Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥
Taman Rahsia Khadijah

Taman Rahsia Khadijah

744 10 16

Angker dari mula, tugasan penulisan biografi seorang jutawan bernama Dhul Fiqar seakan memerangkap Aki Maylea. Hatinya penuh debar, emosinya dikacau seorang jejaka berkaca mata hitam. Sesi temu ramah yang tegang, Dhul Fiqar yang dingin dan seringkali muncul tanpa diundang, Aki Maylea sepertinya terburu dek drakula. "Muncul bila kau mahu. Dua minggu tanpa khabar. Kemudian muncul menolong aku. Selepas itu berperangai dingin, seperti tidak suka. Beri aku bunga. Ini...ada yang tak kena." - Aki Maylea "Maafkan aku Aki. Tapi aku tidak dapat berjauhan dengan kau lagi" - Dhul Fiqar. Dhul Fiqar melihat Aki Maylea sebagai seseorang yang pernah dicintai. Begitupun Aki Maylea dirasuk obsesi misteri kematian Orkid Khadijah, isteri Dhul Fiqar. Demi fail kes jahanam itu, dia membantu Detektif Megat dalam penyiasatan kes perempuan hilang di kota. "Kalau kau benar Aki, kes ini memang saling berkait antara satu sama lain." - Detektif Megat "Kehilangan mereka ini terancang. Kau sedang mengejar seorang pemangsa." - Aki MayleaTingkahnya memakan diri sejurus membelakangi Dhul Fiqar. Kes Taman Rahsia Khadijah memburu Aki berserta penemuan aneh di rumah ladang milik Dhul Fiqar di pedalaman. Salangkan yang menjadi mangsa adalah Dhul Fiqar. Aki Maylea rimpuh. Di mata Dhul Fiqar dialah seorang penyihir yang menyembunyikan magis di tangan yang bersarung hitam. Sepertinya ada tangan yang tidak kelihatan menjatuhkan Aki Maylea dan Dhul Fiqar ke jerangkap yang sama. Ada seseorang yang meraikan kekejaman dan menyorok rupa dalam kegelapan. Yang terlihat seorang namun berdampingan. Yang dibutakan adalah Aki Maylea. Apa nasibnya perempuan-perempuan yang hilang tanpa diketahui pangkal cerita mereka? Apa kebutaan ini akan menuntun Aki Maylea dan Dhul Fiqar keluar daripada jelik kegelapan yang menjebak mereka di Taman Rahsia Khadijah?…

Anak Perempuan Dato' Pengarah

Anak Perempuan Dato' Pengarah

13,379 558 15

Anak Perempuan Dato' Pengarah…

Terindah Pernah Ada

Terindah Pernah Ada

2,250 75 16

ANGKUH! Sentiasa mendongak ke langit tanpa pedulikan perasaan orang lain. Dengan penampilan serba hitam seperti burung gagak, bibir turut dioles dengan lipstik rona gelap, sekali pandang memang tak berkenan dek hati. Miss Gothik gelaran yang diberi oleh orang sekeliling. Namun siapa sangka di luar nampak keras tetapi hati di dalam sangat fragile. Kerana kurang kasih sayang sejak kecil, ditambah dengan peristiwa ditinggalkan sehari sebelum majlis pernikahan, IFTINAN berubah untuk nampak kuat di mata semua orang. Lantaran sikapnya yang tiada perasaan, setiausahanya sering bertukar ganti. Kali ini dia perlukan seseorang yang menepati cita rasanya."Kalau boleh I nak lelaki yang solo rider. Boleh ikut I ke mana saja tanpa alasan dan kerenah. Seseorang yang boleh terima arahan dan buat kerja dengan cekap. Mesti cepat belajar juga. I tak suka yang ada rupa tapi otak kosong. Faham?" - IFTINAN'Aduh... Kenapa aku rasa lain macam ni? Psiko ke dia ni? Dia cari secretary atau jantan simpanan?' - IYYADHidayad Mifhdal, lelaki yang cukup simple. Yang simple itulah mampu menggoyah hati wanita yang dibencinya. Pertemuan pertama dengan Iftinan mengheretnya ke dalam selautan rasa benci dan meluat. Ugutan demi ugutan memaksanya terus kekal dan setia bersama wanita yang digelar lanun itu!"Puan ke lanun... Errr, maksud saya puan ke yang langgar motor Honda saya?" - IYYAD"Oh, finally you ingat I, pretty boy from Mars. I la lanun yang langgar motor buruk you tu. Muka you masih sama... macam skink!" - IFTINANHati yang keras itu semakin lembut apabila Iftinan menempuh pelbagai peristiwa bersama Iyyad. Rasa benci yang lama bersarang luruh menyembah bumi. Perlahan-lahan hubungan yang dingin itu mula bertukar rentak tarinya. Tanpa sedar dia sudah menyerahkan hati kepada lanun yang sebenarnya. Mampukah dia sambut cinta baru itu?…

Pergilah Sayang

Pergilah Sayang

3,186 105 15

Berakhir sudah ikatan suci yang dijalin selama ini dengan penuh cinta dan sayang. Pedih hati Fatihah tidak dapat digambarkan saat Khairul terpaksa menceraikannya. Mereka harus berpisah. Jodoh antara mereka sudah habis."Maafkan abang. Abang sudah mungkir janji untuk menjaga Tihah dengan baik. Abang tak mampu tunaikan janji-janji abang."Dengan linangan air mata jantan itu, Khairul menghantarnya pergi. Tak Fatihah duga begini akhirnya kisah mereka. Khairul malah tega memilih untuk pergi bersama yang lain. Menyandang status janda, bermulalah fasa menerima penghinaan demi penghinaan. Seolah-olah menjadi janda itu berdosa. Di bumi Dalat yang indah, dia menemui Mustaza. Mustaza yang ringkas orangnya, tidak cerewet, anak yang soleh. Cuma sayang, tidak bekerja. Itulah, siapa suruh tampar orang masa kerja? Kan dah diberhentikan. Tapi Mustaza lain, dia rajin kopek udang untuk Fatihah."Terima kasih awak sebab dah tolong buang kulit udang." - Fatihah"Simpan nombor telefon saya. Nanti kalau nak makan udang awak telefon saja saya." - Mustaza"Masalahnya kalau awak nak nombor telefon saya, cakap ajelah. Jangan nak bagi alasan udang bagai." - Fatihah"Saya nak nombor telefon awak sebenarnya." - Mustaza"Kan senang bagi tau awal-awal." - Fatihah Tidak lama kemudian, barulah Fatihah tahu sebenarnya Khairul hanya diperangkap untuk berkahwin dengan Delisha. Khairul tak pernah melupakan cinta pertamanya. Perkahwinan dengan Delisha langsung tidak membuahkan bahagia. "Sayang abang pada Tihah takkan berubah sampai bila-bila. Abang tetap sayang Tihah dan dalam hati abang hanya ada Tihah seorang."Hanya hati Fatihah yang dapat memilih. Dia nekad. Bahagia itu perlu diusahakan, ia takkan datang sendiri. Jalani sahaja hidup mengikut jalinan takdir yang telah ditentukan. Dan siapakah yang akan menemaninya mengharungi takdir cinta terindah itu?…

Tiada Noktah Cinta

Tiada Noktah Cinta

1,266 30 15

Tiada Noktah Cinta.…

Lelaki Astatine

Lelaki Astatine

10,375 277 16

"Astatine, saya rasa Tuhan bencikan saya". - ESHAL ELZAHRAItulah yang Eshal rasakan seumur hidupnya. Dia bencikan takdir yang selalu tidak adil dengannya. Dia tidak bahagia. Dia jadi dingin. Perengus. Pesimis. "Kenapa kita nak pandang satu masalah kalau kita ada seratus sebab lagi untuk bersyukur?"- ARDEAN TUFAILItu pula Ardean Tufail a.k.a A.T. Dia lelaki hebat yang punya segala-galanya. Dia menilai hidupnya sebagai sesuatu yang pernuh keberkatan. Ceria seperti sang mentari. Tenang. Optimis. Selain spesies jarang seperti astatine, Ardean juga umpama beruang kutub yang imun dengan suhu Artik Eshal. Hanya dia yang berani lagi selamba mengurat Eshal si Elsa The Snow Queen."Be my star, Eshal. I promise I will orbit around you only." - ARDEAN TUFAILDetik bersama Ardean merupakan detik terindah dalam hidup Eshal. Daripada hubungan di antara ketua dan pelajar intern, mereka kini menjadi lebih rapat. Namun, satu kejadian malang telah mengubah takdir hidup Eshal. Eshal jatuh ke fasa tergelap dalam hidupnya. "Allow me to make you happy, allow yourself to be happy."- ARDEAN TUFAILArdean nekad untuk menghulurkan tangan. Dia mahu Eshal yang hanyut berpaut padanya. Dia memilih untuk sentiasa berada di sisi Eshal. Dia mahu menjaga Eshal. "Awak akan menyesal, Ardean!" - ESHAL ELZAHRADan Ardean akan pastikan sebaliknya. Sepuluh kali Eshal tersungkur, sebelas kali dia akan menarik Eshal bangun. Dan dia, tak akan pernah mengalah! Berdamailah dengan takdir. Ini bukanlah sekadar kisah cinta. Ini adalah kisah seorang wanita yang cuba untuk bangkit dan menjadi insan yang lebih baik."Saat kamu merasakan dirimu paling lemah, itulah sebenarnya saat dirimu yang paling kuat."…

AKSARA

AKSARA

1,181 33 16

Kata orang, cinta itu saling melengkapi. Itukah yang dimaksudkan bila Arjuna Nara, jejaka bisu dipertemukan dengan Embun, gadis buta? "Kalau awak ada dekat saya, awak kena ketuk dua kali macam ni. Okey?" - Embun Kemunculan Embun di teratak keluarga Arjuna Nara membuatkan jejaka itu tertanya-tanya, siapa Embun sebenarnya. Rasa ingin tahunya terhadap gadis bermata hazel dengan tompok abu-abu itu memicu pendekatan di antara mereka. Daripada salah faham yang besar, mereka menjadi tempat bersandar untuk satu sama lain. Sayangnya, Embun tidak dapat melihat dan Arjuna pula tidak dapat bersuara; menjadikan perasaan yang kian membuak tiada cara untuk dilafaz kepada satu sama lain. Yang mereka ada, hanyalah bunyi ketukan yang maksudnya sering kali samar-samar. "Ada beberapa hal dalam hidup yang kita perlu ungkapkan aksaranya tetapi takdir tak pernah menyebelahi kita berdua. Memandangkan saya tak dapat bersuara dan awak tak dapat melihat: saya suka awak, Embun. Sangat." - Arjuna Nara Bila hati mula mengenali 'rumahnya', rahsia masa lalu terkuak, membawa kekecewaan dan pelarian Arjuna. Dalam perjalanan yang penuh tipu daya, perasaan benci muncul, menciptakan jurang di antara cinta dan keluarga. Akankah jurang itu tertutup semula atau... mungkinkah ini satu lagi kisah cinta pertama yang selamanya akan ada tempatnya dalam hati, tetapi hilang tempatnya dalam hidup?…

Panahan Matamu

Panahan Matamu

1,297 41 15

FARAH DINA seorang doktor haiwan yang suka menolong orang yang dalam kesusahan. Tetapi tahap Dina membantu orang dalam kategori 'terlebih'. Sebab itu la Dina selalu saja bergaduh dengan orang sana sini. Pening Puan Dariah dengan sikap anak ketiganya itu.Disebabkan sikap Dina yang kasar, Puan Dariah penat mengatur jodoh untuk anak gadisnya itu. Bagi Dina pula, dia tak suka ibunya mengatur jodohnya. Lagi-lagi ibunya terlalu obses dengan seseorang berpangkat doktor. Sudahlah anak dipaksa menjadi doktor, calon menantu pun haruslah berpangkat doktor juga.Siapa sangka kemunculan Jazli a.k.a Doktor Jazli membuatkan impian Puan Dariah seakan-akan tercapai. Dan bonus bagi Puan Dariah, rupa-rupanya Jazli ialah rakan baik Dina ketika zaman sekolah."Panahan matamu tetap sama macam dulu! Hati ni terus cair." - JAZLIPersahabatan mereka terjalin sekali lagi. Bagi Jazli, dia menyimpan rasa terhadap Dina. Cuma dia takut meluahkan perasaannya kerana sayangkan persahabatan mereka. Namun kemunculan Ciara, bekas tunang Jazli menghuru-harakan hidup dan perasaan mereka. Bukan itu sahaja, Aidan tiba-tiba muncul kembali dalam hidup Dina sekali gus mengganggu emosi Dina."Apa niat you sebenarnya nak hantar rombongan meminang ke rumah I?" - DINA"Simple saja! Nak pinang you la." - AIDAN"You ingat I ni bodoh sangat nak percaya cakap you, hah? I kenal you siapa, Aidan! Lelaki macam you penuh dengan tipu muslihat. You ingat you boleh kenakan I dengan cara begini?" - DINAHidup Dina menjadi huru-hara sehingga nyawanya berkali-kali terancam akibat orang di sekelilingnya yang 'menggila'. Masalah dalam keluarganya turut mengganggu hidupnya. Dan yang penting, perlukah hubungan persahabatan ditukar kepada cinta?…

Takwil Cinta Zulaikha

Takwil Cinta Zulaikha

748 15 15

Zulaikha... Dia kejutkan dengan lamaran daripada dua orang lelaki, yang mempunyai pesona yang tersendiri. Sikap prihatin Haikal membuatkan dia rasa disayangi, rasa ada yang benar-benar mengambil berat akan dirinya."Let's write our story!" -Haikal"Thanks for the gift. Tapi, kenapa nak berahsia?" -ZulaikhaSikap Kamil yang terlampau tenang pula sering kali membuatkan dia tertanya-tanya. Apa benar lelaki itu menyayanginya? "Saya tak pandang kesempurnaan." -Zulaikha"Nama saya bermaksud sempurna. Awak tak pandang saya?" -KamilBelum sempat dia memilih, kedua-duanya undur diri. Zulaikha terngadah. Tak tau di mana silapnya. "Kenapa you tipu I, Zu?" -Haikal"Ibu, ayah, Kamil rasa... Kamil tak boleh teruskan dengan Zulaikha." -KamilNamun, perancangan Allah ternyata lebih baik. Saat hatinya rapuh, muncul sinar baharu. Mungkinkah ini yang terbaik buat dirinya?"Maaf untuk semuanya. Jom kita tunang!"Akan tetapi... Jalan menuju bahagia tidak mudah. Sekali lagi dia diuji. Allah datangkan kasih sayang dalam bentuk yang tak pernah disangka. Sang lelaki yang diharap memimpin jalan ke syurga kini sedang berdepan dengan lambaian maut. "Awak layak dapat lelaki yang jauh lebih baik daripada saya, Zu. Mungkin antara kita memang tak berjodoh untuk jadi suami dan isteri.""Sampai hati awak..."Akan adakah sinar bahagia buat Zulaikha? Apakah ia takwil cinta Zulaikha?…

Dia Untuk Aku

Dia Untuk Aku

11,199 163 15

BIARLAH masa sedang menewaskan usianya, Taufiq tidak pernah kisah. Hidupnya mudah. Jika ada, adalah. Jika tidak... tak mengapalah. Melihat teman baik yang sudah bertemu cinta sejati, dia langsung tidak cemburu. Malah, bahagia mereka menjadi bahagianya. Tapi, tidak pada mama. Dia percaya, restu ibu membawa bahagia, Taufiq akur dan reda menerima wanita yang mama pilih. Dia akan mencintai wanita itu sepenuh hati pada ketika wanita itu menjadi isteri. Namun, kerana dia manusia biasa yang tidak berdaya menduga ketentuan, Taufiq hanya mampu reda bila wanita itu lari meninggalkannya di saat dia sedang berjalan di altar dalam penikahan mereka. Kecewa? Sudah pasti. Apatah lagi melihat maruah keluarga calar dan airmata mama menitis. Hingga satu hari, ketika menemani teman baiknya, Ziyad... dia nampak seorang wanita yang bukan hanya indah pada wajah, tapi juga pada budi pekerti. "Awak terlalu tualah untuk saya..." - Johanees"Ada syarat ke orang tua macam saya tak boleh jatuh cinta?" - Taufiq"Boleh tapi tidak pada saya..." - Johanees"Saya dah cuba. Tapi, nak buat macam mana. Orang tu masih awak..." - TaufiqJohanees yakin, Taufiq adalah cinta pertama dan pasti yang terakhir. Tapi, sayang keyakinannya tidak mempunyai asas. Dia perlu tinggalkan lelaki itu demi memenuhi permintaan akhir ayah untuk menerima lelaki yang telah sekian lama mahu dijodohkan untuknya. Kerana itu, Johanees tidak berkelip di saat menyatakan perpisahan. "Kenapa?" - Taufiq"Saya bukan perempuan baik..." - JohaneesJatuh cinta itu mudah. Namun, untuk jatuh cinta pada setiap kekurangan orang yang kita cinta, itu adalah luar biasa. Dan, dia tahu... mengemudi bahtera cinta bersama wanita ini tidak semudah seperti dia kemudi bahtera perang di tengah samudera. Adakah takdir cintanya juga seganas ombak dilautan? Apakah mental dan emosinya utuh bila misi kali ini adalah demi mereka yang tercinta? Taufiq hanya berharap kerana segalanya tidak pernah pasti.…

Sekuat Bunga Ditiup Angin

Sekuat Bunga Ditiup Angin

845 21 15

"Kau... Kau anak terbiar. Kau tiada ibu dan ayah. Mereka ke luar negara, tapi kau ditinggalkan. Dijaga oleh orang gaji saja. Sebab itu kau budak terbiar. Anak yang tidak diingini mak bapak!"PERIT buat Aki Maylea apabila dirinya dikenali sebagai anak terbiar. Tapi memang benar. Ayahnya, Ghaffar hanya akan memberinya buku setiap kali balik dari luar negara. Kemudian dia akan ditinggalkan sekali lagi berbulan-bulan lamanya. Hidupnya hanya ditemani dengan si abang, Anmar dan juga buku pemberian Tuan Ghaffar. Kehadiran Penin pula umpama satu mantera. Mantera yang mengejutkan Aki dari sebuah dunia sepi di kediaman Tuan Ghaffar. Namun disebabkan satu peristiwa, akhirnya hidup Aki Maylea berubah.…

Roman Baiduri

Roman Baiduri

481 7 7

Menjadi seorang ULFA tidak mudah; bapanya didiagnos depresi kerana perniagaan gagal, ibu harus bekerja menjadi pembantu rumah untuk menafkahi keluarga. Abang sulung Ulfa hanya beban, tidak mampu membantu, sering meminjam wang secara tidak sah dan menyulitkan ibu mereka. Adik bongsu, Irwan, lumpuh akibat kecelakaan.Ulfa tetap tegar bekerja di bawah ketua editor cerewet Encik Hilmi. Namun, tuduhan plagiat dari keyboard warrior bernama 10-years-of-solitude membuatnya terduduk dan memikirkan untuk melarikan diri dari beban kerja dan keluarganya."Okey, kau akan ikut aku." - ENCIK HILMI"Huh?! Ikut Encik Hilmi? Balik rumah?" - ULFA"Bukanlah. Kau dah kenapa? Simpan imaginasi kau tu diam-diam. Bukan semua lelaki macam dalam imaginasi kau tu." - ENCIK HILMIDi sebalik keperibadian tegas Encik Hilmi, dia paranoid untuk mengungkapkan perasaannya kerana trauma masa lalu. Kehadiran dua pekerja baru, Idlan dan Danial, mengganggu kenyamanan Encik Hilmi. Danial sering ceria dan dekat dengan Ulfa, sementara Idlan tampak akrab dengannya."Kak Ulfa, sebenarnya... saya suka dengan akak," - DANIEL"Kawan semata-mata? Awak tak pernah anggap saya lebih daripada tu?" - IDLANKonflik baru menggoyahkan prinsip hidup mereka berempat. Dalam menghadapi kesibukan karier dan keluarga, mereka berusaha menyeimbangkan kedua-duanya tanpa mengorbankan hal penting. Perkara-perkara kecil yang tak terduga menyentuh hati mereka - membahagiakan, menghangatkan, menguji dan menyakitkan.Serta yang memberi makna pada diri mereka - CINTA…

Cempaka Di Langit Rajab

Cempaka Di Langit Rajab

436 10 6

Karmini - Taatnya tertumpah pada Daeng Amid.Karmila - Cintanya berkecai di rusuk Aidit. Sengsaranya tercipta di neraka Fakri.Cempaka - Semangatnya menjulang tinggi, memacu langit. Wanita harus mandiri. Wanita boleh mencipta bahagia sendiri biar jiwa meronta mahu menyambut kasih Hizairi.Cempaka Di Langit Rajab, kisah penuh sejarah yang nyata, menyusuri pedih luka, tawa canda dan rebah bangkit, jiwa tiga wanita, tiga generasi. Cinta menjadi sangat epik tatkala ia mampu mengasuh kalbu, menjadi manusia yang lebih dewasa. Ada ketika, takdir hidup amat menguji diri. Lebih menambah sengsara apabila kebahagiaan bagai sukar digapai sepanjang kehidupan. Takdir merantai hati, cinta sejati bagai tidak bertemu jalan pulang ke sanubari. Entah di mana yang salah, entah apa dosa di masa silam, tiga wanita dari leluhur yang sama, sukar menjamah erti cinta. Hidup sentiasa diduga.Namun Cempaka tidak sesekali beralah. Dia mewarisi semangat juang keturunannya. Dunia peragaan tidak pernah membuat dia lupa diri. Penderitaan ibunda, Karmila, menjadi tunjang kekuatan. Wanita harus bangkit. Bahagia itu pilihan. Hanya Hizairi yang mampu melunakkan perasaannya. Antara dendam, kecewa dan semangat untuk bangkit, Cempaka akur dengan rencana Tuhan di kala bulan Rajab menyapa langit.…

... Dan Cinta Pun Tersenyum

... Dan Cinta Pun Tersenyum

473 20 6

Merasa 'dilempar' ortu ke Pulau Besar, Malaysia, Ervan Prima Sakti, Indonesia's Most Eligible Bachelor protes berat. Bertemu pula dengan Surihani, cewek muka imut tapi jutek alias ngeselin banget! Salah faham bahasa, sering bikin dia dan Suri adu mulut."Kamu hobinya nyerocos ... padahal aku belum habis ngomong, aku butuh bantuan kamu!" - Ervan"Tapi di sini, perkataan butuh maksudnya lucah, mencarut. Kalau kau sebut perkataan itu depan orang lain, terutamanya lelaki, jawabnya kau makan penumbuk!" - SurihaniBukannya Surihani menidakkan pesona Ervan tapi sikap pongah jejaka Indonesia itu membuat dia menyampah. "Dalam majalah, bukan main lagi cakap Indonesia dengan Malaysia serumpun! Tapi sebenarnya dia yang tercabut dari rumpun!"- Surihani.Bentrokan dua negara, budaya dan bahasa membuat mereka saling meresan, meledek sifat jelek masing-masing. Tapi setelah berdamai, baru tersedar keserasian mulai merambat hati mereka. Melihat sisi rapuh, tertanam keinginan dalam diri Ervan, mahu melindungi dan memenuhi impian hidup gadis itu. Sementara Surihani mula menemukan sisi humor dan baik hati dalam diri Ervan. Mereka menganyam impian menuju ikatan halal. Hanya saja takdir berkata lain. Sejak tragedi ngeri yang berlaku di Mersing, Ervan hilang dari radar. Meninggalkan Surihani dalam tanda tanya tak berkesudahan. Sehingga Surihani nekad memperjuangkan cinta biarpun Akhil tak jemu menghasut. "Kumohon padamu berhentilah nyari aku. Jangan bego mencintai pria buntung kayak aku." - Ervan"Tidak akan ada lelaki lain boleh menggantikan kau dalam hati aku..." - Surihani"Ya Tuhan, ampunkan aku karena terpaksa melukakan hati Surihani." - ErvanDi mana Ervan sebenarnya? Cinta butuh dua orang untuk saling mencintai. Tapi bisakah cinta mereka tersenyum lagi?…

Marjaan Permataku

Marjaan Permataku

2,250 90 15

[Cerita akan dikemaskini setiap hari 1 bab sehingga bab 15, jam 8.00 malam]SEKOLAH pondok? Tak pernah terlintas dalam fikiran Marjaan yang dirinya akan tercampak di tempat 'jin bertendang' itu. Hanya disebabkan keputusan SPM teruk dan risau Marjaan bergaul dengan rakan-rakannya yang liar, akhirnya Puan Mahani membuat keputusan agar Marjaan menyambung belajar di Sekolah Pondok Al-MuhaiminDunia Marjaan bertukar 180 darjah. Kini Marjaan menjadi gadis yang berjubah dan berniqab di hadapan orang ramai. Kecantikannya tersorok. Keseronokannya direnggut sekelip mata. Namun hidupnya kembali berwarna apabila mengenal sebaris nama Ustaz Nawfal Husaini."Satu lagi, tak baik juga makan sambil berjalan. Dah macam kambing. Anti tahu kambing tak? Sambil merenggut pucuk-pucuk kayu ia berkeliaran. Mahu jadi kambingkah?" - Nawfal Husaini"Biarlah! Kenapa ustaz sibuk-sibuk hal saya?" - Marjaan"Ana hanya mengingatkan supaya anti berakhlak dengan akhlak wanita solehah. Dan perlu juga diingat anti tu pelajar dan ana guru." - Nawfal HusainiCinta dalam diam, penuh rahsia akhirnya terbongkar lalu dicemari amarah. Ustaz Hanafi mengambil keputusan untuk mengahwinkan Marjaan dengan Ustaz Wadie lantaran terhutang budi. Kerana kecewa, Nawfal Husaini melarikan diri ke Morocco lantaran tidak sanggup melihat Marjaan menjadi milik Ustaz Wadie. "Ana rindu jelingan tajam anti tu. Mengancam tak ubah macam pisau menghiris dada ana. Darahnya membasahi, sakit hingga ke urat nadi." -Ustaz Wadie.Dalam pada Marjaan ingin memberontak, akhirnya gadis itu tersepit apabila bapanya, Ustaz Hanafi diserang penyakit misteri. Siapakah pemilik cinta Marjaan? Apakah Nawfal Husaini yang jauh di mata ataupun Ustaz Wadie yang sanggup berkorban apa sahaja demi untuk merealisasikan impiannya?…

Merinduimu Bukan Sederhana

Merinduimu Bukan Sederhana

2,619 123 16

[Cerita akan dikemasikini setiap hari 1 bab sehingga bab 15, jam 8.00 malam]Siapa sangka, jarak dan waktu yang tersingkap menyimpan sebuah kebenaran antara Lutfir Hakimi dan Hazie Tsuraya. Bermula dari insiden yang lalu, Lutfir terus membawa rindu yang terpendam lama. Hanya kerana sebaris nama yang hampir sama di atas selembar warkah, dia tersalah sangka lalu terpaksa dia menanggung malu dan ego tidak bertepi. Namun rindunya kepada Hazie bukan rindu yang sederhana. Jauh di sudut hati dia selalu mengharapkan Hazie memandangnya walaupun sekali."Lama kita tak berjumpa. Abang Kimi sihat?"- Hazie Tsuraya"Kalau belum nak mati tu... Kira sihatlah."- Lutfir HakimiBukan dia tak cuba melupakan tentang wanita itu namun mereka bagai dijodohkan kerana bersua lagi. Takdir yang tertulis membuatkan mereka semakin dekat. Kali ini dia tidak mampu menidakkan rindu yang sudah lama menghuni dalam hatinya. Saat rindu yang disemai semakin bercambah, pelbagai dugaan datang menghimpit. Tidak seinci pun dia berganjak jauh daripada Hazie. Menyayangi wanita itu menuntut kepercayaan, keikhlasan dan pengorbanan.Itulah yang dia lakukan."Kalau aku tak ucap bukan bererti aku tak sayang. Bukan bererti aku tak peduli. Aku tunjuk semua tu melalui perbuatan tapi kau yang tak nampak. Sibuk ukur nilai kasih sayang tu dengan kata-kata."- Lutfir Hakimi"Kalau manusia mampu melakar sendiri takdirnya, takkan ada lagi manusia yang bersyukur kepada-Nya." - Hazie TsurayaMerindui seseorang cukup melelahkan.Hanya mereka yang mengusung rindu tahu betapa sakitnya hati dibebankan dengan rasa kosong. "Sejujurnya, aku harap surat cinta tu memang untuk aku dan bukan untuk Hakimi. Kau bagi aku harapan seminit kemudian kau hancurkan sekelip mata. Bukan aku tak cuba lupakan kau tapi kau sentiasa ada dekat. Macam mana aku nak move on?" - Lutfir HakimiMampukah kerinduan itu mengikat sebuah cinta? Adakah rindu yang hadir itu sekadar rindu yang sederhana?…

Bagaikan Pelangi

Bagaikan Pelangi

3,042 77 5

Zakhri Lee...HIDUPNYA kusam dan kelam semenjak peristiwa pahit yang pernah melanda dahulu. Dirinya yang dulunya petah, berubah menjadi lelaki pendiam. Lebih senang menjadi pemerhati dalam menjaga diri dan keluarga. Terutama sekali anak perempuan yang dia ada. Dia lebih prejudis terhadap insan bergelar perempuan. Namun kemunculan gadis itu membuatkan hidup dia mula berubah. Sedikit demi sedikit.Aira Nazeeya... Dia hanya gadis biasa. Piatu yang membesar di rumah anak-anak yatim. Mungkin kerana hal itu membuatkan dia jadi lebih menghargai erti kasih sayang."Tisya nak peluk mummy." Aira terkedu apabila kanak-kanak itu terus memeluk tubuhnya. Namun dia tetap membalas. "Okey, duduk dekat riba mummy. Nanti boleh sandar dekat mummy. Boleh peluk mummy. Okey?" Apabila mengenali anak kecil yang comel seperti Zetisya, kasihnya tumpah tanpa syarat. Namun sikap dingin dan beku bapa anak itu membuatkan Aira kecut sendiri. "Saya tahulah awak memang suka Tisya panggil awak mummy sebab awak nampak banglo saya tu, kan?" - Zakhri Lee'Macamlah aku hadap sangat dengan harta dia tu!' - Aira NazeeyaZakhri kuat menyindir, namun Aira punya seribu satu cara untuk membidas. "Eh, ini bukan mall awal pun. Suka hati sayalah nak duduk mana yang saya nak." - Zakhri Lee"Huh, fine. Memandangkan encik nak sangat duduk dekat bangku ni, tidurlah dekat sini." - Aira NazeeyaAira sebal. Mulut laser Zakhri memang menyakitkan hati tapi entah kenapa saat bertentang mata hatinya bergetar sejuta rasa. Apakah dia sudah jatuh cinta? Jika tidak, mengapa hidupnya mula berubah kini?¬¬¬ Berwarna-warni. Bagaikan pelangi...…

Jamil VS Tipah

Jamil VS Tipah

5,672 219 10

"Duduk betul-betul boleh tak? Kereta dah senget ke tepi, saya nak lalu jalan berselut ni. Nanti kereta tenggelam, habis kita!" - Jamil"Eh, kau berhenti sekarang! Kau nak suruh aku turun, sebab aku buat kereta kau berat, kan, kan?!" - LatifahLatifah geram. Laser betul Jamil, ada saja modal nak bagi dia sakit hati. Persahabatan mereka sejak kecil terus berantakan gara-gara salah faham. Lebih memeningkan, mereka terpaksa bekerjasama bila kampung pula diserang 'orang minyak'."Baik kamu kahwin, jangan nak jual mahal sangat, Tipah! Orang minyak ni cari anak dara!""Eh, kau suka kakak bomboloni montel kau tu ke? Cakap ajelah kalau suka!"Jamil nekad mahu memperbaiki hubungan mereka. Latifah buat tidak endah, hanya ambil pendekatan untuk tidak menyerah kalah. Namun, kehadiran si cantik jelita menyebabkan jiwa kentalnya menjadi goyah."Akak jangan mimpilah nakkan Jamil. Akak bukan taste dia." - AirinLatifah keliru. Aku suka Jamil? No! It's weird, okay? Lagipun, dia Jamil. Aku Latifah. Macam watak utama filem Madu Tiga. Entah-entah kalau terima, aku berpotensi untuk bermadu! Hesy, gadis itu bertambah seram. Tak mungkin mereka saling mencintai!"Biar saya jadi mahram awak, suami awak, Tipah."Argh, kegilaan apakah ini?! Latifah mahu pengsan!…

Pak Su Ammara

Pak Su Ammara

10,030 358 10

KEHIDUPAN berumah tangga tak lepas dari ujian. Begitu juga yang dialami oleh Miza. Tapi bagi Miza, memilih kata hati sendiri adalah pilihan yang tepat. Kehidupan bukanlah berkisarkan tentang kekalahan, tetapi berkisar tentang apa usaha untuk dirinya bangun semula. Tetapi bukan senang untuk orang lain faham tentang pilihannya."Eh, kalau tak tahu apa-apa jangan banyak cakaplah! Cakap saja pandai. Laki pun dikebas orang. Lagi banyak bunyi." - Abang Mizi"Miza tak rugi apa-apa. Dialah lelaki malang sebab tak pandai nak hargai isteri sebaik Miza." - MizaItu baru kata-kata daripada abang kandung, belum lagi orang luar. Akhirnya Miza membawa diri untuk berdikari. Masih ada lagi pertolongan yang membuatkan dirinya terus kuat. Tapi tak sangka pulak dirinya masih dikejar oleh Wafi."Kalau abang nak nikah, abang boleh aje nikah tanpa persetujuan, Miza..." - Wafi"Kalau dah macam tu, nikah sajalah. Miza pun tak kesah. Tapi macam Miza cakaplah, lepaskan Miza." - MizaAkhirnya. ikatan perkahwinan terlerai juga. Miza reda. Tapi hidupnya masih tidak aman kerana diganggu dengan kisah silam. Lagipun Miza merahsiakan yang dirinya sedang berbadan dua. Ketika Miza rasa keseorangan, muncul seseorang yang sering ada bila dia memerlukan bantuan. Tak sangka pak su kepada anak didiknya, Ammara... Menjadi 'tali' untuk dia keluar dari masalah."Saya pun sebenarnya serba salah nak minta tolong pak su. Tapi saya tak ada pilihan. Rasa terdesak sangat." - Miza"Jadi cikgu nak buat apa sekarang?" - Pak su Ammara"Pura-pura jadi bakal ayah kembar, boleh?" - MizaWafi tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan haknya sebagai ayah. Berjayakah pak su Ammara membantu Miza?…

Babby Batrisya

Babby Batrisya

3,918 213 11

'Kenapa mereka yang sepatutnya lindungi aku, maki aku? Fitnah aku?! Kenapa aku yang kena lalui semua ni? Kenapa bukan orang lain?'SEBAIK SAHAJA urusan pengebumian Anuar selesai, Aisyah memperdaya Trisya ke sebuah masjid dan meninggalkan adiknya yang berusia enam tahun itu di situ. Seorang wanita yang dikenali sebagai tok wan menawarkan diri untuk menghantar Trisya pulang. Malangnya, mereka telah terdengar pertengkaran antara Mahani dan Aisyah. Dari situ, Trisya mengetahui punca kenapa Mahani tidak pernah menyenangi kewujudannya."Esyah tahulah mak tak suka Trisya tu. Kalau mak tak suka, kenapa nak biar dia duduk kat sini lagi? Esyah pun tak sukalah dengan Trisya. Esyah tahu... dia bukan adik Esyah, kan? Dia bukan anak ayah, kan?" - AISYAHDatin Paduka Dahlia (tok wan) telah menjadikan Trisya sebagai cucu angkat dan tinggal bersama. Perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati anak dan menantu. Makin membara cemburu mereka apabila tok wan menubuhkan sebuah syarikat yang dinamakan TrisyaBeauty lantas menghadiahkannya kepada cucu kesayangannya itu. Dan kerana itu, kematian tok wan dirancang. Tok wan mati dalam keadaan ngeri.Setelah dua tahun kematian Datin Paduka Dahlia, sebuah wasiat telah membuatkan sebuah drama penipuan tercipta. Masing-masing inginkan bahagian dalam wasiat itu. Dan Trisya juga tidak mahu kalah. Haq, pengawal peribadinya turut diheret sama."Kami dah kahwin, Dua bulan lepas.""Ah, sudah! Habis wasiat semua ni macam mana?""Walau apapun alasan, kau berdua mesti bercerai. Trisya dan Pian mesti berkahwin!" Trisya menanam dendam. Sungguhpun tok wan memaafkan kelakuan keji anak menantunya, Trisya takkan pejam mata. Dia merencana agenda untuk memusnahkan kehidupan anak-anak dan menantu tok wan selari dengan kejahatan yang telah mereka lakukan.…