KASIH YANG HILANG
"I am still me no matter how my mental health disorder, but I choose to be a fighter, not victim." - FAHD EDWARDKehidupan Syaheed dan Qaseh berubah drastik setelah tragedi kebakaran ngeri sudahpun melahap ganas rumah flat yang didiami mereka sekeluarga ketika cuti pertengahan semester. Kasih yang Hilang.Kisah ini adalah tentang bagaimana mereka meniti percaturan dunia yang tidak pernah difahami oleh mereka yang sempurna.Muhd Syaheed Izran. The hoodie guy. Rupa paras yang dulunya dimiliki tanpa cela kini tertutup oleh parut-parut yang memahat setiap luka dengan trauma tak terhapuskan. Nur Qaseh Izrani. The bold expressor. Mata yang dulunya penuh dengan sinar kehidupan kini hanya terbuka kosong, menyimpan kegelapan yang abadi."Dunia ni kejam bu. Abang reda, tapi abang sakit." - SYAHEED"Qaseh nak berhenti belajar. Hidup pun buat apa, menyusahkan orang. Masa depan? Huh gelap, sama je macam mata ni." - QASEHKini, mereka bukan sahaja bergelut dengan kecacatan fizikal malah di sebalik keluarga mereka, ada rahsia kelam yang tersembunyi.'Datang ke pelabuhan kalau nak Qaseh selamat.' - SRKetiadaan Qaseh telah menimbulkan tanda tanya semua pihak. Dengan klu yang diterima oleh Syaheed, nampaknya kes kehilangan Qaseh ini bukan kebetulan. Ada motif tertentu. "Kau tahu? Apa yang menyakitkan tu bukan bila kau hanya cuma kena telan peritnya kenyataan, tapi bila kasih yang kau harapkan tu hilang. Sedih kan? Tapi siapa yang peduli?" - ASYAR "Kalau nak tikam belakang, pastikan tembus sampai ke jantung. Kalau hanya luka dan parut je, mainan budak kecik." - AMAL HUSNASegala yang berlaku pasti ada punca. Dan Pantai Nyiur Nangkawati, telah menjadi saksi akan segalanya.Figura misteri. Tersembunyi dalam bayang-bayang, seakan melakar senyuman penuh rahsia. Syaheed. Adakah perjuangannya meredah ranjau berduri akan berjaya ditebus dengan menemukan Qaseh? Kasih yang hilang.Dapatkah ianya kembali seperti dulu lagi?…