Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Tertukar

Suasana pada pagi ini sungguh sunyi sekali kerana Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying duduk termenung sahaja. Mereka semua sangat risaukan tentang Fang, sudah dua hari Fang koma dan tiada perkembangan baru tentang Fang. Tok Aba rasa kasihan dengan mereka tapi bagus juga mereka risaukan tentang kawan baik mereka. Tanpa mereka sedari, Kaizo datang dan lalu duduk sebelah Boboiboy. Dia melihat mereka dengan penuh kepelikan

"Woi! korang buat apa sambil termenung macam tu?"

"Kita orang termenung sebab risaukan tentang Fang.. eh.." Boboiboy pandang ke tepi "ABANG KAIZO?! tapi apasal percakapan abang Kaizo macam Fang?"

"Hehehehe.. ini akulah!"

"FANG KE NI?! TAPI... tapi... tapi..." Boboiboy tak tahu nak cakap apa

"Aku lupa pula.. kau ingat tak lagi episode aku tertukar badan dengan abang aku" Semunya angguk dan ingat dengan episode itu "Aku tertukar lagi sekali dengan abang aku. Batu tu, entah macam mana boleh ada balik dalam kapal angkasa abang aku. Jadi, dia terus tukarkan aku dengan abang aku lagi sekali tapi yang bestnya, abang aku tengah koma sekarang dan aku dapat menggunakan kuasa dia.. MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAAAAA!" Fang tergelak besar di situ dan terus dia kena ketuk dengan periuk "Apasal kau ketuk aku"

"Maaf Fang.. hehehhe" Ochobot tergelak sedikit "Tapi bukannya kau tak ingat apa-apa ke?"

"Mengikut kata Lahap, disebabkan aku di dalam badan abang aku, jadi ingatan aku normal macam abang aku. Cuma diri aku sahaja yang tidak ingat apa-apa, kalau abang aku bangun pada ketika ini, boleh lah aku buli dia" mereka semua nampak muka nakal Kaizo "Hehehehehehe"

"Kau ni Fang, daripada kau buat benda-benda nakal.. baik kau pergi selamatkan diri kau yang tengah koma tu" marah Boboiboy "Cubalah kau betulkan keadaan daripada asyik abang kau aje yang kena buat"

"Wei, aku pernah betulkan keadaan apa.. episode mana yea.. bagi aku fikir kejap" Fang mula berfikir, episode mana dia betulkan keadaan "Hmmm.. hah! episode aku merayu kepada pengetua sekolah supaya Zakwan tak buang sekolah"

"Itu sebab kau rasa kasihan dengan ibu dia" kata Boboiboy

"Hmmmm... hah! episode aku jadi jahat.. aku pergi pujuk Rizu selepas aku jadi baik"

"Itu sebab Lahap yang terpaksa berlawan dengan kau dekat kapal angkasa. Abang kau juga yang kena pergi pulihkan kau balik" kata Boboiboy

"Ala, lepas tu aku betulkan bali keadaan dengan Rizu kan kan kan..." Mereka rasa pelik melihat diri Kaizo tersenyum-senyum seperti orang gila "Apasal korang pandang aku macam aku ni tak betul?"

"Dey! cuba kau tengok dekat cermin.. abang kau mana reti nak senyum" Ying berikan cermin kecilnya kepada Fang dan dia nampak wajah abang dia, terus dia senyumkan "Hah! menakutkan tak?"

"Seram betul aku tengok abang aku senyum" kata Fang sambil melihat lagi wajah abang dia tersenyum lebar "Tapi seronok pula aku main-main dengan wajah abang aku yang tak kacak ni"

"Cheh, boleh pulak macam tu" kata Gopal. Dia merampas cermin itu dan terus kembalikan kepada Ying

"Woi! apasal kau rampas cermin tu!"

"Sudah sudah! jangan nak bergaduh lah!" Boboiboy tenangkan kawan baik dia "Fang, apa kata kau pergi pujuk Rizu sebab dia tengah merajuk dengan abang kau lagi. Hari itu abang kau kata nak bawa dia pergi melawat kau tapi sampai sekarang abang kau tak bawak dia. Eh kejap, bukan abang kau tengah cedera ke?"

"Lahap kata, luka dekat badan abang aku sudah pulih sedikit. Ini pun dia bagi aku balik ke bumi sebab dia cakap, nanti Professor Falcon akan datang ke sini dengan ubat untuk pulihkan aku tapi aku tak tahu berapa lama badan aku nak koma tu. Rasa aku nak sepak-sepak aje badan aku tu suruh bangun" kata Fang "Hmm.. aku pergi jumpa Rizu, nanti aku datang balik" Fang terus beredar dari situ. Dia masukkan kedua belah tangannya ke dalam jaket biru abangnya. Dia berjalan menuju ke rumah Rizu, dia sebelum ini pernah pergi ke rumah Rizu cuma dia tidak pernah masuk ke dalam. Rumah Rizu tidak jauh daripada kedai Tok Aba, dia perlu hanya belok ke kanan dan dia sudah sampai di hadapan rumah Rizu yang begitu besar dan mewah

Semenjak ibu dia bekerja di syarikat besar, mereka telah pindah ke rumah yang lebih besar daripada sebelum ini dan rumah inilah membuatkan Rizu rasa sunyi. Fang membuka pintu pagar rumah Rizu dan terus ke pintu rumahnya. Dia mengetuk pintu tersebut dan terus orang gaji Rizu membukanya

"Err.. Rizu ada?"

"Tunggu sebentar" kata orang gaji tersebut "RIZU! ADA ORANG DATANG NAK JUMPA DENGAN RIZU!"

"Siapa?" Fang boleh dengar suara ceria Rizu. Dia nampak Rizu sedang berlari turun tangga dan terus muka dia berubah "Abang Kaizo?"

"Rizu!" Rizu pergi ke arah Fang "Rizu sihat?"

"ABANG KAIZO JAHAT!" Rizu ingin menutup pintu itu tetapi Fang menghalang dia. Fang menahan pintu itu dengan tangannya "Kenapa abang Kaizo tak bagi Pizu tutup pintu"

"Rizu, ini bukan abang Kaizo.. ini abang Fang"

"TIPU!" Rizu tendang kaki Kaizo tetapi tendangan Rizu tidak begitu kuat "ABANG KAIZO JAHAT! ABANG KAIZO MARAH PIZU! ABANG KAIZO HALAU PIZU! ABANG KAIZO tak bagi Pizu bermanja dengan abang Fang" terus Rizu terduduk di muka pintu. Dia menangis di situ "Abang Kaizo kejam"

"Tak, abang Kaizo bukan kejam dan percayalah, ini bukang abang Kaizo.. ini abang Fang" Fang duduk di hadapan Rizu "Rizu sendiri beritahu abang yang Rizu nak abang sebagai abang betul bukan hanya sekadar abang angkat sahaja. Rizu ingat tak?"

"Abang Fang? Pizu ada beritahu tu dekat abang Fang sahaja" Fang tersenyum melihat Rizu

"Ini abang Fang bukan abang Kaizo" Rizu kenal dengan senyuman itu walaupun senyuman itu bukan di wajah Fang tapi di wajah Kaizo "Rizu?" terus Rizu membalas balik senyuman Fang tadi dan terus dia peluk leher Fang

"Abang Fang.. abang Fang dah bangun tapi bagaimana? bagaimana abang Fang boleh ada dekat dalam badan abang Kaizo? Mana abang Kaizo pergi?" Rizu lepaskan pelukan dia

"Hmmm... ceritanya panjang Rizu tapi abang Kaizo ada dekat dalam badan abang Fang, jadi abang Kaizo tengah koma sekarang ini" Muka Rizu berubah menjadi risau "Rizu jangan risau, ini bukan salah Rizu" dia menyelak rambut Rizu sedikit "Tapi yang pasti sekarang, abang Fang selamat dan abang Kaizo juga akan selamat"

"Pizu cuma menyesal cakap abang Kaizo kejam tapi Pizu kecewa dengan abang Kaizo hari itu, dia marah Pizu, dia halau Pizu" Hati Rizu masih lagi terluka, dia memang tidak boleh lupakan kejadian hari itu "Abang Kaizo tak pernah marah Pizu macam itu, Pizu terkejut hari itu"

"Dah dah, Rizu jangan ingatkan sangat. Abang pasti abang Kaizo tak sengaja masa itu, lagipun abang Kaizo tengah risaukan tentang abang. Abang dibawa lari oleh perempuan gila ni dan ingatan abang dalam bahaya sekarang ini. Kalau abang Kaizo bangun pada ketika ini, mesti ingatan dia teringatkan tentang perempuan gila tu. Harap air untuk pulihkan ingatan abang, akan sampai dengan segera"

"Abang Fang" Tangan Rizu sedikit demi sedikit pergi ke tangan Kaizo yang besar itu

"Kenapa Rizu?"

"Boleh tak abang Fang bawa Pizu tengok badan abang Fang dekat kapal angkasa. Abang Kaizo janji dengan Pizu sebelum ini tapi Pizu tunggu, abang Kaizo langsung tak muncul" Fang pegang tangan Rizu

"Boleh" mereka berdua bangun dari situ. Rizu mengheret Fang pergi ke bilik dia. Fang nampak di dalam rumah itu sungguh luas dan besar, terdapat banyak barang kaca dan crystal yang mahal-mahal. Takut juga kalau Fang terjatuh atau terpecahkan salah satu barang kaca di situ. Rizu dan Fang naik ke atas dan terus mereka masuk ke dalam bilik Rizu. Fang kagum dengan bilik Rizu, luas dan penuh dengan barang anime. Di tepi katil Rizu, terdapat satu almari kaca penuh dengan patung kecil anime. Dia ternampak sebuah teddy bear berbentuk Rizu dan sebelah dia ada teddy bear bentuk dia juga. Selama ini, ada dua teddy bear bentuk dia. Satu untuk dia dan satu lagi untuk Rizu. Di suatu sudut, ada sebuah television kecil untuk membolehkan Rizu bermain dengan video game dia

"Comelnya bilik Rizu"

"Terima kasih!" Rizu suruh Fang duduk di atas katil dia "Pizu nak tunjukkan sesuatu" Dia pergi ke meja dia dan ambil buku lukisan dia "Semasa abang Fang dalam koma, Pizu sangat rindukan abang Fang. Semalam Pizu lukiskan gambar ni" Dia membuka buku itu dan tunjukkan sebuah lukisan dia dan Fang melihat bintang-bintang di angkasa lepas

"Lukisan Pizu makin lama makin bagus" Fang sangat terharu melihat lukisan tersebut "Rizu simpan lukisan ni"

"Pizu nak suruh ibu frame kan lukisan ini" Rizu simpan buku lukisan itu. Dia mengambil beg pakaiannya "Pizu nak tidur dekat kapal angkasa malam ni boleh?"

"Errr.." Dia melihat Rizu begitu gembira, dia keluarkan beberapa pakaian dia dan masukkan ke dalam beg "Tapi mesti abang Kaizo marah nanti"

"Abang Kaizo kan tengah koma.. mesti dia tak tahu punya.. bolehlah abang Fang? malam ini sahaja" Rizu membuat muka comel kepada Fang, dia siap berkelip-kelipkan mata "Boleh lah! nanti kita main-main lah dekat kapal angkasa. Tak pun kita tengok bintang sama-sama ke"

"Hmmm.. yelah tapi malam ini sahaja. Kalau abang Kaizo tahu, tentu dia marah nanti"

"YEAHHHH! dekat kapal angkasa ada television tak? Pizu nak bawa video game"

"Ada kot.. bawa ajelah" Rizu terus kumpul video game dia dan letak di dalam sebuah beg khas untuk video game. Fang pergi menolong Rizu untuk kemaskan barang dia. Selepas itu, Rizu memberitahu ibu dia yang dia akan bermalam dengan Fang tetapi dia tidak beritahu yang dia akan bermalam di kapal angkasa. Ibu Rizu setuju sahaja, lagipun sekejap lagi ibu Rizu terpaksa pergi ke Kuala Lumpur dan mungkin akan tidur di sana selama 3 hari. Kasihan Rizu, ibu dia terpaksa bekerja keras

Sebelum mereka naik ke kapal angkasa, mereka singgah dahulu di kedai Tok Aba "Hai semua!"

"Rizu!" mereka semua gembira Rizu ada di situ bersama dengan Fang

"Rizu ok tak? Abang kamu ada tampar kamu tak?" tanya Gopal sambil mengusap-usap kepala Rizu

"Wei! cuba kau tanya soalan yang elok-elok"

"hehehe.. aku bergurau aje" tersengih Gopal. Rizu asyik pandang tangan Gopal, hati dia memang nak gigit tangan itu tetapi dia sudah di panggil oleh Tok Aba

"Rizu, lama tak nampak Rizu. Mari atuk buatkan waffle khas untuk Rizu"

"Terima kasih atuk, tapi atuk kena buat untuk abang Fang sekali" Mereka berdua duduk di bangku kedai "Pizu nak dua waffle boleh?"

"Boleh, tunggu yea" Tok Aba pergi buatkan waffle untuk Rizu dan juga Fang

"Korang bawa beg ni untuk apa? Rizu tidur rumah kau ke nanti?" tanya Boboiboy sambil melihat beg pakaian Rizu. Dia juga perasan yang Rizu sedang memakai beg penguin dia "Tapi abang Kaizo kan tiada, tak kan kau nak benarkan Rizu tidur dekat rumah kau pula"

"Bukanlah, Rizu paksa aku tidur dekat kapal angkasa"

"WAH! BESTNYA!" menjerit Yaya dan Ying

"Kami tak pernah tidur dekat kapal angkasa, kamu cukup bertuah sekali tapi kalau Kapten Kaizo tahu, tentu abang kamu kena marah nanti" kata Ying

"Kakak Ying jangan risau, Pizu tidur dekat sana satu malam sahaja"

"Nanti Rizu jangan nakal-nakal sangat dekat kapal angkasa" kata Yaya kepada Rizu

"Tapi.. Rizu bukan budak nakal.. yang nakalnya, abang kesayangan dia tu" Gopal memang saja nak cari pasal dengan Fang "Betul tak Rizu? abang kau tu nakal yang teramat. Patutlah tiap-tiap hari dia asyik kena marah dengan abang dia. Abang dia pun sama juga, sadis tahap orang gila" Fang mula berapi-api dengan Gopal "Nasib kau begitu baik sekali Rizu, dah lah comel. Boleh lari daripada latihan tempur dia tahap sadis tu. Abang Gopal selalu kena dengan kapten gila tu"

"PEDANG TENAGA!" Fang terasa diri dia hebat pula kerana ini pertama kali dia dapat menggunakan kuasa abang dia "WEI! KAU NAK CARI PASAL DENGAN AKU KE HAH!"

"FANG! simpan pedang tu! Hari itu abang kau dah musnahkan meja kaunter ni, nasib baik dia reti betulkan. Kalau tidak, atuk sudah lama nak piat telinga dia" Kalau Kaizo kena piat telinga dengan Tok Aba, itu sudah kali ke 2, fikir Fang dan lalu dia tergelak sorang-sorang. Seram pula mereka melihat Fang tergelak sorang-sorang di dalam badan abang dia. Macam orang gila. Fang simpan pedang tenaga abang dia sambil ketawa macam orang gila

"Fang, kau jangan gelak macam gila boleh tak?" kata Boboiboy

"Apasal pulak? suka hati aku kalau aku nak gelak macam mana pun" kata Fang dengan nada belagak dia "Kau sibuk apasal"

"Hmmm.. Pizu kalau tengok abang Kaizo sikap macam abang Fang nampak kelakar. Cuba abang Fang buat muka serius macam abang Kaizo" Terus Fang buat muka serius tapi dia tidak boleh tahan lama, Fang terus ketawa sampai dia mengetuk-getuk meja "Abang Fang ni kenapa? kena rasuk dengan ratu gila ke?"

"RATU GILA?! Mana dia mana dia mana dia?" Gopal sorok di belakang Boboiboy

"Woi! mana ada hantu gila dekat sini. Sudahlah korang, malas aku nak layan dengan budak hantu ni. Jom Rizu, kita makan dekat kapal angkasa" Tok Aba baru sahaja selesai buatkan waffle untuk Rizu dan Fang

"Kalau macam tu, biar atuk letak waffle ni dalam bekas"

"Ala abang Fang, tak kan kita nak pergi dah" Rizu tarik-tarik jaket biru Kaizo

"Kita makan dekat kapal angkasa, boleh kita tengok bintang-bintang sekali" terus Rizu gembira. Dia tidak sabar untuk menikmati keindahan angkasa lepas

"Wuuuu.. romantiknya, agaknya bila lah kau nak ajak kita orang ni. Asyik-asyik beri keutamaan dekat budak ni, kita orang ni, kau lupakan" Fang malas nak layan drama Gopal, dia buat tidak tahu sahaja sementara menunggu Tok Aba siapkan bekas makanan dia dan Rizu "Yelah, Rizu tu lebih penting daripada kita orang"

"Gopal, jangan nak cari pasal" kata Boboiboy

"Ala, dia mana boleh keluarkan harimau bayang dia" Gopal usik-usik lengan Fang dan lalu Fang tepuk tangan Gopal

"Tapi.. dia ada kuasa abang dia" kata Yaya. Tok Aba berikan beg plastik kepada Fang. Dia mengangkat beg pakaian Rizu dan terus beredar dari situ tanpa berkata apa

"Jumpa esok!" kata Rizu sambil melambai-lambai ke arah Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying

"Eh kejap, lupa pula" Fang pusingkan badan dia "WEI GOPAL! SINI SEKEJAP!" Gopal datang ke arah Fang

"Kau nak apa?"

Fang terus tersenyum sinis "HEHEHE... TOLAKAN TENAGA!" Gopal tercampak begitu jauh sekali. Fang dan Rizu terus lari dari situ

"Aduh, apalah nak jadi dengan kawan aku ni" Boboiboy menepuk dahinya

--------------------------------------

Lahap sangat marah dengan Fang kerana membenarkan Rizu tidur di kapal angkasa. Dia membebel dekat Fang sampai sakit telinga Fang, dia terus sumbat biskut Yaya dalam mulut Lahap

"Kau jangan nak beritahu abang aku"

"Tapi.. kalau kapten tahu juga macam mana? aku tak nak jawabkan sebab kau yang benarkan dia tidur dekat sini" Fang malas nak layan Lahap, dia terus mengajak Rizu masuk ke dalam bilik dia "MANA KAU NAK PERGI HAH!"

"Aku nak masuk bilik aku lah! Sibuk apasal"

"Isk si Pang ni. Takpe, nanti abang kau tahu, kau juga yang terseksa nanti" Lahap terus balik ke bilik kawalan dia sambil membebel sorang-sorang. Rizu sangat suka melihat Lahap, dia seperti anak patung maskot sekolah

"Nanti Pizu nak tangkap gambar dengan maskot tu boleh?"

"Aku? maskot.. adeh" bisik Lahap "Ingat aku ni maskot Kapten Kaizo ke"

"Boleh aje Rizu, maskot tu tak kan pergi ke mana-mana pun. Dia sentiasa ada dekat kapal angkasa ni sebagai maskot penjaga galaxy"

"Jadi, dalam maskot tu ada alien lain ke?" Fang nak tergelak kalau ada orang lain dalam badan Lahap "Kenapa abang Fang?"

"Takde alien lain pun, maskot tu memang macam tu pun. Nama sebenar dia adalah Lahap, dia tu pengikut setia abang Kaizo" Fang membuka pintu biliknya dan muka Rizu berubah menjadi sedih apabila melihat badan Fang yang sebenar. Banyak wayar melekat di badan Fang, Rizu menangis dan dia tidak mahu melihat badan abang kesayangan dia. Dia lalu peluk Fang

"Kenapa Rizu?"

"Pizu sedih sebab abang Fang koma"

"Tapi.. abang Fang kan dekat sini, itu abang Kaizo yang koma" Rizu mengelap air matanya. Dia tidak sanggup melihat lagi tetapi dia tabahkan hati. Fang meletak beg pakaian dan beg video game di tepi pintu. Beg plastik makanan, dia letak di atas meja. Fang mengajak Rizu melihat dirinya lebih dekat

"Abang Kaizo bila boleh bangun?"

"Tak tahu lah Rizu, jomlah kita makan. Rizu nak makan dekat mana?" Tapi sebelum Rizu jawab, dia pegang tangan Fang yang sebenar, wajah dia sayu sahaja melihat diri sebenar Fang "Rizu?"

"Maaf.." kata Rizu. Dia lepaskan tangan sebenar Fang "Nanti Pizu datang balik" bisik Rizu. Dia sebenarnya nak Fang yang sebenar bukan Fang yang dalam badan Kaizo "Pizu nak makan dekat tempat latihan tempur? dekat mana tu?" Fang senyum sahaja, dia hubungi Lahap dan suruh dia bukakan medan latihan tempur

"Rizu tengok dekat luar tingkap" Rizu melihat sayap kapal angkasa itu bergerak dan membentukkan sebuah lantai yang luas "Jom! kita makan dekat situ" Fang mengambil beg plastik makanan dan mengajak Rizu turun ke medan latihan tempur

Rizu sangat teruja melihat kapal angkasa itu tetapi yang lebih mengembirakan dia adalah tempat latihan tempur itu. Dia dapat melihat keindahan bumi dan bulan pada masa yang sama. Bintang-bintang di angkasa lepas, berkelip-kelipan seperti batu permata. Mata Rizu bulat besar kerana terlampau gembira

"Bestnya! Pizu nak duduk dekat sini tiap-tiap hari boleh?" Rizu baring di atas lantai kapal angkasa dan terus berguling-guling. Fang ada beritahu Lahap suruh bawakan sebuah television ke medan latihan tempur. Mereka ingin main video game di situ sambil makan. Lahap mengikut sahaja arahan dari Fang

"Pang, jangan lupa kemaskan balik" kata Lahap

"Jangan risaulah, aku kan suka kemaskan daripada bersepah. Aku bukan macam abang aku, dia tu kaki sepah"

"Hmmm.. kutuk lah abang kau sementara dia tengah koma" lalu Lahap beredar dari situ. Fang dan Rizu mulakan operasi meluangkan masa bersama. Mereka makan waffle sambil melihat keindahan bumi. Mereka berbual kosong sambil ketawa mesra. Sudah lama Fang tidak menghabiskan masa dia bersama dengan Rizu. Dia selalu sangat sibuk dengan kerja-kerja abang dia bagi tapi dia rasa sedih sebab dia dapat lakukan ini semua dengan badan abang dia bukan diri dia yang sebenar

"Abang Fang jangan sedih. Pizu tetap rasa seronok. Inilah hari paling bahagia sekali buat Pizu! Terima kasih abang Fang kerana bawakan Pizu ke sini" Rizu cium-cium pipi Fang atau pipi Kaizo yang sebenarnya. Fang tidak rasa geli pula, dia hanya tersenyum sahaja

Lahap perhatikan sahaja mereka berdua "Macam kapten dan Pang sewaktu mereka kecik-kecik dulu" Lahap sebenarnya pernah nampak kapten dia dan Fang sewaktu mereka kecil lagi tetapi mereka belum kenal lagi pada masa itu. Lahap tinggalkan mereka berdua

Fang pasang video game tersebut dan lalu mereka bermain bersama. Rizu selalu sangat menang kerana Fang memang tidak reti sangat. Fang tidak begitu puas hati, dia mahu menang, dia mahu dapat no.1 dan terus dia kalahkan Rizu

"Muahahahahahaha! akhir! aku menang!" Rizu buat muka masam tapi dia tergelak sedikit

"Abang Fang sudah berapa lama tak main video game?"

"Dari tahun lepas" dia tersengih kepada Rizu "Sebab abang Kaizo tak benarkan abang main video game. Dia kata video game tu melalaikan kita, tengok lah si Gopal tu. Dia tahu main sahaja, bila nak belajar, entahlah tapi abang memang tidak minat sangat dengan video game. Abang lebih suka belajar"

"Bagusnya abang Fang! patutlah Pizu tengok dekat rumah abang tiada video game. Pizu jarang main sebab Pizu lebih suka habiskan masa dengan orang-orang yang Pizu sayang. Kadang-kadang Pizu suka sangat datang rumah kawan baik Pizu. Kita orang main lawan-lawan sampai hari sudah petang. Mak dia selalu buatkan makanan kegemaran Pizu, kek pisang! Nanti satu hari, abang Fang cubalah buat untuk Pizu. Kek pisang tu SEDAPPP! Lebih sedap kalau makan dengan ice cream sekali..." Fang dengar sahaja cerita Pizu yang panjang lebar itu. Dia tidak henti-henti bercerita, Fang lansung tidak rasa mengaku kerana dia terlampau tekun sangat

"Lepas tu, kita orang ada buat robot gunakan kotak terpakai. Kita orang pakai kotak tu dan jadilah robot!"

"Bestnya dapat jadi kanak-kanak balik macam Pizu, boleh berimaginasi bermacam-macam. Abang Fang dah tua, tahun depan abang nak masuk sekolah menengah dah"

"Tapi.. abang Fang masih lagi boleh jadi kanak-kanak balik" Rizu bangun dan terus terkam Fang, dia geletek badan Kaizo atau Fang sampai membuat Fang ketawa besar di situ "Hehehehehe..." Rizu baring di sebelah Fang sambil melihat bintang-bintang di hadapan mereka "Terima kasih kerana hadir dalam kehidupan Pizu"

"Rizu jangan cakap macam tu, macam Rizu nak pergi buat selama-lamanya aje"

"Mana ada, Pizu cuma bersyukur dapat berkawan dengan abang Fang" Fang hanya tersenyum sambil melihat sebutir bintang bersinar begitu terang

--------------------------------------

Malam itu, Fang tidur di bilik abangnya. Rizu tidak boleh tidur, dia melihat Fang yang sedang nyenyak tidur sambil berdengkur. Dia secara senyap-senyap turun dari katil dan keluar dari bilik tersebut. Dia pergi ke bilik Fang yang sebenar, dia membuka pintu bilik itu dan lalu masuk. Rizu pergi melihat diri sebenar Fang yang terbaring di atas katil

"Pizu tidur sebelah abang Fang boleh?" Rizu naik ke atas katil dan baring sebelah. Tanpa disedari oleh mereka, batu menukarkan badan Kaizo dan Fang, dia telah menukarkan badan Rizu dan Kaizo pula. Kali ini, Rizu yang masuk ke dalam badan Fang dan dia menjadi koma

Pagi itu, Fang terbangun dengan satu jentikan di hidung dia "ABANGGGGG!" dia memang tahu perangai abang dia yang suka sangat jentik hidung dia "Eh, abang dah bangun ke?" dia menoleh ketepi dan nampak Rizu dengan muka serius dia "Ke-ke-kenapa Rizu?"

"INI BUKAN RIZU! INI ABANG KAU LAH SENGAL!" terkejut Fang "Yang kau pergi benarkan Rizu tidur dekat kapal angkasa kita kenapa? Kau sudah hilang akal ke? Tengok apa sudah terjadi, kau ni memang nak kena hukuman dari aku!" Fang rasa nak tergelak sebab suara garang Rizu sungguh comel sekali

"HEHEHE... heheheheheeee" Fang ketawa sepuas hati

"Apasal kau gelak? kenapa? kau tak pernah tengok budak kecik garang macam ni?"

"Tak pe-hehehe... tak pernah" Fang cuba buat muka serius tetapi melihat wajah Rizu yang comel tiba-tiba berubah menjadi serius, dia memang tidak menahan ketawanya. Kaizo ikut cara Rizu iaitu gigit orang. Kaizo gigit tangan adiknya "ADOIII!"

"Tahu pun!"

"Tapi abang gigit tangan abang sendiri kan!"

"Apa abang kisah, janji kau berhenti ketawa dan aku nampak sungguh memalukan!" Kaizo melihat dirinya ketawa macam orang gila, dia sendiri mahu tergelak tetapi dia menahan dirinya dan buat-buat tidak tahu sahaja

"Abang, mana Rizu?"

"Kau ni, tak kan tahu lagi! Rizu dalam badan kau tengah koma! SEKARANG KITA SEMUA KENA BETULKAN BALIK KEADAAN! KAU TU SEPATUTNYA TENGAH KOMA SEKARANG INI! TAPI RIZU PULA YANG TERKENA! sudah! kau pergi cari batu yang buat pasal dengan kita semua! cari sampai dapat, FAHAM!"

"Fa-faham abang" takut pula dia melihat Rizu garang macam harimau tapi comel. Fang keluar dari bilik abang dia untuk mulakan operasi mencari batu tersebut. Dia cari di seluruh kapal angkasa tetapi tidak jumpa. Dia juga turut cari di dalam bilik dia sendiri tetapi tiada. Fang pergi ke diri dia yang sedang terbaring itu, dia melihat muka dia yang pucat itu

"Rizu, abang Fang dan abang Kaizo akan pastikan Rizu berada di dalam badan Rizu sendiri dan abang Fang tidak mahu melihat diri Rizu koma. Sepatutnya abang yang koma tapi..." Air matanya mengalir, dia mengelap sedikit "Rizu jangan risau dan semalam adalah hari paling bahagia bagi abang juga"

"Pang" Fang menoleh kebelakang dan nampak Lahap "Kau tak ikut abang kau turun ke bumi?"

"ERKK! bila dia turun?"

"Lebih daripada 1 jam" kata Lahap

"Cheh, tak guna punya abang" bisik Fang "Lahap, aku akan turun ke bumi dan pastikan Rizu ok"

----------------------------------------

"Aku sebagai ketua pasukan ini, akan mengajar kamu bagaimana untuk menjadi superhero yang terbaik dan terhebat di Pulau Rintisi" Kaizo berjalan ke kiri dan ke kanan balik di hadapan kawan-kawan adiknya yang sedang berdiri tegak. Mereka melihat budak kecil yang garang dengan percakapan dia yang comel. Gopal tergelak sedikit kerana tidak tahan melihat Kaizo tertukar badan dengan Rizu. Satu Pulau Rintis tahu tentang Rizu dan mereka semua setuju Rizu adalah budak kecil paling comel sekali tapi apabila dia di campur-aduk dengan kegarangan Kaizo, kecomelan itu masih tetap ada lagi tetapi ia bertukar menjadi lawak

Boboiboy hanya tersenyum sahaja sambil melihat Kaizo bermundar-mandir di hadapan dia. Dia melihat Kaizo seperti bos kecil

"Kenapa dengan kau? kau ketawakan diri aku ke hah?!" marah Kaizo kepada Gopal

"Tak.. tak.. tak.. saya tak ketawakan Kapten Kaizo tapi.. hehehehehe... tapi Kapten Kaizo nampak begitu comel" Gopal dengan beraninya, dia cubit pipi Rizu atau Kaizo sebab terlampau comel sangat. Kaizo menahan kemarahan dia

"Err.. Gopal, Kapten Kaizo tengah marah tu" bisik Yaya kepada Gopal

"Hehehehe..." Gopal tersengih dan lepaskan pipi Kaizo "Maaf yea Kapten Kaizo"

"ABANG! APA ABANG TENGAH BUAT NI?!" Fang datang dengan nada marah dia "ABANG BIARKAN ADIK CARI BATU TU SORANG-SORANG!"

"Kamu yang nak cari batu tu sorang-sorang, jadi abang biarkanlah. Abang turun ke sini sebab abang lapar"

"Adik ingatkan abang nak tolong! Abang ni memang tak guna" Kaizo hanya menjelir lidahnya kepada Fang "Adik potong lidah tu nanti"

"Potonglah! ini lidah Rizu, potonglah kalau berani! Kau ingat dapat badan aku, kau boleh guna kuasa aku sesuka hati! BAGI JAM KUASA AKU!"

"Mana boleh! nanti adik takde kuasa lah!" Kaizo keluarkan jam kuasa adiknya di poket seluar dia "ABANG ADA JAM KUASA ADIK?!"

"Kalau nak, bagi jam kuasa aku" Fang mengalah, dia tanggalkan jam kuasa abangnya dan berikan kepada abang dia. Fang terus mengambil jam kuasa dia sendiri

"Err.. abang Kaizo, bila abang Kaizo akan kembali ke badan abang Kaizo?" tanya Boboiboy

"Mungkin esok tetapi selagi kita tidak dapat mencari batu itu, mungkin kita akan tertukar lagi. Macam mana batu itu boleh berada di dalam kapal angkasa aku, aku sendiri tidak tahu. Lahap tadi beritahu aku, Professor Falcon sudah semakin hampir. Ubat yang dia bawa, dapat memulihkan ingatan adik aku"

"Adik ada dekat sini lah" kata Fang. Kaizo hiraukan sahaja

"Tapi kalau adik aku tidak berjaya dipulihkan, aku terpaksa menghantar dia ke rumah atuk dan nenek aku. Biar mereka menjaga dia"

"Adik ada dekat sini lah dan adik tak nak balik ke rumah mereka" kata Fang lagi dan Kaizo tetap hiraukan dia

"Dan kamu semua jangan risau, adik aku yang tak guna tu, dia akan dijaga dengan baik"

"ADIK ADA DEKAT SINI LAH!" kata Fang dengan nada marah dia

"ISK! abang nak berdrama pun tak boleh!" Kaizo keluarkan pedang tenaga dia dan Fang terus larikan diri. Kaizo mengejar Fang "MARI SINI KAU!" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying melihat sahaja gelagat adik beradik tapi kali ini seperti adik mengejar seorang abang dengan pedang

"Macam aku menonton cerita kartun" kata Boboiboy "Elok sangat lah tu, abang yang garang kena kejar dengan adik yang sentiasa comel" Mereka angguk sahaja. Setelah Fang puas kena kejar dengan Kaizo, mereka berdua balik ke kapal angkasa kerana Professor Falcon sudah pun berada di dalam kapal angkasa mereka

-----------------------------------

Professor Falcon tergelak melihat mereka berdua "Macam mana boleh jadi begini?" tanya dia

"Ada batu yang menukarkan kami tetapi masalahnya kami tidak jumpa dimana batu itu" kata Kaizo. Professor Falcon keluarkan sesuatu dari beg yang dia selalu bawa ke mana-mana sahaja "Itu! itu batu yang aku telah buang jauh dari sini"

"Jadi, korang berdua pernah tertukar sebelum ini?" mereka anggukkan kepala "Saya terjumpa batu ini dicelah pintu masuk ke dalam kapal angkasa, mungkin angin yang tolak masuk? tapi untuk kembalikan kepada badan kamu yang sebenarnya, mudah sahaja. Tak perlu tunggu sampai esok" Professor Falcon letak batu itu di atas lantai dan lalu dia pijak batu sehingga hancur. Kaizo dan Fang rasa lain macam, Fang terus kembali ke badan asal dia yang sedang koma. Rizu kembali ke badan dia dan Kaizo kembali ke badan dia

"Terima kasih Professor" kata Kaizo. Dia berasa lega kerana dia sudah dapat balik badan dia

"Batu ini memang mudah untuk dihancurkan, jadi kamu memang tidak tahu tentang itu?"

"Err.. maaf Professor. Saya sebenarnya tidak tahu sangat tentang batu itu"

"Takpe, dan siapa budak comel ini?" Professor Falcon tunduk sedikit dan mengusap-usap kepala Rizu "Kamu ada adik lain ke, Kaizo? atau ini sebenarnya anak kamu" Kaizo buat muka masam

"Bukan, ini kawan adik saya tetapi kami sudah anggap dia sebagai adik kita orang sendiri"

"Saya Rizu tapi saya bahasakan diri saya Pizu! Sebab abang Kaizo panggil adik dia Pang, jadi saya pun nak ikut juga. Pang dan Pizu!" Professor Falcon tergelak sedikit melihat gelagat Rizu

"Mana adik kamu? mari kita pulihkan dia" Kaizo membawa Professor Falcon ke bilik adiknya dan membuka pintu tersebut. Mereka masuk ke dalam dan Fang masih lagi dalam keadaan koma

"Sudah berapa lama dia koma?" tanya Professor Falcon

"Sudah melebihi seminggu tapi ubat yang Professor bawa, pasti ke dapat pulihkan ingatan dia?" tanya Kaizo dengan nada kerisauan dia. Professor Falcon tidak menjawab apa, dia hanya melihat diri Fang yang terbaring di atas katil

"Hmmm.." Professor Falcon keluarkan alat suntikan di dalam begnya "Ini ubat untuk pulihkan dia, tapi saya tidak dapat membantu untuk bangunkan dia dari koma. Itu semua terletak di adik kamu sendiri" Dia terus keluarkan kapas basah dan lapkan sedikit di lengan Fang. Selepas itu, dia berikan suntikan itu kepada Fang "Kaizo, jangan putus harapan. Tabahkan diri kamu. Saya yakin, dia akan bangun"

"Terima kasih Professor"

"Professor Falcon, boleh ke saya melawat abang Fang setiap hari?" tanya Rizu dengan muka risau dia "Saya sayangkan abang Fang. Tanpa abang Fang, saya akan rasa sunyi" Professor Falcon memberikan senyuman kepada Rizu

"Boleh, tapi Rizu kena bercakap dengan abang kamu tiap-tiap hari supaya dia dengar suara kamu. Suruh dia bangun kerana semua orang yang dia sayang, semuanya sedang menunggu dia kembali" Professor Falcon mencuit sedikit di hidung Rizu dan cuitan itu tadi membuat Rizu tersenyum

Nampaknya Fang tidak akan bangun dari komanya pada hari ini tetapi Kaizo akan tetap menunggu bersama dengan Rizu. Mereka berharap Fang akan bangun pada masa yang terdekat kerana mereka berdua mulai rindu dengan kekecohan Fang dan juga sikap panas baran dia

"Pang, kau jangan tinggalkan abang kesunyian selama-lamanya" bisik Kaizo

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com