11 | Mac and Cheese
Setelah memanjat lebih kurang 2meter, tiba-tiba... kaki Akira tergelincir! Dia terasa seperti hendak terjatuh!
Zarf dan Dian tersentak melihat Akira yang hampir terjatuh.
Zarf mengerutkan dahinya. Macam mana sekarang? Akira mampu untuk atasi rasa takut dia ke, tak? Please, be strong. Aku tahu kau kuat.
Di saat itu jugalah, Akira ditakdirkan untuk terpandang... ke bawah.
Zaaapppp!
Darah terasa menyerbu ke kepalanya setelah perasan akan ketinggian dia berdiri sekarang.
Weyh! Takut gila! Scary gila! Tinggi gila! Gayat gila! Bongoklah Akira! Kenapa kau tengok bawah? Kan dah takut! Aduh... aku kena habiskan benda ni secepat mungkin! Please! Secepat... mungkin!
Sekali lagi, Akira membuat analisa. Kali ini, dia tak lagi merancang untuk menggunakan batuan yang berjarak berdekatan. Sebaliknya, dia memilih batuan yang berjarak jauh antara satu sama lain.
6meter je lagi, Akira!
Akira menentukan batu mana, dan di posisi mana dia akan menjatuhkan tapak kakinya nanti, walau sekadar cuma sebelah kaki yang boleh berhenti. Laluannya diatur dengan teliti.
Pada waktu itu, ada pelajar yang beranikan diri mereka, melepas pegangan pada tali buat seketika. Mereka mula melangkau Lynn, lantas menyambung perjalanan untuk ke atas semula dengan bantuan tali.
Akira menarik nafas dalam, terlebih dahulu. Lantas, dia mula melompat dari satu batu ke batu yang lain. Dia menggunakan segala aksi gimnast yang tak pernah dipelajarinya.
Badan Akira, bagai disatukan dengan angin. Kaki yang menapak di atas batuan, tidak 'benar-benar' menapak sebenarnya.
Akira tidak menyedari akan hal itu, kerana dia cuba fokus pada laluannya. Namun, realitinya, disaat kaki Akira hampir mencecah batuan, ada kuasa angin yang melantunkan diri Akira semula ke udara. Disebabkan itulah, Akira mampu melompat tinggi.
Zarf memerhati Akira dengan pandangan pelik. Dia... boleh kawal... angin? Tapi... percikan api aku nampak haritu? Tak kan lah dia pun... boleh kuasai dua element dalam satu masa?
Dan... Akira mengakhiri lompatannya dengan aksi double backflip, lalu dia mendarat betul-betul di dalam troli kain tuala yang disediakan di puncak air terjun itu.
Para pelajar, senior, serta komander bertepuk tangan dan bersorak kuat. Double backflip Akira yang cantik berjaya menarik perhatian semua.
Jantung Akira dapat dirasakan berdebar, bukan kepalang.
I... did it? I... did it! Habis pun ujian!
Namun, rasa leganya tak bertahan lama. Apabila, tiba-tiba ada satu tangan kasar, dan besar, juga bersarung kulit tiba-tiba menyapa pandangannya.
Darah menyerbu ke muka. General Khaled?
Walau berasa kekok, huluran Khaled disambut juga oleh Akira. Dia ditarik keluar dari troli tuala itu oleh General Khaled sendiri.
"Hebat betul awak lompat tadi..." Puji Khaled.
Merah muka Akira menerima pujian itu. "Terima kasih."
"Kira! You did it! Congrats! I'm so proud of you, dear." Dian yang kini bergelar komander, memeluk Akira erat.
Lega hatinya melihat Akira tiba ke puncak. Entah kenapa, bagai ada sesuatu pada Akira, yang buatkan Dian ingin ambil berat dan sayangkan dia.
"Thank you akak..."
Seusai Dian melepas pelukannya... Zarf, si penghulur tuala, menghulurkan sehelai tuala pada Akira. "Congrats. You did a great job. Well done."
Terkedu Akira. Komander Zarf... puji aku? Seriusly?
Senyum yang terukir di bibir Zarf membuatkan Akira juga mengukir senyum kembali padanya, "Thank you, komander..." Kacaknya dia!
Akira memasuki dewan yang terletak di puncak bukit itu. Pelajar yang telah lulus ujian disajikan dengan makanan dari Cafe Leidren. Ramai pelajar dan pelatih yang ada.
Beberapa orang pelajar Level 1, datang bersalaman dan mengucapkan tahniah kepadanya. Akira terkesima. Ini... kali pertama bebudak level aku datang bercakap dengan aku.
"Kira! Weyh! Kau!" Arol, yang baru selesai ujiannya... masuk ke dalam dewan. Dia mendekati Akira. Nafasnya tercungap, menahan penat.
Akira gusar. Aku ada buat salah apa pula dekat dia ni?
"Kira! Tak sangka aku! Budak diam macam kau mampu buat benda macam tadi tu! Dah lah lagi berani, lagi hebat dari pelajar Level 2! Aku salute ah kau." Arol menumbuk lembut bahu Akira.
Mereka bersembang seketika, sehinggalah Arol minta pamit untuk bertemu kawan-kawannya.
Akira melangkah ke arah meja jamuan.
Dilihatnya, ada pelbagai jenis makanan yang disediakan. Namun, ada sesuatu yang berjaya menarik perhatiannya.
Warna kuning, gulung-gulung kecil. Macam... snail? Ini... makanan ke? Macam mana nak makannya? Lama Akira memandang benda di dalam bekas jernih itu.
Seorang budak perempuan datang mengambil satu bekas jernih berisi sesuatu... yang juga tidak diketahui Akira.
Warna kuning, panjang-panjang. Macam... straight worm?
Setelah mengambil bekas itu, si budak perempuan menyendok kuah berwarna merah ke dalam bekasnya, lalu menabur pula sesuatu yang berwarna kuning... dan dia pun berlalu.
Mata Akira mengekori budak perempuan tadi. Dilihatnya, budak itu meletakkan bekas makanannya ke dalam benda yang berbentuk empat kotak. Lalu dia menekan beberapa butang, dan dia berlalu pergi.
Eyh? Kenapa dia tak makan? Ini... makanan ke, bukan?
Akira kembali memerhati benda-benda yang tersedia di atas meja panjang itu.
Haylee, gadis Level 1 berkaca mata bulat, memerhati Akira dari awal tadi. Dia berjalan mendekati Akira yang kelihatan bingung.
"Akira... ini makaroni. Itu pula, spaghetti. Merah ni, sos spaghetti. Putih tu pula, sos makaroni. Tapi... awak nak swap sos pun, tak ada masalah. And... yang warna kuning tu pula, cheese..."
"Kalau awak ambil makaroni dan awak letakkan memana sos, awak boleh terus je makan. Tapi... kalau awak tambah cheese, awak kena panaskan makanan awak dalam microwave dulu, supaya cheese awak cair."
"Benda empat kotak tu, namanya microwave. And trust me, mac and cheese, sangat-sangat sedap! Awak cubalah..." Terang Haylee mesra.
Akira mengucapkan terima kasih, dan Haylee berlalu menuju ke kelompok kawannya semula. Akira pantas mengikut arahan Haylee untuk menyediakan mac and cheese.
Lapar, lapar, lapar...
Sedang Akira menunggu makanannya dipanaskan... tiba-tiba, General Khaled datang mendekatinya.
"Akira..."
...
(bersambung)
General Khaled tetiba datang
Kamu, kliklah button si bintang 🌟
Thank you 🤗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com