Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Puji II

Pada suatu hari, di rumah Fang dan Kaizo

Fang - ABANG!

Kaizo - Kau nak apa, Pang?

Fang - ADIK MASIH LAGI TIDAK PUAS DENGAN ABANG!

Kaizo - Ingatkan dia sudah lupa sebab terlampau banyak sangat makan donut lobak merah.. rupanya dia ingat *bisik Kaizo*

Fang - Kenapa abang suka sangat puji si Boboiboy tu! Mentang-mentanglah dia ada kuasa terhebat yang boleh berpecah kepada 7.. dan adik ni, hanya ada kuasa bayang sahaja. Terus abang ketepikan adik.. apa salah diri adik? Adik kan adik kandung abang. Darah daging abang juga.. kenapa abang! kenapa! kenapa! WHY WHY WHY WHY! Oh kapten ku yang ganas ini, tidakkah anda mempunyai perasaan bangga dengan adik sendiri?

Kaizo - Kau ni.. YANG JADI EMOSI NI KENAPA? ITULAH KAU, BANYAK SANGAT MAKAN DONUT LOBAK MERAH! MANA SI LAHAP, SEPATUTNYA DIA KENA SUMBATKAN KAU 20 DOZEN DONUT LOBAK MERAH DEKAT KAU!

Fang - Adik sudah pergi campak dia dekat planet berapi sebab pergi bocorkan rahsia adik tentang kad kredit abang

Berkerut-kerut dahi Kaizo

Fang - Lupa pula.. sambung balik dengan kisah adik tak puas hati dengan abang

Kaizo - Panjang lagi ke bebelan kau?

Fang - Masih panjang lagi... adik mulakan bebelan adik dengan mengatakan ABANG BERAT SEBELAH! ADIK NI YANG BERUSAHA MENJADI PREBET PANG YANG TERBAIK, SANGGUP TINGGAL DI BUMI SEORANG DIRI UNTUK JALANKAN MISI KITA! Adik sanggup buat apa sahaja untuk abang dan untuk buktikan yang adik adalah yang terbaik selain daripada si budak oren tu! Adik juga sanggup menghadapi hukuman abang yang tahap sadis tu kerana adik sentiasa memandang tinggi dekat abang ku seorang kapten. Abang tak rasa kasihan ke dengan adik? Rasa simpati ke? Rasa bangga ke? Rasa adik ni sudah mencapai tahap hebat seperti abang ke? Eh... MANA ABANG AKU?

Rizu - Hehehe.. abang Paizo suruh Pizu gantikan tempat dia sebab dia malas nak dengar bebelan abang Fang tadi

Hati Fang terus berapi-api dengan abang dia sendiri

Fang - TAK GUNA PUNYA ABANG! RIZU!

Rizu - Yea abang Fang

Fang - Jom temankan abang pergi kedai donut.. abang perlukan donut lobak merah sebelum abang mengamuk tak tentu pasal

Rizu - YEAH! KITA PERGI MAKAN DONUT!

Fang - MAKAN DONUT LOBAK MERAH! TAPI GUNA KAD KREDIT ABANG AKU! MUAHAHAHAHAAA!

Kaizo - APA KAU CAKAP, PANG? PEDANG TENAGA!

Fang - LARI!

Fang mengangkat Rizu dan terus lari keluar dari rumah tersebut. Kaizo periksa dompet duit dia. Rupanya kad kredit dia masih lagi ada di dalam dompetnya. Terus Kaizo berkerut dahi

Kaizo - Cheh, tak guna punya adik.. jagalah kau nanti, Pang. Terimalah hukuman dari aku nanti.. hehehee

-----------------------------------------------------------------------------------

Part II

Fang - ABANG! ADIK SUDAH PULANG! ADIK ADA BELIKAN LOBAK MERAH TAPI KALAU ABANG NAK SUP LOBAK MERAH, ABANG BUATLAH SENDIRI!

Kaizo - Oh, suruh abang buat sendiri yea

Fang - Ala, kalau adik buatkan pun.. mesti takde puji dari abang. Baik tak payah buatkan

Kaizo - Menjawab pulak budak ni... tapi takpe sebab abang ada buat sesuatu untuk kau

Fang - Errr... biskut?

Kaizo - Bukan biskut tapi sup

Fang - Aik, apasal abang buatkan sup untuk adik pulak? Adakah sup itu adalah untuk minta maaf dekat adik sebab tak puji adik selama ini atau sup itu hanya menagih simpati sahaja

Kaizo - MENAGIH SIMPATI APA KEBENDANYA!

Fang - Hehehee... baiklah, adik akan rasa sup abang tapi adik akan menjawab secara jujur

Kaizo - Bagus.. tapi bukan setakat sup sahaja yang abang buat... ada 3 course meal.. hehehee.. kau kena habiskan semua dan tak kirahlah masakan abang itu, sedap ataupun tidak

Fang menelan ludah. Dia tabahkan hati dan telan sahaja semua seperti dia lakukan sebelum ini. Mereka berdua masuk ke dalam dapur. Fang terkejut sup berwarna merah di dalam sebuah periuk besar. Bukan itu sahaja, satu periuk nasi berwarna merah semerahannya dan juga satu kotak yang dipenuhi dengan donut lobak merah. Fang terliur melihat donut kegemaran dia walaupun dia baru sahaja menikamti donut lobak merah bersama Rizu di kedai donut yang ada di bandar Pulau Rintis

Kaizo - Kalau kau nak donut tu, kau kena habiskan sup dan nasi ni.. kalau tak habis, jangan harap kau akan dapat donut itu.. FAHAM!

Fang - FAHAM KAPTEN!

Kaizo - Kau ni.. kejap abang, kejap kapten...

Fang - Hehehee... saja

Kaizo - Hmmm... baiklah, kau boleh mulakan sekarang

Fang duduk di kerusi meja makan. Mangkuk dan sudu sudah tersedia di atas meja itu. Fang mengambil sup terlebih dahulu. Didalam hati dia mengatakan bahawa sup merah itu akan rasa masin, tak sedap dan tidak tahu bahan pelik yang abang dia bubuh di dalam sup tersebut. Dia mula menghirup sup merah itu. Lalu mukanya berubah menjadi merah dan Fang dapat rasakan kepedasan yang tidak terhingga

Fang - PEDASSSSSS!

Kaizo - Jadi.. kau tak nak habiskan sup tu? Tak habis, takde donut lobak merah untuk kau. Donut tu abang bagi kawan-kawan kau sahajalah

Fang - Ja-jangan.. adik.. akan.. habiskan sup dan nasi ni..

Kaizo - Bagus.. semoga berjaya

Fang - Kenapalah aku dapat seorang abang YANG TERSANGATLAH KEJAM! TIDAKKKKK!

Kaizo - Tadi kau kenakan aku, sekarang terimalah hukuman dari aku

Selama 4 jam Fang terpaksa habiskan sup dan nasi berwarna merah itu dan selama itulah dia menangis kerana tidak tahan pedas. Kasihan..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com