Edisi Malam Raya
"YEAHHHH! KITA BERTEMU LAGI DI RANCANGAN EDISI MALAM RAYA! Hehehee.. puasa dah habis, Raya pun mula. Siapa puasa penuh? Saya setiap hari puasa sebab robot mana boleh makan.. hehehe" Probe terbang ke tengah pentas "Baiklah, sebelum saya panggil tetamu kita pada hari ini, saya ingin mempersilakan Trio Huru Hara untuk persembahan mereka iaitu dengan nyanyian sebuah laju bertajuk SUASANA DI HARI RAYA!"
Tirai pentas di naikkan dan ketiga-tiga gadis sedang bersiap sedia untuk nyanyikan lagu mereka. Pakaian mereka pada hari ini adalah baju kurung moden. Bella berwarna hijau, Faye berwarna pink dan Lily berwarna biru. Suasana di atas pentas penuh dengan pelita berbentuk ketupat dalam pelbagai warna. Ada lemang-lemang palsu di tepi pentas. Api palsu tengah masak lemang pun ada
Bella, Faye & Lily
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Bella
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
Bella
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Faye
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Lily
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Bella
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri
Bella, Faye & Lily
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Bella
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Faye
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Lily
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Bella
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri
Para penonton di studio markas kotak berikan tepukan gemuruh kepada kumpulan Trio Huru Hara. Bella, Faye dan Lily sangat berpuas hati dengan persembahan mereka di atas pentas itu
"TERIMA KASIH SEMUA!" Lalu mereka bertiga turun dari pentas sambil melambai-lambai ke arah para penonton. Probe terbang ke tengah pentas semula. Kali ini dia sudah berpakaian baju melaju berwarna hijau dan dia siap memakai songkok di kepala besinya
"Yeahh! Terima kasih Trio Huru Hara dengan persembahan yang cukup buatkan saya rindu dengan kampung halaman saya. Yelah, encik bos saya mana pernah nak bagi saya cuti. Kalau tidak, boleh saya pergi balik kampung, jumpa mak dan ayah sa- ADOI ADOI! JANGAN KETUK SAYA ENCIK BOS!"
"KAU MANA ADA KAMPUNG! KAMPUNG KAU DEKAT SINI SAHAJA! JANGAN NAK BERANGAN KAU AKAN DAPAT CUTI SAKIT KE, CUTI BERSALIN KE, CUTI SEKOLAH KE.. KAU TETAP KERJA DENGAN AKU 24 JAM SEHARI!" Adudu ketuk kepala Probe dengan cawan tin
"Maafkan saya encik bos! maafkan saya!" Menangis Probe di atas pentas
"Kita akan kembali selepas ini!" kata Lily sambil berikan meriam gergasi kepada Adudu "Ketuk Probe sampai kepala dia kemek!"
----------------------------------------------------------------------------------------------
"Kita sudah kembali!" Kepala Probe kemek sedikit akibat kena ketuk dengan meriam gergasi tadi "Baiklah, saya akan memperkenalkan tetamu kita pada malam ini" Lalu dia terbang ke tepi pentas
"Tetamu kita yang pertama, dia amat terkenal dengan panggilan landak. Bukan itu sahaja, dia juga terkenal dengan sifat dia yang panas baran dan juga suka mengamuk tak tentu pasal. Dia adalah seorang alien yang tinggal di bumi bersama abang dia dan DIA ADALAH FANG SI PANAS BARAN!" Para penonton berikan tepukan gemuruh apabila Fang keluar dari pentas belakang
"Hai semua" kata Fang sambil melambai-lambai ke arah para penonton. Hari ini Fang memakai baju melayu yang berwarna ungu. Dia pergi duduk di sebuah kerusi sofa yang telah disediakan di tengah pentas. Fang melihat meja di atas pentas penuh dengan makanan seperti kuih raya, rendang ayam, lemang, lontong, kuah kacang dan juga ketupat
"HAI FANG!"
"Hmm.. pelik pula tengok Fang berkelakuan baik. Takde pula dia nampak berlagak ke, sombong ke, macam landak panas baran ke.. hmmmm.. kepelikan" Probe perhatikan Fang sedang duduk sopan di atas kerusi sofa "Baiklah, tetamu kita yang kedua. Dia adalah seorang kapten yang terlebih handal, terlebih kacak, terlebih garang, terlebih ganas, terlebih serius dan juga terlebih gel dekat rambut.." Berkerut-kerut dahi Kaizo yang berada di belakang pentas "Dia adalah abang kepada si landak panas baran. SAYA MEMPERKENALKAN KAPTEN KAIZO!"
Kaizo seperti biasa, muka dia akan sentiasa serius. Tiada lambaian kepada para penonton, dia hanya pergi duduk di sebelah adiknya yang sudah merasai kuih raya di situ. Kaizo hanya mengangkat kening sebelah sambil melihat makanan yang telah dihidangkan di atas meja. Hari ini Kaizo memakai baju melayu berwarna biru cair. Lalu dia duduk di sebelah adiknya
"Hehehee.. silakan makan yea Kapten Kaizo" Probe betulkan suara dia sekejap "Baiklah, tetamu kita yang terakhir. Dia adalah watak yang sudah dimatikan oleh cik author kita tetapi ramai yang merindui dia contohnya saya. Dia adalah musuh kepada Lily dan juga kawan kepada Lily juga. Dia adalah ratu kebaikan, bukan kejahatan. DIPERSILAKAN RATU LILY!"
"RATU LILY!" Lily sudah munculkan diri di atas pentas dengan mata bersinar-sinar sambil melihat Ratu Lily keluar dari pentas belakang
"LILY!" Ratu Lily berlari ke arah Lily, mereka berdua ingin berpelukan di tengah pentas kerana sudah lama tidak bergaduh di atas pentas studio markas kotak
"I MISS YOU, RATU LILY!"
"I MISS YOU TOO, LILY!"
"Alololo.. sweetnya!" Probe rasa ingin menangis di situ
Fang dan Kaizo buat muka bosan. Manakala para penonton rasa terharu melihat dua sahabat yang sudah lama tidak jumpa tetapi suasana terus bertukar menjadi dingin. Lily keluarkan meriam gergasi dia dan Ratu Lily pula sudah keluarkan kuku tajam dia. Kedua-duanya tidak berhenti berlari dan terus ingin menyerang satu sama lain
"BOBOIBOY IS MINE!"
"NOPE NOPE! BOBOIBOY LILY YANG PUNYA!"
"ERK?! ALAMAK!" Probe berlari ke arah tengah untuk hentikan peperangan mereka akan bakal berlaku nanti "BERHENTI!" Terus kepala Probe kena ketuk dengan meriam gergasi dan badan besi dia terkena cakaran dari kuku tajam Ratu Lily. Kepala Probe bertambah kemek lagi "Adeh.. kena lagi"
"ERK! Maaf Probe, kita orang akan berperang di tempat lain yea" kata duo Lily secara serentak
"Kenapa tak sambung sahaja berperang di atas pentas ini? Kenapa tidak di tempat lain?" Muncul Kaizo dengan pedang tenaganya. Senyuman sinis dia membuatkan duo Lily menggigil sedikit tetapi Lily tersedar sesuatu. Dia menahan gelakan dia kerana dia nampak Kaizo berpakaian baju melayu sambil pegang pedang tenaga. Lily terasa diri dia melihat pahlawan melayu campuran jepun sedikit "Kenapa kau gelak?" tanya Kaizo sambil angkat kening sebelah"
"Err.. takde apa.. kita orang turun bawah dulu yea" Lily tutup mulut dia sambil ketawa kecil
"Eh kejap, Ratu Lily mana boleh turun bawah. Aku kan tetamu undangan bukan si Lily tu.. HAHAHAAAAA!" Ratu Lily ketawa besar di atas pentas sambil pergi duduk di atas sofa
"Eleh, tetamu konon. Lily nak duduk sebelah Boboiboy! I'M COMING FOR YOU MY BBB-CHAN!" Lily turun ke bawah dengan hati yang ingin cemburukan Ratu Lily
"ERK! BOBOIBOY JANGAN DUDUK SEBELAH- Eh.. mana Boboiboy? Bukan ke dia tadi ada sebelah Gopal?" Ratu Lily mencari-cari Boboiboy di dalam studio markas kotak itu tetapi dia hanya nampak seekor kucing oren duduk di sebelah Gopal
"BBB-CHAN hilangkan diri? UWAAAAAA!" Lily terpaksa duduk di sebelah Faye. Kucing oren tadi sebenarnya adalah Boboiboy. Dia yang suruh Idoli tukarkan diri dia menjadi seekor kucing oren
"Kasihan duo Lily yea. Boboiboy korang dah hilang pun, tak pun kena bawa lari oleh orang" Terus Lily dan Ratu Lily berikan renungan maut kepada Probe "Hehehe.. saya bergurau aje.. hehehee.. tetamu kita sudah pun selesai huru harakan pentas, mari kita mulakan SESI SOAL JAWAB!"
"YEAAHH! Ratu Lily tak sabar nak jawab soalan-soalan dari peminat saya" Mata dia sudah bersinar-sinar kepada Probe
"Hehehehe.. sebelum itu, saya akan bacakan soalan yang telah diberikan oleh Ratu Lily. Soalan dia berbunyi begini. Jika kamu dapat beraya di Pulau Rintis, rumah siapakah yang pertama sekali kamu nak pergi? Saya akan bacakan jawapan kamu berserta dengan soalan kamu kepada para tetamu kita. Semuanya sudah bersedia?"
"SEDIA!" jawab para penonton
"Ok, soalan ini datang dari Ai Nad! Dia kata dekat sini, mestilah dia nak pergi ke rumah Fang sebab dia ni peminat Fang bukan peminat Kaizo.. hehehee.. dan dia cakap, dia akan bawakan donut lobak merah khas untuk Fang!"
"Boleh boleh, bawa banyak sikit yea. Kalau nak bawa 200 donut lobak merah pun takpe" Kaizo terus ketuk kepala adiknya "Dan saya akan tetap abaikan ketukan dari abang saya kerana kekasih ku iaitu donut lobak merah akan datang ke rumah aku! YAHOOOO!"
"Sah adik aku ni dah tak betul" bisik Kaizo
"Baiklah, soalan untuk Fang dan Kapten Kaizo. Apa perasaan korang semasa menyambut Hari Raya terutamanya Kapten Kaizo yang pertama kali menyambutnya? Soalan kedua pula, adakah korang tak pakai baju sedondong selain warna ungu atau biru?"
"Hehehee.. abang aku raya pertama, dia sudah pergi ke kapal angkasa sebab nak latihan tempur katanya" kata Fang dengan senyuman lebar dia. Kaizo hanya angguk kepala sahaja tanda betul "Abang aku rasa biasa-biasa aje tapi.. AKU TELAH BERTUNGKUS LUMUS KEMASKAN RUMAH! MASAK RENDANG AYAM! BELI LEMANG SEBAB TAK TAHU NAK BUAT LEMANG. Ketupat pun ada, kuah kacang pun, kuih muih yang diberikan oleh kawan-kawan aku pun ada tapi biskut Yaya takde"
"Itu sebab kau simpan dekat dalam laci rahsia kau. Aku tahulah kau minat sangat dengan biskut kawan kau sampai kau tak nak kongsi biskut tu dengan orang lain" jawab Kaizo dengan nada serius dia
"WAH! Fang simpan biskut dia sebab minat dekat orangnya ke?" Ratu Lily angkat-angkat kening kepada Fang yang sudah mula berapi-api
"YEA KE FANG? NANTI AKU HANTAR DEKAT KAU LAGI BISKUT AKU OK?" Muncul pula Yaya di atas pentas dengan matanya sudah bersinar-sinar seperti bintang menyinari langit angkasa
"WEI! MANA ADALAH! ABANG AKU BUAT CERITA SAHAJA!" Fang mula bermasam muka sambil bersilang tangan
"Buat cerita? Habis tu, kenapa kau sorokkan biskut tu daripada orang lain? Cuba ceritakan perkara yang sebenarnya" Fang menelan ludah kerana dia mahu beritahu perkara yang sebenarnya. Semuanya sudah pasang telinga untuk mendengar penjelasan dari Fang
"Apa ceritanya, Fang?" Probe halakan mikrofon di depan mulut Fang
"Errr.. YELAH YELAH! AKU MENGAKU AJELAH. AKU MINAT BISKUT DIA" Padahal Fang tipu sahaja sebab nak sedapkan hati kawan dia dan juga abang dia supaya tidak mengamuk tak tentu pasal
"Wah! Terima kasih Fang! Nanti aku bagi lagi yea" Terus Yaya terbang ke bawah pentas untuk kembali ke tempat duduknya di sebelah Ying
"Hehehee.. mengaku jugak si landak ni. Oh yea, soalan kedua tadi tu, dia orang tak sedondong pun. Seorang biru dan seorang lagi ungu. Baiklah, soalan untuk Ratu Lily. Dia tanya Ratu Lily apa khabar? Apa perasaan Ratu Lily apabila Momoki dan Mimiko yang datang dari planet yang sama, tinggal di Pulau Rintis?"
"UWAAAA! SAMPAI HATI KORANG MUNCULKAN DIRI DEKAT SINI DAN TAMATKAN ROH AKU DEKAT PULAU RINTIS" Ratu Lily menangis di bahu Fang "Sudahlah pertarungan aku dengan Lily belum habis lagi. Tengok-tengok diri aku juga yang melayang bagaikan burung layang-layang terbang di langit. Oh Boboiboy ku, kalau si alien kembar tu buat hal, panggil sahaja Ratu Lily kerana AKU AKAN AJAR MEREKA!" Ratu Lily terus buat muka pontianak dekat alien kembar yang bernama Momoki dan Mimiko
"Err... orang bagi soalan lain, dia jawab lain pulak" Probe garu-garu kepala besi dia yang masih lagi kemek itu
"Hehehee.. maaf.. perasaan saya adalah, sangat sedih sebab tak dapat nak tinggal dekat Pulau Rintis macam dia orang"
"Kasihan dia" Probe bagi sehelai tisu kepada Ratu Lily "Seterusnya dari Soragawa Mila. Pelik betul nama dia ni.. nama macam nama ular sawa pula, hehehee.. jangan marah yea. Jawapan dia untuk soalan Ratu Lily, sudah tentu dia nak pergi beraya di rumah Boboiboy! Heheee.. nak tengok pecahan Boboiboy lah tu. Soalan dia untuk Fang. Andaikan Fang jumpa orang berperangai socialpath, adakah kamu ingin berkawan dengan dia? dan di antara peperiksaan dan biskut Yaya, mana satu kamu pilih?"
"Hmm.. aku pilih peperiksaan! Hahahaaa! dan soalan pertama itu. Ratu Lily ni dulu-dulu pun boleh dikatakan socialpath tapi bila dah jadi baik, socialpath dia dah hilang. Baguslah tu. Kalau tidak, asyik nak seksa aku sahaja tapi aku rasa akan berkawan sikit-sikit kot, lepas tu larikan diri daripada orang itu" kata Fang dengan penuh yakin
"Soalan untuk Kapten Kaizo, kalau anda rasa geram, nak tak hempas kepala adik kamu dekat tiang? Sudah puasa? macam mana perasaan kamu? Ok tak?"
"Kalau aku rasa geram, aku bagi aje latihan tempur dekat adik aku ni. Biar dia tak jadi pemalas dalam hal-hal latihan tempur ni. Asyik nak lari sahaja, kalau bab mengamuk, boleh pulak kau tak jadi malas"
"Betul tu! Lily sokong sahaja" Lily ada di atas pentas dengan seekor kucing oren. Dia baru sedar tadi bahawa kucing itu adalah Boboiboy
"Aik, apasal si pelik ni ada dekat atas pentas?"
"Maaf Probe, Lily nak ambik lontong ni, sedap pula Lily tengok" Lily angkat mangkuk lontong itu dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi satu peluk Boboiboy. Kasihan Boboiboy telah dibawa oleh Lily ke hulu ke hilir macam peluk plushie sendiri
"Hmm.. ada-ada aje si pelik ni" bisik Kaizo "Soalan kedua itu, aku sekali pun tidak tinggalkan puasa dan perasaan aku biasa sahaja tapi nak latihan tempur waktu siang tak boleh sangat. Jadi aku latihan tempur waktu malam sahaja sampai ke sahur, baru aku turun ke bumi" jawab Kaizo yang masih lagi serius. Lalu dia pergi rasa lemang itu kerana mata dia asyik perhatikan lemang yang ada di depan mata dia "Sedap" kata Kaizo
"Heheheehe.. kalau sedap, makanlah lagi. Lemang ini saya yang buat sendiri. Encik bos langsung tak tolong saya. Dia tahu nak fikirkan untuk kalahkan Boboiboy aje"
"APA KAU CAKAP?" Muncul Adudu dengan meriam gergasi dia
"Jangan ketuk saya encik bos!" Adudu tenangkan diri dia dan terus ketuk kepala Probe. Kepala besi Probe bertambah kemek lagi. Baru Adudu turun dari pentas sudah puas hati dapat ketuk kepala robot kesayangan dia "Adeh.. bertambah-tambah kemek kepala saya. Sambung balik, soalan untuk Ratu Lily. Sudikah kamu untuk berkawan dengan Soragawa Mila? dan dia ingin kamu dan Lily nyanyikan sebuah lagu Don't Wanna Cry. Heehehe.. dia orang boleh aje nyanyikan tapi disebabkan hari ini adalah hari raya, jadi lagu-lagu raya ajelah sebagai pengganti. Boleh? Kalau tak boleh, jangan marah yea"
"Ratu Lily sudi nak berkawan dengan Soragawa Mila. Nanti saya pujuk si Lily tu yea untuk berduet dengan saya tapi lagu raya ok!" Ratu Lily berikan isyarat peace di depan kamera
"Err.. yang bagi soalan tu ada dekat sini. Dia pakai baju kurung warna biru, tudung warna hitam dan cermin mata bulat" Probe melambai-lambai ke arah Soragawa Mila "Baiklah, seterusnya dari gadis misteri. Dia ni kata, dia nak pergi beraya rumah Fang, Lily, Ying, Boboiboy.. err.. bukan ke soalan Ratu Lily lain? Rumah siapakah yang pertama sekali yang anda ingin pergi beraya? Hmm.. tapi, takpelah. Soalan dia untuk Fang, apa perasaan Fang ketika baca salah satu fanfic tentang Fang dan Ying yang ratenya M iaitu mature? Macam mana dengan Kapten Kaizo, adakah Kapten Kaizo terkejut?"
"Jawapan aku adalah tak pernah baca, tak ambik tahu kerana kami semua hanyalah kawan-kawan sahaja" jawab Fang sambil kunyah ketupat
"Jawapan aku juga sama seperti Pang. Aku lebih rela menjalani latihan tempur dan juga jalankan misi aku"
"Oh begitu, soalan kedua untuk Fang. Fang berada di sekolah bersama dengan kawan perempuan dia iaitu Ying. Lepas tu Ying demam teruk dan pengsan di dalam kelas. Yaya tidak datang ke sekolah sebab ada hal dan jam kuasa Fang tertinggal di rumah. Apakah Fang akan lakukan? Adakah Fang akan angkat Ying dan bawa dia ke bilik rehat atau jaga Ying sampai esok" Probe garu-garu kepala besinya
"Ala, senang aje tu. Pergi ke pejabat, guna telephone dekat situ, call cikgu Papa Zola untuk tolong hantarkan Ying pulang ke rumah dan aku pula, buat kerja aku sendiri. Habis cerita, selesai satu masalah" Fang teruskan lagi makan ketupat dia yang ada kuah kacang itu
"Err.. ok juga jawapan dia tu. Baiklah, dia ni ada soalan untuk Ying pula" Lalu dia terbang ke bawah untuk pergi ke sebelah Ying "Soalan dia, Ying tahukan ramai yang suka ship Ying dan Fang mula dari kisah cinta jadi kekasih, kahwin, kehidupan lepas kahwin sampai ada scene cium. Adakah Ying terkejut dengan itu?"
"Entahlah, saya tidak pernah fikirkan tentang itu dan tidak akan rasa terkejut pun tapi itulah adalah minat masing-masing. Jangan terlalu memaksa orang lain minat sesuatu yang orang itu tidak berapa gemar maaa. Lagipun saya anggap si Fang sebagai kawan sahaja dan saya juga tahu ada orang lain yang suka dekat Fang selain daripada Bella" Mata Ying melirik ke arah seseorang sambil tersenyum kecil
"Ok, terima kasih dengan jawapan kamu. Soalan seterusnya untuk Kapten Kaizo" Probe terus kembali ke atas pentas "Adakah Kapten Kaizo masih gunakan eyeliner?"
"Tak" balas Kaizo sambil berkerut-kerut dahinya. Padahal dia tetap pakai eyeliner. Cuma Kaizo sahaja yang tidak mahu mengaku
"Banyak betul soalan si gadis misteri ni. Nak kena ketuk dengan meriam buluh gergasi ni tapi takpe.. soalan untuk Ratu Lily, adakah Ratu Lily masih lagi ada perasaan dengan Boboiboy? dan Boboiboy dan Lily telah menjadi kekasih di kawan baik ku 3"
"WHAT? Tapi takpe.. fanfic itu tiada kena mengena dengan fanfic Aku Abang, Kau Adik! Hehehee... dan perasaan saya dekat Boboiboy tidak pernah pudar" Ratu Lily berkelip-kelip matanya sambil melihat gambar Boboiboy yang dia simpan di dalam poket bajunya. Lily sudah muncul di belakang Ratu Lily lalu dia terkam persaing terhebat dia. Mereka berdua bergaduh dan bercakaran satu sama lain sehingga menyebabkan terlanggar meja di depan mereka. Makanan yang ada di atas meja terkena baju raja Kaizo dan ada sedikit terkena rambut Kaizo yang banyak sangat gel itu
"ERK?!" Duo Lily berhenti berlawan dan lalu berundur sedikit demi sedikit kerana Kaizo sudah mula hendak mengamuk di situ "KAMI LARI DULU!"
"MARI SINI KAU! AKU AKAN CANTAS DUA-DUA LILY!" Kaizo mengejar duo Lily di sekitar studio markas kotak
"Err.. kita berehat sebentar" kata Fang yang masih lagi tengah makan ketupat
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Kita sudah kembali! Hehehee... maaf yea semua, duo Lily tadi sudah pun dipisahkan" Kamera terus tunjuk ke arah Ratu Lily yang berada di atas pentas dan lalu kamera menghala ke arah Lily yang telah berada di bawah pentas. Entah kenapa Lily paling banyak sekali benjol dan Ratu Lily hanya satu cakaran sahaja di pipi dia. Mungkin kata orang ramai, kesan luka dan benjol itu adalah kesan kena belasah dari Kapten Kaizo
"Hehehee.. baju Kapten Kaizo sudah pun kembali bersih. Kali ini dia pakai jubah pulak. Baiklah, seterusnya dari Keysa! Dia kalau datang beraya di Pulau Rintis, sudah tentu dia akan pergi ke rumah Fang terlebih dahulu! Soalan untuk Ratu Lily, setelah watak kamu dimatikan, Ratu Lily duduk dekat mana?"
"Senang sahaja tu Probe. Saya duduk ajelah dekat mana-mana pun. Dekat rumah Lily pun boleh, tak pun rumah Boboiboy ke" Lily muncul balik dekat atas pentas tetapi kali ini dengan meriam buluh gergasi milik Probe "Marah ke?"
"Takdelah, cuma geram sahaja" Lily dan Ratu Lily bertentangan mata. Kaizo muncul balik di antara mereka berdua tetapi mereka abaikan sahaja Kaizo dan anggap Kaizo itu sebagai tiang sahaja
"Aku kurung juga dua-dua Lily ni dekat sangkar Lily si itik tu" Kedua belah tangan Kaizo mencapai telinga duo Lily dan lalu dia piatnya
"ADOI! JANGAN PIAT TELINGA KAMI!"
"Kalau aku tak piat, nanti korang akan buat balik. Cubalah duduk dediam macam si Pang tu. Elok aje makan dekat situ" Fang masih lagi tengah makan dan kali ini dia sedang cuba biskut-biskut raya yang ada di atas meja. Makanan yang tertumpah tadi, sudah digantikan dengan makanan baru "Lagi sekali korang berdua buat masalah, aku akan humban kamu berdua dekat planet pelik"
"Ba-baik abang Kaizo" Terus telinga mereka dilepaskan. Lily turun ke bawah dengan telinga dia yang serba merah. Lalu dia menangis setelah dia kembali ke tempat duduk dia. Ratu Lily hanya tunduk sebab rasa malu
"Teruskan dengan rancangan kau" kata Kaizo sambil kembali ke tempat duduk dia
"Heheheee... padan muka korang berdua. Soalan untuk Fang, kenapa Fang tidak satu pasukan dengan Boboiboy di dalam episode 11?" tanya Probe
"Sebab Laksamana Tarung letak aku dekat Pasukan A. Jadi aku kenalah ikut arahan dia. Mana boleh buat sesuka hati aje. Dia tu garang macam abang aku" jawab Fang sambil kunyah biskut Raya. Kali ini Idoli pula muncul di atas pentas
"Abang Tarung mana ada garang. Dia baik dan suka bermanja dengan adik-adik dia. IDOLI SAYANG ABANG TARUNG! I LOVE YOU MY DEAR BROTHER!" Idoli tersenyum lebar dengan tangan dia mencapai satu lemang di situ. Lalu dia turun ke bawah
"Cheh, sempat lagi dia ambik makanan" Probe tergelak sedikit "Baiklah, seterusnya dari Kaizo bukan Kapten Kaizo tetapi peminat dia. Kaizo ni kalau boleh nak beraya rumah Kapten Kaizo! Dia disini juga ada request, dia nak Kapten Kaizo ucapkan Happy Birthday dekat dia walaupun sudah lambat beberapa hari. Silakan Kapten Kaizo" Probe berikan mikrofon kepada Kaizo
"Selamat hari jadi kepada Kaizo yang tiru nama aku. Semoga hari raya kau penuh dengan keberkatan dan penuh makna. Jangan buat nakal dan kalau nak beraya rumah aku, jangan nak sepahkan rumah aku. Kalau nak duit raya, kau harus kalahkan pasukan Superhero Pulau Rintis dulu, baru aku bagi kau duit raya. FAHAM!"
"FA-FAHAM KAPTEN KAIZO!" Menggigil Probe. Dia ambil balik mikrofonnya dari Kaizo "Soalan untuk Kapten Kaizo, kenapa Kapten Kaizo tak muncul dekat Boboiboy Galaxy? Dan fungsi sebenarnya helmet tu?"
"Sebab kemunculan aku akan membuat para gadis menjerit tak tentu pasal. Jadi aku terpaksa jauhkan diri daripada kapal angkasa TAPOPS untuk elakkan dari jeritan mereka. Baik aku jalankan misi aku daripada melayan para peminat aku ni yang suka sangat menjerit sampai pengsan tapi jangan risau, aku sudah pun munculkan diri di bahagian akhir episode 13. Lepas tu korang tunggulah hujung tahun untuk menyaksikan aku beraksi untuk kalahkan musuh kami"
"Errr... jawapan apakah itu?" Probe garu-garu kepala besi dia yang sudah kemek lagi
"Abang aku ni merapu pulak. Ingat ini sesi merapu ke" bisik Fang yang sudah kenyang makan tadi "Abang aku nak muncul bersama aku supaya para peminat boleh menjerit tak tentu pasal macam orang gila"
"Oh begitu.. baiklah, apa jawapan untuk soalan kedua tadi, Kapten Kaizo?"
"Helmet aku fungsinya untuk menambahkah kekuatan kepada jam kuasa aku iaitu kuasa tenaga. Dengan itu, kuasa tenaga aku menjadi dua kali ganda lebih kuat!" kata Kaizo dengan bangganya
"Dasyat. Baiklah, soalan untuk Fang. Kenapa Fang nampak handsome dekat Boboiboy Galaxy? Tapi jangan nak perasan sebab abang kamu si Kapten Kaizo lagi handsome... heheheee"
"Cheh! Aku dan abang aku adalah adik beradik alien yang paling handsome, tahu tak? Lagipun aku dah remaja dan semakin handsome.. heheeee.. kenapa? cemburu ke?" Fang terus berikan senyuman sinis dia di hadapan kamera
"Hehehee.. perasan betul si landak mambang ni" Terus Fang berikan renungan dia kepada Probe "Err.. seterusnya dari Kaiza! Jawapan dia untuk Ratu Lily, sudah tentu dia akan pergi beraya di rumah Fang dulu sebab dia nak tengok Kapten Kaizo bergaduh dengan adiknya si landak"
"Tapi jangan kecewa kalau tiada pergaduhan dari mereka" Ratu Lily tergelak kecil di situ
"Baiklah, soalan untuk Kapten Kaizo. Apa akan Kapten Kaizo buat jikalau Fang hilang ingatan dan jadi jahat dan dia akan bunuh semua orang di Pulau Rintis. Soalan kedua pula, Jika fanfic Kawan Baik Ku jadi kenyataan, apa Kapten Kaizo akan buat? Untuk soalan dari si White girl, Fang dan Yaya memang bercinta di akhir chapter Kawan Baik Ku 3.. oh yea, silapkan jawap soalan dari saya tadi, Kapten Kaizo"
"Hmmm.. kalau si Pang hilang ingatan dan jadi jahat. Aku akan ketuk kepala dia dengan periuk, bagi dia pengsan. Kurung dia di dalam penjara kapal angkasa. Sementara itu pula, aku akan cari penawarnya untuk pulihkan ingatan dia. Soalan kedua itu pula, kalau sudah ditakdirkan begitu, aku terima sahaja kenyataan" Kaizo terus telan seketul ketupat yang telah pun dipotong
"Hehehe.. jadi abang pun tak kisahlah kalau kahwin dengan kak Lynna" Lalu kepala Fang di ketuk oleh abang dia sendiri "Cheh, tak guna punya abang" bisik Fang
"Si Kaiza ni juga ada dare untuk Kapten Kaizo iaitu makan biskut Yaya dan minum kopi"
"Kau ingat aku akan makan biskut tu? Baik aku berikan sahaja biskut Yaya kepada adik aku. Dia kan peminat setia kepada biskut kawan dia tu dan kopi itu, jangan harap aku akan minum" Kaizo terus sumbat biskut Yaya di dalam mulut adiknya. Muka Fang bertukar menjadi hijau kerana ingin muntah "Macam mana? Sedap tak biskut kawan kau tu?"
"Errr..." Fang nampak mata Yaya sudah bersinar-sinar, lalu dia telan sahaja biskut itu "Rasa.. macam.. nak... minum.. air"
"Kasihan si landak. Hehehee.. baiklah, soalan untuk Fang pula. Soalan pertama dari dia, berbunyi begini.. Adakah kamu rasa si Kapten Kaizo tak pernah ingat dia ada adik dan Kapten Kaizo pergi tinggalkan adik dia tinggal di bumi seorang diri. Soalan kedua, fanfic Cinta Pertama Fang. Kalau jadi kenyataan, adakah Fang biarkan sahaja atau kamu akan buat sesuatu?"
"Abang aku mana pernah lupakan aku tapi dia dulu-dulu selalu panggil aku Pang aje. Tak pernah nak panggil aku sebagai adik. Apa yang dia nampak, aku hanyalah Prebet Pang di mata dia tapi sekarang ini, semuanya sudah berubah" Fang peluk abangnya seerat-eratnya. Ratu Lily rasa terharu melihat keakraban mereka berdua "Untuk soalan kedua tu pula, rasanya cik author kita sudah pun beritahu. Fanfic itu adalah kesinambungan dari chapter Gadis Misteri pada musim ke 2"
"Terima kasih dengan jawapan kamu. Dia juga ada dare untuk Fang. Dia cakap Fang tidak boleh makan donut lobak merah tanpa izin dari Kapten Kaizo. Kalau kamu makan juga, nanti kena latihan tempur selama mana pun"
"Senang sangat dare tu" Fang terus tahankan diri daripada makan donut lobak merah walaupun tiada di atas meja itu "Kalau aku makan pun, aku rela kena latihan tempur.. hehehee"
"Bagus, itu yang abang mahukan dari kau" kata Kaizo sambil tersenyum sedikit
"Soalan untuk Ratu Lily. Apa Ratu Lily rasa apabila si Boboiboy dan Lily jadi couple di fanfic Kawan Baik Ku 3 dan Ratu Lily buat setelah watak kamu ditamatkan?"
"Mestilah rasa sedih dan hati ku hancur apabila dapat tahu dia orang jadi couple tapi selamatlah fanfic tu tiada kaitan.. hehehe.. jadi aku masih lagi ada peluang!" Ratu Lily ketawa di situ seperti pontianak
"EHEM! Jangan harap harapan kau akan menjadi kenyataan.. HAHAAHAA!"
"DAN JANGAN HARAP BOBOIBOY AKAN JATUH HATI DEKAT KAU! HAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAA!"
"Lily tak kisah pun.. tapi jangan berangan Boboiboy akan jatuh hati dengan hantu. HAHAHAAHAHAHAHAAHAHAHAAHAHAHAAHAHAA!" Ratu Lily terus bangunkan diri dia untuk bertentangan mata dengan Lily
"HAHAHAHAHAHAAHAHAAHAHAAHAHAAHAAHAHAHAAHAHAAHAHAAHAHAAHAHAAHAAA!" Lily tidak mahu kalah dengan gelakan dari Ratu Lily tadi
"HAHAHAHAHAHAAHHAHAHAAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAA- ADOI!" Telinga Lily dan Ratu Lily kena piat lagi sekali oleh Kaizo "UWAAA! Janganlah piat telinga kami. Duo Lily berjanji akan berkelakuan baik selepas ini"
"Boleh percaya ke ni?" kata Kaizo sambil angkat kening sebelah. Lily dan Ratu Lily tersengih di situ sambil menahan kesakitan di telinga mereka "Lagi sekali kamu berdua buat hal, aku campak si Boboiboy tu dekat planet lain. FAHAM?"
"FAHAM KAPTEN KAIZO!" Jawab duo Lily secara serentak. Lalu Lily kembali ke tempat duduk dia
"Hehehee.. kan dah kena piat lagi. Baiklah, apa jawapan kamu dengan soalan kedua tadi?" tanya Probe
"Ratu Lily selalunya akan merayap ke sana sini sahaja.. hehehee"
"Begitu, baiklah. Dia juga ada dare untuk Ratu Lily" Lalu Probe keluarkan sebatang makanan pepero "PEPERO GAME! Game ini adakan dimainkan oleh Boboiboy dan Ratu Lily tapi Lily akan diikat pada kerusi dan lihat sahaja game itu"
"ALAAA!" Menangis Lily di situ sambil diri dia diikat oleh Adudu. Boboiboy sudah larikan diri
"Aik, mana si Boboiboy?" Probe mencari-cari Boboiboy di bawah pentas "Ada sesiapa nampak dia?"
"Dey, dia sudah lari sebab dia tak nak main" kata Gopal. Sinar harapan buat Lily dan awan mendung untuk Ratu Lily "Kalau nak pun, suruhlah main dengan si Fang tu"
"Aku pulak yang kena. Tak mahu aku" Fang terus palingkan mukanya ke tempat lain "Kau ajelah yang main game tu dengan hantu pontianak ni"
"Tapi Fang.. Ratu Lily nak dengan Boboiboy" Lily masih lagi tersenyum lebar sambil melihat kesedihan dari Ratu Lily "Tak dapat, takpelah.. apalah nasib ku ini"
"Kasihan kamu yea. Baiklah, seterusnya dari SAKURA NO HANA! Dah lama tak nampak si Sakura ni, author rindu dengan dia.. hehehee.. dia kata disini, dia ingin pergi ke rumah YAYA dulu tapi kamu kan peminat Kapten Kaizo. Apasal pergi rumah Yaya dulu? Pelik bebenar ni" Probe garu-garu pipi besi dia "Soalan dia untuk Kapten Kaizo. Apa perasaan kamu apabila bila gambar Kapten Kaizo telah digantikan dengan gambar Laksamana Tarung semasa lagu opening Boboiboy Galaxy?"
"Perasaan aku, biasa sahaja. Nak kata sedih? Tak juga tapi memang adil kerana laksamana tu muncul lebih awal daripada aku" Kaizo menggenggam kedua belah tangannya "Tapi takpe, aku sudah pun munculkan diri dengan penuh gaya. Nantikan aksi aku dan adik aku di episode yang akan datang"
"dan aku juga yang kena pergi ambik abang aku dari rumah kita orang.. pemalas punya abang" Kepala Fang kena ketuk lagi dengan abangnya
"Kasihan abang Kaizo. Nanti Idoli beritahu abang yang abang Kaizo cemburu dengan kemunculan abang Tarung!" Idoli muncul lagi sekali di atas pentas bersama puppet arnab dia. Dahi Kaizo berkerut-kerut dengan kata-kata Idoli tadi
"Bila masa abang cemburu!" Kaizo berkerut dahi lagi kerana Idoli telah pun turun dari pentas dengan sebalang biskut raya
"Hehehee... saya berharap peminat Kapten Kaizo sudah berpuas hati dengan kemunculan dia tapi sekejap sahaja. Hehehee.. terpaksalah kamu semua tunggu episode baru yang akan datang. Jadi mengamuklah kamu semua di depan bangunan Animonsta" Probe betulkan suara dia balik "Soalan seterusnya untuk Fang. Tahun ni puasa penuh tak? Ok tak puasa? Tahun depan nak puasa lagi tak?"
"Puasa tak penuh sebab aku koma. Ini gara-gara abang aku dan kak Lynna punya pasal! Hancur puasa adik" Fang mula berapi-api di situ "Tapi.. TAHUN DEPAN AKU AKAN PUASA PENUH! HAHAHAAAA! Oh yea, puasa aku ok aje"
"Baiklah, seterusnya datang dari Kaito Jack dan sudah semestinya dia akan beraya di rumah Yaya dulu sebab dia nak cuba masakan Yaya! Ok, soalan dia untuk Kapten Kaizo. Sesiapa yang datang beraya di rumah Kapten Kaizo, berapa ringgit Kapten Kaizo akan bagi? dan adakah Kapten Kaizo balik beraya di planet asal"
"Hmmm.. kalau aku takde bagi duit raya boleh?" Suara Kaizo begitu serius sekali "Kalau nak juga, aku akan bagi RM 1 sahaja. Puas?"
"Kedekut" bisik Lily yang baru berharapan dapat duit raya yang banyak dari Kaizo
"Aku mungkin tidak akan balik ke planet asal aku" jawab Kaizo "Tapi tengoklah keadaan di sini dulu"
"Kalau Kapten Kaizo balik kampung, mesti si Fang ni dapat banyak duit raya dari atuk dan nenek dia" Fang angguk tanda setuju. Abang dia abaikan sahaja adik dia yang sedang buat muka comel itu "Baiklah, seterusnya dari Cute Girls! Dia sudah tentu ingin beraya di rumah FANG! dan dia juga ada minta duit raya. Itu pun kalau Kapten Kaizo nak bagilah. Soalan dia untuk Fang, tahun ini Fang pakai baju raya warna apa? Tak rasa jemu ke asyik pakai warna purple?"
"Tak sebab aku minat warna purple! Kalau sesiapa rasa jemu, aku tukar warna dengan abang aku ajelah. Aku warna biru, abang aku warna purple... hehehe.. ok tak?" Fang berikan senyuman lebarnya kepada abang dia
"Tak ok" jawab Kaizo dengan nada bosan. Terus Fang bermasam muka
"Hehehee.. oh yea, cik Cute Girls. Lagu permintaan tu.. hehehee.. mungkin mereka tak dapat nak nyanyi time raya ni. Maaf yea" kata Probe sambil berikan flying kiss kepada gadis yang memakai blouse ungu, seluar ungu dan cermin mata ungu "Se-" Tiba-tiba sahaja Probe ditolak oleh seseorang dan orang itu adalah Lily. Diri Probe bergolek-golek di atas pentas
"HAI SEMUA! SAYA ADALAH LILY!" Lily melambai-lambai kepada para penonton di studio markas kotak
"HAI LILY!"
"Adeh, apasal tolak saya?"
"Ala Probe, sudah tibanya untuk Lily jawab soalan si Ratu pontianak tu. Dan jawapan Lily adalah Lily nak beraya rumah BBB-CHAN! Heheheee.. lepas tu raya dekat rumah Kapten itik hot, boleh dapat duit raya banyak ni.. hehehee" Lily terus berangan dia dapat duit raya dari Kapten Kaizo yang terlampau kaya sangat itu. Ratu Lily pun berangan juga dapat beraya di rumah Boboiboy dan dapat makan masakan Tok Aba
"Jangan harap aku akan berikan dia duit raya" bisik Kaizo
"Isk isk isk.. itu pun kalau dapatlah yea" Probe tolak Lily untuk turun dari pentas. Lalu Lily terdampar di atas lantai studio markas kotak "Baring dekat bawah tu yea. Saya tahu si pelik ni tiada soalan untuk para tetamu kita. Seterusnya datang dari MISS BLANK! Jawapan beliau adalah dia ingin beraya di rumah YAYA! Soalan dia untuk si landak panas baran. Apa perasaan landak bila dapat tahu yang Boboiboy dan Gopal ingat landak jatuh ke dalam lava? dan apa perasaan landak bila kalah dengan Boboiboy api?"
"Perasaan aku rasa macam nak sekeh kepala dia orang tu! Dia orang memang nak kena dengan aku" Fang mula berapi-api dengan dua kawan baik lelaki dia yang sedang tersengih itu "Perasaan aku bila aku kalah dengan Boboiboy api. Adakah aku akan mati disebabkan kuasa api dia yang terlampau panas? Aku rasa sedih dan tidak sanggup untuk berlawan dengan dia kerana dia terlampau hebat sangat tapi.. aku yang lebih hebat. HAHAHAAA!"
"Cheh, sempat lagi si mambang ni" Probe gelengkan kepala dia "Soalan untuk Kapten Kaizo. Sudah lama tidak nampak Kapten Kaizo jalankan latihan tempur, sebab puasakan? hehehee.. dan sudah berapa hari puasa? dan BILA NAK MUNCUL DEKAT BOBOIBOY GALAXY?"
"Aku puasa penuh dan sudah tentu aku jalankan latihan tempur pada waktu malam semasa semua orang sedang tidur. Bila aku akan muncul? AKU SUDAH PUN MUNCULKAN DIRI! Jangan nak bertanya lagi bila aku nak muncul! FAHAM!" jawab Kaizo
"Faham abang! Rindu adik dekat abang dekat Boboiboy Galaxy, dan akhirnya, abang muncul juga" kata Fang sambil tiba-tiba terbayangkan kemunculan abang dia bersama bini baru. Entah kenapa dia bayangkan begitu "Heheheee.." Kaizo hanya angkat kening sebelah sambil perhatikan adik dia ketawa seorang diri
"Soalan untuk Hantu Pily atau lebih dikenali sebagai Ratu Lily! Apa khabar Ratu Lily? Macam mana keadaan Ratu Lily di sana? Stalk Boboiboy ke?" Lily terus berikan renungan maut kepada Ratu Lily dan Ratu Lily juga berikan renungan maut dia kepada Lily. Dua-dua tidak mahu mengalah dalam pertandingan bertentangan mata "Err.. soalan kedua pula, rindu si katak Pily yea atau lebih dikenali sebagai Lily"
"Kadang-kadang tu saya adalah pergi menghendap Boboiboy ku yang comel dan manis tu" kata Ratu Lily yang masih lagi perhatikan Lily "Dan sudah tentu saya rindukan si katak Pily tu! Dia adalah musuh dan sahabat ku! I MISS YOU LILY!"
"I MISS YOU TOO, RATU LILY!"
"Sekejap rindu, sekejap bergaduh.. aduh, apa nak jadi dengan dia orang ni" Probe terus berikan sock puppet Boboiboy kepada Ratu Lily dan juga Lily "Miss Blank bagi. Jangan bergaduh yea. Baiklah, kita sudah sampai pada soalan yang terakhir. Soalan ni datang dari kawai girl. Dia cuma ingin tahu rambut Yaya pendek ataupun panjang?"
"Hehehee.. maaf yea, rambut saya adalah aurat. Jadi saya tidak boleh beritahu rambut saya panjang ataupun pendek" jawab Yaya dengan sopan sekali
"Oh begitu, jadi bayangkan ajelah rambut dia panjang ataupun pendek. Sekian sahaja dengan sesi soal jawab tadi. Terima kasih kepada semua yang hantar soalan kepada para tetamu kita dan juga bukan para tetamu kita. Baiklah, sebelum kita berpisah, saksikanlah persembahan dari Lily dan Ratu Lily dengan tajuknya SELOKA HARI RAYA!"
"Kami di sini ingin juga nyanyi bersama BOBOIBOY!" Mata Lily dan Ratu Lily bersinar-sinar melihat Boboiboy ada di atas pentas dengan baju melayunya berwarna oren. Boleh dikatakan ketiga-tiga mereka berpakaian serba oren kecuali Ratu Lily, ada sedikit kehijauan
Boboiboy, Lily dan Ratu Lily
Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersuka ria
Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersuka ria
Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama
Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama
Ratu Lily dan Lily
Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda
Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda
Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra
Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra
Boboiboy dan Ratu Lily
Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda
Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda
Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia
Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia
Boboiboy, Lily dan Ratu Lily
Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra
Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra
Boboiboy dan Lily
Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama
Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama
"Yeahh! Terima kasih semua dan SELAMAT HARI RAYA!" Boboiboy, Lily dan Ratu Lily melambai-lambai ke arah para penonton yang asyik memberikan tepukan gemuruh kepada mereka bertiga
"Sekian sahaja dari kami dan sebelum saya terlupa, maaf yea cik gadis yang bernama gadis misteri. Soalan yang lain tu, tak dapat saya nak jawapkan sebab sudah melebihi daripada 2 soalan. Maaf banyak-banyak yea. Baiklah, selesai sudah rancangan Edisi Malam Raya. Dengan itu, saya ingin mohon maaf kalau saya ada buat silap ke, buat hati kamu semua tersinggung ke, saya minta maaf banyak-banyak dan akhir kata dari saya, jangan makan banyak sangat time raya ni. Hehehee.. nanti naik berat badan tu.. HAHAHAAA! Selamat Hari Raya Semua! Kita tidak akan berjumpa lagi.. hehehee.. salam sayang, dari PROBE THE AWESOME"
"Dan juga dari duo Lily yang super duper awesome!" kata Lily dan Ratu Lily secara serentak
Tiba-tiba muncul Kaizo di hadapan kamera "Aku muncul ini bukan nak bagi soalan tapi nak suruh para penonton di studio markas kotak untuk beratur di depan aku. Jangan takut, aku hanya nak berikan duit raya sahaja. Aku bukan kedekut seperti dikatakan oleh adik aku si Pang tu" Maka, ramailah yang beratur di depan Kaizo. Orang paling pertama sekali beratur adalah Adudu. Orang jahat pun nak duit raya juga. Sekian, terima kasih dari warga Edisi Malam Raya
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com