Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Kisah Kaizo

Pintu portal sudah dibuka. Kaizo melangkah masuk ke dalam portal itu dan lalu ianya ditutup oleh Ochobot. Sang alien tampan itu meminta bantuan Ochobot untuk menghantar dia ke sebuah tempat kesukaan Lynna iaitu di tepi lereng bukit yang menghadap seluruh kawasan perumahan. Kaizo tersenyum kecil apabila dia melihat Lynna sedang duduk di atas batang kayu dengan bakul rotan di tepi kakinya. Lynna masih lagi belum sedar dengan kehadiran Kaizo. Dia terlalu asyik melihat permandangan indah pada hari itu. Wajah Lynna kelihatan tenang dan senyuman manis dia membuatkan hati Kaizo berdegup dengan kencangnya. Kepala Lynna menoleh ke arah Kaizo. Senyuman dia berubah menjadi lebih indah, lebih mesra dan lebih manis

"Berapa lama kau berdiri dekat situ?"

"Baru 10 saat sahaja" balas Kaizo "Kau pula, sudah lama berada di sini? Maaf jikalau aku lambat sampai"

"Takdelah, kau tak lambat pun" kata Lynna "Kenapa kau tiba-tiba nak jumpa aku dekat sini?"

"Aku sebenarnya.." Kaizo duduk di sebelah Lynna "Hendak beritahu kau sesuatu"

"Kau nak tinggalkan bumi ke?"

"Tak" jawab Kaizo. Hati dia sedih sedikit apabila Lynna kata begitu "Kau ingat tak lagi cerita yang ingin aku sampaikan kepada kau?"

"Cerita kenapa kau tiba-tiba tegur aku dekat kedai Tok Aba?"

"Yea, cerita itu" Kaizo menarik nafas seketika "Aku sebenarnya lebih suka berdiam diri jikalau ada gadis cuba menegur aku ataupun aku tak pandang langsung mana-mana gadis yang lalu depan mata aku tapi kau..."

"Kenapa dengan aku? Apa yang membuatkan kau tergerak hati untuk menegur aku pada ketika itu?"

"Ceritanya begini.. kau ingat tak lagi semasa kau dan aku termasuk ke dalam lohong hitam dan bawa kita ke zaman silam aku. Pada waktu itu, aku masih kecil lagi"

"Oh.. ingat ingat!" kata Lynna "Masa tu kita dekat kapal angkasa kau kan. Kau cuba selamatkan aku daripada ditarik masuk oleh lohong hitam tu tapi tak berjaya"

"Yea"

"Jadi, kenapa dengan waktu itu?" soal Lynna

"Kerana waktu itulah aku bertemu dengan kau buat kali pertama" kata Kaizo sambil merenung jauh ke depan "Waktu itu aku katakan kepada diri aku yang kau kelihatan cantik. Selepas sahaja kau sudah pulang, aku pada ketika itu, masih teringat lagi wajah kau. Aku tidak pernah lupa tetapi aku jarang ceritakan kepada sesiapa tentang kau. Aku tak nak orang katakan aku ni berangan aje"

"Jadi, masa itulah kau bertemu dengan aku. Semasa kau kecil lagi"

"Yea Lynna" kata Kaizo "Tetapi ceritanya belum habis lagi. Selepas sahaja ibu bapa aku meninggal. Aku dan Pang hidup bersendirian dan aku terpaksa menjaga adik aku seorang diri. Apabila aku sudah berjaya menjadi seorang kapten yang terhandal, aku dan kawan baik aku si Devon tu, berusaha untuk selamatkan kesemua power sphera tetapi malangnya, pada malam itu, aku bergaduh dengan Devon. Kami mahukan benda yang berbeza"

"Aku ingat ketika itu" Kaizo terus melihat Lynna "Masa itu, aku, Yaya dan Tok Aba ada pada waktu itu. Lohong hitam yang hantar kami ke situ. Aku pergi siasat, sementara Yaya jagakan Tok Aba"

"Dan masa itu juga kau dengar pergaduhan kami" Lynna angguk kepalanya kepada Kaizo "Aku bergaduh dengan dia dan persahabatan kami putus di situ. Aku amat kecewa dengan tindakan dia. Aku cuba hendak mengubah pemikiran dia tetapi aku gagal dan akhir..." Air mata Kaizo menitis sedikit "Aku yang mengambil nyawanya. Adakah aku seorang sahabat yang jahat sehingga sanggup membunuh dia? Aku gagal sebagai sahabat baik dia"

"Tak Kaizo. Kau bukan begitu. Aku tahu kau sudah tiada jalan lain. Kau sudah berusaha untuk hentikan perbuatan dia tetapi dia tetap dengan pendirian dia" Lynna menatap mata Kaizo dan lalu berkata "Kau tak gagal, Kaizo tetapi dia yang gagal. Gagal untuk melihat apa yang baik dan apa yang buruk. Apa yang ada di dalam hati dia hanyalah dendam. Jangan fikirkan lagi Kaizo. Semuanya sudah berlaku dan kita pula, perlu jalankan kehidupan kita seperti biasa"

"Terima kasih, Lynna" ucap Kaizo dan lalu dia sambung bercerita lagi "Semasa aku dengan kehadiran kau di situ, pemikiran aku terus terlintas tentang apa yang berlaku sewaktu aku kecil dulu. Wajah kau membuatkan aku teringat semula dan hati aku terdetik untuk mengejar kau sebaik sahaja kau lari dari situ tetapi kau berjaya menghalang aku dan Lahap dengan menggunakan kuasa api kau"

"Sebelum ini, kau sudah mula lupakan aku?"

"Yea, aku lupa tentang kau selepas apa yang berlaku keatas ibu bapa aku tetapi dengan kehadiran kau semula, aku mula teringat kembali. Dari situ, aku ingin menyiasat siapakah kau tetapi aku ada misi-misi penting yang perlu aku lakukan. Semakin lama, aku semakin sibuk dan tiada masa untuk menyiasat dan mencari kau di seluruh galaxy. Jadi aku biarkan sahaja memori itu menjadi pudar tetapi nampaknya takdir ingin aku bertemu dengan kau lagi di planet ini" Kaizo sambung bercerita lagi "Planet bumi adalah dimana aku hantar adik aku untuk jalankan misi dia. Setelah dia selesai jalankan tugas dia, aku berikan pilihan samada dia mahu ikut kawan dia atau ikut aku pulang. Dia pilih untuk ikut kawan-kawan dia. Aku agak risau bila aku dengar dia berdepan dengan Borara tetapi aku rasa lega bila dapat tahu mereka berjaya mengalahkan Borara. Selepas itu, kerisauan aku datang semula apabila adik aku diculik oleh Ratu Lily. Kalau bukan si pontianak itu, tak mungkin aku akan tinggal di sini dan tidak mungkin aku dapat bertemu dengan kau semula di planet ini"

"Sebab itu kau tegur aku"

"Yea" kata Kaizo "Akhirnya aku dapat bertemu dengan kau semula dan akhirnya aku dapat berkenalan dengan kau. Pada ketika itu, aku tidak mahu lepaskan peluang. Jadi aku terus menegur kau walaupun aku rasa agak takut"

"Kenapa kau rasa takut? Aku bukan makan kau pun"

"Aku tahu tapi bagaimana kalau kau seperti aku. Tidak suka bila orang tegur dan hanya serius sahaja seperti aku"

"Hehehe... ala, masa tu pun kau nampak aku dalam keadaan ceria" Lynna tergelak sedikit "Tapi aku gembira kau ajak berborak pada ketika itu. Kau langsung tak berhenti bercerita dan aku pula, setia mendengarnya"

"Terima kasih kerana sudi mendengar kisah-kisah aku dan adik aku"

"Sama-sama"

Lynna tidak berkata apa seterusnya. Mereka hanya bertentangan mata sahaja dengan senyuman manis terukir di bibir masing-masing. Mereka terasa dunia terhenti sekejap. Ianya seolah-olah mereka sudah bersedia untuk membawa hubungan mereka yang lebih jauh dan bukan hanya sekadar kawan baik sahaja. Hati mereka mengatakan, mereka ingin bersama semula seperti dulu. Lynna membuka bakul rotannya dan membawa keluar sebuah termos kecil

"Apa yang kau bawa tu?" soal Kaizo

"Air kegemaran kau" kata Lynna "Aku buatkan khas untuk kau" Dia membuka penutup termos itu dan lalu keluarkan secawan plastik dan tuangkan air itu di dalam cawan tersebut

"Kau bawa ini semua sebab nak kita berkelah dekat tepi pantai ke?"

"Dah tu, kau juga yang cakap ingin berjumpa aku dekat pantai. Jadi aku sediakanlah semua ini"

"Lynna" Sang gadis itu terus pandang wajah Kaizo yang kelihatan ceria sedikit "Terima kasih kerana buatkan semua ini tapi kau tidak perlu susah-susahkan diri kerana aku selama ini, mana pernah buat benda istimewa untuk kau"

"Tidak mengapa, Kaizo" Lynna berikan cawan teh itu kepada Kaizo "Sebelum ini kau pernah buat sesuatu untuk aku. Kau sudah lupa ke? Aku ingat lagi kau bawa aku ke tepi pantai sebab nak ceriakan hati ku yang sedih kerana Ratu Lily. Lepas tu kita lepaskan tanglong ke udara. Hmm... apa lagi.. oh yea, semasa kau cuba pujuk aku. Kau bawa aku ke sebuah rumah banglow dan surprisekan aku dengan dinner yang paling indah sekali"

"Itu sebab kau nampak sedih. Orang pujuk suruh makan, kau tak nak. Jadi aku berbincang dengan adik aku bagaimana hendak ceriakan hati kau" jelas Kaizo "Dan pasal dinner tu.. hmm... itu pun aku minta tolong dari adik aku juga tapi kebanyakkannya, si Momoki yang berikan pertolongan. Dia yang aturkan kesemuanya"

"Takpe Kaizo. Aku tetap menghargai semuanya"

"Baiklah" Kaizo mengambil cawan teh itu dari tangan Lynna "Aku akan buatkan sesuatu yang istimewa khas untuk kau tanpa bantuan daripada adik aku atau sesiapa pun" kata dia dengan penuh yakin "Aku pasti, aku dapat lakukannya dengan baik"

"Err... ok" Lynna tersengih kecil "Tapi kau jangan stress sangat"

"Itu kau tak perlu risau" Kaizo berikan senyuman dia kepada Lynna

Mereka berdua kembali diam dan terus pandang ke hadapan sambil menikmati keindahan cuaca pada ketika itu. Lynna keluarkan sebiji pau kacang merah dari bekas makanan. Seperti biasa, Lynna belahkan roti pau kacang merahnya menjadi dua dan berikan sebahagian pau itu kepada Kaizo. Mereka makan bersama tanpa berkata apa

---------------------------------------------------------------------------------------------------

"HAH! ABANG PERGI MANA TADI!"

Kaizo terus ketuk kepala adiknya sebaik sahaja dia melangkah keluar dari pintu portal yang dibuka oleh Ochobot sebentar tadi. Dia sudah pun kembali ke kedai Tok Aba. Rakan-rakan adiknya dan juga Faye, ada di kedai tersebut. Fang kelihatan marah sedikit kerana diketuk oleh abang dia sendiri

"Kau sibuk sangat nak tahu kenapa? Suka sangat nak tahu kemana abang pergi"

"Mestilah kena tahu" balas Fang dengan nada kasarnya "Kalau apa-apa terjadi dekat abang, macam mana adik nak cari. Mesti abang akan hilang entah kemana dan adik pula, terpaksa pergi cari seorang diri. Tak dapat bayangkan seorang kapten tersohor kena culik dengan orang jahat. Mesti ramai akan terkejut nanti"

"Kau ingat aku ni mudah sangat ke?"

"Hmmm.. tak" jawab Fang kepada abangnya "Tapi manalah tahukan, musuh abang tu terlalu kuat, sampai dia buat abang pengsan, lepas tu dia bawa abang lari ke planet lain dan kami disini sebagai adiwira yang terkenal, terpaksa pergi selamatkan seorang kapten yang kena culik tu"

"Beranganlah kau" bisik Gopal tanpa di dengari oleh Fang dan lalu dia berkata sesuatu "Wei Fang, tadi kau tanya abang kau pergi manakan. Hah, kali ni aku pula nak tanya kau, mana kau dan Yaya pergi tadi?" Terus dia berikan senyuman sinisnya kepada Fang

Yaya mula pandang ke tempat lain. Dia seperti berpura-pura tidak dengar soalan Gopal tadi. Bella mula melirik matanya ke arah Fang dan selepas itu ke arah Yaya. Boboiboy menepuk dahinya kerana tidak sangka Gopal boleh soal begitu kepada sang landak yang suka mengamuk tak tentu pasal. Ying dan Faye tergelak kecil di dalam kedai Tok Aba

"Itu kau tak perlu tahu"

"Haih, jawapan kau pun sama aje macam abang kau" kata Gopal "Adik dan abang sama aje perangai"

"Silap tu" Bella mula berkata "Adik perangai macam nak kena penampar dan abang dia pula, perangai cool and garang tapi adakalanya, macam nak makan orang tapi... ada tapinya... dua-dua suka sangat mengamuk! macam seekor landak dan seekor itik mengamuk tak tentu pasal. Kalau dua-dua bergabung, boleh huru-hara Pulau Rintis ni. Jadi, berhati-hatilah semua sebelum mereka berdua keluarkan kuasa super saiya mereka.. hehehehe"

"Woi, bila masa landak mengamuk tak tentu pasal"

"Ada" Bella mula tersenyum sinis sambil melihat Fang "Depan mata aku ni ada seekor landak yang suka sangat mengamuk tapi gilakan populariti tapi tak pernah-pernah nak popular. Kasihan.. entah bila nak popular, tak tahulah. Kalau popular pun, mesti dalam 1 hari sahaja. Tak macam Boboiboy, boleh dikatakan setiap hari populariti dia tak pernah merundum, semakin meningkat adalah"

Hati Fang mula naik panas dengan Bella. Dia menggenggamkan kedua-dua tangannya dengan kuasanya timbul di seluruh badan sang alien berambut cacak itu. Boboiboy, Yaya dan Ying mula rasa cemas. Mereka bertiga takut jikalau Fang mengamuk tak tentu pasal. Yaya terus tunjukkan biskut dia buat di depan mata Fang. Biskut itu berbentuk seperti donut lobak merah, donut kegemaran Fang

"ERK!"

Boboiboy, Gopal, Ying, Faye dan Bella terus menjadi takut kerana biskut Yaya adalah diantara biskut paling berbisa. Biskut itu boleh membuatkan seseorang pengsan ataupun keluar masuk bilik air tidak henti-henti. Fang sangkakan itu adalah donut betul. Lalu dia mengambil biskut tersebut dari tangan Yaya. Baru dia sedar bahawa itu bukan donut lobak merah tetapi biskut Yaya. Sekilat pantas dia lari dari situ kerana takut dengan biskut tersebut

"EH! Kenapa dia lari!" Yaya terus terbang dan kejar Fang "KENAPA KAU LARI? Marilah rasa biskut baru aku!"

"Hmm... apasal si Pang tu? Malu nak makan ke?"

"Hehehe.. entahlah abang Kaizo" Boboiboy tersengih sedikit "Mungkin ada sesuatu yang dia lupa nak buat kot"

"Ohhh... harap-harap dia ingatlah tu" kata Kaizo "Kamu semua ni sudah habis ulangkaji ke?"

"Sudah abang Kaizo!" jawab Boboiboy, Gopal, Ying, Bella dan Faye secara serentak "Kami dekat sini nak rehatkan diri"

"Bagus semuanya" Tok Aba hidangkan ice chocolate blended setiap seorang yang ada di situ "Minum semua, kejap lagi atuk hidangkan cekodok chocolate pula"

"Jangan lupa chocolate waffle sekali!"

"Amboi, melebih pulak dia tapi chocolate waffle tu jangan lupa bayar yea" Gopal terus tersengih kepada Tok Aba "Jangan nak tersengih sangat" Lalu Tok Aba berkata kepada Kaizo pula "Kamu nak air teh hijau ke atau air lain?"

"Teh hijau" jawab Kaizo secara ringkas "Tapi rasanya sudah banyak sangat air teh hijau saya minum hari ni. Kalau begitu, air kosong sahajalah"

"Air kosong sahaja?" soal Ochobot

"Yea, air kosong sahaja"

"Wah, abang Kaizo pergi minum dengan siapa tadi?" Mata Faye bersinar-sinar sambil bertanyakan kepada Kaizo "Dengan buah hati ke? Hehehehe"

"Bukan minum sahaja, siap makan sekali" kata Kaizo "Tapi yang korang nak sibuk sangat macam si Pang tu kenapa? Semua benda korang nak tahu"

"Biasalah abang Kaizo, kalau tentang kisah cinta abang Kaizo dan kak Lynna, kita orang mesti nak sibuk juga! KERANA KISAH CINTA ITU ADALAH PALING PENTING SEKALI!" kata Bella dengan penuh semangat "Dari dulu sampai sekarang kami berikan sokongan dengan hubungan putera galaxy dan puteri fantasi! Bestnya!"

"Yelah tu" Kaizo gelengkan kepalanya "Macam-macam betul kamu semua ni"

"Hehehe.. biasalah abang Kaizo. Kami ni sudah terpengaruh dengan si Fang yang nak sangat abang Kaizo dan kak Lynna bersama" Boboiboy tersenyum kecil "Kita orang memang ikhlas"

"Hmmm... terima kasih" Kaizo tidak tahu hendak berkata apa. Jadi dia menjadi pendengar setia dengan perbualan remaja-remaja itu

Mereka gelak ketawa di kedai Tok Aba dan tiada siapa pun yang perasan ada seseorang sedang memerhatikan mereka dari jauh. Semenjak kepulangan Kaizo tadi, Nick sudah lama perhatikan. Dia tidak terkejut melihat Kaizo melangkah keluar dari sebuah portal. Dia juga tidak terkejut apabila bayang-bayang hitam timbul di tubuh badan Fang dan juga Yaya terbang ke udara untuk mengejar Fang

"Betullah apa yang dikatakan dia hari tu" bisik Nick

Beberapa hari yang lepas, Nick sibukkan diri dengan mencari maklumat tentang Kaizo tetapi apa yang dia dapat hanyalah kosong. Dia ada juga pergi meminta pertolongan dari kawan dia yang bekerja sebagai polis tetapi tetap tiada maklumat tentang Kaizo. Nick menjadi semakin curiga. Adakah Kaizo tidak wujud selama ini? fikir Nick. Lalu dia mencari data tentang Lynna di internet iaitu laman deep web. Apa yang dia jumpai, amat mengejutkan dia. Nama Lynna sentiasa muncul di dalam kes-kes yang berkaitan dengan kes tidak dapat diselesaikan. Satu per satu dia membaca semua kes-kes tersebut. Semuanya membuatkan Nick menjadi tertanya-tanya

"Lynna ni siapa sebenarnya? Kenapa dia selalu muncul dekat dalam kes-kes macam ni?" bisik Nick sambil melihat gambar-gambar Lynna yang diambil dari jauh "Apakah Lynna tahu sesuatu tentang Kaizo? Adakah mereka dikaitan dengan perkara-perkara mistik?"

Semuanya masih misteri buat Nick. Dia masih tidak berpuas hati. Dia tidak berputus-putus mencari maklumat tentang Lynna dan akhirnya dia menjumpai sesuatu yang membuatkan dia terkejut seketika. Mengikut laman itu, Lynna memang ada kaitan dengan alam mistik. Ada juga beberapa gambar menunjukkan Lynna sedang menggunakan kuasa dan ada juga gambar yang dia berada di Pulau Rintis. Selain daripada gambar Lynna, ada juga gambar Boboiboy dan rakan-rakan dia sedang menggunakan kuasa. Nick tahu tentang Boboiboy mempunyai jam kuasa tetapi dia tidak tahu kuasa itu adalah dari teknologi alien. Dia baca apa yang tertulis di dalam laman web tersebut. Ianya menceritakan tentang kisah Lynna yang penuh misteri dan ada juga kisah Kaizo tetapi ianya sangat pendek. Penulis laman itu tidak tahu bahawa Kaizo adalah alien dan tidak pasti dengan kewujudan Kaizo di Pulau Rintis

"Hmm.. misteri betul tapi betul ke?"

"Betul tu.. ianya memang misteri"

Meremang bulu roma Nick. Dia pusing kebelakang untuk melihat siapa yang bersuara tadi. Hanya dia seorang sahaja yang berada di dalam rumah itu. Dari pagi hingga ke lewat malam, dia tidak keluar dari rumah hanya semata-mata untuk mencari maklumat tentang Lynna

"Mungkin aku terlalu penat sangat sampai dengar benda yang bukan-bukan" bisik Lynna "Baik aku berhenti dan pergi berehat"

Nick bangun dari kerusinya dan mula mengemas meja makan. Mangkuk kosong dia mula mengangkat dan kutip sisa-sisa yang terjatuh di atas lantai dan juga meja. Dia kelihatan penat dan mengantuk. Ketika dia pusing kebelakang, mangkuk yang dia pecah terlepas dari tangannya kerana terkejut. Mata dia terpandang seorang gadis sedang duduk bersila sambil terapung di dalam rumahnya. Rambut dia panjang, kuku dia yang panjang dan berwarna merah dan bibir dia juga berwarna merah. Riak wajah dia kelihatan sombong sedikit. Baju dia tidak berlengan tetapi ada sehelai selendang hitam melilit di kanan tangannya.

"Ka-kau siapa?" Mata Nick terkebil-kebil melihat gadis itu "Ini hanyalah khayalan aku sahaja"

"Ini bukanlah khayalan Nick" Gadis itu mula turunkan kakinya sehingga mencecah lantai dan lalu berdiri di hadapan Nick "Dan ini juga buka mimpi"

"Jadi kau siapa? Macam mana kau boleh masuk dalam rumah aku? Jangan cakap kau adalah hantu. Kau pun macam Kaizo juga ke?" Nick mula berpeluh kerana ketakutan melihat gadis itu semakin lama semakin dekat dengan diri dia "Kau jangan datang dekat"

"Aku bukan macam si Kaizo tu tapi aku boleh dikatakan seperti Lynna juga" Gadis itu berhenti berjalan "Nama aku adalah Lady Poisen. Aku adalah seorang gadis dari dunia bawah tanah"

"Du-dunia bawah tanah?"

"Yea, dunia yang penuh dengan makhluk seperti aku" kata Lady Poisen "Tapi jangan risau, Lynna bukan dari dunia aku. Dia dari dunia ini cuma dia ada keistimewaan yang amat luar biasa"

"Ma-maksud kau?"

"Kau tadi lihat gambar-gambar Lynna menggunakan kuasa. Itu adalah Lynna yang sebenarnya. Dia mempunyai kuasa yang amat luar biasa dan sama juga seperti aku tetapi aku inginkan kuasa Lynna. Kuasa aku tidaklah sehebat dia"

"Kenapa kau nak kuasa dia pula? Apa kena-mengena dengan kau"

"Nick.. Nick" Lady Poisen mula bergerak ke depan dan Nick pula, berundur sedikit demi sedikit "Jangan risau, aku tak kan apa-apakan kau. Aku cuma ingin menolong kau"

"Tolong aku?"

"Yea, tolong kau" Lady Poisen mula tersenyum sinis "Aku boleh satukan kau dengan Lynna semula"

"Tapi dia.. aku..." Nick tidak dapat berfikir dengan sempurna pada ketika aku "Dia... dia manusia tetapi... aku tak boleh terima semua ini. Si Kaizo tu hantu ke?"

"Hehehe.. dia bukan hantu tetapi dia adalah alien"

Nick terduduk dan tergaman sedikit. Betul dia dengar bahawa Kaizo itu adalah alien? Nick tidak percaya semua ini. Dia selama ini, tidak pernah terfikir semua benda ini wujud di dalam dunia

"Alien? Kaizo ialah alien?" bisik Nick "Jadi selama ini Lynna bercinta dengan alien? Katakanlah ini semua hanyalah mimpi sahaja. Aku tak percaya kuasa, alien, benda-benda mistik ini wujud. Benda ni semua adalah sesuatu yang gila!"

"Ini bukan mimpi. Ini adalah realiti" Lady Poisen bersilang tangan dan lalu dia melutut di depan Nick "Jadi, kau nak bersama dengan Lynna"

"Aku... aku.. aku tak tahu"

"Jangan risau, dia akan kembali kepada kau"

"Tapi.." Lady Poisen terus letak jari tunjuknya di bibir Nick

"Jangan tapi tapi.. aku akan bantu kau dan Kaizo akan hilang dari dunia ini. Aku juga boleh tolong kau untuk yakinkan Lynna lepaskan kuasanya. Aku pasti jauh di hati Lynna, dia mahukan kehidupan yang normal"

"Maksud kau?"

"Kehidupan yang tidak lagi diganggu oleh makhluk-makhluk seperti aku" Lady Poisen tersenyum sinis lagi "Kehidupan yang sempurna, yang tidak perlu dia lari ke sini kerana mengejar makhluk jahat, kehidupan yang membolehkan bawa dia ke arah kebahagiaan. Aku pasti, kaulah orangnya bukan si Kaizo tu. Kau tahu tak Kaizo tu juga mempunyai musuh yang tersendiri. Yea, selama ini aku perhatikan mereka berdua. Ada sahaja musuh yang datang dan menyerang mereka berdua. Apabila Lynna berada di jauh daripada Kaizo, dia bertungkus-lumus hapuskan musuh dia bersendirian. Kawan-kawan dia semuanya ada urusan tersendiri"

"Kawan Lynna pun sama juga?" Nick menjadi semakin keliru

"Yea Nick.. mereka juga sama dan mereka kelihatan bahagia kerana setiap musuh datang menyerang, mereka tidak perlu lakukan kerana Lynna sahaja yang boleh uruskan. Mesti jauh dihati dia rasa bersalah jikalau kawan-kawan dia ikut menghapuskan musuh-musuh mereka"

"Jadi kau nak Lynna bahagia tanpa kuasa dia tu?"

"Betul tu. Kau bahagiakan. Berikan apa yang dia mahukan dan jangan risau tentang Kaizo, aku ada rancangan untuk dia. Selepas itu, kau akan mengambil peluang ini untuk kembali bersama dia semula"

"Aku.." Kepala Nick tertunduk sedikit "Aku mahu bersama dengan dia semula tetapi bukan dengan cara ini. Aku mahu dia bahagia walaupun orang yang dia cintai itu adalah seorang alien. Aku tidak mahu musnahkan kebahagian dia"

"Hmm... jadi kau pun tak merasai kebahagian itu bersama dia?"

"Aku mahu tapi bukan dengan cara ini" Nick angkat kepalanya sedikit dan lalu berikan renungan tajam kepada sang gadis itu "Tapi aku boleh nampak niat jahat kau. Aku tidak akan benarkan kau hancurkan kebahagian Lynna. Aku tidak mahu bersekongkol dengan KAU!"

"Kau memang degil tapi tidak mengapa. Kau hanyalah manusia biasa dan aku boleh mengarah kau dengan petik jari sahaja. Kau akan ikut arahan aku dan aku akan janjikan apa yang kau ingin"

"TAK NAK!"

"Kau sudah terlambat" Mata Lady Poisen mula berubah menjadi hitam dan hanya satu tenungan sahaja, Nick terkena pukauan dari dia "Aku mahukan kau letakkan setitik air beracun ke dalam minuman Kaizo. Pastikan dia minum air itu dan pastikan juga kau berpura-pura tidak tahu apa yang berlaku"

"Baiklah, aku akan berikan air itu kepada Kaizo. Aku mahu Kaizo hilang dari bumi ini"

"Bagus.. pandai kau terima arahan aku" Lady Poisen tersenyum sinis lagi. Lalu dia tadah tangannya di hadapan Nick. Satu botol kecil muncul sekelip mata di tapak tangan dia "Kau ambil air ini dan jalankan arahan aku. Selepas sahaja dia minum, Lynna pasti di genggaman kau. Aku akan bantu kau untuk menang hati Lynna semula"

"Terima kasih, Lady Poisen"

Begitulah Nick mengetahui tentang identiti Kaizo dan Lynna. Dia masih lagi dibawah pukauan Lady Poisen. Dia tidak boleh bertindak dengan sendirinya kerana semuanya dibawah kawalan Lady Poisen. Kata-kata dari sang gadis itu, membuatkan hati dia yang suci murni berubah menjadi dendam dengan Kaizo. Dia tidak kisah jikalau Kaizo mati kerana dia hanya mahukan Lynna sahaja. Dia akan buat apa sahaja untuk musnahkan Kaizo. Dia akan tunggu peluang yang terbaik untuk letakkan air racun di dalam minuman Kaizo. Sekarang ini, dia hanya mahu melihat dari jauh untuk sejauh mana kebenaran Lady Poisen. Nampaknya, apa yang dikatakan oleh gadis itu memang benar. Bukannya tidak percaya selepas dia melihat gambar-gambar Lynna mengunakan kuasa di internet tetapi dia ragu-ragu jikalau gambar itu adalah betul ataupun tidak. Sekarang, sudah terbuktinya di depan matanya sendiri walaupun tiada kehadiran Lynna pada ketika dia

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"PANG!"

"Yea abang" Kaizo terbayangkan adik dia keluar dari dapur sambil korek hidung tetapi alangkah bayangan dia itu tidak menjadi kenyataan "Abang nak apa?"

"Abang perlukan idea untuk berikan kejutan untuk dia"

"Nak adik bantu ke?" Riak wajah Fang kelihatan bersemangat "Adik boleh panggil kawan-kawan adik"

"Tak perlu" jawab Kaizo

"Habis tu, apasal panggil adik?" marah Fang "Kalau tak perlu pertolongan adik, tak payahlah panggil. Buang masa adik sahaja"

"Sebab abang rasanya sudah bersedia untuk melamar dia"

Terus Fang pengsan di ruang tamu rumahnya. Faye melompat-lompat keluar dari biliknya kerana terlebih suka dengan pengumuman Kaizo tadi. Dia tersenyum lebar sehingga berangan diri dia di dalam pakaian bridesmaid yang berwarna putih dan sedikit keunguan

"Betul ke abang Kaizo nak melamar kak Lynna! Tak sabar nak beritahu mummy dan daddy! Kalau atuk dan nenek tahu, mesti dia orang akan ke sini hari ini juga! BESTNYA!"

"Kau jangan mengada nak beritahu mereka" kata Kaizo dengan nada garangnya

"Ke-kenapa?"

"Sebab masih belum ada idea bagaimana nak melamar dia dan ianya belum lagi berlaku tapi... kau rasa tidak terlalu awal ke nak melamar dia?"

"Hmmm.. bagi Faye" Dia mengusap dagunya "Masih awal lagi tapi kalau abang Kaizo sudah bersedia dan sudah terlalu yakin, jadi abang Kaizo teruskan sahaja"

"Tapi aku takut kalau dia tidak menerima lamaran aku" Kaizo duduk di atas sofa dengan perasaan ragu-ragu di dalam hatinya "Aku takut dia yang belum bersedia dan hubungan kami baru sahaja bermula semula. Hubungan kita bukan seperti dulu lagi"

"Then, abang Kaizo tangguhlah dulu. Tunggu sampai kak Lynna betul-betul bersedia"

"Mungkin aku kena tangguh dulu" Kaizo bersandar di sofa itu "Aku juga tak nak memaksa dia. Lagipun aku baru sahaja cerita dekat dia kisah sebenarnya"

"Kisah sebenarnya?" Fang baru bangkit dari pengsan "Hah! Kisah apa yang adik tak tahu tu! Abang cuba nak rahsiakan daripada adik ke?"

"Sibuk aje kau ni" Nada Kaizo bertukar menjadi garang semula "Kau pergi pengsan balik"

"Adeh abang Kaizo, boleh pulak macam tu" Faye gelengkan kepalanya "Tapi apa-apa pun, abang Kaizo fikir-fikirkan dulu sebelum buat keputusan terburu-buru. Faye pun takut kalau kak Lynna lari nanti sebab belum bersedia"

"Ha ah, adik pun sama macam Faye. Abang hanya mahukan yang terbaik untuk abang dan juga kak Lynna. Adik mahu melihat kebahagian abang"

"Terima kasih" kata Kaizo. Lalu dia berdiri dan berdepan dengan dua orang remaja itu "Kamu berdua jangan ceritakan kepada sesiapa termasuklah si kepala mereng tu"

"Si kepala mereng?" Faye terfikir-fikir, siapakah si kepala mereng itu. Lalu dia mendapat idea siapakah orang itu "Maksud abang Kaizo, si kepala mereng tu ialah Lily ke?"

"Yea, si Lily tu lah"

"HAHAHAHA! SI KEPALA MERENG! Abang memang terbaik!" Fang ketawa sehingga keluar air matanya kerana terlampau gembira. Faye bermasam muka kerana tidak berpuas hati dengan Fang dan Kaizo "Hahaha... ala Faye, abang aku tu bergurau aje tu.. hehehe"

"Yelah, berguraulah" Faye terus bersilang tangan

"Janji dengan aku yang korang tidak akan cerita kepada sesiapa!"

"JANJI ABANG KAIZO!" kata mereka berdua

Kaizo cukup berpuas hati dengan mereka berdua. Lalu dia naik ke atas untuk fikirkan satu kejutan khas untuk Lynna. Mungkin bukan kejutan lamaran, tetapi ianya adalah kejutan untuk mengembirakan hati Lynna sahaja dan juga melihat senyuman Lynna yang menawan itu

-------------------------------------------------------------------------------------

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com