Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

09 | 🌷 Tulip... Gardenia? 🏵️

Lelaki itu terima si bayi, huluran dari perempuan itu. Lelaki itu juga mencium dahi si bayi, lalu tersenyum bahagia.

Oh tak! Ada sekumpulan lelaki ceroboh bilik mereka! Mereka serang lelaki itu! Tak! Macam mana dengan bayinya?

Lelaki itu capai sebilah pedang. Dia benturkan pedang itu. Dan... pedang itu bercahaya! Cahayanya berwarna biru! Cantik.

Mata Akira terbuka. Gelap menyapa pandangan mata, untuk kesekian kalinya. Akira melepas nafas berat.

Lelaki dan perempuan yang sama, lagi! Siapa mereka ni? Kenapa asyik muncul dalam mimpi aku?

Mimpi, cuma mainan tidur. Aku tahu, mereka tak wujud pun. Tapi, di satu sisi yang lain, aku rasa... mereka macam... ada. Macam, ada sesuatu. 'Sesuatu' yang kuat.

Tapi, siapa mereka?

Akira mengeluh lagi. Buntu.

"Cik Dian. Cik Dian yakin ke, saya boleh datang sini?" soal Akira.

Dian dan Akira sedang menaiki anak tangga bangunan tentera. Ingin menuju ke atap bangunan (rooftop). Ke Leidren, lebih tepatnya.

Apa yang ada di Leidren? Ada pelbagai jenis minuman dan makanan yang sangat popular!

Pelajar-pelajar baru cuma pernah mendengar tentang kesedapan makanan dan minuman di situ, namun tak pernah merasainya. Hanya pelajar Level 5, dan pegawai rasmi tentera yang dibenarkan pergi ke Leidren.

Tapi, yang menarik keinginan Akira untuk ke Leidren ialah, Leid House yang ada di situ. Sebuah rumah hijau yang menempatkan pelbagai jenis bunga dan tanaman. Dia ingin melihat bunga tulip putih yang dirinduinya.

"Mestilah boleh. Kira datang dengan akak, kan? Bukannya Kira menceroboh..." Dian menjawab dengan senyuman.

Setelah tiba, "Welcome to our beautiful, Leidren Rooftop."

Mata Akira cuba menangkap sebanyak mungkin visualnya. Di sebelah kiri, menempatkan kawasan Cafe Leidren. Manakala di sebelah kanan, ada Leid House.

"Jom... akak belikan kamu air. Kamu nak minum apa?" soal Dian pada Akira.

"Sama macam Cik Dian." Akira menjawab.

Aku tak tahu langsung pasal makanan dan minuman, selain dari yang ada di dewan makan pelajar.

"Okey..."

"Cik Dian... boleh Akira masuk Leid House?" soal Akira, risau.

"Sure, go on."

Dian menapak ke Leidren Cafe, manakala Akira melangkah masuk ke Leid House. Pelbagai jenis bunga menyapa pandangan Akira. Pantas Akira mengukir senyum. Cantiknya! Akira melangkah, ceria.

Nampaknya, susunan pokok bunga di atas rak ialah berdasarkan jenis keluarga bunga. Berdasarkan papan info yang digantung di dinding Leid House yang dibaca Akira tadi, di sini ada bunga-bungaan dari keluarga Parsley, Mustard, Pea, Aster, Rose, dan Lily!

Lama dia berjalan, dan berhenti sesekali untuk melihat bunga dengan lebih jelas.

Akira kini melangkah, menghampiri rak dihujung sudut Leid House. Lily! Jumpa juga keluarga Lily! Lily, drop-of-gold, scoliopus, melanthium, dan tulip! Akhirnya!

Tulip, ada beberapa warna yang ditanam di sini. Ada warna merah, merah muda, ungu, double tulip pun ada. Dan pastinya, warna putih yang paling aku suka pun, ada juga!

Akira membongkok, ingin melihat tulip putih itu dengan lebih dekat. Comelnya! Kalaulah boleh petik ni, lama dah aku ambil!

"Kau buat apa dekat sini?" Satu suara tiba-tiba menyoal Akira.

Badan pantas ditegakkan semula. Akira tarik muka tertekan dua saat, sebelum dia berpaling, lalu menghadap tuan empunya suara.

"Tengok bunga."
"Siapa benarkan kau datang sini?"
"Cik Dian."
"Mana Dian?"
"Beli air."

"Kira! Sorry, sorry... tadi akak sembang dengan Genr, sampai terlupakan kamu! Sorry, big time! Really!" Dian meminta maaf. General Khaled punya pasallah ni!

"It's okey. At least, sempat juga Kira habis round Leid House. And... Kira jumpa white tulips!" Akira tersenyum lebar.

"Oh... kamu... suka... white tulips?" soal Dian, terkejut. Tak sangkanya. Akira suka, bunga? Budak diam, ais batu seorang ni suka, bunga?

Akira mengangguk dengan senyum.

"Dian... asal kau bawa budak ni naik sini?" soal Zarf, dingin.

"Well... aku rasa, kau tahu kan, yang Akira baru pecah rekod GWC? So, ini 'hadiah' untuk dia."

"Rekod apa? Rekod paling cepat 15saat tu?" Masih dingin Zarf menyoal.

"Iyalah." Pendek Dian menjawab.

"Dah tu, rekod paling lambat 15minit dia dulu, kau ada denda ke tak?"

Mata Akira dan Dian bersatu. Eyh, apa kes mamat ni?

"Tak denda pun. In addition... itu salah kau sebenarnya, kan? Kau yang panggil nama dia. Kalau tak, dia okey je," bidas Dian.

"Dia susahkan aku, sampai aku sendiri yang kena panjat dinding tu, and bawa dia turun dulu, kau ada denda dia?"

"Tak ada, Zarf. Denda-denda ni, style kau. Bukan style aku." Malas Dian nak melayan Zarf. "Ini, alang-alang dah jumpa, tak nak bagi hadiah ke dekat Kira?" soal Dian pula.

Sekuntum bunga Gardenia dari rak keluarga Aster dipetik Zarf. Lalu, dihulur pada Akira. Lambat-lambat Akira menyambut huluran bunga itu.

Memang laa Gardenia ni putih juga. Tapi... aku nak tulip laa!

Dian yang melihat, berasa terkejut. Zarf? Bagi Akira? Bunga gardenia? Seriously? For real?

"Since denda ialah style aku..." Zarf memaling tubuhnya pada Akira. "Sebab kau dah susahkan aku dulu... besok, pagi-pagi, pusing stadium 10 kali. Pukul 7 aku tunggu kau."

Zarf berlalu keluar dari Leid House. Akira dan Dian saling bertatapan mata.

"Cik Dian... perlu ke hadiah extra pusing stadium tu?" Akira menyoal tak bernada. Dah lah esok hari Ahad. Satu-satunya hari cuti untuk aku rehat!

"Kira... gardenia..." Dian berkata sambil menunjuk pada bunga di tangan Akira.

Bunga dibawa Akira ke hadapan dada. "Kira nak tulip. Tak nak gardenia." Sayu suaranya berkata.

"Kira! It's 'a' white gardenia, dear..."

"Then what? I still want 'a' white tulip."

Dian geleng kepala.

Aduh! Budak kecil seorang ni! White gardenia, okey! Maksud gardenia ialah 'cinta dalam rahsia'. Secret love. Tak kan dia tak tahu?

"Cik Dian. Komander Zarf anak kepada Raja Dash, kan?" soal Akira pada Dian.

"Iya." Dian mengiyakan.

"Raja Dash gila macam Komander Zarf ke, tak?"

"Entahlah. Akak tak pernah tengok Raja Dash. Budak-budak batch awal dulu je, kenal dia."

"Cik Dian tahu, kenapa Raja Dash tak pernah melawat akademi?"

"Entahlah... akak pun tak tahu."

"Itu maksudnya, Komander Zarf, sebenarnya Putera Zarf lah, ya?"

"Yup... but, nobody call him that way. And Kira, please don't call me Cik Dian. Panggil 'akak' je, okey?"

"Okey. Akak..."

Komander Zarf anak raja,
Dah klik ke ⭐ di sana?
Thank you 🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com