keturunan haiwan landak"
"Be-betul ke?" Thorn terkejut dengan fakta auta yang dia terima dari Lily pada ketika "Jadi Fang tu memang seekor landak tapi berupakan bentuk alien yang nampak macam manusia tetapi sebenarnya dia bukan manusia?"
"Adeh.. Thorn, si Lily tu bergurau ajelah. Jangan percaya"
"Tapi kenapa dia cakap macam betul aje" kata Thorn kepada Taufan "Aku tak reti nak bezakan mana satu betul, mana satu tak betul"
"Hehehe... Thorn jangan risau, Lily tak kan buat Thorn pening kepala ok! So, jangan percaya si landak tu alien landak"
"Kalau dia bukan alien landak, dia alien apa?"
"Dia cuma alien manusia ajelah!" marah Blaze sambil sekeh kepala Thorn "Meh aku sekeh kepala kau puas-puas.. HAHAHAHA!"
"Kenapalah aku bersetuju untuk menyertai geng detektif misteri dia orang ni" mengeluh Solar sedikit
Lalu mereka sambung menghendap Fang. Tiba-tiba si alien remaja itu menoleh kepalanya ke arah mereka, ketiga-tiga mereka terus tunduk untuk sembunyikan diri daripada Fang kecuali Thorn. Fang rasa hairan kerana Thorn tiba-tiba melambai-lambai ke arah dia
"Wei Thorn, apasal kau tak tunduk?" bisik Taufan
"Kena tunduk ke?" balas Thorn
"Kau buat apa dekat sini Thorn?" Fang berjalan ke arah tembok pagar rumahnya "Kau seorang sahaja ke?"
"Jangan beritahu yang kita orang dekat sini" bisik Blaze kepada Thorn tetapi si topi hijau itu tidak dengar bisikan dia tadi
"Takdelah, Solar, Blaze, Taufan dan Lily ada dekat sini. Kita orang tengah buat upacara menghendap Fang" jawab Thorn secara jujur
Solar siap hantuk kepalanya di tembok pagar berkali-kali. Taufan tepuk-tepuk bahagian belakang bahu Solar sebagai tanda banyakkan bersabar dengan karenah Thorn. Blaze hanya tergelak kerana geli hati melihat kebendulan Thorn. Lalu ketiga-tiga remaja itu berdiri semula sambil tersengih kecuali Solar, kerana muka dia masam sangat
"Apasal korang menghendap aku? Ini semua ajaran sesat dari si pelik tu ke?" marah Fang
"Ini bukan ajaran sesat dari Lily tapi ini ajaran sesat dari aku" kata Thorn sambil tersenyum manis tanpa rasa bersalah "Aku yang ajak dia orang untuk pergi siasat misteri pedang tenaga Kapten Kaizo tapi si Lily ni baru sahaja menyertai kumpulan kita orang. So, dia adalah ahli baru kita orang"
"Erk! Bila masa Lily cakap Lily nak join korang"
"Eh, bukan ke Lily pun sama-sama menghendap Fang dengan kita orang tadi"
"Adeh.. takpelah Thorn" Lily tepuk-tepuk bahu Thorn "Marilah kita pergi siasat wahai Thorn si sengal"
"Kasihan korang yea ada Thorn dalam kumpulan penyiasat korang.. hahaha" Fang tergelak sinis kepada mereka berempat "Eloklah tu, layan dia punya bendul tu. Oh yea, apasal korang nak sangat siasat misteri pedang tenaga abang aku tu. Bukannya misteri sangat pun"
"Ala landak, bagilah dia orang jadi detektif misteri" Lily berkelip-kelip matanya kepada Fang "Janganlah hancurkan impian mereka yang comel ni"
"Suka hati akulah kalau aku nak hancurkan impian dia orang" kata Fang dengan penuh sombong "Ada aku kisah sangat ke pasal impian dia orang tapikan... lebih baik korang pergi siasat kenapa si Lily dan si Thorn ni bukan adik beradik kembar sebab dia orangkan perangai nak dekat-dekat sama"
"APA?! Thorn ada kembar?! LILY KEMBAR THORN!"
"Adeh" Fang tepuk dahinya sendiri "Aku cakap korang berdua bukan adik beradik kembar!"
"Ohh.. hehehehe.. tapi kalau Lily jadi kembar kita orang, mesti best!" kata Thorn
"TAK BEST! TAK BEST! TAK BEST! Nanti Lily tak boleh nak bersama dengan Gempa" Lily terus berpura-pura pasrah di situ "Gempa-chan sentiasa ada di hati Lily tetapi KENAPA HARI NI BBB-CHAN TAK KELUARKAN GEMPA-CHAN!"
"Dia tak nak keluar sebab dia tak nak tengok muka kau" jawab Fang dengan nada sinis
"Tipu!" Lily tidak puas hati dengan jawapan Fang tadi "Tapi kalau dia tak nak keluarkan, takpelah.. asalkan Lily ada lagi empat budak comel ni"
"Kami memang comel pun" kata Thorn sambil mata membulat besar dengan senyuman dia sampai ke pipi "Tapi yang paling comel sekali, sudah tentu akulah orangnya"
"Perasan" bisik Fang
"Hehehe.. Thorn memang comel" kata Taufan sambil angguk kepalanya "Tapi sekarang ni, kita harus pergi siasat misteri pedang Kapten Kaizo. Fang, abang kau ada dekat rumah ke?"
"Abang aku ada dekat kapal angkasa" balas Fang "Kau nak suruh dia turun ke bumi ke? Lepas tu suruh dia belasah korang"
"ERK! Janganlah suruh abang kau belasah kita orang. Kami ni masih budak mentah lagi. Mana boleh kena belasah"
"Thorn" Blaze pegang bahu kanan Thorn "Kita bukan lagi budak mentah. Kita sudah besar panjang dan kalau Kapten Kaizo nak belasah kita orang, aku sudah bersiap sedia dengan bebola api aku... HAHAHAHAHA"
"Habis tu, sekarang macam mana?" soal Solar
"Kita siasat benda misteri yang lainlah" jawab Taufan dengan sedikit kecewa "Takde benda lain ke kita nak siasat?"
"Aku rasa ada" Solar mengusap dagunya dan lalu berkata "Hari tu aku ada baca kisah tentang pedang Excalibur. Ianya adalah pedang leganda dari zaman dulu tapi aku cuba hendak membongkarkan misteri ini. Adakah pedang itu wujud ataupun tidak?"
"Pedang siapa tu?" soal Thorn "Pedang tu milik seorang alien ke?"
"Bukanlah Thorn, pedang tu adalah milik seorang raja" jelas Solar "Mengikut apa yang aku baca, pedang Excalibur ini mempunyai kuasa yang tersendiri. Ianya agak menarik bila aku baca kisah-kisah tentang pedang Excalibur dan raja pemilik pedang ini"
"Siapa nama raja tu?"
"Nama raja itu adalah King Arthur" balas Solar kepada Taufan "Selepas sahaja kematian King Arthur, ada yang mengatakan bahawa pedang itu telah di campak ke dalam sebuah tasik tapi tidak pasti, tasik yang mana satu"
"Isk isk isk.. main sesuka hati aje campak pedang yang berkuasa tu dalam tasik. Nanti orang lain ikut macam mana?"
"Thorn, bukan ke Solar bagitahu tadi.. itu hanyalah cerita sahaja, cerita dongeng" kata Blaze
"Kalau dah cerita dongeng, apasal nak pergi cari pulak pedang tu"
"Thorn, kau harus faham.. semenjak kita kenal kak Lynna, cerita-cerita dongeng yang kita pernah dengar, semuanya adalah benar. Jadi jangan hairanlah jikalau cerita tentang King Arthur itu adalah benar juga" jelas Solar dengan penuh yakin "Tapi aku perlukan buktikan bahawa cerita King Arthur dan pedangnya Excalibur adalah benar, bukan dongeng"
"Wei, kalau kau nak tahu sangat, pergilah jumpa kak Lynna. Entah-entah, dia ada buku tentang King Arthur"
Solar terus tersenyum lebar kerana perjalanan dia untuk mencari pedang Excalibur akan bermula di sini
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mata Solar terus bersinar-sinar apabila Lynna tunjukkan rak-rak buku yang penuh tentang dunia mistik, termasuklah haiwan-haiwan yang dikatakan mitos. Tangan dia menyentuh setiap buku-buku yang ada di rak itu. Ada yang tebal, ada yang nipis, ada yang kecil dan ada yang besar. Dia seolah-olah sudah memasuki sebuah dunia yang penuh dengan buku
"Hmm... banyak sangat buku. Pening kepala aku melihatnya" kata Thorn
"Kalau pening, kau pergi duduk sana" balas Solar yang tidak mengalih pandangan dia dari rak buku itu
"Solar bacalah sepuas-puasnya" kata Lynna "Akak akan temankan kamu di sini"
"Kita orang kak Lynna tak nak temankan ke?" soal Thorn dengan muka sedih "Kalau tak nak, takpelah, kita orang balik rumah dulu. Jom Taufan, Blaze, jom balik"
"Eh.. jangan begitu, Thorn. Kamu bertiga boleh duduk di sini. Akak akan temankan kamu bertiga juga"
"Ok!" kata Thorn "Fang dan Lily boleh balik rumah. Bye bye!"
"Apasal kita orang kena bye bye pulak! INI TIDAK ADIL!"
"Lorr.. kak Lynna cakap dia nak temankan aku, Solar, Blaze dan Taufan sahaja. Dia takde pun cakap nama korang" kata Thorn tanpa rasa bersalah "Korang kalau nak duduk sini, minta izin dulu dari kak Lynna"
"Adehh.. Thorn ni" Lynna gelengkan kepalanya "Thorn, dia orang semua boleh duduk dekat sini termasuklah Thorn sekali. Akak akan temankan kamu semua. Sekarang korang bolehlah baca buku-buku yang ada dekat sini ataupun pergi menonton TV"
"Thorn pening kalau baca buku sebab banyak sangat perkataan"
"SAMALAH DENGAN SAYA!" kata Blaze sambil melihat botol-botol kecil yang berwarna-warni tersusun di atas meja "Wah! Macam-macam perisa air ada dekat sini. Macam menarik aje. Nak try minum satu" Dia mengangkat satu botol kecil berwarna hijau
"Eh Blaze, jangan minum!" Lynna tidak sempat untuk menghalang Blaze minum air tersebut
Lalu Blaze berubah menjadi seekor katak
"KA-KATAK! LILY TAKUT KATAK!" Lily panjat belakang tubuh badan Fang "Landak, pergi halau katak tu"
"Apahal kau takut dengan katak pulak! Bukan ke nama kau katak pili!" marah Fang
"Itu nama samaran Lily daripada landak sahaja"
"Wuuu.. katak comel" kata Thorn "Hehehe.. Blaze jadi katak!"
Katak itu melompat-lompat dan cuba takutkan Lily. Gadis itu menjerit ketakutan sambil memeluk kepala Fang. Taufan dan Thorn tergelak berguling-guling di atas lantai. Manakala Solar pula, dia sudah berada di dalam dunianya sendiri. Dia langsung tidak pedulikkan tentang pecahan dia yang sedang huru-harakan keadaan. Lynna mula rasa pening melihat gelagat Taufan, Thorn dan katak hijau itu
"Agaknya, air lain boleh ubahkan kita jadi haiwan apa yea" Jari jemari Thorn sedang memilih botol warna apa yang dia ingin cuba minum "Warna hijau mesti jadi katak. Kalau warna hitam jadi apa yea"
"Haip! Jangan nak minum" Lynna menepuk tangan Thorn yang cuba mengambil sebiji botol yang berwarna hitam "Ini semua ialah potion yang akak baru buat. Sesiapa yang minum air potion, memang akan bertukar menjadi seekor haiwan. Contohnya si Blaze tu"
"Kak Lynna.. tolonglah tukarkan Blaze tu balik. Lily takut"
"Hmm.. yelah" kata Lynna
Katak itu cuba larikan diri dan sembunyikan dirinya di bawah rak tetapi Solar berjaya keluarkan katak itu. Lynna mengambil satu botol putih dan berikan setitik air ke atas katak tersebut. Katak itu mula kembali menjadi Blaze. Taufan dan Thorn bertepuk tangan kerana kagum dengan kuasa potion tersebut
"Wei pelik, boleh tak kau turun dari badan aku?"
"Err... tak bolehlah landak" balas Lily sambil tersengih "Lily takut kalau dia orang bertiga bertukar menjadi katak, lepas tu cuba takutkan Lily. Jadi hari ni landak lindungi Lily dari dia orang yea. Yelah, Gempa-chan tiada dekat sini. Jadi Lily harapkan landak seorang sahajalah"
"Si Solar tu, suruhlah dia tolong lindungi diri kau"
"Si Solar tu tak habis-habis dengan buku dia" kata Lily
"Hehehee... Lily takut katak yea. Nanti Thorn bagi hadiah katak dekat Lily sempena hari jadi Lily nanti"
"ERK! Tak nak! Tak nak!" Lily memeluk erat kepala Fang "Landak, pergi halau dia orang bertiga"
"Ala.. kami cuma bergurau sahaja" Thorn mula buat muka sedih kepada Lily "Janganlah kami bertiga, kita orang tak salah tapi katak tadi tu yang salah. Nanti kalau aku jumpa katak, aku akan marah dekat katak tu sebab takutkan Lily"
"Tapi bukan ke tadi tu Blaze yang takutkan Lily sebab dia yang pergi minum air tu"
"Ha ah, betul juga tu Taufan" Lalu Thorn alihkan pandangan dia kepada Blaze "Kau ni, tak patut tau takutkan bakal kakak ipar kita. Nanti Gempa marah kita orang macam mana?"
"Bakal kakak ipar?" bisik Lily. Muka dia naik merah kerana terlampau teruja dan malu "Hehehe... Lily bakal kakak ipar kepada dia orang semua! BESTNYA!" Dia melompat turun dari badan Fang
"Adeh.. sakit belakang aku" bisik Fang sambil membengkokkan badan kebelakang sedikit
"Wei, aku main-main ajelah. Janganlah marah aku" Blaze mula naik angin dengan kuasa apinya membara di kedua-dua tangannya "Aku cuma nak bergurau senda aje tapi korang pun sama jugakan. Tadi tu gelak-gelak sampai terguling atas lantai apahal? Last-last nak marah aku juga. TAK BOLEH KE KALAU AKU NAK BERGURAU!" Seluruh badan dia mula berapi
Lynna mula membuka mulutnya untuk tenangkan Blaze tetapi dia telah dicelah oleh Solar sendiri
"Wei, korang semua ni tak boleh duduk diam ke?" Mata Solar mula bercahaya "Baik korang duduk diam sebelum aku serang korang dengan kuasa cahaya aku"
"Ba-baik korang dengar cakap Solar tu" kata Taufan sambil tersengih "Tak elok kita bergaduh dan berlawan dekat rumah orang ni. Yelah, ni kan rumah kak Lynna.."
"RUMAH KAK LYNNA! WAH! Tak tahu pula clubhouse ni adalah rumah kak Lynna!"
"Bukan Thorn" Lynna tersengih sedikit "Ini bukan rumah akak, ini hanyalah clubhouse sahaja. Clubhouse untuk akak dan kawan-kawan akak"
"Ohhh... jadi kak Lynna buka club apa? Saya nak join sekali boleh?" soal Thorn dengan wajah yang tidak bersalah
Fang menepuk kepala Thorn dan tiba-tiba pula kepala dia di tepuk oleh Lily. Lalu dia pusing kebelakang dengan wajah garangnya. Lily tersengih lebar kepada Fang. Semakin lama, semakin pening kepala Lynna melihat gelagat mereka semua. Dia terus ke dapur untuk minum air kosong sebentar
"Ini korang punya pasal" kata Solar secara tiba-tiba "Kak Lynna sudah pening kepala sebab perangai korang tapi nasib baik aku sudah habis baca buku ni. Semua maklumat tentang pedang Excalibur, aku sudah habis baca. Sekarang ini, tinggal hanya untuk pergi mencari sahaja"
"Cepat betul kau baca buku tu"
"Biasalah Fang, aku ni jenis cepat baca dan semua yang aku baca, semuanya aku dapat tangkap" kata Solar dengan penuh bangga "Kak Lynna, boleh tak saya pinjam buku yang berkaitan tentang pedang Excalibur ni?"
"Boleh tapi kamu pasti ke nak pergi cari pedang itu?"
"Saya pasti" Solar terlalu yakin dengan pengembaraan misteri dia "Tapi saya sebenarnya malas nak bawa geng huru-hara ni. Kalau saya seorang sahaja, bolehlah tapi nak kena kawal lagi tiga orang tu, boleh hilang sabar saya"
"Jangan risau, Lily dan landak ada untuk mengawal mereka bertiga!" Lily berikan tabik hormat kepada Solar "Saya sedia membantu anda, Solar"
"Aku rasa macam kena jaga 4 orang sahaja" bisik Fang
"Baiklah, akak benarkan tapi berhati-hati semasa pencarian pedang itu kerana pedang Excalibur itu datang dari dunia mistik" ujar Lynna "Pelbagai perkara boleh sahaja berlaku contohnya Lady Morgana boleh muncul semula tapi akak rasa.. dia tidak akan muncul semula sebab akak pernah hapuskan dia dahulu"
"Woah! Kak Lynna memang terbaik"
"Terima kasih Thorn tapi akak tidak lakukan seorang sahaja. Kawan-kawan akak pun ada bersama dengan akak untuk sama-sama hapuskan Lady Morgana" Lynna terkejut melihat Taufan, Blaze, Thorn dan Lily sudah duduk bersila di hadapan dia. Masing-masing ingin mendengar kisah Lynna "Ba-baiklah, akak akan ceritakan bagaimana akak dan kawan-kawan akak dapat kalahkan Lady Morgana"
Walaupun Solar sudah habis membaca buku yang dia inginkan, dia kembali membaca buku yang lain. Mungkin ada maklumat lain yang dia perlu tahu. Jadi sambung balik membaca. Dia juga diikuti oleh Fang. Mereka berdua duduk di tepi rak buku dan begitu tekun sekali, mereka membaca buku-buku yang terdapat di situ. Clubhouse itu kembali menjadi tenang. Hanya cerita Lynna sahaja yang menghiasi suasana tersebut
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebuah portal berbentuk bulat terbuka dengan luasnya di sebuah tempat yang bergelar Glastonbury Tor. Suasana tempat itu agak gelap dan sunyi. Tiada sinaran cahaya yang terdapat di kawasan itu. Bintang-bintang boleh dilihat pada langit gelap. Penduduk-penduduk di situ tidak mengetahui tentang kehadiran 6 remaja yang bukan asal dari tempat itu. Keenam-enam remaja itu keluar dari portal bulat itu. Solar mendongak sedikit untuk melihat sebuah menara yang berdiri dengan teguhnya di hadapan dia. Hanya menara itu sahaja yang ada di dalam sebuah kawasan tanah lapang. Ianya terletak di atas puncak bukit. Sekeliling menara itu ditumbuhi dengan daun-daun rumput hijau. Tiada pokok, tiada batu-batu besar, mahupun tiang yang ada di situ, juga tiada
"Menara apa tu?" soal Fang yang sudah menggigil sedikit "Adeh, menyesal pulak aku tak bawa jaket aku"
"Apasal gelap sangat tempat ni?" Taufan memeluk dirinya sendiri kerana cuaca yang sejuk pada ketika itu "Wei Solar, apasal tak beritahu awal-awal, tempat ni sejuk"
"Suruhlah si Blaze tu panaskan badan korang" balas Solar "Tapi jangan pasang api kuat sangat. Aku tak nak sesiapa tahu yang kita ada di sini"
"Ok!" kata Thorn "Jadi, pedang excalibur tu berada di dalam menara tu ke?"
"Itu aku tak pasti" Solar masuk ke dalam menara itu dengan lampu suluhnya "Aku kena pastikan dulu" Lalu dia keluarkan sebuah buku dari begnya. Buku itu dia pinjam daripada Lynna
Thorn, Fang dan Lily masuk ke dalam menara itu dengan perasaan curiga mereka. Menara itu tidak mempunyai bumbung dan bangunan menara itu agak unik. Ianya tiada tangga, tiada ruangan bilik dan hanya sebuah menara yang ada beberapa tingkap di bahagian atas. Menara itu seperti sebuah kotak kosong yang tiada apa di dalamnya. Mereka boleh melihat langit gelap yang dipenuhi dengan bintang-bintang dari dalam menara tersebut. Taufan dan Blaze sudah terbaring di atas rumput sambil memerhatikan bintang di langit
"Wuuuu.. menariknya tempat ni" kata Lily sambil menyentuh sedikit menara itu "Tapi tak kan ini sahaja? Macam mana nak cari pedang lagenda tu!"
"Boleh sabar tak!" marah Solar
"Sabar Solar, sabar.. si katak pili tu memang perangai macam tu. Tak boleh nak bersabar tapi kau pun macam dia juga, tak boleh nak sabar"
"Yeah, aku kalau tak sabar, aku akan marah" kata Solar sambil menyuluh pada permukaan dinding menara itu. Lalu dia menyuluh buku yang dibawa olehnya "Mengikut kata buku kak Lynna.." Dia menyelak buku itu dari satu muka surat ke muka surat yang lain dan akhirnya dia berhenti pada bahagian yang dicari olehnya "Tempat ini mempunyai nama lain iaitu Avalon"
"Avalon? Apa tu?" soal Thorn
"Avalon adalah tempat terakhir King Arthur dan pedang dia tidak dibawa sekali. Pedang itu telah dilontar balik ke dalam sebuah tasik dan dijaga oleh seorang gadis yang dipanggil Lake of the Lake"
"Menarik" kata Fang "Kalau pedang itu berada di dalam tasik, dekat mana kita nak cari tasik tu? Kau tahukan terlampau banyak sangat tasik yang ada dekat dunia ni"
"Aku tahu tapi dalam buku ini mengatakan pedang itu berada di dalam sebuah tasik yang dinamakan Dozmary Pool. Tempat itu jauh dari sini"
"Jadi sia-sia ajelah kita datang ke sini!"
"Bukan begitu Fang" Solar keluar dari menara itu "Kedatangan kita ke sini bukanlah sesuatu yang sia-siakan sahaja. Aku bawa korang ke sini kerana aku ingin korang melihat dunia luar dari Pulau Rintis. Cuba kau lihat bintang di langit, sungguh menakjubkan"
Betul kata Solar, terdapat berjuta-juta bintang di langit. Untungnya mereka kerana tiada awan melindungi bintang-bintang tersebut. Ianya jauh lebih indah daripada yang mereka lihat di Pulau Rintis. Mereka berdua mula menikmati keindahan langit gelap yang berbintang itu. Lalu suasana indah itu dicemari dengan dua dengkuran dari dua orang budak. Solar mula berkerut dahi kerana Taufan dan Blaze sudah tertidur dengan lenanya
"Bertabahlah wahai Solar" Lily tepuk bahu Solar "Kalaulah Gempa-chan ada, sudah tentu dia tidak akan berdengkur di sini! Tapi.. mana si Thorn yea?" Dia mula garu-garu kepalanya sambil mencari Thorn di sekeliling dia
"Wei.. dia ada dekat situ" Jari telunjuk Fang tunjuk ke arah Thorn sedang berguling dari puncak bukit terus ke kaki bukit "Boleh pulak dia berguling dekat sini"
Solar menepuk dahinya sendiri. Dia rasa menyesal kerana membawa tiga orang yang berperangai ceria dan pelik tetapi dalam ketiga-tiga kembar dia, hanya Taufan sahaja dia boleh mengawal. Adakalanya, Taufan akan bersikap lebih serius. Lain pula dengan Blaze, dia seseorang berdarah panas atau maksud lain, suka mengamuk seperti Fang. Manakala Thorn pula, dengan sifat bendulnya dan perangai dia yang sentiasa ceria seperti Lily, memang sukar untuk menjangkakan apa yang dia akan buat nanti
"LILY! AKU ADA JUMPA KATAK COMEL! KAU MESTI SUKA NANTI!" jerit Thorn dari kaki bukit
Lily terus menjadi cuak. Lalu dia memanjat bahagian belakang tubuh badan Fang
"Thorn ni kan. Boleh tak jangan menjerit" Solar mula hilang sabar "Nanti tak pasal-pasal, penduduk dekat sini terus bangun dari tidur. Nanti dia orang ingat ada hantu ke apa"
"Hantu?" Blaze terus terjaga "Mana hantu? Mana hantu? Bolehlah aku main api dengan hantu tu!"
"Mana ada hantu" balas Fang "Si Solar ni tengah marah dekat si Thorn tu sebab jumpa katak"
"KATAK! MANA KATAK! MANA KATAK!" Blaze bangun dari situ dengan penuh semangat "THORN! BAWAK KATAK TU DEKAT SINI!"
"LILY TAK SUKA KATAK!" Lily memeluk kepala Fang dengan penuh erat "Landak! Pergilah terkam dia orang dengan harimau bayang! Dia orang saja nak kenakan Lily! Lily tak suka!"
"Korang semua ni kan..." Mata Solar mula bercahaya. Bukan mata dia sahaja, seluruh badan dia juga bercahaya "AKU TEMBAK JUGA KORANG DENGAN KUASA CAHAYA AKU!"
"ERK!" Lily mula menggigil ketakutan "LANDAK! LARI LANDAK!"
"Wah! Ada hantu cahaya" Blaze bertepuk tangan sambil bersuka ria dengan kuasa apinya "MARI AKU KELUARKAN HANTU API AKU!"
Mata Thorn terkebil-kebil melihat Solar dan Blaze bercahaya di atas bukit itu. Di tapak tangan kirinya ada seekor katak hijau dan tangan kanan dia pula, mengusap-usap badan katak itu dengan penuh kasih sayang
"Dia orang nak buat pertunjukkan cahaya ke?" kata Thorn seorang diri
Taufan terjaga dari tidurnya kerana kebisingan dari Solar dan Blaze. Dia sudah tidak tahan dengan kebisingan tersebut, lalu dia menghantar mesej kepada Ochobot untuk membuka pintu portal agar mereka boleh pulang ke Pulau Rintis
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya, mereka menuju ke tempat lain pula iaitu Dozmary Pool. Tiada benda yang menarik di tempat itu kecuali sebuah tasik yang terbentang luas dan dalam. Thorn sudah siap dengan alat pemancing ikannya. Taufan, Blaze, Thorn, Fang dan Lily berdiri di tepi tasik
"Wei Thorn, kita ke sini bukan untuk pancing ikan" marah Solar
"Habis tu, kita nak mandi-manda dekat sini ke?"
"Bukanlah Thorn" kata Taufan kepada Thorn "Kita ke sini sebab nak cari pedang Excalibur tapi dekat mana kita nak cari pedang tu?"
"Dekat dalam tasik ni" jawab Solar dengan penuh yakin
"Ohh.. kalau macam tu, bagi aku pancing pedang tu"
Lalu kepala Thorn ditepuk oleh Fang kerana tidak tahan dengan sikap dia yang bendul. Lily tergelak kecil sambil menutup mulutnya dengan kedua tapak tangannya. Solar memandang tasik itu dengan penuh teliti. Dia tidak tahu bagaimana hendak mencari pedang tersebut
"Solar"
"Kau nak apa, Blaze?" Mata dia melirik ke arah Blaze "Kau jangan nak tanya soalan bodoh pula"
"Bukanlah. Aku nak bagi satu idea!" Blaze tersenyum lebar kepada Solar "Apa kata aku didihkan air tasik ni sampai kering, lepas tu mesti kita akan dapat jumpa pedang Excalibur tu! Macam mana, ok tak?"
"Tak ok!"
"Kenapa pula?" soal Blaze kepada Solar
"Kau gila nak didihkan air tasik ni" Solar mula bersilang tangan "Bagaimana kalau ada ikan dalam tasik ni, kau nak bagi ikan-ikan tu mati ke?"
"Ha ahlah.. aku lupa pula" Blaze tersengih sedikit "Taufan, kau takde idea ke untuk Solar?"
"Hmmm... bagi akulah kan" Taufan mengusap dagunya dan lalu berkata "Solar sendiri cakap pedang itu adalah pedang mistik dari seorang raja yang lagenda. Mesti pedang itu akan muncul jikalau ada orang-orang mistik yang ada dekat sini macam kak Lynna"
"Wuuu! Lily setuju! Lily setuju!" Lily melompat-lompat sambil angkat tangan kanannya "Tak pun kita scuba aje dekat tasik ni. Manalah tahu jumpa pedang tu"
"Ok juga idea kau tu! Aku setuju" kata Thorn
Solar menepuk dahinya sendiri. Nampaknya mereka perlu pulang ke Pulau Rintis dan akan kembali ke sini bersama Lynna
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya, mereka telah kembali di Dozmary Pool tetapi kali ini, mereka membawa Lynna bersama. Solar, Taufan, Blaze, Taufan, Fang dan Lily memandang Lynna dengan penuh harapan. Pandangan mereka membuatkan Lynna rasa kurang selesa. Lalu dia tersengih sedikit
"Kamu semua nak akak ke sini sebab nak cari pedang Excalibur tu?"
"Betul tu!" kata Thorn "Tapi macam mana nak cari? Solar tak bagi saya pancing pedang tu. Lepas tu cadangan Blaze dan Lily di tolak kecuali cadangan Taufan. Dia cari, kena bawa kak Lynna ke sini"
"Hehehe.. kamu semua ni memang comel" Lynna ketawa kecil. Lalu dia tersenyum seorang diri sambil memandang tasik itu "Mula-mula kita kena tunggu"
"Lama ke kita kena tunggu?" soal Fang
"Hmm.. akak tak pasti"
"Kalau begitu!" Lily mengangkat bakul rotan dia "MARI KITA PERGI MAKAN!"
"Ke-kenapa kau bawa makanan pula? Ini bukannya masa untuk berkelah!" Mata Solar mula bercahaya. Hati dia membuak-buak untuk melontarkan kata-kata makian dia kepada Lily "Ada juga nak kena serangan aku ni"
"Sabar Solar sabar" Taufan tepuk-tepuk bahu Solar "Biar aku tanya Lily kenapa dia bawa makanan dekat sini"
"Jawapan dia adalah.." Lily batuk sedikit dan betulkan suaranya. Lalu dia berkata dengan penuh riang "Sebab nanti bila musuh muncul, korang mesti kena lawan dan Lily pula, hanya tengok sahaja seperti tiada fungsinya.."
"Kau memang takde fungsi pun" bisik Fang
"... jadi Lily bawaklah makanan untuk berkelah dekat tepi sambil tengok korang berlawan! Itulah alasan Lily!" Dia terus tersenyum lebar kepada para pecahan Boboiboy itu
"Lily Lily.. boleh pulak macam tu.. hehehe" Lynna ketawa kecil. Mata dia terpandangs sesuatu di permukaan air tasik itu "Eh.. dia nak muncul dah"
Dia yang dimaksudkan oleh Lynna adalah seorang penjaga pedang Excalibur iaitu Lady of the Lake. Buih-buih air tasik itu muncul di permukaan. Lalu keluar seorang gadis berambut panjang sehingga ke paras lutut. Rambut dia berwarna perang, pakaian dia seolah-olah seperti bidadari, senyuman dia membuatkan orang lain rasa tenang dengan kehadiran dia. Lalu dia berjalan ke arah Lynna dengan kedua tangannya terangkat. Lalu muncul sebilah pedang di tapak tangannya
"Itu ke pedang excalibur?" soal Solar
"Ya, itulah pedang lagenda yang kamu ingin cari" jawab Lynna
Pedang itu agak panjang dan mata pedang itu memang tajam. Sekali hayun sahaja, ianya boleh membuatkan seseorang luka dengan terus. Taufan, Blaze dan Thorn teruja melihat pedang itu. Lily pula, mata dia sudah bersinar-sinar dan hati dia asyik memaksa untuk pegang pedang tersebut
"Boleh ke Lily angkat pedang tu?"
"Boleh" Lalu Lady of the Lake itu berkata "Tapi awas.. kuasa pedang itu boleh mengawal diri kamu. Ianya boleh membawa ke arah kejahatan dan kerana itu pedang ini telah dibawah jagaan saya supaya tiada siapa dapat menyebarkan kejahatannya"
"Tapi Raja Author tu, bagaimana dia tidak boleh jadi jahat?" soal Solar
"Itu kerana pedang ini adalah hanya untuk Raja Author seorang sahaja. Orang lain yang memegang pedang ini, boleh jadi gila dengan kuasa" Lady of the Lake berkata lagi "Pedang ini dicipta khas untuk Raja Author dan dia juga berjaya menjadi seorang raja kerana hanya dia sahaja dapat keluarkan pedang itu keluar dari sebuah batu. Tiada siapa yang berjaya kecuali dia. Malangnya, Raja Author meninggal dunia akibat luka dia sangat mendalam. Dia telah dihantar ke sebuah negara iaitu Avalon dan disitulah dia disemadikan. Merlin sehingga sekarang masih menunggu kebangkitan Raja Author dan kerana itu, Merlin juga tidak akan munculkan diri selagi Raja Author tidak kembali"
"Sedih juga cerita dia" kata Taufan "Jadi, bagaimana dengan musuh dia si Lady Morgana tu? Dia tidak akan muncul semulakan?"
"Dia tidak akan muncul sebab akak sudah ceritakan kepada kamu semua. Lady Morgana sudah lama akak hapuskan dia"
Lady of the Lake mengangguk kepalanya. Dia juga tahu kisah itu kerana dia tahu tentang kehebatan Lynna dan rakan-rakan dia. Entah kenapa Lily tersenyum nakal dan senyuman itu makin lama makin lebar sehingga sampai ke pipi dia. Fang mula rasa risau dengan idea nakal dari Lily nanti
"Terima kasih Lady of the Lake. Rasanya sampai di sini sahaja pencarian pedang excalibur. Tiada apa lagi yang saya mahu kecuali dapat melihat pedang itu di depan mata saya sahaja"
"Eh! Tak kan dah tamat dah!" marah Blaze "Mana musuh kita? mana lawan-lawan? Mana boleh macam ni! Aku nak main bebola api aku dengan musuh-musuh kita nanti tapi tak kan, setakat ini sahaja! AKU TAK PUAS HATI!" Tubuh dia mula timbul bara-bara api
Lady of the Lake lesapkan dirinya bersama dengan pedang tersebut sebelum dia dapat menyaksikan keamukan Blaze
"Aku balik dulu"
"Solar!" Thorn pegang tangan Solar "Jomlah cari benda misteri yang baru macam misteri pedang Kapten Kaizo ke.. misteri tu belum lagi selesai. Ataupun misteri kenapa Fang masih lagi nak kejar populariti"
"Woi!" marah Fang
"Itu kau buat sendiri. Aku nak balik sebab nak cuba experiment baru"
"Ala!" Taufan rasa sedih melihat Solar meninggalkan mereka di situ "Tak seronoklah macam ni"
"AJAKLAH SI FANG TU! DIA KAN LEBIH KURANG PANDAI MACAM AKU!"
Taufan dan Thorn terus memandang Fang tetapi kelihatan, Fang tiada di situ. Dia sudah melarikan diri dengan menunggang helang bayangnya. Blaze sudah kembali tenang dengan pujukan dari Lynna tadi. Lalu mereka bertiga pandang satu sama lain sehinggalah Thorn mendapat satu idea. Lalu mata dia beralih ke arah Lily sambil tersenyum seperti orang tidak bersalah
"Hah! Apa kata kita cari katak untuk Lily! Mesti Lily suka nanti!" cadang Thorn
"Ok juga idea tu!" Blaze setuju dengan cadangan Thorn
"WHAT?!" Lily terus melarikan diri dengan bakul rotan dia dilemparkan ke dalam tasik "LANDAK! JANGAN TINGGALKAN LILY DI SINI!"
Lynna tersengih sedikit kerana tidak tahan dengan gelagat mereka yang mencuitkan hati. Sampai di sini sahaja pengembaraan mereka. Sekian terima kasih...
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hehehe.. macam mana? Suka tak? Kalau tak suka, maaf T_T
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com